Seorang lelaki warga emas dikenali Kaan mendedahkan dia pernah berkahwin sebanyak 87 kali dan bakal mendirikan rumah tangga sekali lagi hanya kerana mahu memuaskan nafsu batinnya. Macam tak percaya, tapi itulah kenyataannya!
“Saya tidak suka memainkan perasaan perempuan. Kasihan juga anak orang.
Daripada saya ‘makan luar’ di jalan, lebih baik saya nikah, karena saya orangnya suka memuaskan nafsu birahi saya.
Kalau perempuan itu sudah tidak memuaskan saya, ya udah diceraikan aja,”katanya.
Dalam masa sama, Kaan mengaku perbuataannya itu adalah contoh tak baik. Bukan itu sahaja, disebabkan kerap berkahwin, dia juga susah makan dan tidur kerana sering memikirkan perempuan.
Sepanjang 86 kali dia berkahwin, Kaan kini mempunyai 7 orang anak perempuan daripada 6 orang ibu berlainan. Katanya lagi, dia sudah mempunyai merancangan untuk merujuk semula dengan bekas isterinya yang ke-68.
Anak-anaknya itu kini tinggal merata-rata. Ada yang tinggal masih satu desa, ada pula yang pindah ke luar pulau.
“Saya punya anak 7 dari semua pernikahan saya. Anak-anak saya ada yang di sini ada, di Kalimantan ada.”
“Sampai sekarang juga masih bersilaturahmi baik dengan mereka,” bebernya.
Kendati perbuatannya yang kerap berganta-ganti isteri itu tak baik, namun ia selalu berusaha menjad ayah yang bertanggungjawab untuk anak-anaknya.
“Saya punya prinsip, meski saya gak benar gak baik, tapi kalau untuk anak, saya harus baik,” tegasnya. Sumber: Tribuns
Di dalam Islam, penceraian merupakan sesuatu yang tidak disukai oleh Islam tetapi dibolehkan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu. Penceraian boleh dilakukan dengan cara talak, fasakh dan khuluk atau tebus talak.
Walaupun Islam membenarkan perceraian sebagai jalan keluar dalam keadaan darurat daripada kekalutan rumah tangga, namun hakikat di sebalik itu – talak tidaklah disukai dan sangat dibenci Allah s.w.t. kerana merosak hubungan baik dan kemaslahatan antara suami isteri.
Daripada Umar, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Perbuatan halal yang dibenci Allah ialah talak. (Riwayat Abu Daud dan Hakim). Hadis ini sentiasa menjadi peringatan yang kuat kepada mereka yang tergesa-gesa dan sewenang-wenangnya menyalahgunakan kebenaran perceraian.
Matlamat syariah adalah untuk mewujudkan unit keluarga yang kukuh melalui perkahwinan, tetapi jika tujuan ini gagal disebabkan beberapa keadaan, perkahwinan ini tidak perlu diteruskan secara berpura-pura, seperti yang diamalkan oleh sesetengah pengikut agama lain yang tidak membenarkan perceraian.
Islam menggalakkan perdamaian di antara suami isteri dan tidak menggalakkan mereka memutuskan hubungan itu. Namun begitu, jika hubungan baik antara suami isteri tidak dapat diteruskan,
Islam tidak mengikat mereka dengan ikatan yang sangat dibenci yang menimbulkan penderitaan dan keperitan. Oleh sebab itu, Islam membenarkan perceraian. Ini disebut dengan jelas dalam kitab suci al-Quran.
Apabila ketidaksefahaman antara suami isteri menjadi serius sehingga menjejaskan perhubungan mereka, Allah memerintahkan penimbang tara dilantik untuk menguraikan kekusutan ini sambil mendamaikan mereka,
Allah berfirman yang bermaksud: Dan jika kamu ketahui ada perselisihan di antara kedua-duanya (suami isteri), maka kirimlah seorang penimbang tara daripada keluarga lelaki dan seorang penimbang tara daripada keluarga perempuan.
Jika kedua-dua penimbang tara itu menghendaki perdamaian, nescaya Allah memberi taufik kepada suami isteri itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali. (Surah an-Nisa ayat 35) sekian.