Kenal kat socmed, ak hamil sblum nikah. Takut ayah sbb pesara tentera. Cukup 7bln semua terbongkar. Mengucap panjang ayah pd masa 2.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Namaku SS (nama samaran) berumur 19 tahun dan tidak lagi menyambung pelajaran. Kali ini aku ingin bercerita mengenai seorang lelaki yang pernah aku kenali pada November tahun 2019 di socmed.

Aku perkenalkan dirinya dengan nama Amir. Meninggalkan kesan yang agak mendalam dan kekal dalam hidupku sehingga kini. Awalnya, lelaki ini memang baik di mata aku. Dari penampilan, perwatakan. Tetapi semua ini hanya bertahan sehingga February 2020 dimana diriku disahkan hamil 4 minggu.

Silap aku, yang mudah hanyut dengan lelaki. Yang indah semuanya bertukar menjadi pahit sepahitnya. Kandunganku yang semakin membesar Dari hari ke hari tak dapat aku sembunyikan lagi apabila ibu mula mengesyaki aku. Semuanya terbongkar sewaktu kehamilan mula mencapai 7 bulan.

Amir berjanji akan bertanggungjawab untuk semuanya pada ibu, tetapi hal ini tetap disembunyikan dari ayah.

Ayah seorang pesara tentera, faham-fahamlah kalian sifat askar bagaimana. Kalau dia tahu mahu dipenggalnya kepada aku dan Amir.

1 disember 2020, aku selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta. Menangis sendiri aku, mengenangkan nasib anak ini.

Ayah tiada untuk mengazankannya. Nasib ada seorang lelaki berbangsa india muslim sudi menggantikan tempat ayahnya.

Setelah 2 minggu usai kelahiran anakku, semua ahli keluarga beransur tahu akan hal ini termasuk ayah kandungku dan juga keluarga Amir.

Macam biasa untuk menutup malu, masing masing akan diarah utk melangsungkan akad nikah secepat mungkin.

Akan tetapi ini bahagian yang paling menyedihkan. Bapa Amir, aku gelarkan Pakcik Y. Berapa jam sebelum aku bertunang Pakcik Y hubungi aku untuk menyuruh keluarga menyerahkan anakku kepada orang lain secepat mungkin.

“Saya ni bilal, mana say nak letak muka saya nanti. Jangan bangga dengan aib yang kamu bawa kehulu kehilir”.

Mengucap panjang ayah dan ibu. Ingat lagi aku ayat yang ayah cakap kepada aku dan Amir, “Kalau kamu dua tak sayang dan tak mahu anak ni, biarlah ayah jaga cucu ayah sendiri”.

Aku? Bodohlah seorang ibu kalau tak sayang anak yang dia kandungkan selama 9 bulan. Amir? Pura pura sedih. Dia sayang anaknya tetapi dia lebih sayang orang tua dia.

Majlis bertunang tetap berlangsung walaupun aku enggan menyerahkan anakku pada orang lain. Maka berjalanlah masa untuk diijabkabul.

Sepanjang pertunangan aku sering merasa tertekan akibat desakan keluarganya dan Amir sendiri untuk serahkan anak kami pada orang lain. Kononnya ingin buka baru.

“Kalau kamu tak mahu lepaskan anak ni, papa dan mama tak restu hubungan kamu dua”. Kata-kata yang dilempar Pakcik Y pada aku.

Hati aku berbelah bahagi. Tapi ini anak aku, anak yang aku lahirkan, yang berkongsi zat badannya dengan aku sepanjang 9 bulan. Mati dia, mat!lah aku.

Aku dan Amir harus melakukan ujian HIV tetapi zaman PKP, semuanya harus buat temujanji. Aku pun berbincang tarikh dengan Amir. Tapi yang aku perasan, Amir kerap mengelak bila berbincang hal ini.

Rupa-rupanya, dia tahu keputusan H!V nya nanti. Positif. Terduduk sekejap aku, Allah sudah jatuh ditimpa tangga. Tapi aku terima dia seadanya, aku tak kisah. Andai ni Allah tetapkan aku ikhlas. Keputusan aku? Alhamdulillah non- reactive 🙂

Seminggu sebelum majlis nikah, Amir sendiri yang putuskan pertunangan kerana dia sayang orang tuanya. Aku boleh buat apa? Aku terima dia seadanya tapi mak ayah dia masih hidup.

Mahu tak mahu dia tak boleh jadi anak derhaka. Dia kena turut permintaan orang tua dia. Aku iyakan keputusannya, maka putuslah hubungan kami. Segala duit duit deposit, aku halalkan

Hari ini, anak aku, aku yang jaga makan minumnya sendiri tanpa bantuan seorang lelaki bernama suami. Amir? Sedikit pun tak pernah tanya khabar anaknya. Anak dia masuk wad pun dia bagi alasan kerja.

Pesanan aku, untuk adik-adik dan wanita diluar sana. Jadi wanita yang bermaruah. Jaga diri, harga diri kita mahal! Jangan jadi macam aku, merana akhirnya akibat seorang lelaki. Tapi tak apa aku percaya ketentuan Allah.

Mohon doakan aku dengan anak aku bahagia ya. Aku belum fikir pasal kahwin, kalau takda pun takpa, hilang kepercayaan aku pada lelaki. Untuk ibu dan ayah, terima kasih sudi terima anak dan cucumu ini. SS sayang ibu ayah. – SS (Bukan nama sebenar)

Komen warganet

Rosmiza’ adik adik semua, hati hati lah. amik pengajaran. mengandung luar nikah ni tak memberi kebaikan apa apa kepada perempuan. anak dilahirkan nafkah bapak xperlu bagi, harta pun tak dapat. yang merana ? perempuan dan anak yg tak bersalah tu,lahir lahir nnti membesar effect emosi dia. jadi berhati hati bergaul.. suka sama suka ya. kalau dirgol lain..

Khadijah: Eloklah dik tak jadi nikah.. tak bahagia klu awk berdua nikah sebab mak ayh dia pun mcm tak berkenan sgt dgn awk.. dia pun positif h!v.. nanti awk yg mkn hati bersuamikan dia

Yg penting skrg awk bertaubat & jadilah ibu yg baik utk ank.. insya allah akan ada jodoh lebih baik di masa hadapan & hati² supaya tidak lg terpedaya dgn helah lelaki bertuhankan nafsu

Zurah: First of all, cuba padamkan tanggapan Amir itu ayah anak you. Itu cuma perception kita sahaja sbb Amir & anak you tiada lgsg kaitan nasab atau hak dlm Islam.

Hentikan dr mengharapkan atau mengaitkan Amir ttg apa saja. Pandang kehadapan dan mulakan langkah perjuangan hidup you dan anak. Hak anak atas you dan hak you atas anak. Hanya kalian berdua. Moga dipermudahkan hidup dan berjaya dunia akhirat utk ibu dan anak..Aamiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *