Puas hati dpt bercerai, smpai rumah aku trkjut lihat makann frozen dlm peti ais yg ex wife sediakan

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum semua pembaca. Semoga semua yang membaca confession saya sentiasa sihat. Saya bukanlah pandai dalam menulis, hanya sekadar nak berkongsi dan meluah rasa.

Biarlah aku perkenalkan nama aku sebagai Haris. Berusia awal 30-an tahun ini. Bekerja di sebuah bank di selatan tanah air. Aku ialah duda dan tidak mempunyai anak.

Aku pernah berkahwin dengan seorang wanita yang sangat baik. Jodoh kami tak panjang. Hanya sempat capai setahun tiga bulan. Dan aku masih ingat semuanya tentang bekas isteri aku walau dah lebih tiga tahun kami berpisah.

Perkahwinan aku sebenarnya bukanlah kehendak aku. Tapi disebabkan seorang ibu yang sangat aku sayangi aku turutkan permintaannya. Ibu dah tua dan ada peny4kit jantung. Ibu sangat berkehendak untuk aku berkahwin dengan bekas isteri aku kerana dia berkenan lama tak perlulah aku ceritakan sebabnya.

Ketika aku sudah sah bernikah dengan isteri aku dulu, aku memang sudahpun ada kekasih hati. Perempuan yang aku kenal sejak zaman universiti. Kami berjanji akan berkahwin setelah aku stabil dalam pekerjaan namun dit3ntang m4ti – m4tian oleh ibu kerana sudah berkenan dengan orang lain.

Walaupun aku dah bernikah tetapi hubungan cinta aku dengan kekasih tetap berjalan seperti biasa. Aku pun dah berjanji kepada dia tak akan pernah melayan isteri aku seperti mana layaknya seorang isteri.

Aku perkenalkan isteri aku sebagai Ayu. Hari pertama kami bernikah, malam selepas majlis, kami terus berpindah ke rumah sewa. Rumah yang memang dah lama aku sewa sejak bekerja sebagai pegawai bank.

Maaf jika cerita aku ini agak zaIim. Jadikanlah pengajaran atas kesilapan aku. Rumah sewa aku ada 2 bilik. Bila aku tahu aku akan bernikah dengan Ayu, aku memang dah siapkan bilik asing untuk dia.

Dan semua tu hasil rancangan aku dengan Mimi (kekasihku). Jadi bila sampai sahaja rumah malam tu, memang aku dah bagitahu Ayu itu bilik dia. Dan ini bilik aku (bilik utama). Perasaan aku masa tu memang kosong sebab aku memang tak cintakan Ayu.

Aku pernah jumpa dia pun sekali sahaja masa majlis tunang. Itupun semua dirancang oleh ibu. Aku ikutkan sahaja. Dengan sombong dan eg0, aku beritahu Ayu perkahwinan kita ini kehendak ibu aku. Jadi tolong faham sendiri.

Sebulan kami bernikah aku tak pernah langsung sentuh Ayu. Dan dia pun tak pernah tanya pasal isu itu. Aku memang tak pernah ada nafsu dengan dia sehinggalah pada ketika aku berg4duh teruk dengan Mimi. Aku marahkan Mimi kerana kant0i keluar malam dengan lelaki lain belakang aku.

Disebabkan rasa marah aku pada Mimi, aku tuntut nafkah batin pada Ayu. Dan Ayu layan aku seperti mana hak aku sebagai suami. Tetap masakkan aku makan malam walau kadang – kadang aku tak sentuh langsung makanan tu.

Cuci semua baju kotor aku yang aku letak bersepah dalam bilik. Setiap baju yang dah dicuci pasti digosok rapi dan dig4ntung dalam bilik aku. Bilik dan rumah aku tak pernah berhabuk. Cadar tilam yang selama ini tak pernah aku kemas, tersusun rapi sejak aku berkahwin.

Ayu layan aku seperti biasa walaupun aku selalu gur1s hati dia dengan bertelefon dengan Mimi depan dia. Pernah satu ketika tu aku badmood tak ingat apa puncanya, balik rumah Ayu pelawa aku makan. Nak tahu apa aku buat?

Aku herdik ayu dengan perkataan b0d**. Aku campak bekas makanan kaca, bertabur nasi goreng dan pecah ke lantai. Ayu tunduk dan aku nampak matanya berkaca. Kerana ikutkan amarah aku tak peduli perasaan dia waktu tu.

Lepas dari tu aku nampak Ayu basuh Iuka jari di singki lepas kemas bekas kaca tadi. Mungkin terkena serpihan kaca yang aku h3mpas. Masa tu aku rasa puas. Aku jadikan Ayu tempat lepas baran aku. Aku tak pernah tunaikan tanggungjawab zahir batin yang sempurna untuk Ayu.

Aku hanya bagi bila aku mahu. Nafkah batin pula hanya 4 kali sepanjang kami berkahwin. Nafkah zahir pun kadang – kadang sahaja aku bagi. Ayu surirumah tetapi dia buat bisnes online kecil – kecilan untuk pendapatan dia.

Aku akan jadi sem4kin baran bila Mimi buat per4ngai. Sudahnya aku lepaskan amarah kepada Ayu. Aku hidup dengan Mimi bergelumang d0sa. Kami seperti suami isteri walaupun belum bernikah. Itu yang membuatkan aku rasa terik4t dengan Mimi.

Aku memangkan sayangkan Mimi walau dah banyak kali Mimi kant0i dengan lelaki lain. Ayu tetap masak untuk aku setiap hari walau kadang – kadang aku langsung tak jamah. Semua membazir sudahnya dibuang kerana basi.

Ayu masak sedap, aku tak pernah hargai itu. Aku akui masakannya sama seperi masakan ibu. Rumah aku sentiasa kemas, dapur sentiasa bersih. Baju – baju kerja semua dijaga rapi oleh Ayu. Dia jalankan tugasnya sebagai isteri dengan baik walaupun layanan aku teruk kepadanya.

Aku pernah tak pulang ke rumah. Aku tidur di rumah Mimi. Mimi hantar whatsapp kepada Ayu gambar aku dan Mimi dalam bilik tidak berbaju. Aku diamkan sahaja perbuatan tu. Aku tak rasa benda tu salah pada waktu tu.

Esoknya balik rumah, Ayu bertindak seperti biasa. Seperti tiada masalah walaupun jelas dia menerima gambar itu semalam. Dia tetap masak seperti biasa. Pelawa aku makan. Hari tak selalu indah, perkara yang aku takut berlaku.

Ibu yang aku sayangi terkena ser4ngan jantung. Dua hari ibu di CCU dan meninggaI. Aku hilang tempat mengadu. Tempat aku bermanja. Sedih aku pada waktu itu sampai cuti tanpa gaji 3 minggu untuk aku ada kekuatan semula meneruskan kehidupan.

Setelah tiga bulan ibu meninggaI, aku sudah tiada sebab untuk untuk pert4hankan Ayu lagi. Aku ajak Mimi bernikah. Dan Mimi setuju dengan syarat aku bercerai dengan Ayu. Aku turutkan permintaan Mimi. Balik ke rumah aku beritahu Ayu hasrat aku untuk bernikah dengan Mimi.

Kata Ayu dia redha jika dia dimadukan. Tetapi aku dah buat keputvsan untuk bercerai. Dan aku beritahu Ayu keputvsan aku. Ayu hanya tunduk dan terus bangun ke toilet. Aku tahu dia menangis. Aku whatsapp Ayu dan beritahu aku bagi masa dua minggu untuk dia kemas semua barangnya.

Dalam masa dua minggu aku tak tinggal di rumah. Aku tidur di rumah Mimi. Aku hanya berjumpa Ayu di pejabat agama dua minggu kemudian. Aku sah bercerai dengan Ayu taIak satu. Aku rasa lega waktu itu. Aku tak lagi terik4t dengan wanita yang aku tak cinta.

Ayu berbaju kurung hitam. Berkaca mata gelap. Terus meluru keluar dari pejabat agama tanpa berpaling kepada aku. Itulah kali terakhir aku melihat Ayu. Pulang dari pejabat agama. Setelah dua minggu tidak pulang ke rumah.

Akhirnya aku menjadi bujang kembali. Suasana rumah agak lain ketika itu. Mungkin aku dah terbiasa ada orang di rumah. Masuk ke dalam bilik tidur, aku melihat tersusun baju kerja aku untuk seminggu, sudah rapi digosok beserta tali leher dig4ntung di setiap baju.

Di dalam peti ais, tersusun bekas – bekas makanan frozen siap dimasak oleh Ayu untuk seminggu. Makanan beserta nota “abang masukkan dalam microwave 10 minit”. Ayu siapkan semua pekerjaan rumah selama seminggu untuk aku.

Aku rasa seperti ada benda kosong dalam hati tapi aku tak tahu apa itu. Aku tuntut janji dengan Mimi. Aku beri dia masa sebulan untuk buat persiapan nikah kami.

Tapi Mimi banyak bagi alasan. Sibuk kerja kerja kerja! Hingga suatu hari aku rasa tak sedap hati. Dua hari Mimi tak jawab panggiIan, tak baIas whatsapp aku. Aku pergi rumah Mimi. Belum sempat sampai pintu rumah.

Aku nampak lelaki keluar dari rumah Mimi. Mimi pada waktu itu berkemban di depan pintu. Aku tanpa fikiran rasional terus sergah Mimi. Satu t4mparan tepat dipipinya. Dia marah dan mengaku.

Ya! Itu kekasihnya. Dah lebih 3 bulan mereka bersama. Aku rasa gelap. Aku jatuh sejatuhnya. Fikiran aku melayang. Jiwa aku kosong. Tiada tempat lain aku tuju selain kubvr ibu. Tiada lagi tempat aku meluah rasa hanya tinggal nis4n ibu. Aku menangis sepuasnya di situ.

Aku pulang ke rumah. Kini aku sedar apa yang selama ini kosong dalam jiwa aku. Isteri yang selama ini melayan aku sungguh baik sudah pergi tinggalkan aku. Aku bo0doh persiakan wanita sebaik itu.

Aku masuk ke bilik Ayu setelah berbulan tak masuk sejak kami berpisah. Ayu tinggalkan cincin nikah kami di atas tilam. Aku buka almari. Semua baju dibawa. Hanya sehelai ditinggalkan. Sepasang Baju kurung nikah kami ayu tinggalkan untuk aku.

Ayu pergi bawa diri, dia hanya tinggalkan barang yang berkaitan dengan aku. Aku menangis sepuasnya peIuk baju kurung nikah kami. Akulah lelaki paling b0doh dalam dunia mempersiakan seorang wanita yang sempurna.

Aku tinggalkan mutiara di depan mata demi mengejar kaca di hujung sana. Semoga Ayu sentiasa di bawah Iindungan Allah. Andai Ayu baca penulisan abang. Ketahuilah, abang sangat merindui Ayu.

Abang tak sempat minta maaf kepada Ayu. Ampunkan d0sa – d0sa abang sepanjang abang menjadi suami Ayu. Tiada lain doa abang selain minta dipertemukan semula dengan Ayu. Sekian…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *