“Dia pernah buat lawak pasal bajuk kecik perempuan..” Caprice Dedah ‘Dark Secrets’, Ini Penjelasan Cikgu Fadli

Terdahulu, penyanyi rap sensasi, Caprice telah memuat naik hantaran di IG Stories meluahkan hasrat mendedahkan rahsia gelap membabitkan topik pendidikan Malaysia.

Bagaimanapun, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli tidak mendedahkan identiti individu yang dimaksudkannya.

Menerusi hantaran tersebut, penyanyi berusia 34 tahun itu turut meminta individu berkenaan untuk membuat permohonan maaf jika tidak mahu rahsia gelapnya terbongkar dalam masa selama 24 jam.

Tampil membela diri, Cikgu Fadli kemudiannya memuat naik sebuah hantaran di laman Facebook miliknya menjelaskan perkara sebenar.

Dah ada pihak gali post-post lama saya, sebarkan dan cuba memalukan saya.Menurut Cikgu Fadli, isu lawak mengenai pakaian dalam pelajar pada tahun 2018 itu sahih dan mengakui kesilapannya itu telah melampaui batas.

Saya ada buat post kononnya nak bergurau, tapi saya cross the line. Saya post gambar bra dalam fitting room kat AEON dan buat jenaka tentang hal itu. Sedar dengan kesalahan selepas dikecam, guru SK Gombak 1 itu kemudiannya memadam hantaran tersebut pada keesokan hari.

Bagaimanapun, Cikgu Fadli memaklumkan terdapat dakwaan lain yang mengatakan dia memasuki asrama wanita untuk mengambil gambar merupakan fakta yang salah.

Semua info ni mislead dan salah. Gambar kat fitting room AEON. Saya telah dibuat aduan dan kena tindakan dalam oleh PPD masa tu. Ya, saya salah dan saya akui.

Dalam pada itu, Cikgu Fadli mengakui segala kesilapannya dan meminta agar semua pihak untuk kembali kepada isu yang cuba diperjuangkannya iaitu mengenai isu pendidikan negara.

Nak terus menerus menggali salah silap dan aib lama saya, silakanlah. Saya tak boleh halang orang. Cuma, tolong kembali kepada isu sebenar.

Artikel berkaitan: Caprice bingkar cerita lama cikgu.

Nama penyanyi rap sensasi, Caprice menjadi bualan ‘hangat’ ramai di media sosial apabila kerap melakukan pendedahan berhubung jenayah sksu@l membabitkan golongan pendakwah.

Malah, pemilik nama Ariz Ramli ini juga prihatin mahu membela nasib seorang guru yang dikatakan dikenakan tindakan tatatertib kerana bersuara mengenai silibus pendidikan terkini di media sosial.

Bagaimanapun, penolakan secara baik oleh guru dikenali Mohd Fadli Salleh itu dipercayai punca Caprice terguris hati.

Bagaimanapun, isu tersebut telah selesai kerana cikgu Fadli sudah tampil meminta maaf dan menerangkan punca sebenar.

Dia start dah, penat macam ni

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai meluahka rasa muak dengan ‘drama’ yang dilakonkan oleh Caprice di media sosial.

Selain itu, ada juga mengatakan tindakan Caprice mahu mendedahkan ‘rahsia’ seseorang di khalayak umum seolah-olah sedang melakukan jenyah buli siber.

Tidak tahu siapakah gerangan individu yang dimaksudkan oleh Caprice. Apa-apun, diharapkan agar Caprice terus membela nasib orang benar-benar memerlukan tanpa menjatuhkan aib seseorang di media sosial. Sumber: Facebook SZ

Terbaru ; Cikgu Fadli tak bersalah, bebas semua tuduhan

Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan memutuskan guru Matematik, Mohd Fadli Mohamed Salleh tidak bersalah susulan pendedahan mengenai kepincangan silibus pendidikan negara.

Menerusi surat keputusan yang tular di laman sosial petang ini, Mohd Fadli juga dibebaskan daripada tiga pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Berdasarkan surat berkenaan, guru Sekolah Kebangsaan (1) Gombak itu tidak akan dikenakan sebarang tindakan tatatertib oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Surat berkenaan ditandatangani Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof. Beberapa hari lalu, tular kisah Mohd Fadli yang dikatakan bakal dikenakan tindakan termasuk dibuang kerja atau diturunkan pangkat kerana mengkritik sistem pendidikan negara.

Malah, isu berkenaan turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Sementara itu, Mohd Fadli ketika dihubungi BH, melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan, tak kira bangsa dan agama kerana faham dan tahu beliau ‘dizalimi’.

Katanya, maksud dizalimi itu ialah tidak sepatutnya tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat dikenakan ke atasnya walaupun mungkin ada salah silap daripada pihaknya sendiri. Beliau bagaimanapun menegaskan, perjuangannya untuk merubah silibus pembelajaran yang menurutnya terlalu tinggi dan tidak sesuai, akan diteruskan.

“Itu perjuangan asal saya dan saya mahukan perubahan dalam pendidikan. ‘Kerosakan’ itu perlu dibaiki, tetapi bukan semuanya ‘rosak’ kerana masih ada yang baik lagi,” katanya
sambil berterima kasih kepada peguamnya, Nor Zabetha Muhamad Nor. Tiga hari lalu, Mohd Fadli berkongsi di media sosial surat diterimanya mengenai tindakan boleh diambil ke atasnya, susulan kelantangan membantah silibus subjek

Matematik bagi murid sekolah rendah, yang disifatkan terlalu tinggi dan tidak padan dengan keupayaan pelajar. Beliau juga sebelum ini kerap menyuarakan kebimbangan mengenai berat beg sekolah yang terpaksa ditanggung murid, akibat kepadatan jadual pembelajaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *