Foto sekadar hiasan.
Assalamualaikum sahabat. Thank kepada admin jika sudi siarkan luahan hati aku. Aku teramat perluukan sokongan diwaktu ini. Aku adalah Ashraf, bekas suami kepada Syuhada. 9 tahun yang lepas, aku adalah pelajar Food Tech di sebuah IPTA.
Sama bidang dengan Syuhada. Cuma dia junior aku. Fast foward, kami bercinta & selepas habis belajar, kami decide untuk bertunang & bernikah. 2 tahun pertama, semuanya betul betul indah. Cakap je nak makan apa mesti dapat. Mesti syuhada akan masakkan.
Pergi mana mana mesti nak bersama. Aku decide taknak kerja satu company, so kami mintak kerja di kilang berasingan tapi dekat. Sebelah sebelah. Pergi & balik sama sama. Mula mula dapat kerja, naik motor saja.
Sewa pun, sewa bilik. Betul betul susah. Sampai la dah senang sikit, aku sewa satu rumah untuk kami suami isteri. Sebab jadi kewajipan aku sediakan tempat berlindung untuk isteri.
Mula-mula masuk rumah, tikar pun takda. Tidur atas mozek je dulu. Sebab duit dah habis buat bayar deposit rumah. Terpaksa tebalkan muka pinjam kereta kawan kalau nak beli barang besar sikit sebab tak boleh bawa naik motor. Kadang kadang wife aku nak masak benda frozen, peti sejuk takda, terpaksa letak ayam/ikan kat rumah jiran sebelah. Jiran sebelah memang baik. Banyak bantu kami.
Aku merasa susah tu dengan wife aku. Aku bersyukur sebab dia nak bangun & jatuh disisi aku. Walaupun rumah ni kosong, tapi ada dia, aku sangat bahagia. Cuma aku dengan dia. Allah belum beri rezeki anak pada kami. Jadi focus aku seterusnya adalah ke next level.
Fast foward, 4 tahun berkahwin, masih belum diberikan rezeki anak. Tapi kehidupan semakin senang. Aku dah mampu beli kereta. Satu untuk aku & satu untuk dia. Rumah yang disewa pun, tuan rumah dah jual pada aku. Alhamdulillah. Ada rezeki dalam setiap penikahan. Aku percaya benda tu. Kami masih sama, bahagia, pergi mana pun sama sama.
Cuma kalau ada dinner company syuhada. Dia kurang gemar ajak aku, jadi mungkin ‘me time’ untuk dia. Aku ok saja. Sehinggalah satu malam selepas dinner company wife aku. Dia balik jam 1 pagi. Jadi aku dah terlelap. Sedar sedar waktu pagi. Aku bangun untuk solat. Tiba-tiba ada satu text masuk ke dalam phone wife aku berbunyi, ‘jatuh cinta tengok awak malam tadi’.
Jantung aku terasa laju. Lantas aku scroll lagi text atas atas. Text mereka bukan seperti biasa. Seperti sedang bercinta. Wife aku ada buatkan sarapan untuk si lelaki ini. Buatkan kek batik. Hadiahkan jam dihari lahir dia. Aku segera solat untuk dapatkan kekuatan & ketenangan. Dalam sujud ku, aku meminta supaya aku tak buat yang macam macam pada wife. Risau dalam keadaan marah diluar batasan.
Aku atur langkah, kejutkan syuhada untuk bangun solat. Dia bangun dan solat. Aku yakin dia isteri yang baik. Dia mendengar semua kata kata aku. Dia rajin melayan kerenah ku. Dia segalanya pada aku. Aku yakin dia mungkin tersilap langkah.
Selepas Syuhada selesai solat, aku berbicara dengan dia. Siapa lelaki yang text tu? Jawapan ringkas yang aku terima. ‘Kawan’. Jadi aku lanjutkan pertanyaan, ‘mengapa dia cakap jatuh cinta bagai, kan awak tu isteri saya. Mana boleh lelaki tu cakap macam tu’.
Syuhada cuma mengambil bantal & sambung tidur. Nyenyak mungkin tidurnya. Sedangkan aku dalam keadaan gelisah, susah hati, cemburu, sedih, rindu dan skit. Jam 10 pagi, Syuhada bangun, dan buatkan sarapan. Tidak menegur aku.
Sepertinya aku yang bersalah dalam hal ini. Lantas aku buka mulut, ‘awak, siapa lelaki itu? awak ada orang lain ke?’. Kali ini jawapannya juga ringkas tapi lebih padu. Dia jawab ‘ya’.
Allahu. Berikan aku kekuatan. Lantas aku bertanya, kenapa macam ni? Kita baik baik sahaja kan? Jawab Syuhada, dia terlalu bosan hidup dengan aku. Dia dah tak boleh bahagia disisi aku. Hidup yang hampir 5 tahun tapi tiada arah tuju. Tiada anak seperti tiada masa depan.
Aku pluk dia, aku pujuk dia. Agar istigfar. Kembali pada aku, kembali pada Allah. Semuanya Allah yang rencana kan. Tapi tetap pilihan dia lelaki tu. Ya, lelaki yang berstatus bujang, satu tempat kerja & lelaki yang tahu wanita itu adalah isteri ku. Tetapi mengapa isteri aku. Tidak ada ke perempuan lain yang dia boleh cari?
Sedihnya. Sungguh sedih sahabat. Isteri mahu aku mencemraikan dia. Demi lelaki itu. Dia sanggup mngalkan suami dia yang bertahun ini, demi perkenalan yang beberapa bulan itu.
Sejak daripada itu, Syuhada begitu lain pada aku. Tidak mahu solat bersama. Tidak mau lagi pergi ke tempat kerja bersama. Baliknya juga sudah lewat. Isteri yang sepatutnya bahagia disisi aku, tapi aku sedang lihat dia bahagia dengan orang lain.
Selepas 9 bulan kejadian, kami pergi ke mahkamah untuk kaunseling dan dapatkan khidmat nasihat. Tetapi semuanya jumpa jalan buntu. Aku lepaskan Syuhada. Sedih. Sangat sedih. Isteri aku. Aku lepaskan untuk dia lebih bahagia pada jalan dia. Rumah yang isinya dulu ada dia, kini kosong. Lebih kosong dari tiada perabot.
Allahuakbar. Jatuh tersungkur aku. Rindu teramat pada dia. Menangis setiap malam. Allah saja yang tahu. Aku ambil keputusan untuk berhenti kerja & jual rumah itu. Biarlah jauh aku pergi. Dari aku skit disini. Mereka disini pasti bahagia.
#Kejadian ini adalah 3 tahun yang lepas sahabat. Tetapi, saat menceritakan ini, air mata aku masih jatuh. Aku masih rindukan dia sama saat aku ada disisi dia. Masih aku cintakan dia. Masih aku sayang dia. Aku belajar cara melupakan dia, aku busykan diri. Aku belajar buat banyak benda. Tapi hati aku masih ada dia. Aku yakin akan tiba masa aku akan lupakan dia. Aku pun belum pasti bila masanya.
Kini syuhada sedang bahagia bersama suami barunya. Dia dah pun bl0ck aku disemua media sosial dia. Ada rakan rakan dia yang masih friend dengan aku di media sosial.
Kadang terlintas gambar bahagia mereka. Takpe la, focus aku adalah mencari kebahagiaan aku sendiri. Doakan aku terus kuat yaa sahabat semua.
Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet
Nisa Azman, Allahu. Sy yg baca confession ni pun sebak. Apatah lagi confessor. Besarnya dugaan awk. Tpi percayalah, rahmat dan kasih sayang Allah tu luas. Ada hikmah semua tu. Memang susah nak lepaskan seseorang yg kita sayang. Tambahan lagi dgn seseorang yg kita pernah berkongsi rasa, kenangan dsb. Tapi kita kena redha dgn takdir. Terima kenyataan bahawa tak semua yg kita nak berjalan sesuai kehendak hati. Sy doakan saudara kuat dan tabah hadapi dugaan.
Aina Syuhada, Indahnya hidup syuhada…boleh pergi bila dia nak pergi..ada banyak manusia yg kena tunggu sampai maati walau apa pun terjadi…benar2 bahagiakah syuhada, atau sebenar2 bahagia adalah redha dgn takdir Allah yg tentunya banyak pahala dan benar2 dikasihi seperti ini..atau sebenarnya syuhada tidak bersyukur..
Mungkin jodoh confessor adalah sejuta kali lebih baik dr syuhada..yg layak mendapat kasih sebegitu indah..walaupun xindah dimata syuhada..kerana setiap bahagia impian manusia itu berbeza..hanya Allah yg tahu.
Faiz Akmal, Belajarlah melepaskan. Redha dengan kehidupan yang Allah beri. Cara terbaik, mtikan semua media sosial. Fokus pada kehidupan yang sebenar. Allah nak berikan sesuatu yang jauh lebih baik. Media sosial ini banyak palsu dari yang tulen.
Jasmin Jamal, Wahai confessor… Akak tahu adik sayang & rindu sangat pd bekas isteri adik, syuhada. Tapi… Lupakan lah dia.. Buat apa adik merindui org yg tak menghargai susah senang bersama, kasih sayang adik & pengorbanan adik. Lagipun dia dah bahagia menjadi milik org lain..
