Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.
Assalamualaikum pembaca semua. Sebelum itu saya nak minta maaf ya kalau ada yang kurang berkenan atau terasa dengan confession saya ini.
Nama saya Puan Nora (bukan nama sebenar) umur sudah lewat 50-an. Saya ada tiga orang anak. Dua lelaki dan satu perempuan. Masih bersuami Alhamdulillah. Saya nak minta pendapat dengan semua pembaca, anak sulung
saya lelaki dan sudah berkahwin. Sudah pun mempunyai seorang anak. Dalam keluarga saya, memang kami anggap dan layan suami itu seperti raja. Semua benda saya yang siapkan. Malah stokin pun saya sarung untuk suami.
Kerja suami hanyalah pergi mencari rezeki. Bila anak lelaki saya sudah berkahwin, saya dapat melihat lain sungguh cara menantu saya melayan suaminya. Bukan saya nak pertikaikan atau masuk campur dalam urusan anak menantu
tapi saya rasa sangat s4kit mata dan hati melihat perkara itu. Bila saya datang menjenguk anak cucu saya di rumah depa, saya nampak anak saya yang lebih banyak buat kerja rumah.
Anak saya tu dah lah penat bekerja tapi segala kerja dalam rumah pun dia buat jugak. Mana pergi tanggungjawab sebagai seorang isteri? Selalu saya tanya anak saya, jawabnya hal depa suami isteri jangan masuk
campur. Saya masih ingat lagi masa depa datang makan di rumah kami. Bila semua dah habis makan, terus anak saya bangun ambil semua pinggan – pinggan dan cuci di dapur.
Suami saya sangat terk3jut sebab suami sendiri pun tak pernah buat macam tu. Bukan saya kata perkara tu salah, tapi mana peranan seorang isteri kalau semua kerja suami yang buat.
Menantu saya banyak duduk sahaja melayan anak. Pernah sekali tu, kami semua menonton televisyen, tiba – tiba cucu saya tu buang air besar. Menantu saya hanya duduk diam, saya pulak naik segan bila anak saya yang bangun uruskan anak.
Mungkin cara keluarga menantu saya dibesarkan berbeza dengan keluarga saya. Tapi bila dia berkahwin, perlulah tahu tanggungjawab dan peranan jadi isteri dan ibu. Bukan lah nak kata menantu saya tiada buat kerja langsung, memasak tu semua memang
dia yang buat tapi yang menghidang dan mencuci pinggan semua tu anak saya yang buat. Saya tak kata apa yang dia buat tu salah tapi janganlah nampak sangat dia seperti mengh4mbakan suami. Saya tak pernah
ajar anak saya buat semua tu tapi selepas kahwin semua dia buat. Jadi saya tahulah sebenarnya menantu saya yangmenyuruh dia buat benda – benda tu. Saya ni kesian dengan anak saya, dia penat bekerja dari pagi
sampai petang. Tapi bila balik rumah kena buat semua kerja. Dah serupa duda anak saya tu. Pernah juga saya terfikir yang bukan – bukan pasal menantu saya, tapi cepat – cepat saya menidakkan.
Sebab menantu saya ni solat tak pernah tinggal tapi tulah saya tak berkenan cara dia melayan suaminya seperti itu. Saya tak berniat nak masuk campur, tapi saya tak sanggup tengok anak saya diperlakukan seperti itu. Pernah juga saya plan cuba nak sound menantu saya, tapi lepas saya itu pun sama jugak. Tetap buat perkara sama.
Sebagai seorang ibu, mestilah saya nak yang terbaik untuk keluarga saya. Seorang anak itu perlu tahu tanggungjawab masing – masing. Kalau pun suami kita tu sungguh baik tapi jangan pula diambil kesempatan buat suami seperti lembu kena cucuk hidung.
Semua benda suami yang kena buat. Akhir kata, saya nak minta pendapat semua. Apa cara supaya saya dapat tegur dan ubah per4ngai menantu saya tu? Saya tak sanggup tengok anak sendiri dih4mbakan oleh isterinya. – Nora (Bukan nama sebenar)