Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku nak cerita kisah hidup aku dan aku nak minta pandangan kalian semua. Aku seorang suami dan seorang ayah. Perkahwinan yang aku harapkan indah pada mulanya berubah bagaikan aku tidak layak untuk merasa manis alam perkahwinan.
Usia perkahwinan aku baru berusia 1 tahun 11 bulan. Isteri aku muda 7 tahun dari aku. Pada awal perkenalan dengan isteri aku, tidak nampak mana kurangnya dia. Dengan layanan dia untuk aku dah keluarga aku.
Isteri aku cantik, rajin, sopan dan manis senyumnya. Tapi itu laa orang kata selagi belum menjadi suami isteri kita tak akan tahu perangai dia yang sebenar.
Kisah bermula lepas 2 3 bulan perkahwinan, aku duduk dengan keluarga mertua atas desakkan isteri. Di rumah mertua baru aku nampak perangai isteri aku.
Seorang yang rajin, manis, sopan berubah 360 darjah jadi seorang pemaki pemalas pengotor dan aku ambil keputusan untuk menyewa rumah lain supaya aku tidak gagal mendidik isteri aku.
Setelah berpindah aku tak nampak isteri aku kemas rumah, memasak kira dari A – Z memang dia tak buat apa apa. Aku tegur kenapa tak tolong kemas sikit sikit dia hanya balas, “kerja rumah dan memasak kerja suami, bukan tugas isteri”
Aku terdiam kejap, dari situ aku dapat baca isteri aku bagaimana orangnya. Oleh sebab dirinya yang pemalas dan tak ada sikap tolak ansur semua kerja rumah aku yang uruskan termasuk memasak. Isteri tengok dan main handphone.
Pernah laa sekali dua aku test tak basuh baju 2 3 hari. Baju baju tu tetap tak bergerak dan dia tak nak bantu basuh lansung belum masuk bab pinggan mangkok dalam singki lagi.
Aku balik kerja malam sebelum tido basuh baju sidai baju, settlekan dapur. Pernah sekali isteri aku terajang waktu aku tido disebabkan dia pikir aku tak basuh baju dan tak sidai sebab takut baju yang dia suka bertaik lalat.
Korang boleh bayang tak apa perasaan aku masa tu, penat kerja balik uruskan rumah lepas tu tido kena terajang.
Aku muhasabah diri dan nasihat kan dia agar berubah tapi semua sia sia. Aku teringin nak dapat layanan sebagai seorang suami tapi hmm..
Maki hamun dan bergaduh tu semua dah jadi makanan aku tiap hari. Sedih laa hidup aku. Kat mananya salah lagi dalam rumahtangga.
Duit nafkah RM600 aku bagi tiap bulan, itu belum masuk untuk barang rumah bil air, elektrik, sewa rumah, bayar kereta dan anak. Semua tu aku tanggung sorang dan ayat dia “itu tanggungjawab aku”.
Gaji aku tak besar pun RM1800 sebabkan semua aku kena tanggung aku terpaksa buat kerja sambilan untuk menampung hidup kami sekeluarga.
Kadang aku menangis sorang sorang atas moto kenapa perkahwinan aku tak macam orang lain. Dapat isteri baran, kaki hamun pengotor.
Andai dulu aku tak ego dan tak tinggalkan seseorang perempuan 1 dalam sejuta yang boleh susah senang dengan aku, yang tak berkira dengan aku. Aku rasa ini kifarah sebab dosa. Maafkan aku wahai mantanku..
Dengan keluarga aku pun isteri aku tak suka, aku dengan isteri akan bergaduh bila aku ajak balik ke rumah mak aku.
Aku kerap mengadu tentang rumah tangga aku pada mak aku dan ayat aku yang akan diulang “tak tahu sampai bila rumahtangga ni dapat bertahan”.
Mak aku hanya mendengar dan dia suruh aku bersabar, katanya dia tak mahu masuk campur. Senyum, menangis aku hanya dekat mak saja yang aku luahkan untuk hilangkan rasa beban di dada.
Aku nak minta korang doakan aku kuat untuk hadapi dugaan rumahtangga ni. Mintak maaf jugak ayat aku berterabur dan cerita aku panjang.