Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.
Salam hai. Saya isteri dan surirumah yang sedang mengandung anak ke 3. Family saya sempurna. Anak anak bijak, suami yang sedang berjaya, ada syarikat sendiri dari takda apa apa.
Dah 7 tahun saya kenal suami,5 tahun berkahwin. Suami seorang yang sangat baik. Nafkah batin zahir memang terjaga, kami pun tak pernah bergaduh mungkin 2 kali je kot sepanjang kenal.
Bulan 10 lepas, dia start busy. Busy teramat sangat. Saya faham kerjaya dia, run bisnes sendiri, dan agak sibuk dengan pilihanraya.
Saya seorang isteri yang agak matang, jadi saya tak pernah persoalkan dia punya jadual. Sorang sorang uruskan anak anak dirumah, dengan sarat mengandung.
Suami pun tak pernah tunjukkan apa apa yang pelik. Suami pasti cari masa untuk luangkan bersama kami. Bawak jalan jalan, bawak makan shopping. Jadi saya tak pernah curiga.
Satu hari atas kuasa Allah yang Maha Melihat, Maha Mendengar. Saya tengah kupas oren untuk anak kedua, diatas meja makan ada resit resit suami. Dia memang suka letak merata, jadi saya tak pelik.
Cuma, naluri hati ni suruh baca one of the receipt. “In Room Dining” @ hotel JW Marriot. Saya terus, tak keruan.
Suami tengah tidur masatu, saya kejut. Dia cuba menidakkan lagi. Haritu baru saya check handphone dia, dan tengok waze, ye memang dia kesana.
Hancur hatiku ini Ya Allah. Bila saya tengok gallery, banyak ye gambar perempuan tu.
Perempuan tu suami cakap “freelance”, dia takda hubungan dengan perempuan tu. Dia bayar RM800 untuk servis. Dia cakap mereka terlanjur sekali.
Kecewanya saya rasa, kenapa saya diduga begini. Suami merayu rayu mintak maaf, menangis cium kaki saya.
Saya memang dah macam orang hilang akal. Dunia saya gelap. Suami yang saya agung agungkan sangat, how perfect he was, buat begini dekat saya.
Habis handphone dia pecah berderai, dalam mengandung2 saya sepak terajang, cakar dia. Sakit hati punya pasal. Padahal saya seorang isteri yang lemah lembut je pun.
Fast forward, dah sebulan kes kantoi ni jadi, hari hari suami mintak maaf dekat saya. Perempuan tu memang lesap on the day kantoi. Sungguh profesional.
Suami pernah bawak saya nak confront perempuan tu dan tanya semua details sebab saya tak percaya sekali je mereka selingkuh.
Tapi perempuan tu terus lesap hingga kini. Suami cakap dia memang tak bercinta, dia cuma bayar perempuan tu. Katanya sebab “stress” kerja? Cam bodoh kan alasan.
Saya cuba bagi last chance untuk suami, suami dah tak busy lagi.
Sejak kantoi hari hari saya ikut suami pergi ofisnya, dia share live location, dan hari hari saya pegang phone, kad bank semua. Sebab saya memang tak percaya!
Dan dia merayu tak nak lepaskan saya. Saya memang fikir cerai jalan terbaik untuk kecurangan ini, tapi hati jadi sedih lihatkan anak anak yang masih kecil, masih dalam kandungan yang sangat sayangkan ayah mereka.
Until now ada hari hari yang saya memang akan melepaskan amarah saya dekat suami. Baling cawan periuk belanga semua, suami saya sabar je tadah je. He deserves it. Padan muka. Cuma saya nak mintak followers kat sini tunjukkan saya how to redha? Caranya camana untuk melupakan, dan move on.
Saya pun tak suka sedih lama lama. Cuma terlalu perit untuk menerima kesilapan suami. Saya tetap sayang suami saya, dan keluarga saya. From, Isteri perfect 10 pun kena curang. No one save in this world. Man is a piece of shizz. – Isteri Tersakiti (Bukan nama sebenar)
Komen warganet
Fazilah: Cadangan saya Puan teruskan jaga anak2 dan rumahtangga. Cuma Puan kena berubah. Pandai simpan duit, pandai beli aset, pandai berkawan, pandai cari ilmu agama utk bekal akhirat. Pendek kata,
Puan pandai hidup tanpa dia. Layan dia , tapi simpanlah diri menjadi misteri. Belajar berbahagia dgn anak2, kerja2 amal. Berhenti menjadikan dia the centre of your universe
Munirah: Ajak suami buat solat taubat sama². Apa yg suami buat pd puan mmg dosa besar. Tapi dosa besar apa pon Allah akan ampunkan kalau kita betul² bertaubat. Nak redha dan memaafkan mmg susah, tp ianya tak mustahil. Kalau puan berterusan menghukum suami dgn kekerasan juga dosa besar buat puan.
Sama² pergi kelas agama di surau atau masjid. Sama² belajar mengaji. Sama² buat amal kebaikan dan perbanyakkan sedekah. Allah dah janji sedekah adalah salah 1 cara untuk menghilangkan 1001 masalah. Moga Allah permudahkan urusan hati puan dan suami, aamiin.
Annazie: Jangan hidup bertuhankan suami. Bila suami curang, kita terus jadi macam bukan manusia yg waras. Allah uji sbb Allah nak kita kembali bergantung pd Allah semata2. Bukannya rasa kita dah “perfect 10” maka suami takkan cari perempuan lain. Suami tu hanyalah pinjaman dari Allah bukan milik kita pon. Apa yg boleh kita buat selepas diuji, mesti kembali mentauhidkan diri pd Allah i.e. improve your ibadah:
1. Fahamkan semua bacaan dalam solat supaya solat kita lebih berkualiti
2.solat awal waktu
3. tadabbur Al Quran utk faham & amalkan dlm kehidupan kita & byk lagi sebenarnya yg kita masih belum buat . Try yg ni dulu InsyaAllah hati lebih tenang utk hadapi apa2 ujian dr Allah, wallahu’alam