Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.
Assalamualaikum wbt warga FB. Selama ni aku hanya jadi pembaca setia. Seronok membaca komen masing – masing dan tak pernah terfikir nak menulis confession ni. Hati aku tergerak untuk kongsi sedikit kisah family
aku selepas membaca kisah Puan Aina di dalam confessionnya, “D0sa Silam Pasangan Mengh4ntui Diriku.“ Para pembaca sekalian, betul apa yang Puan Aina risaukan. D0sa sesama manusia bukan perkara remeh yang
perlu kita memandang rendah. Apatahlagi melibatkan maru4h manusia yang lain. Kerana tiada mengenali aku di sini, biarlah aku buka sedikit pekung di d4da mengenai kisah keluarga aku. Arw4h Ayah aku seorang
Engineer. Selalu ikut group tabIigh dan seorang ayah yang cukup sempurna di mata kami. Sedikit pun ayah tidak pernah naik tangan. Dia menjaga ibu dengan sebaiknya sehinggalah ke akhir hayatnya.
MaIang tidak berbau, ayah ditimpa rumah r0boh sewaktu bekerja. Ayah k0ma selama dua minggu. Tetapi yang peliknya, doktor mengatakan ayah n4zak tetapi bila semua preparation dah dibuat, oksigennya kembali normal.
Esok jadi benda yang sama, berulang – ulang selama dua minggu. Ia seperti nyawanya susah nak keluar dari jasad. Seperti dalam keadaan tersiksa. Wajah ayah yang dahulunya putih, menjadi agak gelap. Ramai ustaz datang untuk membaca doa supaya dipermudahkan urusan ayah.
MaIangnya keadaannya masih sama. Kami semua memohon maaf kepada orang sekeliling sekiranya ayah pernah berd0sa, atau hutang. Tetapi ayah tidak pernah berhutang dengan orang lain. Dia yang selalu dihutang orang.
Sampailah seorang rakan baiknya di universiti datang melawat, kami menceritakan keadaan ayah dan dia terus berwajah sugul. Pakcik Ahmad iaitu kawan ayah hanya berdiam diri buat seketika dan sepertinya dia menelefon seseorang.
Keesokkan harinya, seorang wanita separuh umur datang melawat ayah. Kami semua tidak mengenali dia. Dia datang menghampiri ayah, dan mengucapkan perkataan, “saya maafkan segala d0sa awak kepada saya”. Kami sekeluarga terk3jut dan menjadi tanda tanya apakah d0sa ayah kepadanya.
Nasib baik waktu itu ibu tiada kerana menguruskan hal lain. Aku menghampirinya dan mulalah bersoal jawab. Apakah d0sa ayah sehingga tersiksa begini? Rupanya wanita itu adalah bekas tunang ayah. Wanita itulah yang menyara ayah di universiti dulu.
Sehinggalah ayah berjaya, ayah meninggaIkan dia dengan sekelip mata. Mereka tidaklah sampai berz1na tetapi ayah berjanji kepadanya untuk nikahi dia selepas berjaya. Hutang janji ayah itulah menjadi asbab ayah sengsara sewaktu menghadapi sakaratulm4ut.
Selepas satu jam kejadian itu, ayah pergi meninggaIkan kami dengan tenang. Ini bukan kisah dongeng untuk semua pembaca. Ataupun majalah mastika. Ini adalah cerita benar yang terjadi di dalam keluarga aku. Sampai hari ini ibu tidak mengetahui kisah ini kerana demi maru4h ayah dan kesedihan ibu, kami adik beradik berpakat untuk rahsiakan segalanya.
Aku sempat minum dengan wanita terbabit sebelum dia pergi meninggaIkan kami. Wanita itu mengatakan, dia tidak mudah memaafkan ayah kerana dia begitu setia dengan ayah disaat susah dan senang. Wanita itu jugak menolak pinangan orang lain kerana janji setia ayah kepadanya.
Dia berh3mpas pulas menyara ayah sehingga dia tidak ke menara gading kerana sibuk bekerja. Baginya cukuplah ayah capai cita – cita dan berkahwin dengannya. Perasaan sengsara itu dirasai hinggalah ke hari ini. Sebenarnya dia telah melupakan ayah, cuma dia lupa untuk memaafkan kekhilafan ayah kepadanya.
Aku menyusul kepada wanita terbabit untuk membayar segala kos pengajian ayah supaya tiada hutang di antara kami. Tapi dia menolak dan beralasan rezekinya m4kin
bertambah selepas ayah mengani4ya dirinya. Al-fatihah untuk ayah.. kami tiada d3ndam kepada ayah, cuma yang aku ingin sampaikan kepada sahabat semua, jangan memandang ringan dengan d0sa dan janji sesama manusia.
Seperti kisah Puan Aina, beliau berhak untuk risau dan tr4uma kerana dia tahu tentang perkara ini. Buat Puan Aina, aku mendoakan semoga wanita terbabit memaafkan suami Puan.
Keadaanya lebih keruh kerana hilang kehormatan dan dicurangi dengan begitu k3jam. Buat semua sahabat, jauhilah z1na dan peganglah pada janji yang dibuat. Sekiranya tidak mampu untuk melunaskannya, mohon lah
maaf kepada manusia terbabit dan selalulah berdoa agar hatinya dilembutkan oleh Allah swt.Akhir kalam, semoga kalian semua diIindungi Allah swt. Al-fatihah kepada ayahku.. – Jihan (Bukan nama sebenar)