‘Saya Buat Solat Taubat, Istikharah & Hajat’– Ziana Zain Sebak‘Buka’ Punca Penceraian Dgn Bekas Suami

Pergolakan rumah tangga antara penyanyi Ziana Zain dan bekas suami, Armin Zaharin pernah menjadi topik hangat di media sosial.

Terbaharu, Ziana bersikap terbuka mendedahkan detik hitam yang menjadi punca rumah tangga dengan bekas suami berakhir dengan perceraian.

Menerusi program bual bicara, Next To Neelofa musim kedua, Ziana menyatakan dia ‘terpukul’ dengan kata-kata kesat yang dilontarkan oleh bekas suami.

Dalam keadaan sebak, penyanyi berumur 54 tahun ini berkata bekas suaminya tergamak menyebut dia sudah tidak peduli dengan isteri sendiri.

Pada tahun 2016, bekas suami cakap, ‘Ingat saya heran (peduli) ke kat dia? Saya tak heranlah (pedulilah) kat dia.’

Sebagai isteri perasaan macam mana sebagai isteri? Berbelas tahun saya taat kepadanya, dia boleh cakap dia tak heran (peduli) dengan saya.

Jadi, saya ke sahaja yang terdamba-dambakan dia. Perasaan waktu itu rasa macam tiada harga diri.

Macam mana dia (bekas suami) tergamak keluarkan perkataan sebegitu. Saya isteri dia. Dia nak anak empat, saya beranak anak empat (orang).

Saya hampir hilang nyawa 50-50 bertarung (nyawa) untuk dia dan this is the end (inikah pengakhirannya).

Suami adalah individu yang terdekat selepas bapa. Bila dah selalu dihambur dengan kata-kata kesat, hati ini sudah tidak boleh pulih.

Bercerita mengenai kesakitan anak-anak, Ziana mengakui salah seorang anaknya menghidap Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

Kata pemilik nama Siti Roziana Zain, dia tawar hati selepas anak lelakinya dipukul teruk dan susulan itu dia nekad untuk meminta pertolongan daripada Allah SWT.

Pada tahun 2018, saya baru pulang dari penggambaran, saya tengok anak sulung, tunggu pukul tiga pagi. Saya tanya kenapa abang tak tidur lagi, dia jawab ayah pukul adik.

Saya pergi ke bilik dan tengok bengkak muka anak saya macam belon. Tangan dia penuh kesan biru (lebam) dan darah. Saya tanya kenapa? Dia jawab ayah pukul sebab tak reti baca surah ‘Qul huwAllahu Ahad.’

Saya buat solat taubat, istikharah dan hajat. Lepas itu, saya tidur dan bangkit pukul 5 pagi.

Dalam pada itu, pelantun lagu Terlerai Kasih memberitahu doanya termakbul apabila satu persatu ‘rahsia’ bekas suami terbongkar.

Saya buka telefon bimbit dia dan tengok banyak mesej masuk. Saya tak sangka dia sanggup buat isteri macam itu. Sebagai suami, dia kena setia dengan saya, bukan mengkhianati.

Selepas dua hari saya rasa macam memang inilah Allah nak tunjuk. Saya buat laporan.

Terdahulu, Mei 2018, Armin didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan mencederakan anak lelakinya.

Ziana berkahwin dengan Armin pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan tiga anak lelaki dan seorang perempuan berusia 11 hingga 20 tahun.

Bagaimanapun, pasangan itu bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.

Sumber: TikTok @seorangnur

Terlepas Hukuman Penjara, Bekas Suami Ziana Zain Didenda RM8 Ribu

Bekas suami penyanyi, Ziana Zain iaitu Armin Zaharin Ahmad Zambri terlepas daripada hukuman penjara selepas didenda RM8,000 oleh Mahkamah Tinggi hari ini

Menurut hakim, Hasbullah Adam menetapkan sedemikian selepas membenarkan rayuan Armin mengetepikan hukuman penjara lapan bulan yang dijatuhi Mahkamah Majistret pada 28 September 2020. Sekiranya gagal membayar denda itu, bekas pramugara itu boleh dipenjara enam bulan.

