Dah kahwin kami PJJ. Lps bersalin, suami ajak tinggal bersama. Rupa2nya itulah detik awal aku lebih kenal siapa Zack sebenarnya.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum. Ni kisah aku yang aku terfikir nak kongsikan pada umum. Harap jangan ramai yang mengecam sebab aku boleh tahan sensitif semenjak dua menjak ni. Sebelum proceed dengan kisah ni aku harap korang semua maafkan bahasa rojak aku.

Sikit info pasal diri aku, aku lahir dalam keluarga yang sederhana, tak kaya tak juga miskin. Tapi rezeki Allah bagi cemerlang dalam pendidikan.

Lepas habis belajar aku dapat kerja yang agak bagus dengan gaji yang boleh tahan tinggi compared dengan kawan sezaman masa tu. Rezeki aku dapat kerja company besar dengan segala benefits yang bagus.

Aku masa zaman belajar biasa-biasa saja orangnya. Aku tak pernah bercinta, couple dan aku tak rasa ada lelaki yang admire aku.. haha.. aku rasa aku biasa saja, tak cantik, tak lawa tapi mungkin manis tu masih ada di mata orang tertentu.

Fast forward cerita, masa aku mula kerja umur aku baru 22 tahun, walaupun aku nampak friendly, senang berkawan dengan ramai orang tapi aku masih takut- takut nak rapat dengan mana-mana lelaki lagi-lagi senior yang berpangkat abang abang.

Aku borak saja bila ada yang bertanya pasal aku, yang nampak macam nak berkenalan, ajak keluar, siap offer nak hantar balik kerja memang aku tak ikut.

Aku gila-gila saja, aku ada kawan perempuan yang sama gila. Aku buat saja semua aktiviti remaja zaman aku, ikut kawan pergi karaoke jamban, tengok wayang, keluar ramai-ramai.

Cuma dengan lelaki aku agak jaga hubungan. Bukan bermakna aku ni noob ye, aku normal macam orang lain. Aku ada saja minat lelaki zaman aku belajar, tapi semua sekadar syok sendiri..hehehe. Aku percaya ramai jugak yang macam aku kat luar sana.

Dipendekkan cerita ramai lelaki yang nak berkenalan, since dah habis belajar dan dah kerja aku cuba-cuba saja berkawan mana tahu ada jodoh aku dalam ramai -ramai..

Masa tu paling ramai nak berkenalan melalui facebook. Masa tu facebook pun macam agak baru diperkenalkan. Aku sekadar melayan mesej berkenalan.

Seingat aku tak pernah aku blind date dengan mana2 lelaki yang kenal melalui media sosial. Memang macam-macam ragam, yang tunang orang pon ada menggatal, aku balas mesej sebab tak tahu yang dia tu tunang orang. Kalau aku tengok lelaki macam dah berpunya aku langsung tak balas.

Dalam ramai-ramai yang nak berkenalan ada lah sorang abang ni nampak kesungguhan dia. Aku gelar abang sebab dia lagi tua.

Adalah satu peristiwa yang menyebabkan aku boleh consider nak reply mesej daripada dia. Aku on and off saja balas mesej dia, sebab aku stalk FB account dia aku tengok ramai perempuan komen.

Berbalas mesej biasa2 saja takde pon serious conversation ataupun cakap2 benda tak elok antara aku dan dia. Dua tahun berkawan dan mesej kat FB saja dia dah mula serius minta nombor telefon. Aku bagi saja. Bila dah dapat nombor sakan la kejap2 dia call. Aku kekok.

Serius. Tak tshu nak borak apa macam orang lain. Aku banyak sms berbanding jawab call dia. Dia asyik ajak jumpa. Aku malas. Aku cakap aku berkawan suka suka saja. Kalau serius nak kahwin baru boleh proceed untuk jumpa semua.

Dia cakap dia serius nak kahwin, nak jumpa parents terus pun boleh. Dan memang dia buat apa dia kata. Terus dia masuk meminang. 3 bulan lepas tu kami kahwin.

Dalam tempoh tu ada lah jumpa keluar dating makan-makan tengok wayang juga. Singkat lah kira masa yang aku ambil untuk betul-betul ‘kenal’ suami aku.

Sebelum kahwin aku macam orang lain juga, ada saja istikharah, mintak pendapat mak. Mak aku berkenan dan setuju.

Dekat -dekat nak majlis aku pernah cakap kat dia.. tak kisah la apa sejarah atau kisah dia sebelum ni, sebab aku pun tak kenal dia rapat, tapi aku mintak dia tinggalkan perangai buruk kalau ada dan sama-sama berubah. Dia iyekan saja.

Dah kahwin kami PJJ, sebab suami kerja di negeri lain. Suami aku korang boleh panggil Zack. Baru perasan belum kenalkan dia. Zack ni kerja beruniform, pegawai, dan zack punya tahap busy memang tak boleh hadam.

Sebab kan PJJ hujung minggu saja jumpa, hubungan semua baik dan indah- indah saja. Sampai lah aku mengandung anak pertama, aku yang kena ulang alik turun ke tempat dia, kadang-kadang aku drive, kalau malas aku naik bas saja.

Aku dah mula makan hati, emosi ibu mengandung agaknya. Aku persoalkan kenapa asyik aku saja kena susah payah nak jumpa dia. Dia pun ada saja kadang datang tempat aku. Dah lama PJJ, lepas bersalin anak pertama, Zack ditukarkan ke negeri lain. Dia ajak tinggal bersama.

Aku berbunga-bunga hati rasa seronok dapat hidup sebumbung dengan suami. Rupa-rupanya itulah detik -detik awal aku lebih kenal siapa Zack sebenarnya. Entahlah nak gelar apa, buaya segala buaya ke. Kantoi yang pertama, bila ada mesej perempuan masuk, “hi, tengah buat apa tu?”.

Zack tengah tidur dengan anak, aku yang reply mesej perempuan tu. Aku tanya kenapa dia mesej suami aku malam-malam macam ni.

Perempuan tu cakap dia tak tahu pun Zack dah beristeri. Termenung panjang aku, agaknya selama kami PJJ dia hidup bebas macam bujang agaknya. Aku terus call mak mentua aku dan cerita perihal anaknya. Tak tahu la apa tindakan mentua aku tapi Zack janji akan berubah.

Tahun demi tahun sama juga perangai buaya dia, aku dah naik muak. Aku daripada lembut dah bertukar jadi singa. Sampai anak dah 5 orang, dah berapa kali dia kantoi melayan perempuan lain di mesej.

Korang mesti pelik kenapa aku bertahan saja, sebenarnya aku susah nak kumpul bukti, yang kantoi pun mesej biasa2 saja.

Tapi still dia melayan yang mana aku memang tak boleh terima perkara tu. Aku sekali pun tak pernah curang, bukan tak boleh, peluang dan ruang sentiasa ada, tapi aku pilih untuk setia dengan rumahtangga aku.

2 tahun lepas Zack kantoi besar juga, entah dengan janda mana dia mesej siap video call.

Aku sebagai isteri memang tahu tiap kali dia buat hal, bezanya aku jumpa bukti dan ada yang tak jumpa bukti saja. Korang jangan tanya apa kandungan mesej, isteri mana tak marah klau tengok suami mesej benda tak senonoh dengan perempuan lain.

Aku tak tahu lah sejauh mana terpesongnya si Zack ni, sebab kadang-kadang dia kerja jauh tinggalkan aku dengan anak – anak. Bila dia kat luar, aku memang tak dapat tahu apa dia buat kat sana, aku hanya boleh berdoa mintak Allah jagakan iman dia.

Setakat yang kantoi semua kantoi dalam telefon saja. Belum pernah aku tangkap dia ada hubungan atau keluar dengan perempuan lain.

Masa dia kantoi dengan janda tu, aku dah tekad aku nak bercerai. Aku tak sanggup nak hidup dengan perangai buaya dia.

Aku tak tahu apa kurangnya layanan aku, bila tanya Zack cakap semua ok. Dia sayang aku dan anak – anak. Aku dah kecewa, belum nak cerita hal susah payah aku besarkan anak sendirian.

Oh lupa nak mention, aku sekarang suri rumah. Adalah sedikit income aku dapat hasil titik peluh aku.

Kalau aku cerita susah payah aku jaga anak anak aku, menangis pulak korang nanti. Dengan usia perkahwinan yang dah lebih 10 tahun, korang mesti boleh agak umur lima orang anak-anak aku.

Yes, anak berderet dan kecil – kecil lagi. Hidup aku sama saja macam surirumah lain, mengemas yang tak sudah-sudah, memasak sambil berdukung anak, kejap anak sakit, tak sihat aku lah hadap semua tu.

Memang sampai satu masa, bila anak menangis, aku menangis sekali. Penat rasa. Aku letih. Banyak dah aku makan hati, dengan perangai buaya Zack.

Aku tak nampak peranan dia sebagai ayah, dia sediakan keperluan makan minum tempat tinggal. Tapi dia lupa hal didikan, kasih sayang dan perhatian. Macam mana aku nak cerita aku pun tak tahu, aku nampak dia sayang anak – anak dia.

Mungkin aku yang makan hati kurang kasih sayang daripada suami sendiri. Makan hati dengan suami yang sibuk dengan kerja tapi masih ada masa melayan perempuan kat luar sana.

Makan hati dengan suami yang aku rasa tak peduli pasal anak-anak tapi sempat pulak tanya perempuan lain dah makan ke belum. Semua urusan rumahtangga dan hal anak -anak aku uruskan sendiri.

Sambung balik lepas kantoi besar dengan janda tu, Zack mintak maaf, melutut bersumpah nama Allah dia takkan buat lagi. Dia minta satu peluang terakhir.

Aku fikir dan setuju. Aku lebih kesiankan anak – anak. Apa nasib anak- anak kalau aku bercerai. Zack cakap dia tak pernah jumpa mana-mana perempun kat luar.

Semua sekadar ‘suka-suka ‘ melayan melalui telefon. Aku pun pelik, kenapa ramai perempuan mudah nya melayan Zack yang memang nampak tak seperti bujang.

Dengan umur hampir 40, rupa pun dah nampak memang suami orang dan bapak budak. Tolonglah perempuan kat luar sana jaga lah maruah anda.

Aku dah mula letak kepercayaan pada Zack since dia cakap nak berubah. Sikap dia pon dah lain. Kalau sebelum ni telefon dia pun aku payah nak sentuh. Sekarang telefon dia aku dah bebas buka belek bila bila masa aku nak.

Kemuncak cerita aku -adalah baru -baru ni, Zack ditugaskan kerja luar. Aku dah tahu tahap sibuk Zack memang tak sempat jenguk isteri masak apa kat rumah pun dia tak ambil tahu.

Dia sangat busy sampai masa aku sakit merayu suruh dia balik tolong jagakan anak, dia cakap tak boleh. Aku faham tugas dia.

Aku pun kuatkan diri. Tapi aku rasa lain kali ni. Dia busy tapi bila balik rumah lain aura dia. Nampak dia macam happy. Tapi macam ‘lost’ dalam dunia dia.

Masa dia kat rumah bila aku suruh tolong tengok kan anak buat homework, acuh tak acuh dia layan anak. Aku nampak perubahan dia. Memang lain.

Tapi aku tak tahu kenapa, sebab aku check segala telefon takde benda yang mencurigakan. Aku makin rasa kosong. Ada suami tapi macam sendiri. Aku sunyi. Kepala sakit mendadak. Hidup aku macam serabut. Tiap kali lepas solat berdoa aku minta Allah tunjuk aku kenapa.

Tak lama lepas tu jumpa bukti, Zack keluar dengan perempuan lain. Mabuk bercinta. Ditugaskan kat luar, jumpa ramai orang luar. Sangkut dengan perempuan luar. Aku rasa kosong. Kecewa. Dikhianati. Diperbodohkan. Aku ada segala maklumat perempuan tu.

Aku tahu kat mana dia tinggal, ada ada alamat kampung dia, aku ada nombor telefon, aku tahu dia kerja apa, aku tahu FB IG dia.

Ikut marah aku, aku nak viralkan muka dia, kali ni aku marah sangat dengan perempun tu. Sebab dia tahu Zack dah ada isteri dan anak – anak tapi masih tegar menyondol. Dasar penyondol.

Boleh diorang keluar makan sama-sama. Aku kat rumah separuh m4ti ye urus rumahtangga. Apa dia fikir Zack melayan nak ambil dia jadi isteri ke dua ke. Zack sekadar nak berseronok.

Aku pelik sangat dengan penyondol kat luar sana, berlambak lelaki bujang kenapa suami kita juga yang diorang nak. Berhari hari aku menangis fikir nasib anak-anak aku lepas bercerai. Sebab aku dah benci tengok muka Zack.

Bila dah kantoi tak mengaku. Aku ambil tindakan lapor pada jabatan tempat Zack dan perempuan tu bertugas.

Suprisingly balasan yang aku terima, mereka taknak masuk campur hal urusan peribadi staf. Aku macam terkedu. Macam tu saja ke tindakan jabatan kerajaan terhadap salah laku staf diorang.

Atau bagi diorang perkara ni dah terlalu biasa sampai tak dapat nak ambil apa-apa tindakan. Aku proceed pulak lapor pada Pejabat Agama daerah. Dengan harapan sekurang kurang Pejabat Agama boleh panggil kaunseling dan guide apa perlu buat.

Setelah berbulan menunggu dapat emel daripada Pejabat Agama. Mereka just reply maaf sesi kaunseling bersemuka tidak dapat dijalankan buat masa ni.

Aku tunggu berbulan untuk tindakan daripada pihak mereka. Kalau aku mention semua tahu Pejabat Agama mana, call tak pernah berjawab.

Macam mana ye nak berurusan dengan Pejabat Agama kalau call tak pernah dapat, dekat web disuruh buat appointment untuk sesi kaunseling. Dah buat aduan ambil masa berbulan just untuk jawab sesi kaunseling tak dapat dijalankan. Aku terus rasa macam malangnya nasib aku.

Takde tindakan yang boleh bela nasib aku. Aku dah isi segala borang cerai, tapi Zack memang tak bagi kerjasama. Dengan musim pandemik, susah betul nak berurusan dengan pihak berwajib macam Pejabat Agama.

Aku tak tahu la apa nasib aku. Zack minta peluang terakhir. Aku dah bosan. Aku sedih. Bila aku cakap nak berpisah, takde pun yang berpihak dengan aku, family, in laws. Semua tentang habis habisan. Yang hadap perangai dia aku.

Aku minta maaf kalau keluarga ada yang terbaca dan tahu siapa aku. Aku dah banyak berlapik ni, kalau nak aku ceritakan lagi detail dan mendalam habis terbuka aib Zack.

Dan kepada penyondol tu, jangan berani contact Zack lagi. Aku boleh saman kau dengan segala bukti yang aku ada. Korang yang sudi baca cerita aku, tolong la bagi nasihat dan kata-kata semangat. Terasa susah nak happykan diri sendiri. Hari-hari aku penat.

Aku dah mula rasa kecewa dengan hidup aku. Menyesal. Aku tak kuat. Anak-anak saja yang buat aku terus bernafas.Dan masih bernafas. Entah tak tahu apa kesudahan rumahtangga aku. Doakan anak-anak aku jadi anak soleh solehah.. – Zana (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *