Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.
Salam admin dan warga krt.. Aku ni dalam dilema antara bini dan mak aku ni. Serabut kepala aku sorang2 fikir jalan penyelesaian. Macam ni, bini aku dari keluarga yang senang banyak dari keluarga aku.
Masa kawan dia tak pernah cerita pun pasai ni. Kenal pun masa sama2 kerja operator kilang. Aku kawan 3 bulan, terus masuk minang. Masa tu baru tahu , mak ai rumah dia, akak abang2 dia semua keja hebat.
Bini aku pun ada degree. Kerja kilang sebab tak dapat kerja tetap lagi. Dalam tunang dia dapat kerja tetap padan dengan degree dia. Aku plak tetap operator kilang. Lepas kahwin, kami sewa rumah sendiri.
1 jam saja dari rumah mak ayah aku. Setiap minggu mak aku akan call suruh aku balik. Sebulan 1 kali ja kami balik rumah mak mertua aku. Aku memang suka blik rumah mak aku tapi aku malu la bila guna kereta bini aku, minyak tol pun bini aku bayar.
Kalau bawa mak ayah aku keluar jalan2 makan pun bini aku yang bayar. Gaji aku ni bayar rumah dan beli barang dapur sikit ja. Duit makan sendiri pun bini aku tolong topap..
Tahun ke-3 kami pindah duduk 1 flat dengan mak aku. Senang nak bawa pergi jalan2. masa tu ekonomi aku pun dah stabil. Aku buat bisnes. Baru aku rasa jadi suami sejak guna duit aku semua ni. Gaji bini aku hanya untuk diri dia sendiri ja.
Tapi mula bisnes pun modal dari dia la Bila dah duduk dekat2 ni. Setiap hari mak aku datang rumah atau kami pergi rumah mak aku. Jalan kaki 3 minit tak sampai .. seminggu dua tiga kali aku bawa mak ayah aku makan. Aku ada dua abg dan seorang adik.
Semua boleh bawa kereta tapi susah sangat bawa mak ayah aku keluar jalan2. Lepas 6tahun kawen, bini aku berhenti kerja, tolong aku bisnes. 2 bulan lepas, bisnes aku drop teruk. Kebetulan ayah aku baru dapat duit pencen.
Aku minta pinjam duit sikit, tp tak dapat. Aku sampai gadai semua barang emas bini aku. Pastu bini aku terpaksa minta pinjam famili dia. Laju ja mak dia bankin duit untuk kami. Lepas dapat duit, kami balik rumah mak mertua aku dua hari.
Masa kami balik kampuang isteri mak mertua aku sedih tengok segala barang emas bini dah tak ada. Balik sini mak aku ajak keluar makan. Aku bawa la pergi makan ikan siakap, kena 200 ringgit ja. Aku bayar.
Malam tu aku dengar mak mertua call bini aku sembang dan aku dengar mereka cerita pasal aku bayar makan tadi. Aku pun tegur bini aku sebab mengadu pada mak dia. Tapi dia ungkit jasa dia dari awal kahwin.
Dia kata aku berat sebelah. Dan dia kata aku boleh belanja famili aku lepas aku tebus suma barang emas dia dan bayar hutang mak dia. Kalau tak dia tak akan keluar bersama mak ayah aku lagi. Aku memang sayang bini aku. Tapi mak aku, syurga aku.
Aku tak sanggup dengar mak aku buat ayat sedih anak anak tak mahu bawa dia jalan-jalan lagipun mak aku ni bila jalan2 bukan minta makan mahal, bihun sup tepi jalan pun dia telan asal dapat ronda2 keluar dari rumah. apa patut aku buat sekarang..
Ikut target, kalau bisnes dah ok, dalam 3bulan aku dapat ambil semua barang emas dan bayar hutang mak mertua aku. Tapi confirm masa tu dah cukup buat mak aku sedih. Aku tak fikir adik beradik lain boleh buat mak aku faham dngan aku. Bini aku tegas.
Bila dia kata sesuatu, memang dia akan buat mcm tu. tambah pula ayat mak mertua aku..”bila senang belanja famili dia, bila susah famili dia tak tolong pun.
Min, jangan fikir aku tak kecil hati dengan famili aku. Aku tak dapat nak luah pada sesiapa pun perasaan aku ni. Aku cuba tak nak burukkan famili sendiri. Aku buang semua negatif thinking.
Niat aku cuma nak buat mak ayah aku gembira selagi mereka masih ada. Tp sekarang aku ada halangan. Bini aku, bini yang sayang aku sangat, bini yang banyak tolong aku.. pening aku terus fikir masalah ni.
Komen warganet
Dee ya: Betul kata2 isteri awk….awk x patut bawa mak awk keluar mkn kerap.. cukup bawa keluar seminggu sekali sahaja….hujung minggu … tetapkan hari….contohnya setiap hr sabtu sahaja….
Duit yg ada….awk bg isteri….contohnya 200 seminggu…br la dia rasa awk adil….bg isteri duit….belanja mak makan….keluarga awk memg x patut la….sbb masa susah.mereka x tlg.keluarga mertua yg tlg
Laraan: Eee kalau saya jadi bini kau , saya tarik telinga kau panjang2, memang x salah kau nk gembirakan mak kau tpi kenapa kau kena lukakan hati bini kau sedangkan dari kau tiada apa2 , dia yang tolong utk kau bangkit , habis barang kemas bini kau tergadai ,hanya utk bantu kau
Tak adanya surga kalau kau menyakiti isteri .. nak gembirakan keluarga tpi lukakan hati isteri , mana boleh .. kau punya adik beradik kenapa tak bawa mama bapa kau jalan ?? Bangang betul .
Siti wan :Sorry to say, tp org paling terakhir kau patut berhutang sbnarnya ialah bini kau and mertua kau. Dgn member kau boleh lari lg, dgn adik beradik kau boleh sorok blkg mak bapak, tp dgn bini duk sekatil, umpama kau tidur dgn buku 555.
Kau igt dah nazak kau planned nak mintak halal makan minum hutang tu bini kau confirmed halalkan ke? Dibuatkan dia ckp halal tp x redha, kau nak buat apa? Bangkit dr kubur tangkap ikan siakap 7 kg jual dkt langkawi?
Syfiza: Mmg pon realitinya ada ye…bila ssah bini n fmly yg byk tlong…bgolok gadai..pastu fmly laki plak mcm2 alasan asyik xde duit manjang…eh ttbe bila senang fmly laki tu kemain rajin kol la tnya khabar la..pdhal dlu xpnah ambk kisah pon….
Pastu laki tu plak bila fmly sndri dok ambk berat ttbe rasa sronok..tros lbih kn fmly dia..lupa dh jasa bini n fmly mertua yg ssah2 dgn dia dlu…sbjik sejebon cerita dlm ni..ko tu jntan ada otak pikir! Mmg la tu mak kau! Tp ada je jnis mak yg nk guna kn bila senang je paham!
Encik hando: Itulah ngko.. dah tau owang puan ni mmg suka flashback kisah lama, mmg hadap je lah apa dia bebel tu.. tu pon nasib dia x sebut “ceraikin aku” yg mak ko pulak, nak berjalan pon agak2 ler.. kena tahu kewangan anak2.. takkan tiap minggu bohh? Adik beradik ko yg lain tuu, dah jadi anak yatim ke?