14 tahun jaga istri lumpuh, tahp kesetiaan Edika Yusof dibandiing dngan Da’i

Beberapa hari ini, kecoh mengenai seorang pendakwah bergelar Da’i yang mengambil keputusan untuk berkahwin dengan janda beranak lapan walaupun isteri pertamanya sedang sarat hamil.

Perkara tersebut secara tidak langsung mewujudkan perbandingan antara pendakwah itu dengan bekas model dan pelakon Edika Yusof yang setia menjaga isterinya, Nor Hidayah Yusri sejak 14 tahun lalu akibat lumpuh.

Seorang pengguna Facebook, Arda berkongsi sebuah posting mengenai pengorbanan lelaki berusia 52 tahun itu yang meletakkan kesetiaan sebagai perkara utama dalam kehidupan rumah tangga tanpa mencari ‘orang baru’.

KISAH EDIKA YUSOF -.. hensem sedikit dari DAIE🙄🙄 dan jauh bukan selebriti agama.

(Saya menonton rancangan ini pun nak nangis)sekadar kita tidak menggunakan AGAMA, KAABAH, MEKAH utk beri alasan..ehh penjelasan

Dah masanya andai USTAZ pun ambil iktibar kisah dari SIFAT DAN KEBAIKAN pelakon..sesuatu yg BAGUS kita jadikan GARIS UKUR

👉SLOT DR FADZILAH TEMPOH HARI

Edika berkongsi pengalaman yg menjaga isterinya yg lumpuh sejak 14 tahun.

.. pengalaman Edika menjaga isterinya sangat saya kagumi. Byk yg diceritakan pada saya sebelum kami bersiaran. Isterinya koma selepas melahirkan anak keduanya dan bila tersedar dari koma isterinya lumpuh dari paras dada hingga ke bawah. Dia menjaga isterinya dgn penuh kasih sayang sambil membesarkan anak2nya selama 14 tahun. Mcm2 dugaan dia dah lalui.

Apa yg terkesan dihati saya ialah bila Edika bgtau mengapa dia sanggup jg isterinya yg sakit tu…kerana bgnya perkahwinan adalah satu ikatan perjanjian yg sgt suci dibuat masa akad. Perkahwinan juga satu amanah dan tanggungjawab.Masa nikah tu berjanji nak susah senang bersama. Malangnya ramai yg tak menghayati dan memahami konsep akad dan sanggup mengabaikan pasangan bila susah dan sakit. Bila pasangan sakit dan susah disitu kesetiaan pasangan dpt dilihat dan di uji.

Saya juga tertarik dgn kata2nya ” Masa kita kahwini isteri dia dlm keadaan cantik dan baik, mengapa kita nak pulangkan dia pada keluarganya dlm keadaan sakit dan teruk. Suami yg bertanggungjawab pada isteri dlm keadaan senang atau susah. Menjaga isteri satu amanah yg besar bg seorang suami dan wanita adalah insan yg sgt sabar dan kuat semangat bila dia di duga Allah dlm keadaan tertentu. Wanita berkorban dan bertarung nyawa melahirkan zuriat walau dlm keadaan yg sukar. Itu lah kekuatan dan semangat wanita”

Tak salah kita jadikan Pelakon yg pendakwah sindir tiada hala tuju akhirat – Tetapi mereka juga memiliki sifat sifat yg bagus utk diteladani. #SemuaManusiaBiasa #Diuji

Posting tersebut dikongsi lebih 14,000 kali dan mendapat 17,000 tanda suka dalam kalangan warga maya dimana rata-rata turut kagum dengan kecekalan serta kesabaran pelakon terbabit.

Menurut kenyataan terbabit, beliau terkesan hati apabila pelakon filem Maria Mariana itu sudah berjanji ingin melalui situasi susah dan senang bersama isteri sewaktu melafazkan akad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *