Tak sngka Fmily tunang rejct ak sbb jual burger tp jalan. Dihinanya aku dlm group whatspp. Depa xtau untung ak bulan2 brapa. 2 aku belum tunjuk lagi rumah ak Kat kmpung mcm mana.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Bismillah, Assalamualaikum para pembaca sekalian, Nama ku Ahmad umur 24 tahun.. Lahir tidaklah dengan keadaan keluarga yang susah. Tapi, sederhana saja.. Apa yang ingin aku luahkan pada kalian adalah mengenai kisah aku yang tidak direstui oleh keluarga pasangan aku.

Sebabnya aku tiada pelajaran tinggi, takda gaji tetap dan sekolah pun sampai tingkatan satu saja. Mahu persoalkan pekerjaan aku? Yaa, Aku seorang peniaga dan pemilik disebuah stall burger dan memang tidak mempunyai gaji sebabnya akulah yang membayar gaji2 pada pekerja aku.

Hendak dijadi cerita aku dan pasangan memang sudah lama kenal. Dan keluarga pasangan aku tu pun sememangnya kenal aku juga.

Tapi, waktu dorang kenal aku tu aku hanya seorang pekerja tukang masak di restoran sepupu keluarga pasangan aku ni lah..

Yah, pekerja waktu tu gaji tak lah tinggi sangat.. Dan keluarga pasangan aku ni, kenal aku setakat yang aku ceritakan diatas tu lah. Takda pelajaran dan sebagainya.

2 tahun kemudian setelah aku berenti kerja direstoran tu, Aku dapat contact balik dengan pasangan aku yang sekarang ni. So, kitaorang pun terus jalinkan hubunganlah niat memang nak kahwin sudah.

Then, pasangan aku ni bagitaulah dekat keluarga dia yang aku nak masuk minang.

Dan dorang tanya juga dengan awek aku ni, apa kerja aku sekarang dan aku bagitau pasangan aku pun aku cuma pekerja distall burger saja bukan pemilik. Saja nak test kan.

Dan soalan pertama yang keluar dari family dia adalah “Si ahmad tu ada gaji tetapkah?” “Bolehkah dia jaga kau?”

“Kau tu berpelajaran, ada diploma” “Kau boleh cari yang lagi bagus dari si Ahmad tu” “Dan kalau si ahmad berenti tempat dia kerja sekarang apa kau nak makan?”

Dan yang last sekali dorang sendiri kata.. Dorang memang taknak terima aku sebab tidak mau anak dorang tu hidup susah.. Yaahh, Aku baca whatsapp yang pasangan aku tu bagi dengan aku.. Dlm group whatsapp 2 depa hina aku mcm aku ni lekeh sngt.

Tapi, hati tu tidaklah sakit sangat. But, terkilan dan geli hati rasa mau ketawa saja.

Ya memang aku takda gaji tetap, memang aku takda pelajaran. Tapi, aku yang memberi gaji pada pekerja aku dan ya memang pendapatan niaga aku tidaklah sebanyak mana pun. Nak kata berapa sebulan?

Untung bersih aku boleh dapat dalam 8/9K tu memang untung aku dah.. Nak kata komitmen lain? bayar sewa, bayar kereta?? Tu semua dah tolak. 2 pun depa x tngk rumah aku lagi kat kampung.. X besar mana tapi alhamdulillah selasa dan x hutang ok.

Pasangan aku sendiri pun aku tak cerita sebab kitaorang ni hanya contct dari jauh so, dia sendiri pun tak nampak apa yang aku usahakan.

Aku sengaja tak bagitau pasangan aku sebab tak mau dia terima aku dengan keadaan aku senang. Dan Alhamdulillah pasangan aku ni terima aku walaupun aku susah dan dia cuba pertahankan aku dekat family dia.

Dan aku nak tanya korang lah, bagi pendapat korang perlukah aku datang sendiri jumpa family dia atau aku lepaskan saja pasangan aku tu?

Atau aku bagitau saja pasangan aku tu yang aku ni sebenarnya pemilik stall burger tu?

Dan hina sangatkah dengan orang2 yang takda gaji tetap?? Lagi2 yang memang tak bergaji ? Korang rasa apa patut aku buat? Aku sayang pasangan aku tu.

Dan dia? Aku tak tahulah.. Harap faham lah apa yang aku tulis ni..

Terima kasih..

Aku si peniaga burger,

– Amad (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Shifaa Lokman : lepaskan je la.. dia tak layak dapat lelaki yang main main macam encik ni sedangkan dia dah boleh terima camne pun keadaan encik.. siap pertahankan depan family dia lagi..

ape punya soalan la macam budak darjah 1 pulak…

so lepaskan. hahahhaha.

Amalina Lina : Lepaskan jee lah.. Amad tak respect dia pun.. anggap dia mata duitan. Lagipun mak dia sayang dia dan nak dia tak hidup susah. Kalau dah tak ingin dedahkan basic capability nak memperisterikan anak dara orang.. nak orang redha bagi anak dia dengan potential yg tak tentu hidup nanti dapat makan nasi berlauk 2 sehari .. mmg tak payah lah nak kahwin ngan dia.

Abdul Halim : Ko banyak tengok drama melayu ni bang…acah2 anak raja yg hidup sebagai rakyat marhain cari pasangan hidup…

soalan yg dia tanya tu valid…just gtau je ko niaga, dan income sebulan stakat 2-3k sudah la…maksudnya kemampuan tu ada dah…

tak salah pun soalan bapak dia tu…tapi klu dia mintak soh cari yg 6k ye tu terpulang la klu ko nak reject…

Shikin Ilyas : Aku meragui rasional perempuan tu yg sanggup terima kau tanpa tahu latar belakang kau lebih dahulu dgn lebih mendalam. Kerja tetap tak tetap bukan isunya, tapi kalau aku, aku nak tahu yg lelaki tu mmg bertanggungjawab, rajin dan ada usaha utk majukan diri, bukan selesa macam tu je walau komitmen dah bertambah saban tahun.

Sebelum kahwin bukan kena bincang pasal cinta, sayang, nikah baju kaler apa je, tapi kena tahu perancangan kewangan, nak duduk mana lepas kahwin, kemampuan nafkah, hutang, komitmen semua tu.

Bukan sebab materialistik, tapu realistik supaya nnti isteri tak mengharap lebih drpd kemampuan suami, suami pulak tak senang2 lepas tangan dgn alasan tak mampu.

Apa pun, bakal mertua kau nampak lebih rasional di situ. Pemikiran kau pulak, sorry macam budak2 sangat. Nak uji2 awal2 kenal boleh la. Dah sampai nak jumpa mak bapak, perancangan hidup tu dah patut lebih jelas, bukan sibuk nak uji2 lagi Sumber : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *