Aku curi2 rakam mertua dan abg ipar mengata aku kedekut, kikis duet laki. Abis sidai bj terus aku masuk bg sepatah dua bt mereka terkejut.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Sedihlah. Nak meluah rasa. Aku tengah broken. Last week balik kampung suami. Macam biasa aku sedar diri yang aku ni menantu, aku balik selalu bawa barang dapur minyak masak, beras,

bawang etc, beli lauk basah nak masak makan sesama. Memang gitu cara aku balik umah mentua. Kalau nak balik rumah mesti aku salam keruk kasi mak ayah mentua duit. Tu duit sumbangan aku. Takde guna duit laki aku pon.

Nak dijadikan cerita laki aku keluar ngeteh, mil ingat aku ikut sama. Sebenarnya aku dok kat belakang sidai kain baju semua orang. Sebab aku jenis tak kisah. Bukan nak ungkit ye, tapi nak cerita. Mil dok kat dapur dengan anak sulung dia.

So butir diaorang borak tu aku dengar sebut nama aku. Kata aku kedekut, taik hidung masin. Masa raya tak bagi duit rayalah. Kedekut tak belanja dia hand bag lah.

Lepas tu abang ipar aku kata takkan la raya pun tak bagi duit mak??? Apa teruk sangat????

Masa ni remuk hati aku. Sebab aku dah rasa aku tak berkira pun dengan diaorang. Silap gak aku bagi duit raya RM300 melalui laki aku, so dia ingat tu sumbangan anak dia bukan daripada aku.

Kalau beli apa-apa aku pass je kat laki aku. Sebab aku tak sangka pulak diaorang boleh ungkit macam tu.

Nak balik raya aku siap beli daging lembu 5kg, tulang 5kg, ayam 10 ekor. Tu pon dia ngata aku kedekut. Bagi lagi duit belanja. Memanglah takde bagi duit raya. Dah tu sumbangan semua tu.

Kalau balik kampung mesti aku bayarkan bil api air, bil wifi via jom pay. Sebab bila balik ramai-ramai berkumpul tu takkan mak ayah kena tanggung semua kan?? Kira aku jenis fikir gak kebajikan mak ayah mentua ni.

Sebabkan aku dah banyak menyumbang dengan cara tu, aku kasi duit salam keruk sebelum balik rumah apa yang ada cash in hand contoh RM30, max RM50.

Dia kata nak buat taik gigi pun tak boleh. Terasa gak tapi diamkan aje. Orang tua kan???

Tapi masa aku dengar sendiri daripada mulut depa ni aku sedih sangat. Aku rasa, hina sangat aku di mata mereka.

Abang ipar cakap, ai dah kawen dah tak boleh bagi mak duit ke??? Masalah yang bercakap tu memang dia bagi maknya duit lepas tu minta balik. Kadang pinjam kat laki aku.

Bila dah pinjam kat laki aku maka duit belanja aku kena potong. Dah aku plak kena tanggung belanja laki aku. Adatlah kan hidup berumah tangga.

So janganlah ingat isteri ni kerja abiskan duit suami tu. Lainlaa kalau laki aku tu kaya banyak duit nak kata aku kikis duit suami.

Sebab aku ni ada pendapatan, maka aku belilah apa yang aku suka. Almost semua barang rumah aku beli, pun ngata aku kikis duit laki aku.

Laki aku tu dapat gaji menung kat depan rumah. Dek nak puaskan hati mak dia, kejap nak sofa, kejap nak peti ais, kejap nak itu ini. Anak-anak jadi mangsa. Lepas tu lepaskan kat menantu.

Aku sedih aku masuk dalam letak bakul dan dua beranak tu terperanjat. Cakap eh ada kau???

Aku jawab ha ah ada dari tadi saya dengar bukan main sedap mak membawang dengan abang pasal saya menantu kedekut mak kata.

Mak, kalau mak nak tau duit belanja raya tiap-tiap tahun tu saya yang bagi bukan suami sya sebab dia takde bajet nak bagi mak belanja makan sebab dah bagi belanja baju raya mak anak beranak.

Saya sendiri tiap kali raya baju beli sendiri saya tak merungut. Duit pendaftaran tadika anak tiap tahun RM1100 pun saya yang bayar, belum kira bayar bulan-bulan lagi. Celah mana saya kerja kikis duit anak mak??

Anak mak yang kerja dia kikis duit saya duit tol minyak nak balik kampung mak pun minta kat saya. Sekarang saya ungkit, sebab saya kecewa mak dengan abang mengata macam-macam.

Anak-anak mak sendiri kalau balik rumah mak lenggang kangkung takpe, tak berdosa. Yang berdosa saya ni sebab jadi menantu yang tak sempurna di mata mak. Mak tak suka saya dari dulu lagi.

Sebabkan mak tak suka saya, saya kedekut saya nak balik rumah mak ayah saya sendiri yang lama saya tak jenguk sebab selama ni saya taat kepada suami saya.

Polisi mak anak-anak semua kena berkumpul rumah mak tiap minggu sampai saya abaikan keluarga saya sendiri.

Aku call laki aku bagitau aku minta izin nak balik rumah mak ayah aku sendiri tak jauh mana dari rumah mil, 45 min jer. Hati aku sakit. Aku kemas baju terus blah balik rumah mak aku.

Buat masa ni aku tak nak balik rumah mak mentua aku yang materialistik. Yang suka kikis duit tu dia.

Laki aku sampai je rumah mentua aku drama nangis-nangis kata aku kurang ajar dengan dia. Aku masa tu memang tengah marah sangat lama dah aku sabar. Aku minta maaf kat laki aku, aku faham apa-apa pun itu mak dia.

Dia pun tersepit. Sambil tu aku forward perbualan aku dengan mil yang aku sempat rekod tadi. Apa yang mil cakap pasal aku, ada yang sempat aku rekod. Dia ngata aku tak sedar diri mandul sebab anak aku sorang jer dah kawen lama.

Tu buat aku tambah sedih. Jemur kain pun bawa hp senang nak buat tik tok kalau orang membawang kita. So laki aku tak cakap apa dia pun speechless.

Maka aku kemas barang dan balik kampung mak aku untuk tenangkan diri. Ni aku tak bercakap sangat dengan laki aku dan aku tak nak amek tahu pun pasal orang yang sakitkan hati aku.

Pada aku buat masa ni aku akan jarakkan hubungan dengan orang yang toksik. Aku tak jawab call mentua sebab aku tau dia call hanya nak sekolahkan aku. Faham sangat dah mesti nak cakap aku ni isteri kena taat kat suami. Malas nak layan.

So kepada mak mentua di luar sana jangan cakap kat mulut jer yang menantu ni macam anak sendiri. Tak payah lah fake sangat cakap macam tu sebab layanan kat menantu tu memang bias sangat.

Kalau menantu suka bagi duit, bagi barang emas, bagi handbag mahal-mahal memang cakap sayang. Pilih kasih berpisah tiada.

Yang jadi menantu ni kalau nak bagi duit kat mentua bagi direct tak yah suruh laki yang passkan. Kasi dia tau, mak ni duit saya bagi kat mak ye. Duit titik peluh saya. Yang dia nampak senang kita jer, susah kita dia tak nak amek tahu.

Ipar-ipar ni tak payah bajet sangat nak jadi batu api. Jaga rumah tangga sendiri, takkan laa tak tau kehidupan berumah tangga macam mana.

Lepas tu jangan kerja pinjam duit adik-adik lepas tu tak bayar. Play victim plak. Menyampah!!! Dah pinjam bayarnya tak! Kete rosak pinjam, takde duit nak belanja pinjam.

Lepas tu pergi bercuti boleh pulak. Makan tempat-tempat hipster boleh plak. Beli hp baru. Hutang tak nak bayar! Aku yang terkesan laki potong belanja rumah. Orang meminjam makan mewah yang bagi pinjam lak makan bercatu.

Aku nak meluah jer. Aku reti solat 5 waktu, aku reti zikir bangun malam solat sunat. Aku tau benda ni semua. Tapi hati aku luka, aku perlu meluahkan. Yang meluat, tambah sakit hati. – Timah stokin pink (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *