Sy setuju berpoligami. Tp isteri ke2 bakal suami tiba2 buka aib suaminya. 1thn mereka bercerrai, sy terbaca msg suami. Skrg sy pulak x snggp berpoligami, bila suami tekad minta sesuatu.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum para pembaca IIUM Confession. Terima kasih admin sekiranya sudi post confession saya. Saya minta maaf sekiranya penulisan saya bercampur-campur. Panggil sahaja aku, Lea. Aku bekerja sebagai penjawat awam bergred 44.

Suamiku juga penjawat awam bergred 30++ tetapi dia lebih lama berkhidmat dariku dan dia mempunyai sebuah perniagaan kecil-kecilan. Ya..suamiku tua daripada ku lebih 10 tahun. Kami berkenalan ketika di tempat kerja yang sama. Memang silap aku kerana ketika itu, dia masih suami orang.

Aku hanyut dengan pujuk rayu dan janji manis nya. Pada mulanya aku setuju untuk berpoligami (isteri kedua, perkahwinan ketiga. Isteri pertama telah bercerai). Namun, setelah beberapa ketika mengenali ‘bakal madu’ ku waktu itu, aku tidak sanggup.

Pelbagai aib, buruk suamiku dibukanya satu persatu. Sehingga hal dari atas katil sehingga lah ke hal nafkah.

Suami ku mempunyai anak pada perkahwinan pertama tetapi tidak mempunyai anak pada perkahwinan kedua. Katanya dia menceritakan semua itu supaya aku berfikir balik dan tak menyesal serta terseksa sebagaimana dia semasa berkahwin dengan suami dulu.

Pelbagai video agama dan artikel yang menasihati mengenai merampas hak orang, meruntuh kan rumah tangga, pihak ketiga dan sebagainya yang dikongsi kan kepada ku.

Ketika itu, aku sudah bersedia untuk undur diri tetapi suami memujuk ku dengan meyakinkan ku bahawa apa pun terjadi,

Dia akan tetap memilihku dan dia juga terus mengadu tentang isterinya ketika itu yang tidak hormat pada dirinya, pernah menghalaunya keluar dari rumah, tidak boleh ditegur dan sebagainya.

Dipendek kan cerita, mereka akhirnya berpisah dengan suami ku yang memfailkan penceraian. Ketika kami mahu membuat permohonan perkahwinan, pun timbul masalah dari pihak sana yang mengatakan dia belum habis eddah sedangkan dia dah 4 kali suci.

Setelah pejabat agama masuk campur, barulah dia berterus terang dengan alasan, ‘salah kira’.

1 tahun telah berlalu dengan kami melayari bahtera berkeluarga yang sama seperti orang lain.

Satu hari, dengan izin Allah, saya terbaca perbualan suami dan bekas isterinya itu di dalam messenger. Sangat mesra. Suami nak belikan emas dan akan bayar balik katanya.

Saya terus berdepan dan tanyakan hal itu. Dia mengaku yang dia ingin kan poligami. Saya tergamam. Saya tak mampu. Sebab saya dah terlalu kenal perempuan macam mana bekas isterinya itu.

Oh ya. Lupa saya ceritakan yang mereka lebih kurang sebaya. Dulu bekas isterinya itu pernah menuduh saya menyihir suaminya sebab itu lah suaminya nak kat saya (Nauzubillah).

Selepas kantoi, secara terangan, bekas isterinya tu akan ‘like’ dan seringkali menghadiahkan ‘love’ pada posting-posting suami saya di Facebook. Page-page kerja suami juga dia buat yang sama sedangkan dia tau, rakan sekerja suami saya mengenali diri saya.

Dia juga sering memuatnaik status yang menyindir suami, menyindir saya, yang konon-konon menasihati saya.

Dia juga memuatnaik status masakan dengan caption ‘kegemaran si dia’, throwback gambar bersama mertua saya (emak suami) dengan caption yang dia tau, akan menyakitkan hati saya.

Dalam masa yang sama, suami masih block bekas isterinya di whatsapp. Mereka cuma berhubung di messenger. Dulu, bekas isterinya block facebook suami setelah suami tegur posting-posting menyindir yang dia siarkan.

Dia juga block facebook saya tapi ada seketika, dia unblock mungkin untuk lihat kehidupan saya dan kini, dia block kembali tapi saya tau, dia ada buat facebook baru kerana posting-posting saya semuanya saya setkan sebagai public.

Saya memang tak suka berselindung sebab bagi saya, tak ada apa yang perlu saya rahsia kan. Kalau nak rahsia, tak perlu post di facebook. Mudah.

Baru-baru ni, kami ke mahkamah syariah sebab suami masih berkeras nak berpoligami.

Saya mohon untuk dilepaskan jika suami nak berpoligami sebab saya nampak perangai suami dah tak adil walaupun belum berpoligami. Dia akan jadi cepat baran bila saya menyebut tentang bekas isterinya itu.

Dia juga pernah menumbuk saya di bahagian kaki ketika di dalam kereta kerana kami bergaduh mulut tentang hal ini.

Suami sangat cemburu sampai boleh bergaduh bila saya sebut tentang lelaki lain (walaupun rakan sekerja shj) tetapi dia boleh sengeh-sengeh pula bila ceritakan tentang bekas isterinya itu.

Saya sangat pelik sebenarnya bila mana mereka berdua seolah-olah lupa persengketaan dan aib masing-masing yang mereka sendiri buka dan ceritakan pada saya dulu.

Bukan saya nak merendahkan bekas isterinya tetapi dia hanya lah lulusan SPM dengan gaji RM2500++.

Dulu dia nasihatkan saya, saya muda lagi, carilah yang bujang, jangan nanti menyesal macam dia sebab dia sendiri pun semasa berkawan dengan suami saya, suami saya masih suami orang pada perkahwinan pertamanya.

Mereka berpisah selepas isteri pertamanya mengetahui tentang hubungan mereka. Jadi saya sangat yakin bahawa dia hanya mahukan suami saya atas sebab duit.

Dulu, masa sebelum kami berkahwin dan sebelum mereka berpisah, bekas isterinya pernah berkata pada saya dia tak kesah kalau giliran sumi saya 5 hari dan dengan dia 2 hari saja sebab dia boleh berehat dari tugas dia.

Berbalik kepada mahkamah syariah tadi. Pada mulanya saya memang berkeras tidak bersetuju.

Tetapi setelah pegawai agama tersebut menyatakan akan ada lebih banyak perbicaraan jika saya tak setuju, dan saya juga tau saya akan disusahkan (suami sendiri yang sebut akan menyusahkan saya sebab saya menyusahkan dia dalam urusan poligami ni),

Akhirnya dengan berat hati, saya setuju. Saya sempat failkan pembelaan kerana tak setuju dan itu pun turut dimarahi oleh suami kerana katanya saya membuka aib diri dia.

Sidang mahkamah yang seterusnya akan diadakan sebulan lagi dengan kehadiran bakal isterinya, wali nya, saya dan juga suami. Saya mohon untuk duduk berasingan dan ingin memfailkan perceraian tetapi suami tidak membenarkan.

Saya mempunyai kekangan kenderaan kerana saya baru sahaja menjual kereta saya dan kereta gantian masih belum diterima.

Saya buntu apa yang perlu dilakukan sekarang. Saya masih sayangkan suami tetapi saya tidak boleh menerima perempuan itu sebagai madu.

Jika wanita lain, mungkin saya masih boleh cuba untuk buka hati. Tetapi bukan dia. Mohon semua pembaca doakan yang terbaik untuk kami dan mohon Allah kuatkan hati saya untuk menerima semua ini. – Azilea (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *