Kuala Lumpur: “Ramai salah faham dengan kenyataan saya sebab hanya menonton video pendek yang sudah disunting hingga menjadi tular.”
Demikian kata pendakwah bebas, Ustazah Siti Afifah Shahbudin susulan dua kenyataan mengenai suami yang membiarkan isteri bersalin disambut doktor lelaki sebagai dayus dan bersalaman dengan artis boleh hilangkan roh atau jiwa.
Menurutnya, dia tidak marah malah sudah memaafkan mereka yang mengkritik dan mengecam dirinya.
“Orang nak kata apa, tak apa. Orang kita tak faham. Kita nak sampaikan pada manusia.
“Biarlah mereka nak marah pada saya, yang penting bukan Allah SWT dan Rasulullah SAW di akhirat kelak. Suami adalah guru yang banyak mengajar saya soal agama.
“Suami saya bukan biasa-biasa. Begitu juga bapa dan datuk saya. Mereka semua orang beragama. Mungkin kerana darah yang mengalir itu membuatkan saya nak saya tahu lebih mendalam mengenal agama Islam.
“Saya mudah, tak perlu marah kepada orang awam, kerana saya anggap mereka tak tahu tapi mereka pasti akan faham apa saya saya perjuangkan ini suatu hari nanti. Saya maafkan mereka. Moga Allah ampuni dan ketuk pintu hati mereka. Manusia ada akal. Biar Allah bukakan pintu hati mereka,” katanya.
Menurutnya, tindakan berkongsi perkara itu pada sesi siaran langsung di TikTok bukan bertujuan mencipta nama dan mengejar glamor.
“Saya bukan kejar duit dan glamor. Ini tanggungjawab saya untuk bersuara buat wanita yang tidak mampu. Berapa ramai wanita yang trauma melalui situasi memalukan begitu ketika bersalin?
“Saya bukan nak bisnes dengan menggunakan agama. Ini memang cara saya dalam berdakwah. Saya cuma takut pada Allah sebab saya ada anak, cucu, cicit dan keturunan. Biarlah manusia kutuk kita, sebab itu tanda Allah sayang dan dekat dengan kita,” katanya.
Bagaimanapun, dia berkata, masih ramai yang membela dirinya dengan menghantar mesej kata-kata semangat.
“Malah, ramai wanita menyokong apa saya cakap. Ada juga yang minta maaf sebab pada mulanya marah tengok video itu, tapi selepas tengok versi penuh barulah faham. Saya pun minta maaf juga sebab ada ketika penyampaian saya itu garang,” katanya.
Menjelaskan isu itu, beliau menyeru orang ramai supaya membaca kenyataan yang sudah dikongsikan Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkenaan hukum terhadap perkara itu.
“Apa yang dinyatakan Mufti Negeri Sembilan jelas. Dia tunjuk panduan jelas kepada orang awam berkenaan perkara ini dan apa hukumnya. Jadi, tidak ada siapa yang takkan faham,” katanya.
‘Tidak Ada Background Formal Pengajian Agama, Ustazah Siti Afifah Sebar Kenyataan Mengelirukan’ – Amin Idris
Nama penceramah bebas, Ustazah Siti Afifah belum lagi surut di media sosial selepas mendakwa golongan suami ‘dayus’ kerana membiarkan kemaluan isteri dilihat oleh doktor lelaki ketika bersalin.
Topik hangat itu turut menarik perhatian penceramah motivasi, Amin Idris untuk mengupas di akaun TikTok. Menerusi video yang dimuat naik, Amin mendakwa Siti Afifah tidak mempunyai latar belakang pengajian agama seperti agamawan yang lain.
Kata Amin, orang ramai perlu berhati-hati kerana dakwanya Siti Afifah banyak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan.
Saya dapat info rupanya ustazah ini tidak ada background pengajian agama yang formal. Nak claim dia sebagai agamawan, ilmuan itu agak sukar.
Kita kena hati-hati daripada mengambil ilmu daripada mereka. Apatah lagi, saya dapati banyak juga kenyataan di media sosial yang sangat misleading.
Terbaru, mereka mendakwa semua suami yang hantar isteri bersalin diuruskan oleh doktor lelaki dianggap dayus. Kena faham! Dayus ini dosa besar.
Selain itu, pengacara tersebut menekankan dalam prinsip perubatan ada hukum umum dan pengecualian.
Tegasnya, doktor lelaki menguruskan wanita bersalin diklasifikasikan sebagai darurat kerana ada dua nyawa penting yang perlu diselamatkan.
Soalannya adakah betul itu dayus? Kita kena ingat, dalam hukum Islam ada prinsip hukum umum dan ada pengecualian. Betul! Prinsip umum doktor lelaki haram melihat aurat pesakit wanita. Begitu juga doktor wanita, haram melihat aurat pesakit wanita.
Namun kenapa boleh? Atas sebab darurat dan tujuan perubatan. Saya ada bertanya kepada para doktor dalam kalangan kawan. Dalam etika kedoktoran, ketika doktor lelaki menguruskan wanita bersalin mesti kena ada peneman.
Darurat ini bukan sekadar tak ada pilihan tetapi demi jaga nyawa. Bukan satu nyawa tetapi dua, anak dan ibu.
Bila kita baca lebih sikit, bercakap atas landasan ilmu dan fakta, kita tak akan keluarkan kenyataan yang bukan-bukan.
Dalam pada itu, Amin, 41, berkata, tidak ramai wanita yang mampu memikul tanggungjawab sebagai doktor Obstetrik & Ginekologi (O&G) kerana memerlukan kudrat yang banyak.
Dalam pada itu, Amin, 41, berkata, tidak ramai wanita yang mampu memikul tanggungjawab sebagai doktor Obstetrik & Ginekologi (O&G) kerana memerlukan kudrat yang banyak.
Apatah lagi, doktor O&G tak ramai. Bila ustazah itu kata doktor dah ramai, itu betul iaitu doktor secara umum. Doktor perempuan O&G tak ramai, yang ramai itu lelaki.
Sebab nak sampai tahap pakar O&G itu tak senang, beban yang luar biasa dasyat. Tak semua wanita mampu untuk memikul. Oleh demikian, disebabkan itu timbul soal darurat. Di mana para suami tidak ada pilihan.
Dan dicadangkan wajib suami simpan duit demi hantar isteri ke hospital swasta. Amboi senang cakap.
Tau tak sekarang ini, rakyat Malaysia masih ramai yang struggle, tak ada kerja tetap, masih mencari-cari rezeki. Tetiba nak suruh simpan duit. RM4,000 itu harga dulu, sekarang mana dapat!
Sumber: TikTok @iamaminidris