Pada prosiding keputusan rayuan itu juga, mahkamah bagaimanapun menolak bagi mengetepikan sabitan dikenakan kepada Armin mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Hasbullah turut memberi nasihat dan berharap Armin dapat mengawal diri pada masa hadapan.

Hubungan anak dengan bapa tidak akan putus. Anak tetap anak. Sampai mati pun tetap anak, jangan putus hubungan.

Terdahulu, majistret, Sabreena Bakar menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap Armin selepas dia didapati bersalah sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam di bahagian tangan anak lelakinya

berumur 9 tahun menggunakan sebatang rotan. Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Denai Alam, Shah Alam, antara pukul 8 malam hingga 10.30 malam pada 24 Februari 2018. Berikutan daripada itu,

Armin didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

‘Jodoh Bukan Keutamaan Sekarang’ – Pintu Hati Ziana Zain Masih Lagi Terbuka

Sudah empat tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi, Ziana Zain enggan mengatakan hatinya sudah tertutup mencari teman hidup. Tambahnya, dia tidak boleh menjangka mengenai takdir yang akan datang.

Ujar Ziana Zain lagi, dia memohon doa agar diberikan yang terbaik terutama apabila menyentuh soal jodoh walaupun itu bukan keutamaannya sekarang.

Saya lebih tertumpu kepada kehidupan saya sebagai seorang ibu, penyanyi, kakak dan anak-anak saya. Apa yang terjadi di masa hadapan, kita tak tahu. Saya tak berani cakap (tutup hati), sebab di masa hadapan kita tak tahu. Tapi saya mohon pada Allah agar beri yang terbaik dalam hidup saya. Bila minta yang baik, Allah akan bagi dalam bentuk apa, wallahualam. Yang penting sekarang, saya nak menyanyi dan jumpa peminat.

Pelantun suara ‘Madah Berhelah’ ini turut memberitahu bahawa dia tidak pernah menerima mesej daripada peminat yang menawarkan diri untuk menjadi pasangan hidupnya. Jelasnya lagi, dia sendiri mengambil pendekatan untuk tidak terlalu melayan mesej atau komen mengarut

Tak ada pun peminat tawar diri, sebab benda-benda macam ini saya tak layan. Kadang-kadang bila kita layan benda mengarut ini akan jadi berpanjangan jadi benda tak baik. Jadi lebih baik kita diamkan saja dan tengok yang baik-baik saja barulah saya balas.

Komen warganet

Siti: sebak dgr ZZ cerita kisah dia..part dia dah buat segalanya tp suami dia sanggup kata dia tak heran pun dekat ZZ..Allah sedih sgt bila seorang suami kata mcm tu kpd isterinya yg sekian lama berkongsi hidup bersama..seolah tiada sedikit nilai pengorbanan dan kesetiaan yg selama ni diberikan..

Laila: Ex suami dia cili kan private part anak dia selain merotan , semoga kebahagian untuk Ziana Zain dan anak2, pada bekas suami Semoga sedar dan berubah , makin tua ni perlu kan anak2 tu jugak satu hari Nanti .

Fahmi: Move on je lah.. Semua org ada pengalaman pahit dlm hidup.. Ada benda boleh cerita.. Ada benda x payah cerita.. Simpan utk diri sendiri.. Kena fikir jgk.. Ramai yg x tahu.. Tetiba jadi tahu. Nk jadi pengajaran? Perlu ke jadikn pengajaran kalau benda tu boleh memalukn org lain???

Mana yg sokong apa yg dia ckp tu.. Cuba letak diri anda kt pihak sana.. Baru lah tahu bagaimana rasa. Patut dh settle tu dahlah.. Buat sahaja haluan sendiri.. Ank2 pun dah besar, hidup dah tenang aman dan damai dh pon tu dh kira satu anugerah dah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *