Suami sy sorg penyayang, tp awas dia scammer. Terkejt lihat mngsa2 nya. Terus sy lari rumah bawa semua anak2.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca sekalian. Pertama sekali saya nak mintak maaf jika coretan ini membosankan dan susah untuk difahami sebab ini pertama kali saya menulis di sini.

Tujuan saya menulis ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya lebih berhati hati dengan orang yang baru dikenali dan yang kita tidak tahu latar belakang beliau. Dan juga khusus untuk anda yang sedang dilamun cinta dengan “Si dia” yang baru dikenali yang juga mungkin suamiku.

Sedikit pengenalan tentang diriku. Saya seorang wanita bekerjaya berusia awal 30an, seorang isteri dan seorang ibu kepada sepasang anak.

Pendapatan bulanan bersihku Alhamdulillah mampu untuk membayar segala perbelanjaan keperluan hidup untuk 1 keluarga dan komitmen bulanan tanpa tertunggak. Kami tak kaya, tapi cukup segala keperluan tanpa perlu meminta dari orang lain.

Saya percaya setiap orang di atas dunia ini diuji dengan pelbagai ujian sama ada wang ringgit, penyakit, perangai manusia dan macam macam lagi. Begitu juga dengan diriku. Saya juga tidak ketinggalan diberi ujian dari Ilahi.

Alhamdulillah saya bersyukur kami semua sentiasa sihat walafiat sehingga kini. Cuma masalah saya adalah perangai suamiku. Dia seorang suami dan bapa yang penyayang namun dia ada banyak hobi yang tidak baik serta tidak solat.

Siapakah dia?

Nama dia bermula dengan huruf “Y”. Dia berkulit gelap, tinggi, tegap dan sentiasa segak bergaya. Namun dia bukanlah siapa siapa.

Dia sebaya denganku, kerja biasa biasa dengan gaji minimum sehingga kini, sekolah tak habis dan tak banyak ilmu pengetahuan dari segi pengetahuan am, penggunaan Bahasa Inggeris dan ilmu agama.

Disebabkan kekurangan beliau, dia mencipta satu identiti palsu di dunia khayalan dia sendiri berserta motif tersendiri.

Bagaimanakah?

Okay. Dia aktif di social media seperti Facebook, Instagram, OMI, Wechat, Michat untuk mencari mngsa sebagai “Love Scammer”.

Dia kerap menukar ID (biasanya bukan nama asal) supaya tidak mudah di kesan. Tidak susah untuk mencari perempuan di zaman teknologi masa kini.

Semuanya di hujung jari. Mngsanya biasanya perempuan naif, janda kesepian, pelajar university/ kolej yang dapat tajaan setiap bulan dan wanita bekerjaya.

Dia akan memperkenalkan dirinya sebagai bujang, berumur lewat 20 an, pegawai kerajaan dan duduk menyewa bersama 2 orang rakan polis.

Modalnya cuma ayat ayat yang sangat manis serta sifat mengambil berat. Selang sehari dua pasti dia akan jadikan wanita itu sebagai teman wanitanya.

Dan dia juga akan mengaku dirinya sebagai pegawai beruniform berpangkat besar, sudah membeli rumah kondo dan bercerita akan kerjanya setiap hari berdasarkan fantasinya sendiri.

Untuk mengukuhkan ceritanya, dia juga akan menghantar gambar hasil carian daripada “Google” seperti gambar tengah berkawad, gambar pegawai tengah menjalankan operasi dan bulatkan orang yang seakan dirinya dari jauh.

Dia juga akan membuat cerita untuk meraih simpati contohnya tidak makan, ayah sakit, tidak cukup duit untuk membayar sewa rumah, mahu pinjam duit dengan “Along” dan macam macam lagi.

Sekali “kapel” bukan lah seorang, tapi 3 ke 4 orang dalam sesuatu masa.

Paling lama hubungan mereka bertahan setahun lebih. Itu pun disebabkan oleh awek dia yang tinggalkan dia apabila sudah tidak dapat bertahan dengan dia yang suka kikis duit dan sifat barannya atau kantoi akan status dirinya yang sebenar.

Apa motifnya?

Sudah pasti motifnya seperti yang kita tahu adalah duit. Dia akan minta pinjam duit seratus dua dan berjanji akan membayar balik lebih dari apa yang dia pinjam.

Dari sini dia akan main pusing duit, pinjam, bayar sikit kemudian pinjam lagi dengan lebih kerap.

Selain dari itu, dia juga sanggup membelai wanita tersebut sehingga ke bilik tidur dan membuat wanita itu betul betul cinta separuh mati terhadapnya.

Biasa lah perempuan. Bila dah bagi segalanya, setakat duit apa lah sangat. Semua sanggup bagi.

Ke mana hasil duit tersebut?

Untuk pengetahuan, duit yang di peroleh hasil penipuan dia bukan lah untuk menyara keluarga ya. Dia seorang kaki main game judi online dan akan “topap” beratus pada setiap hari.

Cuci pun kerap juga tapi biasa lah duit haram takkan bertahan lama. Kaya sehari dua sahaja.

Kerjanya hanya topap dan cuci ajelah selagi tak menang besar katanya dia takkan berhenti. Benda haram ni sudah menjadi ketagihan buatnya.

Tindakan saya? Takkan saya berdiam diri jer.

1. Nasihat dan amaran dah banyak kali tapi tak jalan. Termasuklah beritahu kepada keluarganya.

2. Marah dan mengamuk itu sudah biasa. Kemudian dia akan menerakakan saya. Katanya saya ahli neraka.

3. Suruh dia kahwin lain. Namun dia berkeras tak nak dan cakap tak pernah terfikir untuk dia kahwin lebih daripada satu.

4. Laporan polis tentang aktiviti judi ni supaya polis dan SKMM dapat “block” ejen, akaun bank “proxy”, game judi tapi sampai sekarang tiada tindakan dibuat.

5. Contact dan beritahu hal sebenar kepada aweknya (yang mana kantoi) tapi kemudian dia boleh cari baru lagi.

6. Lari rumah bawa semua anak anak dah banyak kali. Tak lama sangat nanti anak saya merengek mahu balik jumpa papanya.

7. Minta cerrai secara baik darinya namun dia enggan lepaskan dan bersungguh sungguh mengatakan dia hanya suka suka dan langsung tiada niat untuk menduakan saya.

Hati saya? Iya korang mesti cakap saya ni bdoh.. Kalau orang lain mesti dah lama angkat kaki.

Benar. Saya tidak menafikannnya. Angkat kaki atau bertahan itu pilihan masing masing. Tahap penerimaan seseorang terhadap sesuatu masalah atau situasi tak sama.

Ada orang tak perlu tunggu suami buat salah banyak kali, cukup sekali jer terus angkat kaki.

Ada orang berkali kali buat salah tapi masih boleh maafkan. Saya pula tidak meletakkan kepercayaan dan cinta sepenuhnya kepada manusia.

Jadi saya tak betul betul “down” pasal hal ni. Kalau apa apa berlaku terhadap dirinya (contohnya Allah bayar balasan cash atas dunia), sekurang kurangnya saya akan menerima pampasan yang agak lumayan dari pihak insurans (Hibah).

Mungkin cinta sejati saya bukan di atas dunia ni, tapi di akhirat sana Inshaa Allah.

Akhir kata, buat kaumku yang dikasihi, sekiranya anda tengah dilamun cinta atau ada ahli saudara mara/ kawan kawan anda tengah mengenali seseorang seperti ciri ciri di atas, nasihat saya AWAS!

Anda mungkin mngsa seterusnya. Jadi perempuan yang bermaruah dan tegas. Jangan biarkan orang lain yang bukan halal untuk anda sewenang wenangnya mengambil kesempatan.

Yang benar, Isteri dari dunia realiti

Reaksi Warganet

Zieyla Aida –
Nampak macam puan pun kena scam ni. Harap harap cepatlah tersedar

Zawiyah Kaderi –
Anak anak hidup bersama penziina, penscammer, penjudi nak dipimpin kemana budak budak tu?

Tiada pertimbangan rasional berlandaskan ajaran agama hidup confessor ni. Main tibai je. Asalkan orang tak tau takpa berkongsi hidup dengan syaiitan bertopeng manusia.

Wan Mazzaziman –
“langsung tiada niat untuk menduakan saya”

Dah sebelum tu cerita sampai bawa perempuan lain ke bilik tidur. Takkan tu tak menduakan lagi? Kau bukan kena menduakan dah ni, mentiga, mengempat dan mungkin mengratus2 dah ni.

Dengan kau sekali kena scam dengan dia sebab percayakan dia.

Aida Joseph –
Orang kata kalau kucing jantan, kita buang ball dia, mandulkan. Insha Allah dia berubah, duduk rumah, tak suka dah cari betina. Maybe kena buat macam tu kot.

Rasanya TT ada jawapannya kot. Cuma tak cukup kuat untuk bertindak. Semoga dimudahkan jalan penyelesaian untuk tt. Apa apa pun, love urself 1st kay.

Na Rai Na –
Teringat beberapa tahun lepas, ada satu mamat ni kena tangkap sebab jadi love scammer. Bnyk tipu perempuan.

Dia punya berlakon siap jadi AJK surau dekat Shah Alam lagi (AJK surau ni biasanya bukan pak lebai ye. Dilantik dalam kalangan ahli kariah yang aktif ke surau, dipilih dalam mesyuarat dan diperakui majlis agama dengan sokongan pihak surau. Jgn salah faham pulak).

Bini dia lecturer ye, bukan tak educated. Mamat tu tak keje, keje dia memang full time scammer. Syukur juga kena tangkap. Kurang satu scammer.

Busseroa Abd Jalil –
Wow, luahan ini amat luar biasa!

Pada saya TT seorang yang bijak dan ikhlas. Tahniah TT.

Walau bagaimanapun, izinkan akak memberi sedikit pandangan.

Akak dapat rasakan TT hidup dalam jiwa yang kosong. Bagi TT lantaklah. Sekurang kurangnya jika terjadi apa apa TT dapat pampasan.

Tetapi TT ada beberapa perkara yang TT kena fikirkan dengan lebih mendalam.

1. Environment ayah yang sebegitu amat tidak sihat untuk pembesaran anak anak.

2. Suami bergelut dengan sumber haram. Sedikit sebanyak mungkin tersuap sumber itu kepada anak anak mahupun TT sendiri.

3. TT berisiko dijangkiti penyakit kelamin, H.1.V dan sebagainya.

4. Potensi anak anak untuk meniru sikap bapa amat tinggi kerana itu yang mereka lihat. Semakin besar mereka akan semakin faham apa yang terjadi.

5. Maruah TT dan anak anak akan tercemar jika ada mngsa yang mengamuk atau mengambil tindakan. Kasihan anak anak jika mereka menjadi bahan ejekan kawan kawan.

6. Keluarga yang sebegitu tidak ada keberkatan dalamnya.

Jadi TT, walaupun hati anda reda dan perasaan marah mungkin sudah mati tetapi bertindaklah demi anak anak dan masa depan TT sendiri.

Dengan segala bukti yang TT ada, Insya-Allah jalan penyelesaiannya banyak. Tanya kepada yang arif. Bangkit TT. Anda masih muda dan perjalanan hidup anda dan anak anak masih panjang.

Jangan sia siakan masa depan anak anak hanya kerana saki baki Cinta yang masih tersisa di hati. Anda mesti kuat TT. Take care ya.. Sumber – Isteri dari dunia realiti (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *