Tertipu dgn pakaian sopan, labuh isteri seblum kahwin. Lps kahwin aku jumpa kotak r0kok dlm bag dia. Baru sedar siapa isteri aku sbnar.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Hi salam semua. Semoga tulisan ini mampu mendapat pandangan sewajarnya agar mampu memberi sedikit pertimbangan sebelum aku membuat keputvsan dalam masalah rumahtangga

aku. Aku sebenarnya tak tahu sama ada aku perlu teruskan perkahwinan aku atau tidak. Baru menginjak 3 tahun tapi aku rasa sangat banyak perbezaan antara aku dan isteri aku. Dari segi pemikiran, gaya hidup, halal

h4ram, d0sa pahala, kerjaya, hala tuju hidup. Aku mulakan dengan menceritakan serba sedikit latar belakang kami agar mudah kalian memberi pandangan. Aku merupakan seorang Software Engineer walaupun aku bukan

belajar dalam bidang itu. Aku mengambil jurusan agama di Timur Tengah. Tapi disebabkan minat yang mendalam terhadap bidang pengaturcaraan, aku sering belajar sendiri ketika punya waktu terluang.

Usai tamat pelajaran di Timur Tengah, aku terus minta kerja dalam bidang pengaturcaraan dan berjaya menempatkan diri dalam syarik4t terkemuka walau tanpa sijil berkaitan. Berasal dari keluarga yang

sederhana, ibubapa aku ajar aku untuk bekerja keras dan sentiasa berjimat cermat supaya tidak boros dan berjaya mengubah hidup. Isteri aku merupakan seorang

berkelulusan sastera di universiti swasta dalam negara. Sekarang bekerja di dalam bidang pentadbiran di sebuah syarik4t kecil dengan gaji bawah B40. Dia dibesarkan dalam keluarga yang sederhana tapi dimewahkan oleh ibubapanya.

Simpanan zero sebab semuanya dibelanjakan untuk anak – anak. Beberapa sebab kenapa aku nak putvskan hubungan ini, iaitu kami sering berg4duh tentang gaya hidup. Aku walaupun bekerja di syarik4t besar mana lah gaji banyak sangat sebab baru sahaja nak mula hidup.

Tapi aku diberi expectation oleh isteri untuk sediakan 100% keperluan rumah, memberi nafkah dengan tambahan membeli barangan – barangan mahal seperti produk Epal. Aku selalu cakap kepada dia untuk berjimat cermat, tapi sering tidak diendahkan.

Ya, aku faham dia dibesarkan dalam keadaan serba mewah, tapi ukurlah baju dengan badan sendiri. Kedua, aku rasa tertipu dengan pakaian beliau sewaktu mula kenal. Nampak seperti muslimah bertudung labuh tetapi tidak sebaik yang disangka.

Walaupun dia mendapat didikan agama dengan sempurna tapi tidak diamalkan sepenuhnya dalam keluarga beliau. Semasa tahun akhir sahaja, dia mula bertudung labuh selepas menyertai “usrah instant” gara – gara insaf ditinggalkan bekas teman lelakinya.

Detik kekecewaan terendah aku apabila aku terjumpa sekotak r0kok dalam beg tangan beliau. “Perempuan mer0kok?” Ketiga, dia tiada usaha untuk buat lebih baik dalam kehidupan. Baik kehidupan dunia mahupun akhir4t. Hanya tahu enjoy, vacation, korea.

Keempat, dia tak suka keluarga aku. Dih1nanya keluarga aku sebab mengamalkan kehidupan yang sederhana, pakai pakaian murah, makan makanan di kedai biasa. Dia sangat tidak suka kalau aku nak balik kampung ke rumah ibu aku.

Aku banyak kali nak hentikan hubungan ini. Tapi aku tiada kekuatan. Rasa cinta tiada. Yang ada kasihan. Kasihan kalau aku tinggalkan dia apa lah jadi dengan nasib kehidupan dia. Kemudian, aku takut dipersalahkan. Aku tak suka buka aib dia pada mak mertua aku tentang sisi buruk anaknya. Tiada keperluan pun.

Sebab ibu dia sendiri tahu per4ngai buruk anaknya. “Perkahwinan ni memang satu penipuan!” Ibu ayah aku sendiri merasakan aku tidak bahagia dalam perkahwinan. Mereka sendiri pun menyalahkan pilihan aku. Tapi rasa malu dengan mertua kalau perkahwinan ini diputvskan.

Macam – macam dah aku buat kat isteri aku untuk bagi dia tawar hati, tapi selepas beberapa hari aku rasa kesian. Aku sendiri yang pujuk balik dia. Isteri aku sangat sayangkan aku. Sangat dahagakan perhatian

aku tapi aku tiada rasa apa – apa. Aku rasa terp4ksa tapi kasihan. Oh ya, kami masih belum ada anak. Satu kelegaan buat aku, sebab aku tak mahu perkara jadi lagi rumit jika mempunyai anak. Aku tidak boleh bayang kalau anak aku

mendapat didikan dari ibu seperti beliau. Aku dah tawar hati. Aku tak nampak halatuju perkahwinan kami ini. Dalam masa sama aku tak sanggup nak s4kitkan hati dia. Sebab aku kesian. Aku rasa hidup dia dah terlalu banyak tr4uma.

Dan aku tidak perlu menambah tr4uma itu. Aku tak tau apa jadi pada dia kalau aku tinggalkan dia. Entah bvnvh diri atau giIa agaknya. Tapi aku sendiri merasa sekarang. Mohon pandangan. – Suami Kasihan (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *