Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.
Aku dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan. Ayah sahaja yang bekerja. Atas beberapa faktor mak tak kerja. Aku ada 3 orang adik beradik je tapi kadang – kadang masih sempit juga. Kereta pun guna kereta lama, rumah buruk.
Pernah ada orang rumah PPRT datang rumah aku dan cakap. “Takkan ni je rumah. Teruk sangat. Dhaif sangat – sangat”. Ada jugak jiran – jiran pernah datang rumah kami, bila dia tengok perabot.
“Miskinnya lah. Lama dah perabot ni. Mana ada orang pakai.” Aku tahu mak aku menangis malam tu sambil cerita kepada ayah aku. Macam – macam h1naan kami terima. Ada yang cikgu aku marah bila aku datang sekolah dengan kasut k0yak.
Dia tanya kenapa tak beli baru. Aku senyapkan aje dan aku kena denda. Lepas tu bila cikgu lain dengar cikgu tu tegur, dia panggil aku, kat hujung. Ustazah Siti nama ustazah tu. “Lia, awak ade duit tak beli kasut?”
Aku geleng dan dia terus keluarkan duit suruh aku beli kasut baru. Keadaan masa tu telefon pun tak ade. Boleh kata keluarga aku ni paling tersisih dengan saud4ra mara. Sebab rumah kami buruk. Ada yang masuk rumah kami pakai selipar.
Sebab tak nak kaki kena habuk simen yang pecah – pecah. Masa tu aku sekolah pun aku tahu keadaan keluarga macam mana. Rumah bila petang panas sangat – sangat. Kipas angin ada satu je kat rumah.
Kalau malam mak ayah guna, waktu siang je aku boleh guna. Aku dah pernah minta nak kipas tapi ayah aku diamkan aje. Kemudian aku faham yang ayah aku tak mampu. Masa hari raya pun sedih. Baju sehelai je.
Baju pakai hari – hari susah sangat – sangat nak ganti. Ayah atau mak tak akan beli baru, melainkan aku merayu sangat – sangat. Masa aku masuk U, tudung ada 2 helai, tudung hitam dan tudung krim. Baju kurung yang makcik – makcik aku punya. Bert4hi lalat dan fesyen lama.
Masa mula – mula masuk U aku jadi segan sebab pakaian aku sangat lusuh. Aku masih ingat roomate aku kutuk pakaian aku macam orang asli pendalaman (maafkankan aku, tak berniat nak kutuk).
Satu demi satu benda orang pandang h1na. Pakaian, life style aku. Dulu nak makan pun berkira sangat – sangat. Masa U ada kawan aku pesan aku belikan makanan. Harga dalam RM20. Lepas tu aku mintak dengan dia duitnya, sebab aku pun tak ada duit.
Kemudian, dia pergi sebarkan cerita aku kedekut, makanan berkira walaupun seposen. Dia tak tahu tu jelah duit aku untuk makan sampai last sem. Selepas tu aku dah serik. Aku tak kan ambik pesan kalau kawan aku pesan makanan.
Aku cakap jujur tak ada duit dah. Sampai last, akhirnya aku berjaya jugak habiskan belajar, dapat graduate. Keputvsan aku biasa – biasa sebab aku bukan pelajar yang cemerlang sangat. Tapi aku sangat – sangat bersyukur aku mampu hidup walaupun serba kekurangan.
Hidup dengan rasa malu dan penuh cerc4an. Sampai sekarang bila ingat balik apa yang aku rasa. Kadang kala air mata jatuh menitik. Nak beli roti harga RM0.80 pun kadang – kadang tak mampu bila bajet dah habis.
Sekarang aku dah kerja dan dah dapat pegang duit sendiri. Aku berjimat sehabis mungkin. Masa bulan Ramadhan, bila rasa lapar dan dapat rasa balik macam mana jadi miskin dulu. Aku terkadang menitik air mata.
Aku merayu kepada masyarakat kalau nampak orang yang susah. Tolong jangan h1na. Bukan mereka malas untuk cari duit. Bila nampak budak – budak yang pakai seIekeh, kadang – kadang aku rasa sayu,
sebab aku teringat kembali macam mana aku dulu. Moga kita semua dapat menyantuni orang – orang miskin dan jangan mengh1na. Masa aku susah dulu aku tak pernah meminta kat siapa – siapa.
Cukup jangan mengh1na. Sekian kisah dari aku. Kalau admin rasa ada manfaat silakan post untuk pengajaran. – Lia (Bukan nama sebenar)