Baru-baru ini, penyanyi rap sensasi, Caprice meluahkan rasa tidak puas hatinya selepas menerima respon daripada Cikgu Mohd Fadli Salleh mengenai isu menerima surat tindakan tatatertib kerana bersuara mengenai silibus pendidikan pada masa kini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Caprice di laman Instagramnya, dia kelihatan agak berang selepas Cikgu Fadli memberi respon yang tidak mahu melayan tawarannya untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Ujarnya, sejak daripada dahulu lagi dia telah diminta oleh pengikutnya untuk memberi pendapat dan sokongan kepada golongan yang telah ditindas oleh pihak lain.
Namun begitu, akibat tawarnnya telah ditolak, Caprice menyifatkan cikgu Fadli adalah seorang yang sombong selepas namanya menjadi bualan di media sosial.
Sebelum ini, menerusi Insta Story yang dikongsikan, Caprice mengatakan dia banyak menerima Direct Message (DM) berhubung kes terbaharu melibatkan cikgu tersebut. Disebabkan itu, dia meminta sesiapa yang mengenali Cikgu Fadli supaya menghubunginya
Bagaimanapun, tawaran tersebut telah ditolak oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh yang tidak mahu membenarkan Caprice masuk campur dalam urusannya memandangkan dia mahu menyelesaikan masalah tersebut dengan pihak berkuasa
Respond cikgu sebelum ini
Lebih 22,000 tandatangan petisyen sokong Cikgu Fadli Salleh
LEBIH 22,000 warga maya menandatangani petisyen dalam talian bagi membantah dakwaan tindakan tatatertib ke atas seorang guru sekolah rendah di sebuah daerah di Selangor setakat jam 12 tengah hari ini.
Petisyen yang diwujudkan individu bernama Jamal Yunuh di laman web change.org bertajuk ‘Petisyen Tuntut Keadilan Untuk Cikgu Fadli Salleh’ itu mula mendapat sambutan sejak semalam.
Petisyen berkenaan mengajak orang ramai menyokong perjuangan seorang guru bernama Cikgu Fadli Salleh untuk mendapat keadilan dan memastikan negara menikmati sistem pendidikan yang seimbang.
Cikgu Mohd Fadhli Mohamed Salleh, yang merupakan pendidik di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak, mendakwa dirinya berdepan tindakan tatatertib oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) susulan hantarannya di platform media sosial yang menyuarakan pandangan berhubung beberapa isu melibatkan sistem pendidikan negara.
Dia mendakwa akan dikenakan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat kerana ‘mengkritik’ isu melibatkan sistem pendidikan, beg sekolah, silibus subjek, masa belajar dan bilangan murid di dalam kelas.
Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali dalam kenyataan pada Ahad bagaimanapun berkata, surat tersebut tidak bermaksud hukuman telah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib, sebaliknya bertujuan memaklumkan Mohd Fadli berkenaan dakwaan yang diterima lembaga berkenaan.
Selain itu, menurut Pkharuddin, surat tersebut juga bertujuan memaklumkan keperluan Mohd Fadli mengemukakan representasi atau penjelasan bertulis.
Dalam perkembangan sama, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin memaklumkan menerusi akaun Facebooknya hasratnya untuk bertemu Cikgu Mohd Fadli.
“Saya tertarik untuk tahu lebih lanjut perkara yang dibangkitkan Cikgu Mohd Fadli Salleh.
“Kalau cikgu ada kelapangan masa, boleh kita berjumpa.” katanya dalam hantaran ringkas di Facebook.
Perkara ini turut menarik perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berharap agar situasi menang-menang dapat dicapai. Beliau turut berharap perkara positif dapat didengari selepas selesai mesyuarat Jawatankuasa Displin KPM yang bersidang pada Isnin.
Memahami KPM tidak boleh sewenang-wenangnya membiarkan mana-mana kakitangannya membuat komen ‘negatif’ secara terbuka, namun pada masa sama, beliau berkata, sebarang tindakan atau hukuman yang ditentukan perlulah bersesuaian.
Komen balas balik oleh cikgu
Isunya simple sahaja. Ada kawan up status “Harap Caprice tak masuk campur la isu Cikgu Fadli”. Gitu la lebih kurang.
So aku reply la, “Dia nak masuk bang. Tapi saya tak layan”. Reply bersama screenshot Cap buat kat status IG rasanya. Dan mata media ni pantas. Depa screenshot komen tu, jadikan content panas. Maka terasa la Caprice dengan content tersebut.
Dia muat naik screenshot content media tu marah-marah dan terasa hati dengan aku. Followers dia masuk kecam aku, yang followers aku kecam dia. Dah jadi gaduh pulak dah antara followers.
Tapi yang bagusnya Cap ni, dia up balik status minta followers dia bertenang dan tetap kata sokongan juga.
Itulah ceritanya…
So Cap, aku tak tahu kau baca ke tak post ni. Sebab aku tak dak IG nak reach kau. Pertama sekali nak cakap, aku minta maaf. Bukan tujuan nak sombong atau benci ke apa.
Tapi kalau kau follow penulisan aku, kau akan tahu aku tak layan semua pihak termasuk menteri, ahli politik, aktivis lain yang cuba heret aku masuk bersama atas pentas mereka.
Aku cuba elak orang salah guna akhirnya akan menjerat diri aku balik. Faham kan? So, tak dak isu sombong atau hate ke apa. Aku hanya reply spontan sahaja kat post kawan tu, bukan buat post khusus hentamn kau ke apa. Tak ada pun.
Apa pun Cap, terima kasihlah atas sokongan. Tahniah ambil berat juga isu pendidikan.
Dan pada kawan-kawan dn followers, tak payah la lagi jadi batu api dan panaskan isu ni. Cap ada followers dia tersendiri yang sentiasa sokong apa kerja buat dia.
Nanti jadi gaduh antara followers pula, tak bestlah. Media pun tolong la jangan laga-lagakan. Penat la gini dok layan benda-benda remeh tapi jadi isu besar. Baik aku layan Tok Ayoh Skoda kat TikTok.
“Ejen kimia 442 masuk lapor diri. Hoyseliauuuuu!”
Sumber fb MFS