Susah nak cari lelaki yg karakter mcm adik ni.. Tiap kali solat, berdoalah pada Allah Taala, mohon Allah Taala agar adik dapat melupakan syuhada.. Allah Taala Maha Pengasih Maha Penyayang..
InsyaAllah akan dimakbulkan doa adik itu. Dlm masa yg sama, adik kena move on.. Sesungguhnya lelaki yg baik hanyalah untuk wanita yg baik.. Wallahua’lam.
Zizi Hamid, Aku dapat merasakan bro bila Bini bercinta or skandal dgn laki lain.ko beruntung lagi sebab xde anak.jadi Allah aturkan dah baik.x macam aku dah Ada anak.aku terpaksa lepaskan setelah pelbagai usaha aku lakukan.sekarang dah 2 tahun berlalu.dia nyatakan hasrat utk kembali bersama Demi anak.
Nur tyra, Jgn sygkan makhluk melebihi syg kita pd Allah even pd suami n isteri sendiri. Jadi one day kalau perkara camni jd kita masih ad rasa cinta pd diri sendiri, masih boleh move on utk elakkan diri sendiri dizalimi.
Allah takkn takdirkan sesuatu melainkan ia adalah yg tbek tuk kita. He knows better n the best of planners. Semoga Allah permudahkan urusan confessor.
Zul Muda, Aku nak pesan kat penulis… aku pernah alami kisah ni.. malah lagi teruk, siap kena santau lagi… derita beb, hampir nak gila… sekarang lepas 7 tahun, aku bahagia disamping seorang perempuan yg benar2 sayang kat aku…
Semua ni perancangan Dia. Kita tak tahu apa kat depan. maybe Allah nak naikkan darjat ko ke.. mana tau. Alhamdulillah, aku syukur Allah tarik aku dari keluar. Sekarang baru aku tahu hikmah disebalik kejadian ni. Kalau ko rasa teruk sangat, text je aku.. kita boleh borak2 supaya ko lebih tenang.
Ida Jalil, Allahu. Murni betul komen-komen wanita dalam ni bila wanita yang bersalah.
Cuba kalau lelaki yang cvrang, tak cukup perbendaharaan kata dan nama binatang nak maki hamun semua lelaki atas muka bumi ni.
Bunga Ezora, Sedihnya baca.. bekas isteri dah buat macam tu pun masih lagi sayang & rindu pada bekas isteri. Sesungguhnya, awak seorang yang lembut hatinya.
Tak tau nak komen lebih2 sebab saya pun belum berkahwin. Cuma saya doakan awak jumpa pas4ngan yang selayaknya. Orang yang baik pasti jodohnya sama baik. In sha Allah. Kami semua doakan. Time will heal bro.
Dhua Zainul, Simple jer… Wife tu dah bukan yg sesuai dan baik untuk Tuan…. Sebab tu tuhan “Tamatkan Kontrak Jodoh ” dgn dia.. Dah tiada fungsi saling melengkapi so ” passport ” tamat tempoh berlaku…. Allah nak ganti dgn isteri lebih hebat… Tunggu masanya akan sampai nanti.. Kipidup Bro.
Nur Syafarah, Dear confessor, 1. Di Medsos, manusia hanya paparkan apa yg bahagia dan positif. Selalunya, mereka memakai topeng, sedangkan di realiti sgt berbeza.
2. Harap bersabar. Saya suka part busykan diri. Kalau boleh, join NGO2 utk bantu orang2 susah. Then baru kita dapat rasakan ujian kita kecil berbanding orang lain dan bersyukur sebab Allah beri peluang utk bantu mereka. Ada org, dah sibuk dengan anak2, xsempat pun nak membuat pahala begitu.
3. Dengan join NGO, maybe boleh jumpa jodoh? InsyaAllah, orang baik2 jugak. Mereka dah biasa berjumpa ramai jenis org, x culture shock. So when she said she wants u, she really meant it.
4. Saya suka komen sebelum saya: jangan cari rebound girl. Jangan zalimi orang lain. Move on betul2 dulu. Allahu alam. Ikhlas daripada, alumni Food Tech juga
Aishah Adnan, Ada hikmah disebalik setiap kejadian. Ingat Allah. Lupakan org yang tidak hargai mu nak. Move on. Buat umrah n minta ketenangan dari Allah. Semoga bertemu jodoh dengan orang yg lebih baik dr syuhada. Sumber – Ashraf (Bukan nama sebenar) via IIUMC