Kalau dah jodoh. Niat murni nak bantu ibu tunggal memang harus dipuji..
Adalah normal bagi wanita untuk berkahwin dengan lelaki yang lebih berusia. Namun, seiring dengan berjalannya waktu, bukan lagi isu pelik atau kontroversi yang perlu diperdebatkan bagi lelaki untuk mengahwini wanita yang jauh berbeza usianya.
Beza usia 23 tahun
Ini sama seperti hal yang dikongsi seorang pemuda di TikTok apabila menceritakan kisah bagaimana dia tergerak hati untuk menyunting isteri tercinta menjadi suri hatinya walaupun perbezaan usia antara mereka adalah 23 tahun.
Menerusi TikTok @geemie8599, dia yang lahir pada tahun 1998 telah berkahwin dengan isterinya yang kini sudah berusia 47 tahun.
Katanya, dia baru 5 bulan berkenalan menerusi Facebook dan terus terdetik untuk bernikah kerana berasa terpanggil untuk membantu wanita tersebut dimana pada ketika itu merupakan seorang ibu tunggal dengan 5 orang anak yang
Keluarga menerima
Dia yang kini sudah berumah tangga selama 4 tahun akui sangat bahagia lebih-lebih lagi anak-anak tiri sangat menerima kehadirannya sebagai ‘bapa muda’.
Anak2 hormat sebagai bapa walau hampir sebaya
Walau bagaimanapun, pemuda tersebut akui bahawa pada awalnya ada juga perasaan kekok apabila anak sulung isterinya hampir sebaya dengannya, namun dia bersyukur kerana anak-anak tetap menghormatinya.
Dia juga menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang bapa selepas sah bergelar suami kepada ibu mereka.
Kalau dah jodoh…
Perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok itu telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet. Rata-rata memuji pemuda berkenaan kerana mempunyai niat yang murni dan mendoakan agar mereka sekeluarga hidup harmoni hingga ke akhir usia.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat kemanisan rumah tangga pasangan ini. Tidak kurang juga, ada yang memuji niat dan keikhlasan Geemie yang mahu membantu seorang ibu tunggal selain menitipkan doa agar mereka sekeluarga hidup bahagia selama-lamanya.