Sukarelawan banjir, Azwan Omar yang popular dengan panggilan Abang Viva dilaporkan sudah selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya, Evanoza.
Berita gembira itu dikongsi seorang jurugambar, Azizi Ang menerusi sebuah posting di laman Facebook yang merakam foto pernikahan pasangan tersebut.
Sementara itu, Evanoza seolah-olah terkejut apabila perkahwinannya mendapat perhatian sekali gus mengucapkan terima kasih atas doa yang dititipkan orang ramai.
“Errrr…..hmmmm… I kena cakap apa2 ke? Aduhai.. TQ pada semua yang mendoakan… Eva orang biasa, life macam orang lain juga…
“Simple is better. Bahagia bukan bergantung apa yang kita post di media social,” katanya dalam satu posting di Facebook sebentar tadi.
Terdahulu, Abang Viva mencipta fenomena sendiri kerana membantu mangsa banjir di Selangor dengan menggunakan Perodua Viva dan sebuah bot yang dibawa di atas bumbung keretanya dari Melaka.
Berita tentang perkahwinan Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar dengan pasangannya Evanoza telah dihujani dengan ucapan tahniah daripada warganet.
Rata-rata mereka mendoakan agar hubungan perkahwinan yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat selepas selamat bernikah pada pagi Jumaat.
Evanoza juga sempat memuat naik video gambar-gambar perkahwinan mereka dan meminta agar orang ramai dapat mendoakan kebahagiaan mereka berdua.
Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian seorang wanita yang dipercayai ahli keluarga kepada Abang Viva dikenali sebagai Fauziyah Omar telah mencuri perhatian ramai.
Dalam posting tersebut, dia seolah-olah memberi bayangan seperti perkahwinan tersebut tidak direstui ibu bapa sehingga mendakwa yang sukarelawan itu mengabaikan orang tuanya selepas berkenalan dengan pengantin perempuan.
Dalam perkongsian itu juga, wanita tersebut ada meminta agar orang diluar sana berhenti bertanya atau bercakap mengenai pengantin lelaki kepada ibu dan bapanya kerana mereka sudah berhabis air mata mengenangkan perbuatan pasangan pengantin terhadap mereka.
Walaupun tidak mendedahkan punca sebenar masalah tersebut, Fauziyah mengatakan niatnya membuat posting tersebut sama sekali bukan untuk mempermalukan merka berdua.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkejut dengan pendedahan tersebut dan tertanya-tanya mengapa perkahwinan sukarelawan itu tidak direstui oleh keluarga.
Namun, ada juga yang meninggalkan pesan supaya pemilik Facebook berkenaan tidak membuka aib keluarga dengan mendedahkan perkara ini kerana boleh saja ia dibincangkan secara kekeluargaan.
Menjengah ke akaun Facebook Evanoza, dia ada memuat naik beberapa status seakan meluahkan apa yang terjadi. Namun, dia seoalah-olah pasrah diaibkan sebegitu oleh keluarga pihak sebelah sana.
Apa-apa pun, semoga salah faham ataupun masalah antara mereka dapat diselesaikan dan tahniah buat pasangan pengantin.
Sementara itu, menjengah ke facebook milik Azwan Omar, beliau memuat naik satu status yang juga menarik perhatian ramai.
Baiklah.. atas permintaan tuan punya badan dan isterinya meminta sy turunkan posting, maka diturutkan.
Mulanya sy nak mereka minta maaf kepada mak ayah sy dulu sebelum sy turunkan post. Tapi apa bezanya sy dan mereka jika sy meletakkan syarat begitu. Nampak sgt sy pun lebih nak femes.
Ingin sy tegaskan disini, posting tersebut bukan membuka aib keluarga. Tapi utk pemakluman kepada golongan netizen yg dtg rumah tak tentu masa mengganggu ketenteraman mak ayah sy tanpa mengira waktu.. Dlm posting tu saya mohon kepada semua tolong jangan tanya dan ganggu mak ayah sy.
Itu shaja. Salah ke sy sebagai seorang anak menjalankan tanggungjawab sy menjaga hati dan perasaan org tua sy? Permintaan seorang anak itu dikira membuka AIB? Bagaimana dgn aib mak ayah sy?
Mak ayah sy diserang bertalu2 dari pihak keluarga, kenalan, malah dari org yg tak dikenali sejak dari berita pernikahan mereka. Org tanya kenapa tak jemput mereka, kenapa nak rahsia, tak kurang juga ada yg dah pulaukan pun mak ayah sy sbb katanya dah kaya lupa saudara.
Hati anak mana yg sanggup tengok keadaan mak ayahnya yg jatuh terduduk selepas tau berita itu? Hati anak mana yg kuat? Mak ayah sy hingga perlu mendapatkan rawatan pakar. Ada yg tanya?
Netizen, semoga kamu dan keluarga kamu dijauhkan dari dugaan yg begini.
Kalau sy nak membuka aib.. bukan begini.. saya jauh dari keluarga atas sebab apa? Hanya org yg kenal sy dan keluarga yg tahu apa kami lalui.
Apa yg berlaku. Tak semua benda perlu diviralkan dan buat live utk org tahu. Tapi disebab kan isu ini bermula dgn kuasa viral, kuasa publisiti, maka sy gunakan saluran yg sama utk membersihkan nama mak dan ayah saya.
“Dah 5 kali..” Kena Buang Dari Grup Wasap Family, Abg Viva Dedah Ahli Keluarga Masing² Dah Berpakat
“Saya dah bagitahu tiga kali dekat mak dan ayah yang saya nak kahwin. Tiga kali dekat ayah dan lima kali dekat emak. Cuma diorang tidak bersetuju sangatlah dengan calon yang saya pilih.” katanya
Tambahnya lagi, mungkin itu silap dari dirinya sendiri kerana tetap meneruskan perkahwinan tersebut. Tetapi utk pengetahuan semua juga, bukanlah tanpa pengetahuan ibu dan ayah.
Tambah Azwan yg juga dikenali sebagai Abang Viva, tarikh pernikahan beliau bersama isteri bukanlah pada hari ini, tapi pada 14 Oktober yang lalu.
“kami dah nikah seminggu dan buat secara senyap, tapi bukanlah tanpa pengetahuan ibu dan ayah” – Abang Viva
Selain itu, dia juga menjelaskan sejurus selesai nikah, dia ada maklumkan terus kepada mak nya sambil menunjukkan bukti perbualan mereka berdua di Whatsapp kepada netizen.
Kenapa tak bincang melalui Whatsapp Group?
Ada yang tanya kepada saya kenapa tak berbincang dalam Wsap Group tapi menggunakan media sosial dan tag page2 besar. Yang itu saya tak boleh nak jawab. Kalau anda masih ingat, saya ada turun di Baling, Kedah..
Pada masa saya dekat sana lagi, saya telah dikeluarkan dari family group di Wsap. Saya telah di kick keluar masa bulan lima oleh akak saya sendiri. Itulah sebabnya saya tak tahu apa yang jadi dalam group.
Di akhir siaran langsung itu, Azwan sempat menjawab soalan netizen.
“Walau apa pun yang berlaku, balik lah rumah jumpa mak ayah”
Jawab Azwan, insyaallah sayang memang akan balik jumpa mak ayah saya.