Anak Di ‘Groom’ Adik Sendiri. Adik sy umur 14 thn. Remuk hati bila anak gtau. Tergamak dia. Sjk itu, anak sy tiap2 mlm mengigau.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya tak tahu nak mula cerita macam mana. Saya ada 2 anak, Arif (4 tahun) dan Liya (1 tahun). Tinggal berdekatan dengan rumah mak. Jadi kami memang selalu habis kan masa di rumah mak.

Seminggu dalam 3 atau 4 kali ke rumah mak. Setiap kali datang, dalam 4 jam macam tu di sana. Yang masih tinggal dirumah mak ada adik adik saya 3 orang, belum berkahwin. Tapi main character dalam cerita ni ialah Iman, 14 tahun.

Saya bina hubungan dengan anak supaya anak selesa untuk cerita apa pun pada saya. Selalu berborak, benda kecil mahupun benda besar. 2 minggu lepas dekat rumah saya masa saya tengah tukar pampers Liya, tiba tiba Arif cakap,

“Ciklang (Iman) tunjuk zak** dekat Arif”.

Masa tu saya terkejut. Tapi risau salah dengar. Saya cuba follow cerita dia.

S : “Haa apa dia?”

A : Paklang tunjuk zak** dekat Arif.

S : Tunjuk macam mana?

A : Dia baring pastu dia bukak seluar. (Arif siap buat demo)

S : Lepas tu dia buat apa?

A : Takde apa. Lepastu dia tutup seluar.

S : Banyak kali ke Paklang buat?

A : Banyak.

S : Dekat mana dia buat?

A : Dekat bilik Paklang. Arif tengah main mainan lepastu Paklang tunjuk.

Remuk hati seremuk remuknya. Anak yang dilindungi di ’groom’ adik sendiri. Info tambahan, saya memang ajar anak saya tentang sentuhan selamat dan aurat. Mungkin asbab tu juga, dia tahu perkara ni perlu diceritakan pada ibunya.

Saya dah beritahu perkara ni pada adik beradik lain, semua marah dengan tindakan Iman. Disebabkan dia pun ada sejarah hitam (banyak kali kantoi tengok blue) jadi kami semua jadi speechless. Sampai sini tahap dia sekarang.

Apa motif nak tunjuk kemalvan? Untuk apa? Nak ajar apa? Allahu tak habis fikir lah soalan ni dalam kepala.

Untuk yang akan kata, “ala nasib baik tunjuk je, takde buat apa apa”.

No, itu gangguan s3ksual. Anak saya lepas kejadian tu selalu mengigau malam malam. Benda ni sedikit sebanyak buat saya sendiri selalu menangis. Kekadang tiba tiba perasan diri sendiri menangis tanpa sebab.

Bagaimana saya perlu selesaikan? Saya dah follow Encik Akhi Fairuz lama dah. Tapi bila jadi macam ni rasa macam blank. Apa tindakan untuk Iman? Kalau dah buat tindakan tu, adakah saya perlu jauhkan diri family saya dari Iman?

Lagi lagi bila saya sendiri ada anak perempuan. Risau serisaunya rasa kalau nak bawak anak ke sana lagi. Padahal rumah mak sepatutnya jadi comfort place. Tolong bagi cadangan. Thank you

Reaksi Warganet

Yasalma –
Baru 14 tahun, masih ada sifat kebudakannya. Tidak terlambat selamatkan dia. Dia tersalah langkah dan tiada panduan menjadi lelaki.

Sebagai kakak, kena usaha nasihat. Selamatkan dia juga dan keadaan rasa tanggungjawab.

Takut melarat dan makin bertambah umurnya nanti makin susah nak dekati untuk bagi nasihat. Kesan buruk pada semua nanti, keluarga dan masyarakat.

Azian Khalil –
Selamatkan adik tu juga. 14 tahun tu usia tengah nak explore macam macam. Nasihat, ceritakan baik buruk dan kesannya.

Jabgan terus marah, tengking dan asing. Dia akan terus memberontak

Kasih Letua –
Saya dah punya anak ni, memang tak percaya pada sesiapa. Dulu adik ke anak buah ke, nak tumpang duduk rumah, mereka dari kampung dapat keje di bandar, nak duduk lah rumah saya.

Memang saya tak bagi. Baik family saya atau pun dari sebelah suami. Baik laki atau pun perempuan. Saya risau dan terlalu pikirkan yang akan datang.

Saya pun tak berani keje. Biar la anak anak membesar depan mata saya. Biar la saya takde kawan, takde duit sendiri. Biar la saya jadi peneman anak kesana kesini, jadi driver anak sekolah mengkaji. Saya happy dan ikhlas sangat sangat, tak pernah nak merungut ape ape.

Erin Mustafa –
Bila kita decide untuk ada anak sendiri dan bawa mereka ke dunia, maka mereka secara automatik menjadi priority. Adik awak adalah tanggungjawab ibu bapa awak, dan mereka ada di rumah lain.

Jadi sudah boleh kurangkan berkunjung tanpa ada keperluan penting. Kena terima hakikat kita sudah menjadi ibu bapa dan bukan anak manja lagi. Buat keputusan drastik dan kekal dengan keputusan itu, demi anak anak yang sudah menjadi tanggungjawab awak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *