Pemergiannya mengejutkan ramai, Allahyarhamah Adibah Noor dipercayai turut merahsiakan penyakit knser Ovari yang dihadapinya daripada pengetahuan keluarga termasuk bapanya sendiri.
Memetik laporan media, bapanya, Mohd. Omar Zainal Abidin berkata Allahyarhamah tidak pernah memberitahunya mengenai penyakit tersebut.
“Tak tahu. Dia tak beritahu. Saya pergi hospital. Dia tak beritahu apa-apa. Saya hiba. Tak ada apa yang nak dikatakan lagi, Allah SWT dah pilih dia,” katanya.
Dia juga menyifatkan anak ketiganya itu sebagai seorang yang baik dan peramah. “Dia anak saya nombor tiga. Seorang yang taat. Pada saya, dia okey,” ujarnya lagi.
Sementara itu, abang kepada Allahyarhamah berkata adiknya ada memaklumkan mengenai penyakitnya sekitar beberapa bulan yang lalu.
“Arwh maklumkan kepada kami agak lambat. Kami tahu beberapa bulan lalu kerana dia sendiri dapat tahu penyakitnya agak lewat.
“Rawatan dan pembedahan berjalan lancar. Kami baru-baru ini ada keluar makan bersama, dia boleh berjalan, makan dan sebagainya.
“Khamis lalu, kami dimaklumkan arwh menjalani sesi kemoterapi kali keenam atau ketujuh, saya kurang pasti.
“Dos diberikan lebih sedikit untuk membuang sel (knser),” katanya.
Terdahulu, pelakon dan penyanyi itu dilaporkan telah mennggal dunia pada jam 7.30 malam di Hospital Gleaneagle, semalam akibat knser ovari tahap empat.
Jenazhnya telah dimandi, dikafan dan disolatkan di Masjid Al-Ansar, Taman Keramat serta selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Taman Keramat kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.
Ratusan orang dipercayai menghadiri pengebumian tersebut untuk memberikan penghormatan terakhir termasuk rakan selebriti seperti Sharifah Amani, Datuk M.Nasir, Datuk Hans Isaac, Niki Palikat, Datuk Afdlin Shauki dan Linda Onn.
Arwh juga dikatakan sangat pemurah:
Adibah Noor pernah bantu lelaki ini secara diam menggantikan duit susu dan lampin anaknya. Semoga arwh tenang di negeri abadi sana
Arwh juga dikatakan baik terhadap binatang terutmanya kucing. Perginya seorang selebriti yang sangat aktif membantu dan menyelamatkan kucing jalanan.
“Sejujurnya saya kurang pasti berapa banyak saya berhabis bagi membayar makanan, kos bulanan dan perubatan untuk kucing-kucing yang dibela. Apa yang pasti, saya tidak pernah berkira jumlah wang untuk kegunaan mereka.” – Adibah Nor
Mari kita doakan semoga segala kebaikan Arwh Kak Adibah Noor pada kucing2 tu diberi ganjaran pahala yg berlipat ganda dari Allah..Aamin
Antara ciapan terahkir Adibah Noor di akaun Twitter peribadinya. al-Fatihah buat arwh semoga ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh, amin.