“Pisau aku capai, talak 3 aku dapat”. Tiba hari bicara, sehina itu suami bt aku dikhalayak ramai.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. First of all aku nak ucapkan terima kasih pada admin sekiranya sudi menyiarkan tulisan ini.

Aku seorang wanita berumur lingkungan 20 an bekerja sebagai Eksekutif di sebuah syarikat swasta antarabangsa. Apa yang aku nak kongsikan pada semua ialah mengenai kisah hidup aku disamping aku sangat sangat memerlukan kata kata semangat dari pembaca semua.

Aku tak mampu untuk meluahkan semua masalah aku, apa aku rasa dan apa yang aku lalui pada kawan kawan mahupun keluarga.

Pertama aku sangat malu dan kedua aku tak nak sesiapa pun melihat aku tidak kuat. Tapi makin lama aku simpan semua ini makin aku rasa tersiksa.

Hampir setiap malam aku menangis, aku meraung sehingga aku tertido sendiri.

Luaran mungkin orang nampak aku happy, kerja seperti biasa, keluar dengan family, buat semua rutin harian seperti biasa tetapi tiada siapa yang tahu jiwa aku sebenarnya dah mti.

Aku pernah berkahwin dengan seorang lelaki yang juga lewat 20 an, bekerja dengan sebuah syarikat swasta dalam sektor Minyak & Gas yang terkemuka di Malaysia.

Bagi aku dia seorang yang good looking, tinggi lampai, berbadan tegap, berhidung mancung berkulit kuning langsat dan heavy sm0ker.

Permulaan perkenalan kami dia memang tidak pernah ada sifat sifat romantik dalam diri.

Dia tak pernah beli jiwa aku dengan kata kata yang janjikan bulan dan bintang. Cukup dengan layanan yang baik baik sahaja.

Tetapi aku jatuh cinta dengan perwatakan yang menampakkan kelelakian dia sebagai lelaki.

Aku suka dengan cara dia even dia tak pandai nak treat aku like a bakal permaisuri dalam hidup dia.

Dia bukan jenis lelaki yang boleh plan any surprise, bagi bunga, bagi ayat ayat berbunga dsb.

Dia melamar aku pun hanya dekat kedai makan lepas habis waktu kerja.

“Sudi tak awak jadi isteri abang?” Just that point with a dua bentuk cincin yang dia mintak mak dia pilihkan.

And after kahwin aku boleh gambarkan perkahwinan aku dan perwatakan dia sama dengan Aaron Aziz dalam Movie Ombak Kasih lakonan Maya Karin juga.

2 tahun mengikat tali pertunangan ternyata tidak menggambarkan siapa dirinya yang sebenar.

Dunia perkahwinan yang sangat menyedihkan bagi aku. Kami jarang keluar bersama. Berbual sesama sendiri apatah lagi.

Hidup aku hanya sekadar tak ubah seperti seorang perempuan simpanan dalam rumah yang dia sediakan.

Keperluan, tempat berteduh, makan pakai aku semua dipenuhi tetapi aku hanya jaga diri aku sendiri.

Keperluan dia pula aku perlu uruskan dengan baik kerana dia sangat cerewet dari segi penjagaan pakaian, rumah dan bilik tidur yang perlu sentiasa kemas even dia sendiri yang penyepah.

Setiap hari aku perlu kutip baju yang ditinggalkan di sofa, stokin yang bersepah atas lantai, mug yang dah bersemut tanpa ada rasa simpati sedikit pun pada aku yang juga bekerja.

Setiap malam aku jadi penunggu dalam rumah, mana dia pergi apa dia buat aku tak pernah tahu.

Bila dipejabat, aku selalu berdebar bila waktu dah hampir jam 5.00 pm. Kenapa dah jam 5.00?

Aku tak sanggup nak balik rumah. Aku dah tak sanggup nak hidup sunyi. Balik rumah sunyi sepi.

Cuma pandang dinding, tatap frame kahwin kami dengan linangan air mata.

Ofismate aku semua tak sabar nak balik rumah nak masak untuk suami nak layan anak anak. Tapi aku?

Jarang aku dapat masak untuk suami, bila masak pun aku cuma makan malam seorang diri.

Kadang kadang bila aku text, dia cuma jawab pegi je beli apa apa sebelum balik rumah.

Dan kehidupan aku setiap hari berulang ulang macam tu.

Hampir setiap malam aku tertidur sendiri. Jam berapa dia pulang setiap malam pun aku tidak pasti. Cuma aku tersedar bila dia menjatuhkan tubuhnya disebelah aku dalam kegelapan.

Bila aku ada masalah, aku tiada tempat mengadu. Hidup aku betul betul terasa kosong.

Mana mungkin aku perlu mengadu pada ibu ayah aku sedangkan aku punya seorang suami. Isteri juga perlu menjaga aib rumah tangga dan maruah suami.

Bila aku dalam kesusahan, Aku tetap selesaikan nya sendiri. Aku bagi satu contoh kejadian yang pernah terjadi.

Pernah satu hari kereta aku tak boleh nak hidup lepas habis waktu kerja, dengan hari yang dah nak senja. Aku call dia tak pernah berjawab walaupun dia boleh reply text aku at the same time.

Dia just bagi suggestion pinjam lah jumper sape sape atau pun mintak lah tolong kawan kerja sedangkan tempat kerja dia dengan aku cuma dalam kawasan sekitar yang sama.

Salahkah kalau dia datang jenguk keadaan aku waktu tu sedangkan dia pun dah habis waktu kerja juga?

Bila kawan kawan datang membantu bertanya dah maklum pada suami ke?

Aku mampu cakap tak tahu kenapa tak dapat hubungi. Mungkin masih berada dalam kilang jadi tak dapat jawab call.

Sedangkan dia tidak hirau pasal aku. Dia anggap aku ni tidak penting sebagai mana seorang suami perlu lindung isterinya.

Dengan jawapan yang sebegitu lebih baik aku cari solution bagaimana aku harus pulang. Text dia aku biarkan tak berjawab.

Tak perlu jawab jika hanya untuk makin luka kan hati sendiri. Dan dia pun tak kan bertanya masalah aku dah selesai atau sebaliknya dan aku dah selamat pulang ke rumah tak?

Bila aku tidak sihat macam mana sekalipun aku gagahkan diri juga ke klinik sendiri. If dia hantar pun puas aku merayu minta tolong dia hantarkan jika aku memang tak mampu untuk drive.

Itupun dia tunggu aku dalam kereta without temankan aku masuk klinik or tolong papah aku dsbnye.

Aku juga dijadikan tempat pelepas amarah dia. Aku tak boleh berbincang, bersuara, mahupun merungut atas semua layanan dia pada aku.

Kalau aku bersuara, tangan dia mesti hinggap dekat tubuh dan muka aku.

Sudahnya aku hidup dalam ketakutan seolah patung bernyawa dalam “penjara” yang diciptakan untuk aku.

Aku tak mampu lagi nak bersuara. Even aku hanya menangis dia akan mengamuk macam orang tak sedar diri dan akan tampar aku non stop supaya aku berhenti menangis.

Aku tak boleh nak tunjuk apa pun reaksi depan dia walau kadang tanpa sedar air mata aku dengan sendiri mengalir.

Bila aku terlampau sakit kena pkul, suara aku akan makin kuat, dia akan belasah lagi teruk supaya aku diam lebih cepat.

Aku dah terbiasa lihat wajah dan tubuh sendiri dengan kesan lebam lebam. Hidup aku setiap hari tak bermaya.

Hati aku setiap hari rasa sesak menahan sebak. Bila bila masa sahaja aku boleh menangis.

Selama 2 tahun aku sorokkan dari pengetahuan keluarga aku apa yang aku lalui. Bila wajah aku ada kesan pkul, aku akan bagi seribu alasan untuk tidak pulang ke rumah ibu bapa aku.

Untuk layanan batin pula, jika aku bersedia dari segi emosi mahupun tidak, dia tidak peduli yang penting aku harus melayan tanggungjawab aku yang satu itu. Kemudian sambung tidur dengan membelakangkan aku.

Kadang kadang aku terfikir apa salah aku? Jijik sangat ke aku sebagai isteri dia?

Bukankah dia sayang kan aku sehingga memilih aku sebagai isterinya?

Dia tak pernah kenalkan aku pada kawan kawan dia, sebarang event di pejabat dia tak pernah bawa aku.

Orang lain semua bawa anak dan isteri tapi aku? Hanya dirumah seorang diri.

Cuma satu yang selalu aku fikir, selagi mana aku isteri dia, aku kena jaga dia dengan baik, uruskan rumah dengan baik walaupun aku terpaksa ke market seorang diri beli keperluan dapur.

Angkat barang barang yang berat seorang diri, apa sahaja masalah dekat rumah aku kena selesaikan sendiri, panggil plumber or apa sahaja aku tak kisah yang penting aku boleh jaga dia dan rumah dengan baik.

Walaupun aku tak ubah hanya seperti seorang pembantu / penunggu rumah itu tapi aku cuba untuk tidak kisah kerana dia suami aku.

Aku perlu lindung dan jaga harta suami aku. Itu yang aku selalu fikirkan.

Tapi bila ada masa masa yang aku terlalu rindukan dia, aku hanya mampu cium baju baju kotor yang masih ada bau badan dan kesan perfume pada baju baju tu.

Sebelum basuh semua baju baju dia aku akan ambik kesempatan cium dan peluk erat seolah aku peluk tubuh suami aku sendiri.

Sambil aku berkata kata sendiri “sayang rindu abang sangat!”.

Bila aku kemas almari solek, aku akan buka gel rambut dia dan hidu bau pada penutup gel tersebut. Itupun dah buat aku rasa terubat rindu aku.

Seolah aku dapat mengucup suami aku sendiri, seolah dia berada dekat dengan aku.

Bagi aku biarlah aku dapat lihat dia setiap hari waktu pagi walaupun sekejap semasa masing masing bersiap nak ke tempat kerja dan aku tahu setiap malam dia masih disebelah aku.

Aku tak sanggup untuk dia hilang terus dari aku walaupun dia layan aku tak selayaknya seorang isteri dapat.

Macam macam cara yang aku buat untuk ambil hati dia, supaya dia kembali jatuh cinta pada aku.

Masakkan untuk dia walaupun suapannya langsung tak berselera, aku surprisekan dia macam macam. Semua kehendak dia aku turuti.

Tiap kali ulang tahun perkahwinan dan birthday, aku akan wish yang indah indah dan memuji dia di social media seperti ucapan terima kasih sebab abang jaga sayang dengan baik, aku luahkan betapa bahagianya aku disamping dia.

Aku bagitahu betapa beruntungnya aku jadi isteri pada dia, Aku luahkan kata kata tersirat agar dia tersentuh dan aku berharap dia sedar dengan perbuatan dia walupun dia tidak pernah respon.

Secara personally pula aku akan wish dan berulang kali aku cakap aku sayang kan dia aku sayangkan perkahwinan ni.

Aku nak hidup dengan dia sampai bila bila. Aku nak ada anak bersamanya.

Kadang kadang aku juga menyalahkan takdir, kenapa sepanjang 2 tahun usia perkahwinan ni Allah swt tidak kurniakan zuriat pada aku?

Mungkin jika ada zuriat suami aku akan berubah dan akan sayangkan aku serta perkahwinan ini.

Aku rasa sudah terlalu panjang aku menulis, sekiranya admin approve cerita aku untuk disiarkan dan pembaca beminat untuk mendengar aku akan sambung lagi pegalaman hitam yang aku lalui.

Part seterusnya juga aku akan ceritakan kenapa suami aku bersikap macam tu, bagaimana akhirnya aku berpisah, keadaan kedua kedua pihak keluarga dan apa yang jadi pada kehidupan aku selepas bercerrai.

Sehingga sekarang pun aku masih tidak kuat untuk lalui semua ni. Aku harap pihak pembaca mendoakan aku. Supaya Allah swt kurangkan kesedihan aku ini. Terima kasih… Luahan Hati Cik Bunga.

Sambungan cerita part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Aku speechless sangat dengan respon-respon kalian. Terima Kasih dengan komen komen yang membina.

Terima Kasih sebab buat aku rasa masih ramai yang sayang aku even kita tidak mengenali antara satu sama lain. Kalini korang buat aku menangis sebab aku terharu.

Saat aku menulis ini, tangan aku menggeletar tahan sebak. Aku janji dengan kalian aku cuba jadi kuat, sentiasa positif untuk lupakan semuanya.

Berbalik pada sambungan cerita aku, ya aku mengaku aku memang seorang perempuan yang mungkin bdoh hambakan diri aku pada dia.

Pada lelaki yang aku anggap syurga aku. Pada seorang lelaki yang bergelar suami.

Sepanjang kemelut rumah tangga kami, walaupun aku tidak kongsikan pada ibu ayah apa yang aku hadapi, tetapi aku berkongsi sepenuhnya masalah aku ini pada keluarga mertua.

Dengan harapan keluarga dia akan membantu aku, atleast menasihati dia dsb.

Aku tunjuk semua kesan aku dipkul, setiap kali dia tidak pulang kerumah, aku hubungi keluarganya.

Aku kongsikan semuanya sehinggakan kakaknya sendiri pun ada mengeluarkan kata kata pada aku,

“Akak sendiri sebagai seorang isteri tak sanggup nak lalui apa yang kamu lalui. Berpisahlah jika hanya itu jalan yang terbaik.”

Berbalik pula pada situasi dipihak keluargaku, selama mana pun aku cuba rahsiakan pada keluarga aku sendiri, mereka akan terhidu juga.

Ibu bapa mana yang tidak pelik bila menantunya jarang sekali nak bertandang kerumah. Tidak mahu bersama sama keluarga tidak kira public holidays dan sebagainya.

Jauh sekali berbeza dengan perkahwinan kakak ku yang bahagia walaupun mereka tinggal lain negeri dengan kami.

Kakak dan abang iparku juga bekerja di sektor yang sama dengan suami. Jadi berbaloikah hanya sekadar alasan suamiku sibuk kerja apabila ditanya tentangnya?

Bila ada peluang mereka pulang dan suaminya melayan ayahku dengan sangat baik.

Jauh sekali dengan suamiku yang kami hanya tinggal berdekatan dengan rumah ibu bapaku tetapi tidak pernah mahu munculkan diri bila ada aktiviti aktiviti bersama keluarga.

Apatah lagi kenduri kenduri besar dirumah yang saudara mara akan tanya mana suami? Kenapa setiap kali keraian suami ku tidak hadir?

Oh ya adik beradik aku semuanya perempuan. Jadi bila ada majlis dirumah selalunya abang ipar aku yang akan bertungkus lumus tolong sepenuhnya buat kerja kerja berat.

Masa tu aku akan rasa bersalah kenapa suami aku tidak mahu bersama sama keluarga.

Ibu aku selalu cakap ingatkan ada menantu lelaki/anak lelaki yang tinggal berdekatan boleh menumpang bila dalam kesusahan/sakit memandangkan kudrat anak anak perempuan nya yang terbatas tetapi sebaliknya pula.

Aku mengambil keputusan untuk tidak terus menceritakan apa yang aku lalui apabila terjadi satu kejadian.

Aku pulang ke rumah ibu sewaktu mataku bengkak, aku fikir dengan alasan digigit serangga ibu aku akan percaya memandangkan kesan lebam semakin pudar.

Ibu aku menangis didapur bertanyakan adakah suamiku memukul ku?

Dan ada suatu hari ibu dan ayah singgah kerumahku, waktu tu pipi aku luka. Melepuh seolah terkena seterika panas kesan ditampar.

Belum lagi aku buka pagar ibu aku terlebih dahulu lagi terjerit. “dia pukul lagi?!!”

Sejak dari kejadian itu aku nekad tidak mahu lagi melihat ibuku menangis dan memendam nya sendiri adalah jalan yang terbaik.

Sejak dari kejadian itu, ibu ayahku ada menghubungi dia untuk berbincang dan mengajaknya datang kerumah tetapi tidak dihiraukan.

Ibuku juga ada berbincang dengan ibunya tetapi alasan ibunya juga sudah penat untuk menasihati.

Dia faham apa yang aku lalui sehingga dia juga turut menangis apabila setiap kali aku mengadu padanya.

Kerap juga ibu dan kakaknya datang kerumah bila aku hubungi menangis nangis selepas dipkul.

Dia? Hilang entah kemana. Hilangnya berhari hari. Kakaknya akan datang mengemas apa yang telah dia pecahkan. Ibunya pula akan menenangkan aku.

Abangnya juga pernah ajak aku berjumpa diluar dan berbincang setelah aku mengadu dah beberapa hari dia tidak pulang kerumah.

Semua tempat abangnya cuba cari dan biras aku isteri abangnya hubungi dan cakap, “takut pulak Akak tengok Abang Ngah ni, harapnya tak jumpalah dia harini kalau tak habis teruk kena belasah. Emak (ibu mertua) pun dah nangis nangis susah hati dirumah.”

Bagi yang memberikan pendapat mengapa aku tidak buat laporan polis?

Sebenarnya lebih dari 10 kali hati ini terdetik untuk melakukan itu. Tetapi aku masih berfikir sedalam dalamnya adakah dengan keputusan ini aku boleh menghancurkan kerjayanya? Bagaimana dengan ibunya nanti.

Memandangkan dia adalah anak bongsu dan yang paling terakhir dalam keluarga berumah tangga dia yang paling banyak tanggung dan menguruskan ibu mertuaku memandangkan kakak dan abangnya masing masing sudah ada komitmen lain awal darinya.

Dan aku pula tidak kisah akan satu hal itu memandangkan kami juga belum lagi mempunyai rezeki anak. Jadi tidak salah untuk berkongsi rezeki kami untuk kedua dua keluarga.

Bagi yang bertanya mengenai latar belakang keluarganya. Pada pendapat aku, adik beradik suami aku semuanya mempunyai akhlak yang baik.

Berpakaian menutup aurat dengan sempurna termasuk juga ipar duai. Ibu mertuaku pula sering ke majlis majlis agama, tidak pernah sehari pun tidak ke masjid dan juga sudah bergelar Hajah.

Ibu Mertua aku juga kerap kali ke tanah suci menunaikan umrah. Ipar duaiku bekerja dalam sektor kerajaan, pensyarah, guru dsb.

Bagi aku melihat kejayaan ipar duai ku, dengan frame frame konvokesyen di dinding sehingga ada yang ditahap PHD telah menunjukkan macam mana berjayanya ibu mertuaku mendidik anak anaknya sedari kecil.

Cuma ada satu cerita yang aku tidak tahu. mengenai kisah aruwah bapa mertuaku, tiada seorang pun yang pernah menceritakan tentang aruwah bapa mertuaku sewaktu dulu.

Aku hanya tahu melalui birasku iaitu isteri pada Abang Ngah.

Katanya, “Dulu aruwah abah macam nilah, suka pkul emak, pkul anak anak. Akak kenal abang ngah sejak dari sekolah lagi.

Abang ngah dulu selalu menangis depan akak tentang apa yang berlaku pada emak. Keadaan jadi makin teruk bila bisnes aruwah abah jatuh, abah decide untuk berhenti kerja dan buka syarikat.

Masa bisnes abah tengah maju tiba tiba abah jatuh sakit. Katanya buatan orang dan orang berdengki.

Abah tak dapat teruskan bisnes dia dan kehidupan mereka makin susah. Abah pula malu untuk keluar rumah jumpa dengan orang ramai.

Tekanan sendiri dirumah sudahnya anak anak dan emak yang jadi mngsa.

Masa tu emak kerja dikedai makan ibu saudara siang dan malam untuk cari duit besarkan anak anak.

Abang ngah juga bila pulang dari sekolah akan terus ke kedai makan tempat emak bekerja untuk sama sama bantu kerja cari duit.

Si Z (suamiku) pula? lari tinggal dirumah nenek belah emak sebab tak tahan kena dera mental dan fizikal oleh aruwah abah.

Masa abang ngah ajak akak kawen, dia selalu cakap dia tak nak akak lalui sama macam apa yang emak lalui.

Jadi kemungkinan Si Z tu terikut perangai panas baran abah. Dan disebabkan si Z tak membesar depan mata emak. Dia membesar dengan suasana yang tidak sihat. Buang masa dekat Cyber Cafe, pusat snooker dll.

Oleh kerana dari kecil kehidupannya sebegitu sehinggalah masuk ke alam pekerjaan perangainya masih sama.

Mengunjungi pusat pusat judi untuk habiskan masa disitu. Dan tiba tiba akak dengar si Z nak bertunang.

Pada hari majlis pertunangan korang dalam hati akak dah terdetik. Kesian nya dekat kamu. Sayang orang macam kamu bakal dapat si Z ni.”

Kata birasku lagi, “bunga, dekat dalam pusat judi tu kita tak tahu apa yang berlaku dekat dalam, mungkin ada perempuan dan macam macam lagi kemungkinan yang akak tak perlu sebut.

Kami semua sayang bunga, emak pun pernah cakap dulu harapnya lepas kawen si Z akan berubah tetapi nyata tidak. Lagikan pulak duit tidak menjadi masalah untuknya.

Waktu itu aku terkedu. Jadi selama ini pulang lewat malam kerana ini?!

Mudahnya naik kan tangan padaku kerana terbiasa melihat bapanya sedari kecil melakukan sebegitu?!

Apa dia fikir isteri perlu dilayan dengan dera jiwa dan fizikal seperti kelakuan aruwah?!

Sehinggalah pada suatu hari hati aku ini terdetik untuk menyiasat, hati aku berkobar kobar untuk tahu kemana perginya dia.

Benarkah masih lagi ketempat tempat itu? Malam itu aku nekad pulang ke rumah ibu mertuaku yang lebih kurang sejam (lain daerah) dari rumah kami.

Sampai saja disana, Setiap pelusuk bandar aku pusing hanya untuk melihat jika ada kereta dia dimana mana tetapi ternyata tiada.

Aku hubungi pula ibu mertuaku memang dia tiada pulang ke rumah ibu mertuaku. Hati aku bergelojak dengan perasaan yang bercampur baur.

Aku tiba tiba ubah fikiran mungkin hari bekerja dia hanya disekitar kawasan rumah kami saja. Mana mungkin dia rajin untuk berulang jauh.

Aku pecut kereta dan pulang. Aku memasuki kawasan bandar aku lalui lorong lorong gelap dimana ada pusat judi, clubbing dll.

Aku memandu memasuki lorong lorong dengan hanya ikut kata hati dan naluri aku sebagai seorang isteri.

Dan sangkaan aku tepat sekali, aku ternampak keretanya diletak dikawasan yang gelap sedikit sekitar pusat pusat tersebut.

Lama aku tergamam, tetapi aku tak boleh menunggu lama, jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Aku harus pulang sebelum dia turun dari pusat itu dan ternampak keretaku.

Aku tidak boleh bagi alasan aku ke rumah ibu bapaku kerana pernah terjadi bila aku pulang lewat malam dari rumah ibu barang barang aku dah dicampak keluar.

Bila aku merayu bukakan pintu, diseretnya aku masuk kerumah dan memukul aku dengan alasan aku memalukan dia.

Dayus sebagai seorang lelaki bila jiran jiran nampak aku pulang lewat malam walhal aku hanya kerumah ibu.

Malam itu aku langsung tak boleh tidur, aku benci melihatnya disebelah ku. Kenapa aku boleh mencintai lelaki seperti ini ? Kenapa dia membohongi aku selama ini?

Tapi aku tak mampu bersuara bimbang aku akan menjadi sasaran nya lagi.

Dan satu lagi perangainya, selepas pkul aku dengan teruk, dia akan menangis seolah olah menyesal dan berulang kali katakan “abang mintak maaf sayang” semasa aku tidur.

Kadang kadang juga dia akan sapukan ubat, tuam ais sambil menangis bila aku dah lena kepenatan dilakukan seperti binatang.

Pada masa tu dia akan kucup dahi aku berkali kali belai rambut aku. Dia akan peluk aku seeratnya.

Hati aku jadi makin meruntun sedih. Kalau dia sayang mengapa dia lakukan ini pada aku?!

Semakin lama aku semakin dah terbiasa dengan kehidupan sebegini dengannya. Aku tidak lagi bertanya kemana dia pergi. Bila dia mahu pulang.

Even hujung minggu bila dia mahu pulang untuk menjenguk ibunya tidak pernah sekali dia bawa aku bersama melainkan aku sendiri yang memandu kesana.

Bagi aku pula kalau aku ikut pulang pun useless. Dia akan tetap keluar siang balik subuh. Dirumahnya makin ramai kawan kawan yang dia boleh habiskan masanya.

Aku dah terbiasa bila balik dari kerja ada duit atas meja yang ditingalkan untuk aku keluar window shopping hujung minggu atau bawa ibu dan adik adik aku keluar jalan jalan. Aku makin tidak kisah tentang dirinya.

Once keluarga aku pun sudah tahu serba sedikit tentang kelakuannya, aku banyak habiskan masa dengan keluargaku. Aku bahagia habiskan masa dengan mereka.

Keperluan dirumah aku tetap uruskan macam biasa. Tetapi bila dia tahu aku makin menjauh darinya, dia mula sibuk persoalkan perihal anak.

Dia hina aku mandul, dia hina macam macam dengan kata kata kesat. Dia bawa aku pergi check up dengan sinisnya nak buktikan aku memang ada masalah untuk bagi dia zuriat.

Tetapi Alhamdulillah semuanya normal. Bila doktor suggest dia untuk lakukan test dia diam.

Sejak dari itu aku lihat dia ada ambil pil pil suggestion dari farmasi yang sesuai untuk lelaki.

Dan kerana ego dia hampir memasuki dua tahun kami tetap tidak dikurniakan anak. Tetapi Mungkin juga masih lagi bukan rezeki dan bukan nya punca dari kelemahannya.

Berkat dari nasihat kedua ibu bapa aku, Bila diri aku dah benar benar bersedia aku kuatkan diri ke pejabat agama dan ke Mahkamah Syariah ambil borang permohonan cerrai.

Bagi aku cukuplah setakat ini. Tapi prosedur cerrai ini terlalu rumit.

Aku terpaksa cerita serba sedikit tentang masalah peribadi aku pada pembantu aku untuk memudahkan aku keluar berurusan disana semasa waktu kerja. Tersedu sedu dia menangis.

Sempat lagi aku megusik dia siapa yang nak bercerrai sebenarnya ni. Dia sendiri tak sangka sekuat ini aku boleh lalui sendiri.

Kali pertama jejakkan kaki di mahkamah rasa kaki ku lemah kembali. Kenapa akhirnya aku perlu kesini?!

Bila aku suarakan tentang pencerraian kepadanya, dia menunjukkan respon yang langsung tidak terkejut sehinggalah pada esok harinya dia text aku minta aku ambil cuti dalam seminggu.

Aku tanya untuk apa? Dia cakap nak bawa aku pergi bercuti. Selama ni dia tak pernah bawa aku pergi jalan jalan.

Untuk hari hari terakhir aku bersamanya dia nak bawa aku pergi semua tempat yang aku pernah ajak dia pergi sebelum ini.

Dia sebut satu persatu semua tempat yang aku pernah ajak dia. “Kita pergi semua kelima lima tempat tu”.

Dia taknak rasa bersalah sebab tak sempat nak bawak selepas ini. Aku tak tahu apa aku rasa waktu dia cakap macam tu.

Dan dia cakap lagi Sebelum ni dia memang ada niat untuk bawa aku tapi dia tak ambil serius semua permintaan aku.

Kenapa baru sekarang nak berkelakuan baik dengan aku? Aku tanya pendapat pembantu aku.

Why Not?! masa nilah ambil masa berdua dengan dia. Mana tahu yang keruh boleh dijernihkan kembali.

And yes aku setuju untuk ambil cuti dan balik pack barang barang.

Walaupun at the same time aku rasa sedih jika aku teruskan percutian ini selepas pulang dari percutian ini akan buat aku jadi makin lemah semula.

Aku tak berani untuk ambil risiko tetapi aku paksa diri aku untuk setuju. Malam itu kami gerak.

Sepanjang malam aku jadi kaku berdua dengannya. Tapi dia cuba untuk ambil hati aku. Dia layan aku dengan baik. Dia mula buat aku rasa yang dia memang sayangkan aku.

Sepanjang percutian tak henti henti dia ajak aku bergambar dan dia ambil gambar banyak banyak.

Selama ni untuk bergambar berdua 1 keping gambar pun susah. Bila berjalan dia peluk aku erat erat. Dia genggam erat tangan aku walupun depan orang ramai.

Kalau dulu aku tak pernah dapat layanan macam tu. Setiap kali keluar bersama cuma aku yang selalu rangkul lengannya.

Macam macam yang dia belikan even bukan dari permintaan aku sendiri. Sepanjang percutian dia betul betul buat aku kembali jatuh cinta pada dia.

Perangai dia kembali berubah seperti sebulan dua perkahwinan kami. Bila hati aku berkata perlu ke aku layan dia dengan baik juga lepas apa yang jadi?

Tetapi separuh lagi hati aku cakap kenapa nak dipersoalkan? Dia masih suami aku yang sah.

Dan kerana itu, aku hanyut kembali dengan perasaanku sendiri. Bila pulang dari percutian, semua kembali normal.

Dia tak pulang kerumah dan apa yang aku takutkan terjadi lagi. Kenapa aku ni lemah sangat. Sekali lagi dia siksa jiwa aku.

Sehingga pada suatu hari aku ada meeting di ibu kota. Aku terpaksa keluar awal selepas subuh memandangkan boarding time 7:30 pagi. Meeting itu akan berlangsung jam 10:00 pagi.

Hanya satu permintaan aku pada malam itu, “boleh tolong hantarkan sayang pergi airport esok pagi?”

“Sorry, tak sempat sebab kena masuk kerja awal.”

Aku jadi hilang sabar aku tertinggi suara padanya aku katakan “tak cukup lagi ke siksa hidup aku?!” Aku pertikaikan tentang tanggungjawab dia terhadap aku.

Kadang kadang bila aku tak sempat booking flight aku memang tidak akan attend meeting ke ibu kota balik hari berdua dengan pemandu syarikat.

Aku juga tahu batas batasnya. Namun nak drive sendiri mana mungkin. Nak harapkan suami hantar jauh sekali.

Sudahnya aku hanya naik bas balik hari dan tinggalkan kereta aku di terminal bas. Tapi pada malam itu entah kenapa aku hilang pertimbangan.

Aku lawan dia aku tengking dia aku luahkan apa aku rasa sambil aku pkul pkul badan dia. Aku nak dia rasa sakit sama yang aku rasa.

Aku betul betul hilang pertimbangan waktu itu, bagi aku dah cukuplah aku dera jiwa aku. Menangis dalam bilik air melepaskan tekanan aku sendiri. Untuk malam tu aku nak lepaskan pada dia!

Dia terus menampar aku sehingga aku terjelepok jatuh ke lantai. Telinga aku bengkak kebiruaan.

Dan pada malam itu juga dia keluar dari rumah dan tidak pulang beberapa hari. Aku pula?

Lepas pulang dari ibu kota aku siapkan semua doc percerraian dan aku text dia yang aku dah siapkan semua doc permohonan cerrai, tolong maklum alamat apa yang nak dia letak samada tempat kerja/rumah ibu mertua mudah untuk mahkamah hantar surat dan aku akan hantar semua doc secepat mungkin ke mahkamah.

Dan selepas dari kejadian itu aku pulang ke rumah ibu bapaku. Aku langsung tidak pulang kerumah untuk menjenguk apa pun.

Dari nasihat bapa ku juga, sekiranya dia sayangkan aku dia akan datang mengambilku untuk pulang, dia akan berubah bila isteri jauh darinya.

Tetapi sebaliknya, Bila dia kembali ke rumah, dia lihat aku tiada, barang barang keperluan aku tiada.

Dia makin agresif, dia text aku dengan mengatakan dia dah keluarkan semua barang barang dia dan tolong percepatkan proses percerraian ini.

Dengan ditemani ibuku, aku ke mahkamah untuk hantar borang permohonan cerrai. Sangkaanku semuanya akan selesai dengan baik. Tetapi aku silap.

Sementara menunggu proses mahkamah, fikirku lebih baik aku packing barang untuk pindah dari rumah itu secara perlahan lahan.

Lagi pula aku kerja, aku tak mampu nak uruskannya dengan masa yang singkat.

Aku pulang bawa kotak kotak dan beransur ansur mengemas. Lagipun hampir setiap hari walaupun mahkamah masih belum panggil untuk perbicaraan dia dah halau aku dari rumah.

Dia minta aku keluarkan semua barang barang aku. Kononnya aku ini isteri kurang ajar kerana tinggi suara padanya.

Tak guna simpan isteri macam aku dan macam macam lagi kata kata yang menusuk hati aku.

Katanya lagi, jika aku tidak boleh terima dengan cara dia, aku boleh berambus dari hidup dia.

Hinggalah pada satu malam, tengah aku sibuk mengemas tiba tiba rumah blackout. Bukan rumah aku je tapi semua kawasan sekitar blackout.

Aku dah maklumkan padanya untuk aku pulang malam itu mengemas barang barang. Jadi bila kejadian seperti itu aku terus menghubunginya, seperti biasa dia tidak pedulikan panggilan aku.

Aku text dan bagitahu aku takut dan 1 lilin pun tiada dirumah ini. Dia tetap tidak pulang. Dunia nya tidak habis habis dengan pusat pusat hiburan itu.

Aku sekali lagi tidak dapat mengawal marahku. Aku katakan dia lelaki tak guna. Lepas semua kembali okay baru dia pulang.

“Tak gunalah kau balik sekarang!” getus hati aku. Dia ketuk pintu dengan kuat. Aku dapat agak pada malam itu mesti aku dipkul lagi. Sebelum aku bukakan pintu aku sempat capai pisau.

Telahan aku hanya untuk menakut nakutkan dia dengan pisau itu jika berlaku apa apa. Tetapi bila aku bukakan pintu aku nampak kereta dia dah berlalu pergi.

Telefon aku berbunyi. Aku buka text dia dan aku lihat dia lafazkan talak tiga terhadap aku.

Aku terus tumbang. Badan aku lemah. Aku hubunginya tetapi tidak berjawab. Aku meraung sekuat hati.

Kenapa sampai tiga!! Kenapa perlu lafazkan talak tiga pada aku!! Salah apa yang aku lakukan sehingga talak tiga yang dilafazkan?!

Malam itu aku nangis dengan teruk. Aku tak dapat datang pejabat awal pagi. Aku benar benar lemah.

Bagi aku jika aku bercerrai dan andai kata dia memilih untuk berubah sepenuhnya sepanjang aku tiada disisi dia, aku sedia untuk terima nya kembali.

Manusia mana je yang tidak pernah melakukan kesilapan. Tapi kenapa sampai talak tiga yang dia ucapkan?!

Tak kan ada lagi peluang untuk kami bersama semula sampai bila bila. Apa yang aku tahu dia ke pusat-pusat itu bersama sama rakan sekerjanya. Aku juga bingung memikirkan.

Masing masing punya isteri yang cantik cantik anak anak yang comel tapi masih lagi mencari hiburan diluar. Dianugerahkan keselesaan hidup mengapa masih lagi memilih jalan seperti itu?

Isteri isteri mereka walaupun lalui nasib yang sama denganku setiap malam ditinggalkan tapi apa sahaja event pejabat mereka akan bawa sekali.

Layanan yang sangat romantik pada isteri walau apa yang aku dapat tahu ini hanya disocial media.

Sebaliknya nasib aku ? aku hanya sekadar “patung bernyawa” untuknya.

Dan hari seterusnya aku kuatkan diri ke mahkamah syariah, aku tukar proses dari permohonan cerrai ke pengesahan lafaz cerrai.

Di hari perbicaraan dia hadir seorang diri dan begitu juga dengan aku. Masing masing tidak sanggup untuk kecewakan keluarga sendiri.

Semasa dalam prosiding, hakim bertanya adakah dia yang menaip lafaz talak itu. Dijawabnya “Ya”.

Adakah dia menaip dalam keadaan sedar? Dijawabnya “Ya” juga.

Dan Hakim bertanya lagi adakah lafaz talak itu berserta dengan niat? Jawapannya juga “Ya”.

Dan tuan hakim ada bertanya beberapa soalan yang mungkin terlalu terbuka untuk aku tulis disini.

Hakim tidak berpuas hati semasa prosiding itu dengan mengatakan jawapan yang diberikan olehnya tidak munasabah dan meyakinkan Tuan Hakim. Kes akan ditunda lagi 3 bulan.

Dia terus mengatakan pada tuan hakim, “jika Yang Arif ragu ragu dengan lafaz talak saya, saya mahu lafazkan sekali lagi disini dan saya mahu kes ini deselesaikan dengan cepat.”

Tuan Hakim tetap dengan keputusan untuk menunda lagi prosiding percerraian kami.

Pada masa itu aku tak tahu apa yang aku rasa. Sehina itu dia buat aku dikhalayak ramai. Yang masih menunggu giliran kes masing masing hanya sayu memandang aku.

Pulang dari mahkamah aku minta masa pada dia untuk aku terus tinggal dirumah ini untuk sementara waktu. Aku meminta dia yang keluar dari rumah sehingga kes selesai.

Tapi dia juga ada alasan dia yang tersendiri. Jika dia keluar mana dia mahu pergi? Jika rumah emak mungkin mereka akan syak sesuatu yang buruk. Untuk aku pulang ke rumah ibu bapaku mungkin tidak saat ini.

Macam mana aku nak ceritakan pada ibu ayahku supaya mereka tidak kecewa anak mereka dilakukan seperti ini?!

Jadi disebabkan masing masing punya alasan tersendiri, aku decide untuk pindah bilik belakang sehingga semuanya selesai. Lagipun lafaz talak tersebut tidak disahkan lagi.

Aku cuma ambil langkah berjaga jaga andaikata lafaz itu sah pada tarikh kejadian itu dan aku ada “bersama” dengannya mungkin akan jatuh ziina.

Dan sekiranya waktu itu aku mengandung? Apa jadi dengan status anak aku? Jadi aku jauhkan diri aku dari dia.

Dalam masa yang sama aku juga berdebar sekiranya sepanjang percutian haritu Allah swt kurniakan zuriat pada aku tapi aku telah dicerraikan apa nasib anak aku nanti?

Tapi perancangan dab hikmah Allah swt itu hebatkan, Aku tidak mengandung dan aku sangat lega kerana aku hanya perlu memikirkan masa depan aku sendiri sahaja selepas ini.

Sehinggalah prosiding mahkamah yang terakhir, hakim sahkan talak aku jatuh pada tarikh yang dilafazkan itu.

Keluar dari mahkamah dia meminta untuk ke tandas dan aku hubungi ibu aku.

“Ibu, bunga ada benda nak dibincangkan dengan ibu. Ibu dengan ayah datang dekat bunga boleh?”

Mahu atau tidak semuanya dah selesai. Aku perlu juga ceritakan kebenaran ini pada ibu bapa aku.

Kembali dari tandas, Aku lihat matanya merah. Kami bersama sama ke pejabat agama untuk ambil sijil pencerraian dan suaranya bergetar getar apabila bercakap dengan aku.

Masuk sahaja ke kereta orang pertama yang aku hubungi adalah biras aku. Aku ceritakan semuanya.

Terima Kasih sebab akak sentiasa ada dengan bunga sepanjang bunga perlukan seseorang.

Kemudian aku text ibu mertuaku. Aku tiada kekuatan untuk bercakap dengannya. Aku text dan katakan antara aku dengan si Z semuanya dah selesai.

“Z cerraikan bunga dengan talak 3. Bunga mintak maaf selama jadi isteri dan menantu emak bunga tak jadi menantu yang baik. Bunga tak mampu nak jadi isteri yang baik pada Z.

Bunga tak pandai nak jaga Z baik baik. Bunga mintak ampun kerana selama ni bunga banyak menyusahkan emak. Bunga sayang sangat pada emak.

Terima Kasih untuk semuanya emak. Kirim salam bunga pada abang ngah, kak long, kakchik dan lain lain.”

Kakak kakaknya mula membanjiri Whatsapp aku dengan kata kata semangat dll. Emak pula sangat terkesan dengan pencerraian aku dan Z. Dia betul betul sedih. Emak menghubungi aku dan menangis teresak esak.

Emak cakap, “mana hati perut Z sebagai seorang suami? Kenapa sampai talak 3? Kenapa hukum bunga sampai macamtu?

Emak sayangkan bunga. Jangan putuskan hubungan silaturahim selepas ini. Selalulah datang jenguk Emak. Emak sentiasa tunggu bunga datang. Jangan jauhkan diri dari emak.

Selepas ni macam mana? Bunga akan balik rumah ibu ayah ke?”

“Belum tahu lagi emak”, balasku.

“Nanti emak cakap pada Z jangan ambil satu pun barang dalam rumah. Bagi semuanya pada bunga. Itu hak bunga sepanjang jadi isteri dia. Bunga ambiklah semua sekali.

Even barang kemas sekalipun jangan satu pun pulangkan pada Z. Tahu lah Z tu kena dengan emak dab abang Ngah nanti. Bunga jaga diri baik baik ye. Kalau ada masalah bunga datang sini mengadu pada emak.”

Aku rasa dah hilang kekuatan untuk menulis. Nanti aku sambung lagi sehingga ke pengakhiran cerita mengapa perceraian ini telah membunuh seluruh jiwa aku dan apa yang terjadi antara aku dan dia selepas berpisah.

Maaf jika penulisan aku untuk yang kedua kali ini membosankan atau terlalu panjang untuk difahami. Luahan Hati, Sumber – CIK BUNGA (Bukan nama sebenar) via IIUMC

tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *