Baru-baru ini, pelawak Shuib Sepahtu mengesahkan dia kini sedang berkawan dan mengenali hati budi seorang usahawan bernama Watie.
Tak kisah dengan siapa pun saya berkawan, saya mohon doakan terbaik untuk saya dan keluarga,” katanya.
Mohon Doa
Baru-baru ini, foto pelawak Shuib Sepahtu bersama anak-anak menjadi perhatian ramai apabila netizen ternampak kelibat seorang wanita dipercayai bersama dengan mereka.
Memetik mStar Online, Shuib mengakui sedang berkawan rapat dengan wanita tersebut yang merupakan seorang usahawan serta memohon peminat mendoakan yang baik-baik.
“Kalau saya bergambar dengan mana-mana wanita, ada sahaja diperkatakan. Jika ia seperti yang diperkatakan, maka itulah sebenarnya.
Apa boleh saya cakap sekarang ini sedang berkawan. Kalau dia boleh menjadi jodoh saya, apa salahnya? Doakanlah saya,” katanya.
Sebelum ini, menerusi gambar yang tular itu apa yang menjadi perhatian netizen adalah pantulan seorang wanita merakamkan gambar Shuib bersama anak-anak dipercayai usahawan bernama Watie Hanifiah yang pernah heboh diperkatakan.
Dalam pada itu, Shuib berkata dia lebih mengutamakan mengenai anak-anaknya terlebih dahulu berbanding untuk dirinya mencari teman hidup.
“Sekarang ini saya lebih fikirkan kepentingan anak-anak. Sebagai bapa saya tahu apa yang kurang.
Mereka perlukan kasih sayang dan sentuhan seorang wanita. Kalau orang ini boleh berikan perkara tersebut, tidak salah untuk saya cuba berkawan.
“Taku nak bercakap panjang soal jodoh, jadi saya serahkan kepada ketentuan Allah. Tetapi saya juga perlu berusaha ke arah itu,” katanya.
Selepas mengesahkan hubungan tersebut, ruangan komen di IG Watie dipenuhi dengan pelbagai reaksi daripada warganet.
Menerusi hantaran itu, rata-rata pengikut merestui hubungan dengan pemilik nama Shahmira Muhammad.
Ada juga segelintir netizen yang berpesan kepada bakal ibu tiri untuk menjaga keempat anak Allahyarham Siti Sarah dengan baik.
Bagaimanapun, timbul juga wargamaya yang menentang selain meminta Watie untuk mengubah penampilan agar tidak lagi nampak ‘menonjol’.
Sebelum ini, bapa kepada empat orang anak itu pernah menafikan hubungan istimewa dengan wanita itu.
Terdahulu, penyanyi Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.
Hasil perkahwinan bersama pada tahun 2011, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia setahun tiga bulan.
Sumber: Harian Metro & Instagram @iamwatie