“Saman 30 Juta”. Kena ‘Cuit’ Di Tweet Mydin, Caprice Gesa Permohonan Maaf & Nak Saman. Ramai nitizen sokong mydin tak perlu maaf, ini puncanya.

Gara-gara menulis ciapan seolah-olah ‘memerli’, penyanyi rap Caprice tampil memberi amaran kepada sebuah pasaraya terkenal dan mengancam untuk menyaman atas alasan telah memalukan dirinya.

Ciap pengendali Twitter pasaraya terkenal itu, “Mula-mula ingat beli tea je, sekali terbeli cap dengan rice. Bila sampai rumah, rasa macam tak perlu pun cap dengan rice tu. Nasib Mydin bagi pulangkan balik dalam masa 24 jam”.

Hanya kerana barangan Cap (topi) dan Rice (beras) seolah-olah menyamai nama gelaran penyanyi itu, Caprice menerusi wakilnya telah memuat naik satu hantaran di Instagram dan menerangkan panjang lebar mengenai kekesalan mereka di atas tindakan pengendali Twitter pasaraya itu yang didakwa telah memerlinya.

Dalam hantaran tersebut, wakil peguam Caprice menulis di mana anak guamnya telah merasa terancam dan trauma untuk membeli belah di pasaraya itu.

Pihak kami akan memulakan tindakan undang-undang dan diharap pihak @mydinmalaysia boleh membuat video permohonan maaf dan ganti rugi di atas hantaran yang melampau dan kemudiannya dimuat naik di media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik sikap Caprice yang didakwa semakin melampau dan ‘cepat koyak’ meskipun hantaran tersebut tidak menyebut namanya secara langsung.

Itulah kesan sampingan bila dia rasa dia sangat penting kepada negara. Aku tak heran sangat dia ni. Yang aku heran follower dia yang buat dia rasa diperlukan sangat.

Ada Komen Dari warga fb yg minat Dan sokong mydin memberi pendapat yg bernas seperti di bawah

Nak saman 30 juta keatas MYDIN Malaysia atas posting cap dan rice? Dia ni buat lawak ke atau ada mslh mental?

1. Merit saman awak tu xterguna pakai kerana nama IC awak bukan C4PR1CE. Jadi tidak timbul isu menghina. Sebab admin Mydin tidak mention nama penuh awak mengikut kad pengenalan.

2. Awak tidak pernah mendaftarkan hak nama milik C4PR1CE awak di mana mana pejabat pendaftaran dan hak milik

3. Ada space antara Cap dan Rice. Maksud Cap adalah penutup atau topi manakala rice adalah beras. Adakah nama awak penutup beras?

4. Mydin adalah sebuah hypermarket yg menjual pelbagai barangan. Jadi tidak ada apa salah jika mereka mention produk mereka sendiri. Adakah awak salah satu produk yang dijual di Mydin?

5. Jika tu pun sentap, lebih baik awak tumpukan pada kerjaya anda sebagai penyanyi rap sendu dari sibuk nak jadi aktivis yang bukan bukan.

6. Kadang2 bodoh ni kena share bersama. Jangan bolot sensorg. Nampak sgt tamaknya.

#SayaPeminatMydin sumber Jbat May Kamarul II

Ramai yang sokong

Sehingga artikel ini ditulis, tiada kenyataan daripada pengendali akaun Twitter pasaraya berkenaan mengenai isu ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

“Pergh Kalah Melodi” – Terlalu Banyak Isu Nak Kena Ulas, Caprice Buat Iklan Jawatan Kosong Untuk Jadi ‘Penyiasat’?

Hangat sejak beberapa hari ini mengenai penyanyi rap Caprice yang dikatakan cuba untuk ‘menempel’ dalam setiap isu yang menjadi tular di media sosial.

Dari kisah pendakwah pedofilia hinggalah kepada kes Cikgu Fadli, Caprice baru-baru ini mendakwa dia menerima banyak mesej di media sosial yang memintanya untuk mengulas dan mengambil tindakan terhadap isu seperti kecurangan Hanafi dan juga Mawla yang mendakwa dirinya cicit Rasulullah S.A.W.

Berikutan terlalu banyak permintaan daripada netizen, Caprice menerusi satu hantaran di Instagram Story ada mengiklankan satu ‘jawatan kosong’ sebagai penyiasat dan menyertai ‘team’ di bawah kelolaannya.

Hantaran IG Story itu kemudiannya dimuat naik di Twitter dan telah menerima banyak kritikan dan respon oleh netizen.

Yang menjadi persoalan kebanyakan netizen adalah berapa gaji yang ditawarkan Caprice dan adakah selama ini penyanyi itu hanya mencari topik sensasi untuk dijadikan kandungan media sosial semata-mata?

Dalam pada itu, netizen juga meluahkan rasa hairan dengan sikap sesetengah orang yang gemar melaporkan sesuatu isu kepada personaliti media sosial atau artis dan bukannya dibawa kepada pihak bertanggungjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *