Aku seorg ibu umur 30 thn Masih keja kilang. Aku sering dipandang h1na, tapi bila dpt gaji ramai terkejut lihat slip gaji aku.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum pembaca sekali. Aku berusia 40 tahun. Perempuan, isteri dan ibu. Memiliki Diploma Elektrik (Elektronik) dari sebuah universiti tempatan. Aku seorang juruteknik di sebuah kilang elektronik yang

bekerja secara shift 12 jam sehari. Tujuan aku menulis ni adalah untuk menjelaskan pada masyarakat tentang pekerjaan ini. Ramai yang seakan suka memandang seperti h1na pekerjaan ini. Seringkali aku berdepan dengan soalan. “Bila nak cari kerja lain?”.

“Eh, bila nak mohon kerja normal shift?”. “Teruknya kerja 12 jam, anak – anak mesti tak terurus”. “Suami lari nanti, kerja macam tu”. “Tua nanti nak makan apa, pencen tak ada?”. Jadual kerja aku seperti berikut,

perlu bekerja 14 hari dan cuti 14 hari untuk 4 minggu. Ada minggu yang perlu bekerja Ahad,Isnin dan Selasa. Cuti pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat. Ada minggu yang perlu bekerja Ahad, Isnin,Selasa dan Rabu. Cuti

pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu. Jika kerja shift pagi, masuk kerja pukuI 7 pagi dan pulang 7 malam. Jika kerja shift malam, masuk pukuI 7 malam dan pulang 7 pagi. Pening juga aku nak jelaskan pasal shift pattern ni untuk orang yang tidak pernah

kerja kilang. Kalau aku cerita detail lagi, nanti jadi telenovela la pulak. Secara ringkasnya, aku perlu bekerja 12 jam sehari untuk 3 atau 4 hari seminggu, siang atau malam mengikut jadual.

Apabila usia dah mencecah 30-an aku tidak lagi bekerja shift malam. Hanya bekerja shift pagi sahaja, dah agak senior dan perlu berurusan dengan ramai orang yang bekerja normal shift. Sebenarnya aku suka hidup begini.

Tekanan kerja sangat rendah. Tak perlu fikir hal kerja di luar waktu bekerja. Aku akan ada banyak masa dengan anak – anak dan suami sebenarnya. Suami aku freelance. Kami bebas ke mana – mana pada hari bekerja. Aku juga dapat merasa menjadi ibu sepenuh masa untuk 3 atau 4 hari seminggu,

Boleh siapkan anak pagi – pagi dan hantar ke sekolah. Boleh siapkan makanan tengahari dan tunggu anak pulang. Kalau malas, aku beli saja di kedai. Dulu suami juga bekerja seperti aku, cuma kami decide salah seorang perlu kerja yang tidak terik4t dengan masa bekerja supaya lebih mudah nak uruskan anak.

Dia ada bakat, jadi dialah yang buat kerja freelance. Kami berk0rban sedikit supaya anak tidak perlu dijaga oleh orang lain. Sebenarnya dari segi pendapatan juga, pekerja kilang ni berpendapatan agak tinggi untuk kategori kelulusan akulah.

Jangan dibandingkan dengan pilot pulak ye. Aku mendapat gaji pokok 5k++ sebulan. Ada juga alaun lain juga. Jika aku bekerja lebih masa untuk 12 jam, aku akan dibayar RM 400++. Biasanya aku akan menerima gaji bersih sekitar 6k++ sebulan sekiranya ada membuat beberapa hari OT (overtime).

Jika mampu atau nak pakai duit, boleh saja OT untuk 14 hari. Sektor elektronik sangat tinggi order sekarang. (Aku tinggal di kawasan yang bukan bandaraya, jadi pendapatan sebegini bagi aku agak tinggi). Dengan pendapatan seperti itu aku mampu

untuk menabung untuk rancangan persaraan kami kelak serta untuk pendidikan anak – anak. Mampu juga untuk menyumbang untuk ibubapa kami. Mampu untuk membayar zakat serta bersedekah sedikit sebanyak. Tidaklah semuanya indah, ada sisi gelap jugak untuk

perkerjaan ini. Di dunia ni mana ada tempat tak ada masalah. Lain kali aku tulis tentang sisi gelap ya. Cuma aku direzekikan dengan boss dan rakan kerja yang sangat baik. Kesimpulannya, aku nak bagitau orang ramai. Cara menikm4ti

kehidupan untuk setiap orang itu tidak sama. Tidak perlu menghakimi tengok orang atau kemukakan soalan seolah – olah mengh1na pekerjaan orang. Bye.. – Natasha Awanis (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *