Tetiba2 pegawai agama panggil aku. Terbongkar segala kisah pasai Nina. 5 bulan kami kahwin, nina ‘pergi’. Tp rasianya tiada sapa tahu.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalam semua pembaca. Bila baca confession, banyak pulak cerita yang menunjukkan kesampahan lelaki. Suami cuurang dengan jiran, suami pkul isteri, suami tak straight, sesak jiwa aku.

Jadi, rasa terpanggil nak kongsi cerita aku di sini. Harap dapat memadam sedikit rasa takut dalam kalangan wanita tentang perkahwinan. Aku Din. Tahun ni umur 30. Aku duda.

Kem4tian isteri 5 bulan lalu. Arwh isteri aku biarlah aku namakan sebagai Nina. Aku dan Nina punya jarak jauh beza usia. Dia 38. Kami kahwin atas dasar pilihan mak aku.

Mak aku suka sangat dengan Nina. Mak kata Nina baik, Nina hormat orang tua, Nina pandai masak. Serba serbi baik senang cerita.

Dan sebab Nina ni kecil molek orangnya, tak nampak yang umur dia hampir 40. Kami nampak macam sebaya.

Bila mak kata nak jodohkan aku dengan Nina, aku serba salah. Sebab aku dah ada girlfriend masa tu. Kami belajar sama-sama kat U, tapi dia junior aku.

Aku panggil dia Ita. Mak tak tahu pasal Ita sebab aku plan nak bagitahu pasal kami bila Ita dah habis belajar. Tapi bila mak dah keluar cerita pasal Nina, aku macam blur kejap. Mak asyik push aku untuk cuba kenal & kawan dengan Nina. Sebab mak dah berkenan sangat.

Pendekkan cerita, sebulan lepas mak sampaikan hasrat nak bermenantukan Nina, mak aku men1nggal. Mak memang dah lama skit. Akulah yang jaga mak selama di hspital.

Mak kenal Nina sebab berjiran katil kat hspital. Bila Nina melawat mak dia, berbual-buallah dengan mak aku. Tu yang suka sangat dengan Nina. Lagi pulak mak aku ingat aku memang tak ada sesiapa, lagilah mak aku nak sangat kami kahwin.

Lepas mak pergi, aku buat istikharah. Aku tak nampak Nina, tapi aku nampak mak. Setiap kali buat istikharah, aku nampak mak. Sebak gila rasa sebab aku memang ikhlas & sayangkan Ita. Tapi istikharah tu?

So aku ikut jawapan istikharah. Aku pilih Nina. Ita menangis teruk. Ita kata aku kena sihir Nina sebab aku sanggup tinggal Ita yang dah bertahun bercinta demi Nina, seorang anak dara tua. Entah. Aku pun tak tahu nak explain apa kat Ita.

Ita minta aku pergi berubat & dia sanggup tunggu sampai aku sihat balik, tapi dia minta aku jangan kahwin dengan Nina. Aku pesan kat Ita, jangan tunggu aku.

Ita berhak dapat lelaki lebih baik. Klisè sangat kan jawapan aku. Macam drama pkul 7. Tapi aku memang nak dia bahagia walaupun tanpa aku. Persiapan pun dibuat. Meriah gila. Sebab Nina anak sulung yang telah dilangkah bendul 3 kali. Jadi parents dia excited sangat & nak buat majlis grand kiranya.

Aku ikutkan jek. Kemuncak cerita bila pergi pejabat agama untuk interview sebelum kahwin. Biasanya, sampul keputusan ujian drah akan dibuka oleh pegawai pejabat agama depan bakal pengantin.

Masa tu aku dah selesai interview. Tetiba pegawai agama yang interview Nina panggil aku masuk bilik dia & terbongkarlah segala kisah. Nina H1V+.

Nina menangis macam budak kecil masa tu. Pegawai agama minta aku fikir baik-baik apa langkah seterusnya. Terpulang pada aku nak teruskan atau batalkan perkahwinan.

Bila masuk kereta, aku tengok Nina. Tapi aku tak tahu nak cakap apa. Nina minta maaf sesungguhnya. Nina kata dia bodoh sebab dia ingatkan dia boleh tipu aku tentang ini.

Nina lupa yang ada ujian drah segala sebab dia hanya nak tutup mulut makcik-makcik bawang yang sibuk tanya bila nak kahwin sedangkan hakikatnya dia tak patut kahwin pun.

Dah tu, aku pak sanggup ke? Ya Tuhan. Bala apa pula kali ni. Aku rasa frust sangat. Jawapan istikharah ni membawa aku kepada musibah ini ke? Aku buntu.

Nina cakap, terpulang kalau aku nak batalkan majlis. Lagi sebulan. Nak batalkan? Nak cakap apa kat keluarga? Aku tanya, parents Nina tahu tak pasal ni. Nina kata, tak ada siapa yang tahu.

Aku teruskan. Aku tak tahu kenapa Tuhan lorongkan hati aku ke pilihan ini. Serius. Bila fikir-fikir balik, macam gila juga keputusan aku ni. Sepanjang perkahwinan, lepas solat berjemaah, doa kami adalah supaya urusan kami dipermudahkan, tak kira apa jua kesudahannya. Aku ajar Nina solat, mengaji.

Nina cakap dia suka aku sebab dia selalu dengar aku mengaji untuk mak aku masa di hspital. Sebab tu Nina cuba sedaya upaya untuk ambil hati mak aku supaya jadikan Nina menantu.

Nina cakap, dia tak nak maati menderita sorang-sorang tapi at the same time, Nina tak nak family dia tahu yang dia ada H1V+.

Maha Suci Allah, kasih sayang yang lahir dalam hati aku ni memang ikhlas bukan berlandas nafsu semata. Semakin hari, aku nampak perubahan Nina. Kulit Nina mengering macam berkeruping & berbekas hitam.

Bila dalam rumah pun Nina pakai lengan panjang & tudung. Sebab Nina kata dia malu kulit dia buruk. Selalu sangat demam sampai sesak nafas. Nak jalan pun tak larat. Batuk tak sembuh-sembuh.

Sehinggalah dia skit terlantar, aku yang jaga Nina sepenuhnya. Kawan-kawan pejabat Nina semua buat andaian yang Nina kena sihir sebab tak ada siapa sangka perempuan baik seperti Nina boleh ada H1V+.

Sehinggalah Nina pergi. Selepas Subuh, hari Khamis. Lepas aku mandikan Nina, dia kata dia s4kit perut. Masa tu Nina macam dah boleh bergerak sikit. Aku papah dia ke bilik air. Lepas siap, Nina kata dia sejuk sangat. Aku selimutkan Nina & masa tu lah Nina nazak depan mata aku. Tiba-tiba.

Nina sempat minta maaf sebab seolah dia dah aniaya hidup aku & ucap terima kasih banyak kali sebab jaga dia sampai akhir hayat. Nina pergi macam tu jek.

Mudah. Tenang. Aku terkelu kejap. Tak tahu nak rasa apa. Nina pergi bersama aibnya yang tertutup rapat. Maha Suci Allah yang Maha Pengampun & Penerima Taubat hambaNya.

Oleh sebab Nina masih muda & tak ada history skit teruk, so kena buat post mortem untuk claim insurans. Mulanya aku tak nak bagi sebab aku risau kecoh pulak tentang punca skit Nina yang sebenar.

Tapi keputusan post mortem menunjukkan yang Nina kena Tibi (batuk kering) sebab pekerjaan Nina yang selalu keluar negara. Even parents Nina pun tak tahu sampai ke sudah. Jadilah aku duda muda.

Perkahwinan kami hanya 5 bulan. Bak kata Nina, Allah hantar aku untuk tutup aib & jaga Nina ke hujung ny4wa. Andai itu takdirNya, aku redha. Semoga Allah tutup juga aib aku dan berikan aku ganjaran kebahagiaan di dunia & akhirat.

Cinta sejati tu wujud ye, semua. Aku tak galakkan korang buat keputusan seperti aku sebab aku rasa kisah aku ni rare sangat. 1 dalam seribu kot. Bukanlah aku nak kata aku ni jejaka beriman ke apa. Cuma mungkin ini ujian untuk aku & alhamdulillah aku berjaya tempuh hingga ke hujung cerita.

Now aku dalam proses nak menenangkan diri. Semoga cerita aku akan jadi semangat buat wanita-wanita di luar sana untuk percaya yang lelaki baik itu masih wujud untuk anda. Terima kasih kerana membaca hingga ke noktah terakhir.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Zul Anuar, Sy ada kenalan yg H1V+. Terkena sebab d4dah. Sudah lama dijemput ilahi. Belajar sekolah agama. Bacaan al-quran dia bagus.. byk juga surah hafazan. Tapi sebab keluarga dan pengaaruh rakan.. terjebak jua..

Arwh kena tangkap dan masuk pusat serenti. Emaknya mnggal masa dia dalam pusat serenti. Arwh sangat insaf. Mampu henti ketagihan ddah dgn sendiri. Jadi imam di surau pusatnya. Sehinggalah arwh dpt keluar awal.

Bekerja bersungguh2 merata negeri tapi dibuang selepas tahu dia bekas penaagih. Masa tu ada gadis tergilakan arwh. Arwh menolak dgn baik. Namun, gadis dan kelurga tersebut berkeras.

Akhirnya kahwin. Dapat anak sorang. Semasa anak masih kecil, arwh skit tenat. Dalam kes4kitan menghampiri ajal.. mulut arwh xberhenti berzikir. Malah menegur sapa2 yg salah baca Al-Quran.

Selepas menghembus nafas terakhir. Arwh diuruskan oleh hspital. Apa yg ajaibnya. Allah maha kuasa. Isteri dan anaknya bebas H1V.. Isterinya sudah berkahwin lain. Ada anak 2 org. Anak arwh dah sekolah menengah.

Allah maha besar. Allah maha pengampun. Allah maha memakbulkan doa org bertaubat.

Cik Pau, Sesungguhnya masih ada lelaki yg berhati mulia. jadi jangan judge semua lelaki sama ye. Alhamdlillah semoga confessor diberi ganjaran oleh Allah kerana tunaikan amanah ibu, melindungi dan menjaga wanita yg di saat-saat akhir serta menutup aibnya. Respect to you.

Wani Mazlan, Banyak kali baca cerita pasal lelaki cuurang, lelaki tak guna, lelaki panas baran. Tapi bila baca confession ni, rasa lega sikit sebab Alhamdulillah wujud lagi lelaki yang baik.

Moga Allah hadirkan lelaki yang baik & bertanggungjawab buat saya & sesiapa yang masih mencari pasngan hidup.

Cik Nadia, Ye.. sy pcaya lelaki baik itu wujud. Org tua2 ckp klu nak tgk lelaki tu baik ke tak, tgk lah cara layanan dia kpd ibunya…

Bersyukurlah sekiranya kita dikurniakan lelaki baik…. terus memperbaiki diri kerana jodoh adlh cerminan diri kita. Semoga Din dikurniakan isteri solehah, bhgia dunia akhirat dan dlm lindungan Allah swt.

Diana Ramli, Tutup betul aib arwh Isteri awak yer even… Awak x kenal pun dia sebelum Kahwin. Sanggup awak jaga dia n aib dia sebaik ini. Dan… Sy x tahu samada awak pernah “bersama” isteri awak atau tidak selama 5 bulan perkahwinan tu.

Cuma… Saya harapkan awak pergi klinik n check diri awak. Awak akan diberikan ubat sebagai prec4utions rebakan H1V. Semoga awak terpelihara.

Adie Oren, Suruh din carik ita, cerita balik a to z, tapi bab h1v tu jgn la cerita, ckp la ni betul2 keinginan arwh mak sebelum meningal, bawak ita pg tempat dating dulu, belanja kfc.. Ita msti on balik la..

kita merancang, Allah sebaik2 perancang.. So din dapat dua2, ita dapat, keinginan arwh mak dia pon dapat.. Gud luck din, mungkin org ingt awk duda, tapi awk still teruna.. Cayok

Azli Zulkifli, Din kau seorang lelaki yang baik. Perjalanan hidup kau masih panjang. Semoga kebaikan dan pengorbanan kau yang kau telahkan lakukan ni mendapat balasan yang baik juga, sebagai pengubat kedukaan kau. Kami semua doakan kau insan berhati mulia.

Fauzan Ahmad, Alhamdulillah. Ada hikmah confessor berjodoh dgn Nina. Mungkin confessor adalah org yg disebut dlm doa Nina semasa hayatnya agar dpt ditutup aib Nina. Perancangan Allah mengatasi segalanya.

Labu Joe, Alhamdulillah ada cerita baik2 tentang lelaki… Ramai lelaki baik di luar sana cuma nampak buruk sbb hanya kisah buruk yg dipaparkan… Org lelaki lebih gemar pendam berbanding pmpuan suka bercerita.

Mira Ash, Mungkin ada la amalan arwh tu sehingga dipelihara aibnya sehingga akhir hayat. Dapat jodoh di hampir hujung hayat.. dpt rezeki merasa alam perkahwinan. Pengajarannya memang kita tak boleh judge orang. Peringatan utk diri sendiri juga.

Mawar Karin, Mulia hati confessor bercerita sekadar berkongsi pengalaman tanpa membuka aib arwh..allah maha pengampun. Semoga segala pengorbanan tt terbalas nanti..masih wujud rupanya lelaki spt anda..tahniah

Ummi Junaida,.Mmg rare sgt k3s mcm ni.. but ia wujud seperti coretan en confessor.Confessor adalah lelaki kiriman tuhan bt arwh Nina..

Saya doakan semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas tuan, dimudahkan ape jua urusan slps ini.. & dikurniakan jodoh yg baik .. dunia & akhirat..Amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *