Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.
Part 1:
Hai.. Namaku Lily. Aku ingin berkongsi cerita tentang pengalaman bersuamikan lelaki lembut. Suami dah beri kebenaran untuk aku menulis tentang kami di sini. Harap tak timbul isu. Ya, suami aku memang lembut. Lembut yang bukan sikit sikit punya lembut.
Lembut yang sangat kewanitaan. Jika ingin dibandingkan dengan aku. Aku rasa, dia lagi lembut daripada aku. Kami dijodohkan oleh keluarga. Mungkin mak aku dah pening sebab umur aku dah cecah 30 tapi takde sape masuk meminang.
Tu yang dia pakat dengan kawan dia nak jodohkan aku dengan anak kawan dia. Mula mula tengok gambar, aku dah rasa lain macam. Mukanya jambu. Putih bersih. Kening terbentuk. Bibir kemerahan. Aku pulak dengan muka kusam tak reti bersolek.
Malu jugak aku. Tapi akhirnya dengan kesungguhan kedua dua keluarga, kami dijodohkan. Malam selepas nikah, baru aku nampak yang laki aku bukan calang2 lembut. Jalannya. Fesyennya. Memang ke arah sifat feminin.
Aku terpaksa redho dengan itu. Aku pujuk diri aku yang luaran mungkin tak sama dengan dalaman. Batinnya mungkin ‘lelaki’. Tapi, sangkaan aku meleset bila dia ajak aku berbincang dalam bilik di ‘malam pertama’ kami.
Dia katakan beri dia masa untuk ‘bersama’ sebab kami belum berkenalan. Kalau boleh itu menjadi rahsia kami berdua. Aku yang mendengar cuma mengangguk setuju. Lagipun aku pun segan juga. Sebab Dialah lelaki bukan mahram yang pertama yang pernah berdua duaan dengan aku dalam bilik.
Aku katakan yang dia boleh saja nak tarik diri dan ceraikan aku bila bila masa kalau rasakan aku ni beban pada dia. Tapi dia kata yang dia takkan ceraikan aku melainkan aku yang minta. Disitu aku dah rasa sedih. Sebab aku tak pernah bercinta. Last2 kawin dengan lelaki lembut yang bukan ‘jantan’.
Tapi bila aku fikir semua tu Allah yang atur, aku istighfar banyak kali.. Lagipun siapalah aku nak minta lebih lebih. Tak kawin kang, orang sekeliling tak berenti tanya bila nak kawin. Pasrah.
Malam tu kami tidur di bilik yang sama. Tapi bila dia dah tidur, aku pindah ke bawah. Atas lantai berkarpet sebab aku takut tersentuh dia dan takut dia akan marah.
Sebelum tidur, aku menangis mengenangkan nasib aku nanti. Macamana agaknya hidup aku sebagai isteri yang tidak pernah ‘disentuh’?
Malam tu sebab letih menangis aku nyenyak tertidur. Tiba tiba aku terjaga sebab merasa badanku seperti melayang layang. Eh?
Bila aku buka mata..
Suamiku, si lembut itu mengangkat aku naik ke katil! Ya Allah.. kuatnya dia. Berat aku 50kg kot masa tu.. Tiba tiba rasa sedih malam tadi sedikit sebanyak hilang. Masa tulah aku yakin dia sebenarnya ‘jantan’ berpewatakan lembut!
“Jangan tidur bawah lagi. Abang yang akan tidur bawah kalau sayang rasa tak selesa”
Mak aiii! Baru 1 malam kawin, dia dah panggil aku sayang. Dan dia pun bahasakan diri dia ‘abang’! Lagi la perasaan aku macam dibuai2. Terasa ada yang sayang.
Esoknya aku jadi ceria kembali. Aku lupakan soal ‘kejantanan’ suami aku. Aku redho. Aku doa supaya cepat hubungan kami menjadi normal.
Selepas berkahwin, aku berpindah ke rumahnya. Apartment sederhana besar yang bagi aku cukup selesa. Cara dia menghias rumah juga menunjukkan betapa ‘kewanitaannya’ dirinya.
Minggu pertama sebagai isteri, aku jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri. Aku berhenti bekerja memandangkan gajinya sudah cukup menyara kami. So, akulah tukang masak dan tukang cuci dirumah itu.
Waktu tidur? Kami akan tidur bersama. Di katil yang sama. Tapi cuma sekadar tidur. Ada masanya dia ‘terpeluk’ badan aku secara tak sengaja disebabkan badan aku kecil. Mungkin dia ingatkan aku bantal peluk kot.
Bila macam tu, aku akan buat buat tidur walaupun sebenarnya dah susah untuk aku tidur. Rasa berdebar saja. Macam tu rupanya bila kena peluk suami. Bahagia betul rasanya walaupun tanpa sengaja.
Bila dia tersedar, dia akan leraikan pelukan dan berpaling ke belakang. Sedih pulak aku.
Bila dia pergi kerja, aku dah mula pandai mesej dia kat mana. Dan dia pun dah pandai hantar repot. Meeting. Jumpa kawan. Lepas tu tanya nak beli apa..Nak masak apa..
Aku jadi positif yang hubungan kami sememangnya ok saja. Walaupun belum tahap ‘suami isteri sebenar’.
Dia pernah ajak aku keluar makan. Bila dia tengok gaya aku, dia suruh aku keluarkan barang mekap yang aku ada. Aku kata yang aku cuma ada lipstik, celak dan bedak compact saja.
Lepas tu, dia bukak almari dia. Dia keluarkan beg mekap dia. Lengkap! Macam mekap artist pun ada.
Dia kata memang dulu dia pernah berjinak jinak dalam dunia mekap. Dia kata aku boleh saja nak pakai bila bila masa. Masalahnya aku yang tak reti nak mekap.
Last2 dia yang mekapkan aku. Memang berubah terus muka aku. Dia kata aku sebenarnya cantik. Cuma nak kena touch up sikit saja. Kembang jugak la aku kena puji suami sendiri. Hehe.
Masa keluar dengan dia aku cuma mengikut saja. Aku pun tak tau nak beli apa. Dia suruh aku pegang lengan dia. Terharu jugak la aku bila dia terserempak dengan kawan kawan dia dan katakan aku isteri dia. Nampak jugak dia bangga sebab dah kawin.
Dalam bulan pertama berkahwin kami langgan netflix sebab dia tak nak aku bosan duduk rumah. Maka bermulalah obses aku pada drama dan movie korea.
Setiap kali dia balik kerja, dia akan bertanya tentang drama yang aku layan. Di sinilah bestnya ada suami lembut. Boleh jadi kawan.
Aku akan cerita a-z kalau cerita tu best. Dia pulak akan setia mendengar. Macam kawan2 perempuan kau bila dengar cerita korea tu! Hah.. macam tulah!
Dia kata dia suka sangat dengan Lee seung-gi. Pelakon lelaki korea yang bagi aku takdelah hensem mana. Haha.. Bila aku tanya pelakon perempuan korea mana dia minat. Dia kata tak minat perempuan. Huhu.. terasa aku.
Sampailah satu hari tu, hujung minggu. Dia ajak aku tengok cerita hollywood kat netflix. Awal awal tengok ok lagi. Sampailah ada scene hubungan suami isteri. Aku ambil remote nak forward saja. Tapi dia biarkan. Memang awkward sangatlah jadinya.
Aku buat2 masuk dapur nak minum. Siap buatkan dia air milo panas lagi. Bila aku keluar bawak air. Dia boleh tanya aku
“Bila kita nak buat macam tu?”
Rasa macam nak terlepas air yang aku bawak. Mujur aku boleh kawal lagi. ‘macam tu’ yang dia maksudkan dah tentulah ‘adegan’ yang tadi tu.
Masa dia tanya tu, aku dah rasa panas saja muka aku! Merah kot. Aku nak jawab apa. Aku pun angkat bahu jelah. Tapi bila dia asyik pandang saja muka aku..aku pun cakaplah
“Kalau abang rasa tak selesa, takpe.. kite macam ni jelah. Sampai abang selesa”
Walaupun jauh di sudut hati aku. Aku memang nak dia jadi ‘lelaki’. Tapi aku dah ‘sayangkan’ hubungan kami yang sebegitu.
“Kite try malam ni!”
Hah?? Aku rasa tak tau nak sorok mana muka aku. Malu betul aku rasa. Terus terang betul mamat lembut ni! Kalau ye pun, berkias kias la sikit.
Satu kelebihan orang lembut ni. Dia kurang rasa malu. Atau boleh dikata takde malu. Dia akan luah ikut suka dia. Terlalu berterus terang. Kalau dia tak suka sesuatu pun dia akan bagitau direct!
Dipendekkan cerita, (yelah.. kang cerita panjang panjang, dah jadi x-rated pulak cerita aku. Haha)
Kami pun berjaya menjadi suami isteri malam tu. Haha
Aku bersyukur sangat apabila suami aku si lembut dah jadi ‘lelaki’. Dia pun nampak happy..
Pada masa tu juga dia buka rahsia dia yang paling besar.
Dia pernah berkahwin!
Aku yang dengar rasa macam tak percaya. Dia kata isterinya dulu minta cerai sebab dalam 3 minggu selepas nikah tak ‘disentuh’ oleh dia. Bekas isteri minta diceraikan. Dia turutkan.
“Mujur sekarang ni abang dapat isteri sabar macam sayang. Kalau boleh abang nak anak ramai”
“Kalau saya mandul? Tak mampu bagi abang anak, abang kawin lain ke?”
Aku tanya dalam nada gurau. Tapi dia jawab
“Tak cuba tak tahu!”
Masa tu aku peluk dia kuat sambil nangis. Aku pun dah hilang malu. Bercampur baur perasaan aku. Nangis sebab happy sebab dah sempurna menjadi ‘isteri’. Nangis sebab sedih. Takut kalau kalau tak dapat bagi anak pada dia.
Member aku ada cakap yang orang lembut ni memang sukakan anak. Sebab tu ramai orang orang lembut ambil anak angkat.
Selepas malam tu, aku nampak perlahan lahan dia berubah menjadi lebih kelelakian. Dia mula belajar bertukang. Warna warna bajunya lebih gelap. Dia tidak lagi memakai baju v-neck. Keningnya juga mula lebat. Gaya berjalan juga nampak lebih mengengkang.
Alhamdulillah.. termakbul doa doa aku. Siapa kata lelaki lembut tak boleh berubah? Mungkin nampak macam menipu diri dan hipokrit. Tapi itu semua pilihan. Suami aku memilih untuk mengikut fitrah asalnya. Bukan naluri kewanitaannya.
Sebenarnya sekarang ni suami aku tengah masak dan mengemas kat dapur sebab aku langsung tak boleh bau dapur. Alahan yang melampau. Awal Januari Tahun depan due date anak kami.. hehe..
Terima kasih kerana membaca luahan seorang wanita yang tengah bosan melayan pkp. Muntah dari pagi hingga ke malam. Mujur ada IIUM Confession. Huhu..
Part2: sambungan
Kali ni aku nak cerita lebih detail pasal suami aku si lembut ni. Pkp ni buat aku rasa nak menulis saja sebab mungkin ni saja aktiviti aku boleh buat sambil baring. Hehe
Ada beberapa perkara yang aku suka, dan ada perkara yang aku menyampah. Kita mula bab menyampah dulu. Satu hari tu aku terlupa fon aku letak mana. Try call, mati. So, satu rumah aku geledah.
Last2, suami aku yang jumpa atas mesin basuh. Terus mulut dia laser aku.. “Adoiii.. pelupa betul la bini aku! Ni kalau t*tek dia boleh tanggal. Memang tinggal sebelah saja tet*k dia!” Pedih tau! Huhu.
Aku pernah merajuk kena carut ngan dia. Aku ni jenis tak suka orang cakap kasar2 dekat aku..aku tak pandai nak membalas. Senyap2 aku keluar rumah naik teksi. Aku off phone. Sampai dah nak Maghrib aku tak balik jugak.
Semua keluarga aku dia call semata mata nak cari aku. Mak bapak aku pun tak tau aku pegi mana. Dia sempat pegi balai polis, tapi polis cakap tak sampai 24jam lagi. Tak boleh nak repot hilang.
Last2 mak dia sendiri call dia.. “Bini ko dekat sini ha! Berani ko carut menantu mak ye..”
Ye.. aku lari rumah mak bapak dia. Memandangkan dekat saja dari rumah kitorang. Padan muka dia. Masa dia datang nak ambil aku.. bapak dia pulak ceramah dia panjang. Tentang tanggungjawab suami. Tentang sayangkan isteri. Seronok pulak tengok dia terangguk angguk. Anak yang taat sangat2.. haha
“Isteri kamu dah la baik.. sopan.. cubalah hargai!” Ni ayat bapak dia yang paling aku ingat. Kembang woo kena puji! Haha.. Dah selesai semua, kitorang naik kereta. Terus saja dia cakap..
“Untunglah orang tu..ada kabel besar..”
Aku cuma mampu sengih. Tapi lepas tu, aku ambil tangan dia aku cium dan mintak maaf sebab buat dia risau. Mula hari tu, dia dah tak berani nak carut aku dah. Nak membebel pun jarang. Dia tau aku akan mengadu dekat mak dia. Haha
Ye, tu saja satu benda yang aku tak suka. Dan banyak benda yang aku suka pada dia. Dia rajin, bersih, penyayang, tak kedekut. Rajin dan bersihnya dia dah tahap OCD (Obsessive-Compulsive Disorder).
Tapi dia tak nak mengaku yang dia ada disorder tu. Dia kata dia normal. Tapi kalau dah sampai tahap selipar pun kena susun ikut saiz. Aku rasa dia agak parah jugak.
Tentang penyayang dan tak kedekut, dia adalah anak yang sangat mementingkan keluarga. Dia akan usahakan untuk semua keluarga adik beradik dia berkumpul setiap bulan dekat rumah mak bapak dia.
Dia akan pastikan semua datang. Pernah sekali anak saudara dia bagi alasan takde duit tambang. Dia sanggup tambangkan anak saudara dia untuk naik flight dari utara.
Aku sebagai isteri dah tentulah merasa tempias dari sifat pemurah dia. Masa mula mula dia suruh aku berhenti kerja, aku takut jugak. Yelah, kan banyak cerita yang suami tak bagi nafkah dekat isteri.
Yang dia ni lain pulak.. nafkah bulanan tak pernah gagal. Lepas tu, asyik tanya aku nak beli apa. Bila aku kata tak tau.. dia boleh marah. “Tak tau! Tak tau! Cakap jelah!”
“Beli jelah apa apa yang abang rasa sesuai”
Masalahnya bila aku cakap macam tu.. mula la dia akan beli benda pelik pelik. High heels la.. baju blink2 la.. Sampai satu tahap aku fikir.. sebenarnya apa yang dia nak aku pakai sebenarnya dia yang nak pakai sangat! Haha
Pasal makanan pulak, stok biskut, coklat dan segala mak nenek junk food sentiasa penuh dekat kabinet. Masalahnya sekarang, dia ni jenis jaga badan. Bukan makan sangat. Jadi masalah pada akulah! Aku dah la duduk rumah 24 jam.
Bila aku kata tak payah beli.. dia akan bagi alasan dia sediakan untuk anak2 buah dia kalau datang rumah. Semenjak kawin, baru sekali saja anak2 buah dia datang. Yang banyak menghadap benda tu, akulah!
Tapi bila dia kata..
“Sayang nak makan apa, suka hati. Tapi abang tak nak sayang gemok!”
Pulak dah! Nak tak nak, memang terpaksalah aku rajinkan diri buat benda paling aku malas dalam dunia ni.. BERSENAM! Huhu..
Sebenarnya dalam banyak2 sifat dia, aku paling suka dia sangat romantik! Bukan romantik macam dekat drama2 tu.. dia romantik cara dia. Dia suka bagi pickup line yang buatkan aku terawang awang! Hehe
Contohnya, bila dia tiba2 kata..
“Untungnye jadi bantal tu!”
Mata dia khusyuk tengok tv. dekat tv takde iklan bantal pun. Dah lama baru aku perasan..dia maksudkan bantal yang aku peluk rupanya..alahai lembabnye la aku!
Satu lagi, time shopping dia tiba tiba saja cakap
“Sayang! Pandang kiri!”
“Ada apa?” Aku tak paham. Tapi aku pandang jugak kiri. Takde apa yang pelik. Yang aku nampak cuma dia dekat kiri aku
“Abang tak nak sayang pandang lain selain abang”
Ish! Dia ni..dekat public tak payah la sweet2..kang aku jalan terhuyung hayang kang..hati aku punyalah berbunga bunga. Akarnya mencengkam ke jantung. Fuh!
Satu peristiwa lagi bila dia terserempak aku yang baru habis mandi. Dia terus tanya
“Bersih ke?”
“Apa yang bersih?”
“Badan la.. bersih ke?
“Bersih la! Kan dah pakai sabun!”
“Macam tak bersih saja.. jom mandi sekali lagi!”
Dan aku akan buat buat tak dengar. Malas nak layan kononnya. Padahal dekat belakang aku dah tersenyum senyum.
Tapi, ada masa dia ni annoying jugak.. selalu sangat dia buat macam ni..
“Sayang! Nak ikut tak?”
“Nak pegi mana?” Aku dah tebayang dia nak ajak aku gi shopping.
“Berak!” Terkekek dia gelak sambil masuk bilik air.
Ces! Tak senonoh! Kang aku ikut betul.. tak tenteram ko nak meneran! Haha
Satu lagi peristiwa, selepas kami dah jadi ‘suami isteri sebenar’. Dia letak satu peraturan baru..
“Abang nak… tiap malam, kita kena rapatkan badan dada ke dada. Tak kesah la tengah gaduh ke.. tengah badmood ke.. Jangan pernah lupa”
“Kenapa tak cakap peluk saja?”
“Peluk lain! Ni dada ngan dada saja!”
Aku pun tak tau dari mana dia dapat benda ni. Mungkin ada la tu dia dengar mana2 penceramah syorkan. Aku ikutkan jelah.
So, nak dijadikan cerita, satu hari tu, dia marah aku sebab tak jawab call dan mesej dia. Khusyuk tengok korea punya pasal!
Aku sedih kena marah. Kitorang senyap saja satu hari. Tak bertegur sapa.
Bila aku baru nak lelap, tiba tiba dia pegang bahu aku.
“Sayang..ada lupa apa2 ke?”
“Lupa apa?”
“Kite tak rapat dada lagi..”
Aku gelak. Siang tadi kemain lagi marah aku. Dan semudah itu kitorang berbaik semula.
Banyak lagi kalau nak cerita. Tapi sebab aku menghormati adik yang komen ‘tak hormat langsung dengan kitorang yang tak kawin lagi ni’. Aku stop cerita sweet2 ni. Akak minta maaf ye..hehe..
Semoga semua yang belum berkahwin dimudahkan urusan jodoh masing masing.
InsyaAllah, kalau aku rajin lepas ni aku cerita tentang pengalaman sebelum dapat tau aku mengandung.
Oh ye.. suami aku kirim salam dekat semua yang mendoakan kitorang. Korang semua baik hati. Semoga Allah lindungi kamu semua dari bala bencana. Aamiin..
Part3: Sambungan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hai.. jumpa lagi! Hehe. Sebelum aku mulakan cerita, aku nak minta maaf sangat sangat pada abang kakak yang tegur tentang ‘rapat dada ke dada’ tu. Salah aku sebab aku tak terangkan lebih lanjut. Sebenarnya ianya tidaklah se’er0tik’ mana..
Contohnya macam hari tu.. Suami aku tengah layan Euro. Mata aku pulak dah berat sangat. Aku mintak izin tidur dulu. Dia angguk dan bangun dari sofa untuk rapat dada. Tapi matanya masih melekat dekat TV.
Acuh tak acuh saja kitorang buat. Memang betul betul cukupkan syarat saja.. huhu.. maaf sekali lagi ye abang kakak..
Ok, macam yang aku bagitau sebelum ni, aku nak cerita tentang pengalaman sebelum tahu mengandung.
Mungkin kali ni aku mulakan dulu kenapa aku perlu mengandung. Dengan kata lain, aku kena tunjukkan yang suami aku yang lembut ni boleh buat aku mengandung!
Macam ni ceritanya..
Masa tu raya 2018, beberapa bulan setelah kami kahwin. Adik beradik aku yang lain semua beraya dirumah mertua. So, aku ajak suami balik raya di kampung aku.
Suami bersetuju. Suami pun suka duduk kampung aku sebab dah lama tak merasa suasana kampung. Orang KL la katakan.
Dah adat family kitorang, bila raya rumah mak bapak aku yang akan kena serang dulu. Sebab bapak aku anak sulung. 5 keluarga adik beradik bapak aku akan konvoi ke rumah kitorang.
Bila raya biasalah.. ada yang tayang baju fesyen baru, tayang body baru sebab dah kurus, tayang kereta baru.
Aku? Aku mampu tayang suami baru aku saja la..
Kalau dulu diorang sibuk tanya aku bila nak kahwin, sekarang ni pulak, dah sibuk tanya,
“Dah ada apa apa ke?” Hmm.. aku mampu geleng sajalah. Masa tu riuh la makcik makcik aku bagi petua ‘mudah lekat’. Makan itu. Makan ini. Buat itu. Buat ini. Aku angguk angguk saja.. Dan segan pulak aku bila makcik aku kata,
“Laki kamu kenalah rajin menyemai benih!”
Adoiii.. dah masuk topik ‘halaman pertanian’ pulak dah.. haha
Tapi, dalam keriuhan tu, tiba tiba terdengar bisikan bisikan negatif daripada kelompok sepupu sepupu lelaki aku yang remaja.
“Lembutnye..”
“L.G.B.T”
“Nyah”
Dan bisikan bisikan negatif itu disambut dengan gelak ketawa yang menyakitkan hati. Mood happy aku terus hilang.
Emosi aku makin tak terkawal bila nampak sorang daripada budak budak tu menggayakan gaya lembut sambil minum. Aku dah rasa mata aku panas. Aku cepat cepat masuk ke bilik air.
Di situ aku lepaskan semuanya. Sedih betul aku rasa. Janganlah suami aku sedar yang budak budak tu tengah ejek dia. Kalau boleh aku nak dia happy saja dekat kampung aku.
Lebih kurang 10 minit jugak aku habiskan dalam bilik air. Bila dah rasa tenang sikit, aku keluar. Terserempak pulak dengan suami aku. Mata aku dah sah sah la nampak merah.
“Sayang kenapa?”
“Migrain.. Dah ok sikit..” itu saja alasan yang aku terfikir.
Tiba tiba dia pegang belakang kepala aku sebelum dia tarik dekat dengan badan dia dan dia cium dahi aku!
“Abang dah ubat! InsyaAllah lepas ni sembuh!” Katanya sebelum kembali melayan tetamu diluar.
Aku jadi bertambah sebak. Aku masuk bilik air sekali lagi.. Makin deras airmata aku. Tak tau kenapa aku jadi lagi sedih. Mungkin kesian dengan nasib suami aku. Hina sangat ke jadi lembut?
Malamnya, mak ayah aku ajak beraya ke rumah makcik pakcik aku. Aku bagi alasan letih. Cukuplah anak anak diorang dah hina suami aku siang tadi. Aku dah serik. Suami aku pun aku tak bagi ikut.
“Pengantin baru tu.. biarlah diorang tido awal sikit”
Bapak aku pulak menyampuk. Dah salah faham pulak orang tua ni. Ah! Biarlah..
Bila rumah dah sunyi, aku terus masuk bilik. Rasa nak rehat kejap. Berat betul kepala aku. Tak sampai beberapa minit letak kepala ke bantal, aku terlena.
Aku cuma terjaga bila suami aku buka pintu bilik. Aku toleh jam. Dah pukul 11 malam! Ingat nak tido kejap saja. Sampai 3 jam peginye. Aku duduk. Suami aku dah baring sebelah aku.
Tak tahu kenapa hari itu aku tak rasa nak becakap sangat. Mood aku masih swing. Mungkin jugak sebab aku kebetulan peri0d hari tu.
Bila teringat ada benda yang perlu aku kemaskan sebelum tidur, aku bangun. Tapi suami aku dah tarik tangan aku dan buat aku terduduk betul betul sebelah dia.
“Nak pegi mana?”
“Nak kemas dapur. Kang mak bising”
“Abang dah kemas”
“Ruang tamu pun sepah tadi..”
“Pun abang dah buat jugak..”
Aku dah tak jumpa alasan. Aku baring balik. Sikit pun aku tak bersuara lepas tu. Cuba cuba untuk sambung tidur. Tiba tiba saja suami aku kata..
“Dah la tu.. tak payah pikir sangat.. abang tau..”
“Tau apa?”
“Abang pun dengar tadi.. g4y la.. pondan la.. nyah la..”
Ya Allah! Dia tau?! Aku terus peluk suami aku. Automatik airmata aku mengalir lagi.
“Saya minta maaf tau.. family saya jahat!”
Suami aku gelak.
“Abang dah lali laa. Benda benda tu abang hadap sejak kecik. Dulu dulu memang la rasa jugak. Dalam family abang sendiri pun abang kena buli”
Masa tulah dia bukak cerita cerita dia kena buli. Yang aku paling ingat dia cerita tentang jiran dia yang dia panggil Milah. Bila gaduh saja, mesti Milah akan panggil dia P0ndan Chow Kit!
“Abih tu? Abang balas apa kat Milah?”
“Mula mula abang ok lagi.. tapi bila dah selalu sangat. Abang terus jerit kat dia.. “JANGAN SAMPAI AKU RGOL KO MALAM NI!” Mencicit dia lari! Tau pulak dia takut.. sampai sekarang dah tak berani jumpa abang.. takut kena rgol le tu!”
Aku yang dengar terus hilang sedih. Terbahak bahak aku tebayang si Milah kena sembur dengan si mamat lembut ni.
“Macamana abang boleh jadi lembut?”
Suami aku pun cerita yang dia masa kecik normal. Macam budak budak biasa. Mungkin sebab suami aku anak bongsu, ‘manja’ tu lebih. Pantang kena pkul, terus nak mengadu.. kawan kawan dia pulak ramai perempuan.
Suami aku takkan main yang ganas ganas, nak main pasir depan rumah pun mak dia tak bagi sebab takut dia jadi hitam legam. So, terperap la dia kat rumah dengan kakak kakak yang suka main mekap mekap.. main masak masak..
Bila dah remaja, bapak dia perasan kecenderungan suami ke arah ‘kewanitaan’. Lebih lebih bila berjumpa kawan kawan yang sejenis dekat universiti. Sebab tu habis saja belajar, bapak dia aturkan untuk kahwin. Dengan family jauh.
Masa tu, dia mengaku yang sedikit pun takde perasaan dekat perempuan.. Tapi sebab bapak dia garang.. dan mak dia betul betul pujuk dia.
“kahwin saja dulu.. nanti rasa tak sesuai boleh cerrai.. ”
Mak dia merayu nangis nangis masa tu. Suami pulak jenis tak sampai hati tengok mak dia merayu macam tu. Dia pun ikutkan.
Bila dah kahwin, dia cari jalan untuk dapat cerrai cepat!
“Jahat kan abang? ”
Aku angguk. Kesian pulak ex dia..
Suami aku pun cerita yang dia sengaja buat buat busy di malam pertama. Bila ex dia sedar yang dia memang tak nak ‘bersama’. Ex dia tidur di bilik lain. Sampailah hubungan tu jadi betul betul t0ksik. Hubungan di antara dua orang yang sangat asing.
Ada jugak suami cuba cuba untuk berbaik. Nak ajak ex dia makan luar. Nak ajak bincang. Tapi ex dia tak nak. Bagi alasan macam macam. Ex dia asyik berkurung saja dalam bilik.
“Masa tu abang rasa memang dia pun nak cerrai agaknya. Dia tak suka lelaki lembut macam abang kot..”
Lepas cerrai, dah tentulah kecoh. Tentang family ex dia aku tak boleh cerita lebih lebih.. Apa yang boleh aku bagitau, keluarga suami menanggung malu yang besar. Dikatakan ‘terdesak’ mengahwinkan anak yang ‘tak mampu’.
“Mak abang sampai jatuh sakit.. bapak abang yang garang tu jadi pendiam. Rasa bersalah agaknya. Adik beradik semua tunjuk simpati pada abang..”
“Masa tu abang salahkan diri. Salahkan diri yang lembut. Tak berusaha nak berubah”
Aku menangis! Setiap peristiwa yang diceritakan macam layar perak dimainkan di depan mata aku.
“Sebab tu abang mintak untuk dicarikan jodoh lagi. Abang nak buktikan kemampuan abang! Abang yakin abang boleh!”
“Bila dah kahwin dengan sayang, abang perlu masa untuk pupuk perasaan pada sayang. Bila tiap hari tidur sekatil.. asyik terpeluk saja..
Memang timbullah ‘rasa’ tu! Lepas tu baru abang sedar, seronok rupanya! Menyesal tak kahwin dari darjah 6!” Suami aku dah gelak macam giila.
“Kalau tak kahwin dengan saya, abang tau tak abang kahwin dengan sape?” Aku tanya dia sambil tahan gelak.
“Sape?” Berkerut dahi dia
“Milah!”
Kami pun bergelak ketawa sampailah mak bapak aku ketuk pintu rumah . Baru balik beraya. Pergh.. sampai pukul 12 malam. Sakan betul!
Ye.. begitulah.. kisah kenapa aku nak sangat mengandung. Sebelum tu mungkin aku tak kesah sangat pun. Yang penting hidup aku tak kacau orang.
Tapi bila kejantanan suami aku dicabar, aku sahut! Aku akan gunakan kabel paling besar! Allah! Aku akan doa sungguh sungguh! (Wahh.. berkobar kobar betul kan? Haha)
Oklah sampai sini dulu.. Cerita tentang usaha kitorang nak dapatkan seketul baby akan aku sambung minggu depan. InsyaAllah.. Itu pun kalau korang tak menyampah. Huhu
Sambungan part 4 Dan part 5(last) boleh baca di link dibawah:
Sambungan kisah Khawin lelaki lembut