Sy ingt dah btl2 kenal isteri dah Keluarganya. Tapi hakikatnya sy ditipu. Kisahnya 2 minggu sbelum bernikah pejabat agama tiba2 hubungi sy atas sbb yg sy memang tak duga.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum admin. Saya dan isteri dah lama kenal, sejak zaman sekolah lagi. Kami kini dah berkahwin hampir setahun. Saya ingat saya dah memang betul betul kenal isteri dan keluarga dia. Tapi hakikatnya saya ditipu.

Kisahnya dua minggu sebelum kami bernikah pejabat agama hubungi saya atas sebab yang saya memang tak duga kalau isteri saya sebenarnya berstatus anak tak sah taraf.

Saya pelik dan rasa tak percaya. Kenapa setelah bertahun tahun kami mengenal hati budi, ibu bapa dia tak nak berterus terang langsung tentang hal penting ni. Dan lebih pelik, nama isteri saya ni berbintikan nama ayahnya, bukan nama Abdullah.

Hakim memberi pilihan pada saya sama ada nak teruskan juga dengan pernikahan ini atau tarik diri. Tapi atas dasar cinta, saya teruskan juga walaupun terpaksa bernikah di pejabat agama, berwalikan wali hakim.

Orang kampung tertanya kenapa tak bernikah di rumah, dan mereka coverline cakap macam macam sedangkan merekalah punca semua ni. Sakitnya hati saya selama ni ditipu.

Tapi macam yg saya katakan, disebabkan cinta saya teruskan juga. Masalah saya sekarang, adakah saya patut bawa isteri untuk tukarkan nama binti kepada Abdullah?

Apa hukumnya kalau dibiarkan saja dia dengan nama sekarang? Saya rasa sedih kecewa, rasa terhin4 kawin dgn perempuan macam ni, sebab keluarga saya dikalangan orang yang baik2, kadang2 nak sentuh isteri pun rasa g£li sebab di dilahirkan dari hasil z¡n4.

masalahnya sekarang, saya kenal dengan seorang anak d4r4 yang sopan santun dan baik budi pekertinya..hormat org tua dan lahir dikalangan orang2 yang kuat pegangan agama. Tapi dia taknak jadi isteri ke 2. Nak saya jadi suaminya seorang saja. Apa perlu saya buat min? Kalau diberi pilihan, saya lebih memilih dia..

Komen warganet

Seri Ruhaini: Orang yg baik ..mulia tidak berkata jijik atas asal kelahiran isteri…
Kelahiran isteri yg begitu bukan pilihan dia..kenape menghukum isteri…
Sbb awak dah jatuh cinta dgn gadis baik..gadis baik tak ganggu suami orang….gadis baik akan nasihat kan awak ..setia dgn isteri..

Zaidah: Perkahwinan masih baru, so better lepaskan isteri sebelum lekat anak. Kesian anak nanti, terpaksa hidup dalam rumahtangga dimana bapak dia memandang hina ibunya.
Semoga ALLAH gantikan lelaki lain yg hebat sebagai suami kpd isteri encik kelak.

Amer maria: Jika si suami…. Suami yg baik…ikhlas dan jujur….. Dia akan terima seadanya…. Dan seharusnya.. Membimbing si isteri ke arah kebaikkan… Bukan menjatuhkan maruah si isteri dan menghina si isteri…. Siapa lah kita nak hukum si

isteri itu hina…. Sepatutnya membimbing supaya generasi kita nti tidak mengulangi perkara yg lps…. Jadilah suami yg bertanggungjawab dan berusaha memperbaiki diri KITA dan pasangan mendekati ALLAH S.W.T…. In syaa kita akan temui kebahagiaan dunia akhirat

Salmi: Sepatut nya di bimbing agar menjadi isteri solehah..Jgn jadikan alasan hanya kerana dia anak tidak sah taraf..Isteri tidak bersalah yg bersalah ibu n pasangan ibu nya. Pahala yg besar membimbing dia. tapi mata lebih melihat kekurangan. setelah nmpk yg lain. sedang kan diri sendiri mempunyai kekurangan..

Nursalmiah: Jangan macam tu… Anak tak sah taraf tu x berdosa..bertuah awak sebab boleh jd pembimbing dan pendamping dia…paling2 awak boleh didik agama ke dia.. Mungkin dia x cerita sbb dia sendiri baru tahu..yg salahnya mak ayah dia la.. hargailah yg ada sekarang ni.. Jgn nnt dikendong berciciran, dikejar x dpt..sedih tau bercerai berai ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *