‘Suami dayus membenarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki.’
Topik itu masih menjadi bualan ramai orang selepas penceramah bebas, Ustazah Siti Afifah Shahbudin, lantang bersuara di TikTok miliknya.
Tidak habis di situ apabila suami Siti Afifah iaitu Ustaz Zaidi Tohirin pula yang bersuara menerusi siaran langsung di TikTok. Kata Zaidi, dia kecewa dengan sikap golongan suami yang sanggup mengadaikan maruah isteri kepada doktor lelaki.
Tegasnya, suami bertanggungjawab menjaga isteri bukannya membiarkan kemaluan dilihat oleh doktor lelaki
Sampai seteruk itu kamu meletakkan maruah isteri kamu ini. Bidadari kamu di dunia ini.. kamu buat macam itu.
Pagi tadi saya dengar sendiri ada orang lelaki telefon. Kata bini nak bersalin, doktor minta RM10,000. Minta duit dekat ustazah.
Hey kamu lelaki, kamu suami, kamu la bertanggungjawab.
Waktu kamu bersama-sama dengan isteri kamu di malam pertama, adakah kamu tidak pernah terfikir yang kamu akan ada anak? Jangan sedap saja yang kamu ambil! Hey lelaki, dayus kamu!
Dalam pada itu, Zaidi menekankan para suami mempunyai tempoh masa selama sembilan bulan untuk menabung duit bagi membayar kos bersalin di pusat perubatan swasta.
Sepatutnya malam pertama menumpahkan air kamu tu, sembilan bulan Allah Taala beri tempoh kepada kamu bersiap sedia, memberikan tempat yang terbaik untuk isteri kamu bersalin.
Hanya dikenakan beberapa ringgit saja, kamu sanggup serahkan maruah. Hey para isteri.. sedarlah begitu murahnya maruah kamu di mata suami!
Mana pengorbanan seorang suami? Sepatutnya demi maruah, kemudahan, keselesaan isteri yang berjuang melahirkan anak. Yang kemungkinan boleh hidup atau mati.
Perkongsian itu semestinya mendapat respons yang kurang senang daripada pengguna media sosial terutama kaum adam.
Sebelum ini, Siti Afifah menyelar suami yang membiarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki selain melabel sebagai ‘dayus.’ Sumber: TikTok @scorpion.merah
PU Syed kongsi pandangan dari sudut agama… “Bertenang, mungkin ustazah ada sejarah”
PU Syed menegur cara seorang ustazah menyampaikan pandangan mengenai tindakan suami membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran anak mereka seperti video tular di media sosial, baru-baru ini.
PU Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 40, berkata walaupun apa yang disampaikan oleh ustazah itu benar, ia perlulah disampaikan dengan berhemah dan tidak mengikut emosi.
“Bila kita berkata satu benda dan berkait dengan emosi sesuatu yang baik tu nampak tak baik.
“Benar ustazah tersebut menegakkan supaya para suami mencari bakal doktor di kalangan wanita.
“Maka dia perlu sebut dengan cara yang lebih berhemah,” katanya
Dalam pada itu PU Syed sempat menitipkan pesan kepada netizen supaya bersabar dengan kenyataan ustazah tersebut.
“Bagi masyrakat dan netizen bawa bertenanglah.
“Mungkin ustazah tu ada sejarah ke ada masalah ke tapi yang baik kita ambil sebagai pedoman yang tak baik kita tolak tepi,” ujarnya.