Suami sy kaya gaji 16k. Tapi sy dan anak mkn megi cmpur telur je. Dibelinya bmw utk ayahnya tp boleh dia suruh sy beranak lg.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalam semua pembaca. Maaf aku nak luahkan sikit pasal suami aku ni. Sampai masa aku tidak akan toleh ke belakang lagi. Bila aku minta belikan motor untuk kemudahan aku hantar anak2 ke sekolah. Kau buat b0doh. Aku

kumpul aku beli. Bila aku kadang2 minta tolong kau bayarkan motor, kau suruh aku dan anak2 aku makan tayar motor dengan alasan kau tidak mahu tolong aku bayar motor itu walaupun kau pakai bersama. Dulu aku kerja

kau suruh aku berhenti kononnya anak2 nanti kurang kasih sayang. Tapi kau cuma bagi aku duit belanja 1000 sebulan untuk 4 orang anak bersekolah. Sedangkan gaji kau 16 ribu sebulan. Bila aku tanya mana pergi duit kau.

Kau cakap aku tiada hak hendak tahu mana duit kau. Aku sabar sambil berendam airmata. Aku minta tolong kau bayarkan kereta yang kita pakai bersama, kau cakap kereta itu nama aku. Aku kena bayar sendiri. Aku

terpaksa kerja 5.30am – 12 malam sebab hendak bayar semuanya seorang diri. Kereta bmw yang bapa kau pakai. Kau boleh pula tolong bayarkan. Sampai 2 ribu sebulan. Bapa kau tidak bekerja. Masih kuat. Berlagak hendak pakai kereta mewah. Bapa kau cakap

aku tidak ada hak. Sebab bapa kau sudah sekolahkan kau dari kecil. Ok. Aku diam. Hari2 aku minta allah bagi aku rezeki untuk anak tanggung anak2. Sebulan gaji kau bagi pada keluarga kau sampai 7 ribu sebab hendak tanggung adik2 kau yang masih bersekolah. Tapi anak2? Aku kena fikirkan dan tanggung sendri?

Kau suruh aku beranak lagi. Kononnya teringin hendak ada anak kecil. Sedangkan anak 4 pun kau kata bingit. Rimas. Bila kau ada meeting kau tidak mahu bawa kami sebab malu.

Aku selalu cakap. Sampai 1 masa aku tidak mahu toleh lagi. Aku ikhtiar cari kerja yang boleh tampung aku dan anak2. Ramai kawan2 bersimpati dan akhirnya atas bantuan kawan aku dapat gaji 4500 sebulan.

Dulu aku minta kau bayarkan bil telefon aku. Kau jawab apa?”jangan pakai telefon kalau tidak mampu”. Tup tup. Aku baca masej kau bayarkan bil bapa kau 200 sebulan. Astro pelbagai channel.

Sedangkan kami pakai enjoy sahaja, kau kata jimat. Kau keluar pergi meeting makan di hotel mahal2. Sedangkan aku dan anak2 makan maggi dan telur sahaja di rumah. Aku didik anak2 aku hidup sederhana.

Kau cuba bayarkan 1000 sebulan. Aku hendak bayar kereta. Api, air, makan minum aku dan anak2, motor macam2 aku kena tanggung. Lepas kau tahu aku dapat kerja gaji besar.

Kau sudah kurang m4ki hamun aku. Kau mula layan aku baik2. Aku masih mendiamkan diri. Sampai masa. Aku pulangkan kau pada keluarga kau. Kau kenyangkanlah gaji dan duit2 kau untuk keluarga kau.

Aku mampu menyara anak2 aku seorang diri. Hati aku sudah lama menangis tapi aku tahan. Untuk sesuap nasi anak2 aku dan persekolahan anak2 aku. Aku pergi kerja dengan road tax kereta sudah 7 bulan tidak renew.

Aku redha dan tawakal. Bila aku tidak ada duit hendak isi minyak.Aku bawa motor, selama 1 jam hendak ke tempat kerja. Tapi aku buat juga untuk dapatkan gaji sebesar itu. Kasihan pada kau.

Taatnya kau pada orang tua sampai kau lalai tanggungjawab kau pada keluarga. Kau biarkan bini kau pikul semua itu. Bayangkan kalau aku tidak halalkan setitik peluh aku untuk tolong engkau? Aku tidak akan redha.

Aku tidak akan redha dengan apa kau buat pada aku dan anak2. Kau ingat itu. Sampai satu masa, aku tidak akan toleh kebelakang lagi. Kau selalu cakap, perempuan kalau ada duit eg0 dan s0mbong.

Kau tengok apa kau bagi pada anak bini kau. Kalau kau bagi baik, baik lah balasannya. Sampai satu masa aku tidak akan toleh ke belakang lagi. Kau ingat itu.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan dan menyakitkan hati pembaca, baca perkongsian di bawah

Assalamualaikum wbt dan salam hormat kepada pembaca sekalian. Aku cuma nak luahkan perasaan dan minta cadangan pembaca, bukan mengutuk suami atau membuka aibnya. Bismillah aku mulakan ye..

Sedikit latar berkaitan kami berdua. Kami tak banyak beza umur, suami awal 40an dan aku penghujung 30an. Kedua-dua kami bekerja sebagai penjawat awam (professional), suami aku satu gred lebih tinggi daripada aku.

Kami tinggal di sebuah bandar kecil di utara Semenanjung. Kami dikurniakan empat orang anak selepas 15 tahun berkahwin.

Banyak dugaan sepanjang perkahwinan kami, macam biasalah masa mula-mula dulu kewangan, kerja dan keluarga. Makin tahun kami bersyukur sebab makin banyak Allah kurniakan kami nikmat rezeki, kerja tetap dan berjawatan, keluarga kecil yang simple.

Mak ayah dan mak ayah mertua kedua-dua belah juga mempunyai pencen, maka kami tak ada masalah kewangan yang terikat dengan mertua atau ibu bapa aku.

Masalah mula timbul apabila setahun lalu, suami aku buat keputusan untuk beli rumah yang agak mahal. Tidak perlu aku sebutkan di sini, cukup aku katakan beliau ambil pinjaman kerajaan hampir full quota pinjaman.

Aku dah cuba nasihatkan beliau supaya kita ukur baju di badan sendiri, nanti boleh beli lain kalau nak besar lagi memandangkan anak-anak masih membesar.

Aku juga katakan aku akan bantu selain daripada keperluan makan minum dan belanja anak-anak jika tak cukup. Tapi suami aku degil, dibuatnya juga loan, hasilnya yelah kami duduk rumah yang gah tersergam indah.

Namun dalam rumah hanya kami anak beranak saja yang tahu. Sejak ansuran bulanan rumah ditolak memang suami mengeluh setiap hari, katanya tak cukup nak belanja sampai habis bulan.

Tapi sebenarnya beliau dah selesa dengan gaji yang banyak sebelum ni, beliau nak simpan supaya seolah-olah banyak dalam akaun.

Akibatnya, aku lah yang tanggung untuk makan minum kami sekeluarga. Demi Allah aku tak berniat mengungkit. Kalau pembaca di tempat aku, hati sangat terkilan sebab beliau tak gunakan sepenuhnya gaji yang ada untuk makan minum (barang basah untuk memasak).

Hal-hal lain selain makan minum aku tak kisah dan memang aku yang keluarkan (baju anak, barang-barang harian lain, bil-bil rumah). Peti ais setiap hari kosong tak pernah ada ayam ikan sayur kalau aku yang beli. Bila aku minta semula katanya aku kedekut..

Untuk pengetahuan pembaca, suami aku agak dikenali ramai di tempat kami begitu juga dengan aku sendiri sebab bandar yang kami tinggal ni agak kecil.

Suami aku dikenali sebagai orang yang baik-baik, peramah, suka membantu. Aku tak mampu nak buka pekung beliau jika aku adukan pada mana-mana pihak (jabatan agama, atau nasihat kawan-kawan beragama yang baik).

Kami kerap bergduh akibat daripada masalah ni. Demi Allah aku halalkan duit ringgit yang aku keluarkan kalau betul-betul dia dah habiskan. Tapi selalunya tak sampai dua minggu dah kata dah habis gaji, sebab beliau nak “simpan” sampai hujung bulan bagi ada baki ribu-ribu ratus-ratus jugak, maka mangsnya ialah aku.

Aku cukup sedih sebenarnya. Orang lain tak kerja tetap, peti ais mesti ada bahan mentah untuk masak. Seboleh-bolehnya nak juga usaha untuk tanggung makan minum walaupun susah. Lain hal pulak dengan suami aku.

Beras kalau tak habis dan aku tak suruh dua tiga kali beli, memang dia tak akan beli. Bahan mentah ayam ikan sayur pula, aku kesiankan anak-anak memang aku beli dan masak.

Wallahi sekalipun tak pernah tanya, hanya makan. Seolah-olah makanan tu jatuh dari langit. Adalah dalam sebulan dua tiga kali beliau akan beli bahan-bahan mentah.

Aku ingin memohon pendapat para pembaca yang budiman sekalian, apakah yang patut aku buat? Aku takkan adukan pada sesiapa sebab pada aku akan membuka aib suami yang amat dipandang tinggi oleh orang sekeliling.

Aku bangun malam setiap hari, mohon Allah kuatkan aku dengan ujian suami yang sikapnya macam ni. Bukan masalah kewangan, masalah sikap beliau.

Cuma kadang-kadang aku rasa aku tak kuat untuk hadapi. Aku rasa aku nak lari (berpisah) daripada suami, tapi memandangkan ada anak yang akan ambil peperiksaan besar tahun ni aku gagahkan juga diri.

Oleh itu, aku mohon para pembaca kongsikan doa-doa yang makbul untuk dibaca, amalan-amalan yang patut aku buat atau apa-apa sahaja nasihat yang dapat membantu aku. Aku sedih dan keseorangan. Harap para pembaca dapat membantu, terima kasih.

Ramai terkesan dgn perkongsian kisah pertama, apa reaksi warganet

Ain Ahmad, Suami yg zlim pada Isteri dan anak2 berdosa pada Allah.Yg tak jaga ni tak takut pada Allah la tu.Mak ayah yg mengambil kesempatan dan tak mengingatkan anak lelaki akan tanggungjawab dan nafkah untuk menantu dan cucu pun bole dpt saham sama.

Tak usah bepura2,dari siapa kamu nak sorok perbuatan dan isi hati kamu.Allah sentiasa tahu.Ni semua perangai orang tak takut / tak ingat pada kem4tian.

Piah Anje, Suami apo cmni teruk benor syg isteri syg ank lak sikit baii rezeki duit bilo2 boleh habis sekali Allah tarik blik rezeki kamu miskin terusss xkayo2 nk koh dasar kedekut punyo suami.

Suzana Hana, Oh no. Mana tanggungjawab kamu sebagai suami dan sebagai Ayah. Kalau gaji besar pun tak guna kalau tak jaga anak dan isteri sendiri. Tak ada hati perut.

Kasihan macam itu anak dan isteri kamu. Sayangi mereka sebelum terlambat ya. Masa tak akan berputar balik kalau dah berlalu. Ingat sebelum terlambat.

Mastura Mokhtar, Sy thu jumlah gji laki berapa tp xpernah sentuh duit dia. Kat mana dia simpan pun xtahu asalkn dia tunaikan tanggungjawab dia sepnuhnya syukur alhamdulillah. Wajib dia bg nafkah utk mak ayah dia tp jgn la smpai abaikn keluarga sndri.

Klu smpai abaikan keluarga lebih baik jgn berkahwin . Kdg2 ank llki ni xfhm tanggungjawab dia mne yg lg pnting. Yela syurga ank llki dgn ibu tp amanah Allah wajib diutamakan jgn smpai terabai baru la berkat kehidupan tu.

Adam Shah, Akhir zaman ftnah tu dtg dalam bentuk menegak dan melintang..harap hadam betul2 wahai k4um2 wanita..jgn jadi makcik bawang sangat..

Jaga peribadi insyaallah terpelihara iman..jaga mahkota insyaallah terjaga akhlak..banyak2kan membaca doa perlindungan dari al masih dajjal..wallahhualam.

Halim Nuar, Klu cmtu makn lagi la kmi org yg gaji laki sbrpa jak ney bkn la ckp tgi sbb dikt2 gaji bsr tu x ssh mna pun bgi ank bini mkn wpun x mwh jgn slu mkn magie pyh la tok kesihatan ank bini..mok kawin mok da ank bekira ngan bini thn blm bgi lgi gaji kck cm laki ktk br tauk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *