‘Korg Kalau Korea Beria Sambut, Nabi Muhammad Tak Ada Pun’ Tindakan Akak Rela Sound Peminat K-Pop Dipuji Ramai

Sikap tegas seorang Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di acara 2022 Mokkoji Korea, baru-baru ini mencuri tumpuan netizen di media sosial.

Menurut netizen, mereka kurang senang melihat cara anggota tersebut menghalang pengunjung daripada berjumpa artis Korea yang ada di situ.

Menerusi sebuah rakaman video di Twitter, anggota Rela itu dipercayai memarahi pengunjung yang hadir ke majlis tersebut dengan reaksi wajahnya yang serius. Bukan itu sahaja,

wanita tersebut didakwa menolak peminat yang cuba mendekati artis jemputan dari Korea Selatan itu. Korang kalau korea beria sambut, Nabi Muhammad takde pun.

Susulan daripada itu, rata-rata netizen berkata tindakan anggota Rela itu sangat tidak sesuai dan kasar.

Sekadar info, majlis 2022 Mokkoji Korea itu di spesifikasikan untuk pameran budaya Korea yang turut menjemput beberapa artis jemputan dari Korea Selatan. Majlis ini diadakan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (Mitec) Kuala Lumpur pada 12 dan 13 November lalu.

Sumber Dan video ada di Twitter boleh cari sendiri.

Gelagat Peminat Pakai Sarung Tangan Sebab Nak ‘High Five’ Penyanyi K-Pop Wanita Dipuji

Hujung minggu lalu, pameran budaya serta cara hidup Korea Selatan iaitu MOKKOJI KOREA telah diadakan di International Trade and Exhibition Center (MITEC) dan berlangsung selama dua hari sejak 12 November hingga 13 November.

Malah, MOKKOJI KOREA turut menampilkan barisan idol K-Pop yang turut memeriahkan pameran tersebut seperti Jeon Somi, Moonbin dan Sanha (ASTRO) serta kumpulan BLANK2Y dengan persembahan eksklusif daripada mereka.

Bukan itu saja, segmen ‘High Five’ bersama idol turut mencuri tumpuan peminat-peminat walaupun masa lima saat saja yang diberikan.

Berikutan dengan itu, ramai yang memuat naik momen mereka di media sosial terutamanya di TikTok. Memang banyaklah lalu di FYP.

Tidak terkecuali, seorang lelaki mencuri tumpuan orang ramai selepas mengenakan sarung tangan plastik semasa ingin ‘high five’ bersama Somin demi menjaga batas.

Difahamkan, lelaki berkenaan sanggup meminta sarung tangan plastik itu dari penjual-penjual yang berada di pameran tersebut. Gigih!

Di bahagian komen, ramai yang kagum dengan kegigihan lelaki tersebut kerana masih menjaga batas sebagai seorang Muslim walaupun berjumpa dengan idol kegemarannya.

Bukan itu saja, ada juga yang bergurau dengan meminta untuk lelaki tersebut jual sarung tangan plastik itu dengan harga yang mahal. Bukan main lagi korang ya! Sarung tangan pakai buang: RM10K. Siapa nak sarung tangan harga RM5K tekan bakul kuning sekarang.

Komen warganet yg g lain ada sokong mak cik rela.

Siapa yg kecam, kami Netizen diblkg akak rela ini terbaik la akak rela.. benda betul pun dia kata.. apa nama fb kak rela ni.. rmai kecam konon yg kecam tu xmkn nasi kot

Pada saya betul apa yg akak rela Tu ckp,tang dia dah Lepas selebihnya terpulang pada mereka nak Terima atau tidak esok Di Akhirat akak Tu dah Lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *