Baru 1minggu nikah dah rasa nk cerrai. Sejak mlm pertama lg aku dah rasa lain.

Foto sekadar hiasan.

assalamualaikum WBT hai warga. Terima kasih Admin kalau cerita aku ni disiarkan. Apa yang aku luahkan ini sekadar aku nak berkongsi rasa dan pengalaman yang aku alami.

Dalam masa yang sama aku perluukan pendapat dan padangan daripada warga pembaca. Aku kenalkan nama aku Ainur. Aku berasal daripada utara tanah air.

Aku berusia 24 tahun dan suami berusia 30 tahun. Kami baru melangkah kealam rumah tangga hampir 2 bulan. Aku dan suami memilih untuk bernikah atas rasa suka sama suka.

Hampir 7 tahun kami berkenalan dan akhirnya Allah mudahkan jalan untuk kami melangkah ke alam rumah tangga. Aku berkerja sebagai seorang penjawat awam, hampir 2 tahun aku berkerja.

Alhamdulillah, walaupun macam macam keadaan dan dugaan yang aku lalui untuk dapatkan kerja yang sesuai, Allah Maha Baik dan mudahkan segalanya. Hampir 2 bulan aku mendirikan rumah tangga.

Aku tak tahu sama ada ni semua permainan syaiitan, nafsu atau perasaan. Suami aku berkerja sebagai kakitangan swasta. Aku berkenalan dengan suami semasa usia aku mencapai 19 tahun.

Sedia maklum, perkenalan yang bertahun panjangnya ini sudah sudah tentu ada pelbagai onak duri, dugaan dan badai yang akan melanda.

Aku dan suami mempunyai latar belakang yang sangat berbeza. Keluarga aku boleh dikatakan agak senang, keluarga suami pula sebaliknya.

Suami bukan seorang yang berpendidikan, anak nakal, ponteng sekolah, pergaulan dengan geng geng rempit. Ada sejarah pernah hisap gam dan ambil ddah waktu sekolah dulu. Rupa? Biasa biasa saja. Kerja? Pun biasa biasa juga.

Aku pulak sebaliknya. Seorang yang agak pendiam dan pemalu, aku berjaya memegang segulung diploma. Bukan seorang yang suka bergaul bebas dan agak penakut.

Aku masih dikategorikan sebagai perempuan yang ada rupa. Tak terlalu krus dan tak terlalu gmuk. Ada yang kata aku tak layak untuk suami aku sebab perbezaan yang sangat ketara antara kami.

Tapi kenapa aku masih memilih dia? Ada ‘sesuatu’ pada suami yang tak ada pada orang lain. Kisah silam dia aku tahu setelah hampir 3 tahun kami berkenalan.

Pada awal perkenalan mungkin aku agak naif dan baru pertama kali aku cuba nak berkenalan dengan lelaki jadi aku tak ambil berat soal latar belakang dia.

Tapi setelah 3 tahun baru aku tahu segalanya. Remuk, kecewa dan takut. Tapi, aku cuba pandang sisi baik dia. Walaupun dia ada kisah silam begitu, sekali pun tangan dia tak pernah hinggap pada aku.

Meninggi suara pun tidak, gaduh kecil besar kalau salah aku sekalipun dia yang akan mengalah dulu. Tak pernah ada isu dia pergunakan aku dari segi wang ringgit atau kemudahan lain.

Dia sangat mendengar kata. Pendengar masalah aku yang setia, bila dia ada duit lebih dia akan usahakan untuk belanja aku makan. Walaupun aku tahu status kerja dan keadaan dia, aku tak pernah mengharapkan duit ringgit dari dia.

Aku ada satu sikap sangat sensitive dan kuat merajuk. Tapi panas aku tak lama, sejuk aku cepat bila dia mengalah. Aku terlalu tagih perhatian dia mungkin.

Dia berkerja sangat kuat sebab nak halalkan aku. Ramai yang tegur perubahan dia lepas dia berkenalan dengan aku. Dia selalu cakap aku terlalu sempurna untuk dia, dia tak layak untuk aku.

Dia juga pernah lalui fasa putus tunang. Bekas tunang dia seorang yang kaki kikis dan pilih untuk tinggal dia bila dia susah dan tak ada apa apa. Bertunang hanya untuk dipergunakan.

Allah kurniakan satu rasa kasihan yang sangat besar dalam hati aku. Rasa kasih bila tengok diri dia. Dia layak rasa bahagia juga. Dia susah aku bantu.

Aku cuba bangkitkan semangat dia. Aku masak macam macam untuk dia. Belikan hadiah atau kek bila hari jadi dia. Belikan pencuci muka bila muka dia naik jerawat teruk. Tegur cara berpakaian dia bila dia selekeh. Kadang kadang aku belikan baju.

Aku berpegang pada prinsip susah senang sama sama. Aku usaha untuk jadi yang sempurna untuk dia. Walaupun dia bukan ada apa apa.

Aku boleh memilih untuk tinggalkan dia. Tapi tak tahu kenapa bila nampak sisi baik dia aku memilih untuk teruskan hubungan ni. Dialah satu satu “bestfriend” yang aku punya.

Bergaduh baik putus baik semula. Dah menjadi rutin dan adat dalam percintaan kami. Mana ada hubungan yang sempurna kan?

Makin meningkat dewasa dan berjumpa dengan pelbagai orang aku mula memikirkan tentang masa depan. Jodoh pilihan kita cerminan masa depan.

Kata orang nak cari jodoh, carilah yang menjamin masa depan. Sebab aku tahu dengan cinta saja takkan boleh beli beras dan lauk. Mendengar kisah dan cerita orang yang bercerrai berai disebabkan oleh kesempitan duit buat aku takut juga.

Tipu kalau aku tak cuba membandingkan dia dengan orang lain, bila aku dah sambung pengajian, aku berjumpa dengan lebih ramai lelaki yang lagi sempurna. Ramai yang ada rupa, berpendidikan.

Aku boleh pilih, tapi entah.. Allah tetap palingkan hati aku pada suami aku waktu tu. Adakala aku rasa marah dengan diri sendiri kenapa aku pilih dia?

Aku sedar waktu tu, kaya dan rupa juga bukan kayu ukur bahagia yang sebenar. Ada yang berpendapat umur setara aku masih setahun jagung dan belum matang untuk mendirikan rumah tangga.

Terutamanya mak aku. Sebelum aku pasang niat nak kahwin, mak selalu berpesan,

“kahwin ni bukan untuk seronok seronok”. “Kahwin tak seindah yang adik rasa”. “Tak kahwin lagi, kita takkan kenal sisi diri dia yang satu lagi”.

Persetankan semua ni. Aku cuma nak halalkan hubungan yang haram ni saja. Ujian dan badai sepanjang perkenalan sudah memadai untuk aku kenal siapa suami aku.

Tapi setelah hampir dua bulan bernikah. Aku mula timbul macam macam rasa. Aku rindu keluarga aku. Walaupun tak jauh mana, aku mula rasa aku perluukan keluarga aku lebih dari suami aku sekarang.

Dengan hasil titik peluh suami, kami selamat bernikah. Nikah saja tanpa kenduri kendara. Aku nak mudahkan suami. Duit mas kahwin aku, aku minta lebih sebab aku dah niat awal awal lagi untuk gunakan duit tu untuk beli keperluan rumah.

Naif sangatkah aku? Lurus sangatkah aku? Aku nak suami rasa bahagia dan mudah sebab aku mengharapkan balasan bahagia dari dia semula nanti.

Tapi tidak. Semuanya jadi tak kena. Aku mula makin baran bila dah tinggal sembumbung. Aku mula rasa tak kena pasal dia.

Semua benda aku kena tegur. Baik cara berpakaian, sampaikan pencuci muka aku kena belikan lagi. Kalau tidak, dia takkan kisah. Sebelum kahwin, dia dah janji akan berhenti rkok, tapi aku silap.

Aku sampai memilih untuk karang whatapps panjang panjang untuk ingatkan dia. Dia mengalah dan minta maaf tapi aku jadi saakit hati walaupun dia minta maaf.

Dia mula jarang jarang sentuh aku. Sentuhan manja tu makin lama makin tak terasa ikhlasnya. Apa yang tak kena? Dia dah tak bernfsu tengok aku ke?

Dia selalu beralasan tak cukup duit, tapi rkok masih dibakarnya. Nafkah dia tak culas tetap bagi, cuma dia akan kerap keluar rumah untuk buat ‘partime’ di kedai makan kawannya untuk tampung keperluan lain.

Aku sunyi dan mengharapkan perhatian dia. Sebulan nikah, aku pernah bergurau, “Macam mana kalau sayang mengandung?”

Dia geleng dan balas tak mungkin. Aku sangat terasa hati. Aku cuba positifkan diri mungkin sebab dia belum bersedia. Tapi kenapa mesti dia respon dengan jawapan yang macam tu?

Rumah mak mertuaku agak dekat dengan taman perumahan kami. Aku jadi penat dan letih bila setiap minggu ke rumah mak dia.

Tak tahu kenapa aku mula rasa rimas dan tak kena. Nak melayan karenah mertua tapi dalam masa yang sama aku hiilang perhatian dari suami, tak macam mula mula bercinta dulu.

Mertua aku asyik asyik suruh ke rumah dia. Seolah olah tak memahami. Suami pula tak memahami keadaan aku dan mula berpihak pada maknya.

Luah masalah dan rasa dah tak macam zaman bercinta dulu. Bila aku merajuk suami aku mula pujuk dan pluk. Tapi, entah… rasa damai tu sekejap sangat. Lepas tu hiilang. Ada apa yang tak kena sebenarnya?

Naluri dan pemikiran aku mula memberontak nak mengungkit ungkit kebaikan yang aku dah bagi pada suami. Kenapa? Aku mula salahkan diri aku sendiri. Aku makin rasa suami aku menjengkelkan, menyusahkan dan menyakitkan hati.

Seminggu nikah, aku mula memendam rasa. Entah kenapa timbul semua rasa ni…

Hampir dua bulan nikah, aku belum ada tanda tanda mengandung. Aku jadi takut sedih dan benci. Entah apa lagi ujian perkahwinan akan datang? Aku salah memilih suami? Atau semua rasa ni normal untuk pasngan yang baru berkahwin?

Semalam kami bergaduh besar, suami ajak “sit down” dan berbincang. Aku mula mengungkit semua benda, lama aku pendam aku jadi saakit.

Suami aku mula meninggi suara, dan katakan aku kurang ajar. Mungkin cara percakapan dan luahan aku melampau dan menyakiti dia.

Tapi sedarkah dia siapa punca? Dia terus keluar rumah tinggalkan aku dengan tangis. Aku terus whatapps suami minta cerrai.

Ya Allah, berdosakah aku? Jiwa dan hati aku tak tenteram sejak malam pertama. Aku taknak timbul rasa sesal.

Cuma aku mengharapkan Allah hiilangkan kekusutan yang melanda hati ini. Apa sebenarnya yang aku perlu buat? Adakah ini ujian rumah tangga sebenar? Atau semua ni berpunca daripada aku sendiri.

Apa aku perlu buat? Aku buntu sebenarnya. Aku tak tahu dari mana aku perlu perbaiki. Bila duduk berbincang asyik nak bertekak akhirnya.

Sungguh aku mengharapkan yang baik baik dalam perkahwinan ni. Hubungan percintaan yang panjang ni, aku masih ada rasa sayang. Tapi entahlah kusut aku rasa bila mahligai yang dah terbina ini seakan tak kena binaanya. Apa perlu aku buat?

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Cik Nur, Salam nak….satu je mak cik nak pesan…..jangan sesekali mengungkit apa2 pemberian kita atau kebaikan kita kpd pasngan kita…..lakukan dgn ikhlas kerana Allah….in syaa Allah hati kita akan tenang.Ungkitan yg kita lafazkan kpd pasngan kita akan mengguris luuka yg amat dlm dan sukar utk dilupai….ia akan kekal dlm ingatan selagi hayat dikandung badan.

Nabilah Zaki, Benda dah halal dik, syaitan tak suka. Dia mula bisik yang bukan2. Awak pun janganlah layankan perasaan sgt. Mungkin silapnya suami awak terlalu mendengar kata dari awal perkenalan kot. Jadi awak rasa awak sentiasa betul, dia sentiasa salah dan harapkan awak untuk perbetulkan dia.

Camnilah, rumahtangga ni, kalau nak yang sempurna memang takkan jumpa. Awak cuba ubah diri awak dulu. Kurangkan marah2, banyakkan bersabar. Buang perasaan yang awak dah banyak sangat berkorban untuk korang berdua. Start new, start from zero.

Benda jadi masa awak bercinta tu, awak tutup buku dulu. Lupakan. Ini alam perkahwinan, itu alam percintaan. Takkan sama. Lagi 1 dik, benda masa tengah tak halal, semua nampak indah. Bila dah hidup sama2, jangan banyak layan perasaan sangat.

Sesetengah benda remeh tu anggapla macam lawak, tegur pun dalam keadaan melawak. Jangan serious sangat dan elakkanlah asal bergaduh mintak ceerai. Nauzubillah dik. Laki ni jangan dicabar2. Kang Kita yang menyesal.

Syahirah Finaz, Banyak sgt tengok drama 7 hari mencintaimu ni .. awak teringin nk jdi mcm mia ka ? Khuzairi layan bak puteri kena tengking mnta cerrai pun suami still berdiam diri ? Dlm perkahwinan ni kena bnyk bertolak ansur tau .. sbb tu mak awk cakap kahwin ni bukan bnda main² .. kena ready mntal dn fizikal ..

kena ready dgn semua bnda …terima baik buruk pasngan kita .. cukup untunglah laki awk tk penah culas bagi nafkah , kat luar sana ramai suami yg pandang enteng bab nafkah zahir isteri tambahan lgi kalau isteri tu berkerjaya .. Kisah silam suami kalau boleh jgn diungkit , tengok dya yg skrang ..

Bukannya mengungkit kisah silamnya yg dulu .. aduhaii .. kesian laki awk .. susah payah kumpul duit nk khwin dgn awk last² awk mudah luah perkataan crai tuu .. bab mak mertua tu awk kena pandai la ambik hati dya.

Jgn tau nk fikir rimas diri awk saja .. Mia dlm 7 hari mencintaiku pun sedaya upaya ambik hati mak leha takkan lah awk tk boleh. Apa pun sya doakan perkahwinan awk kekal hingga ke jannah.

Siti Aishah, Sebagai pengantin baru juga, aku cuma nak nasihatkan buatlah semua perkara sama2.. Masak sama2, kemas rmh sama2, sokat sama2.. Baru lah seronok.. Memang setiap hari kita kenal peel pasngan kita ada je benda baru yg keluar tapi rileks lah dunia belum kiamat lagi.. Jangan lah asyik2 minta cerrai, itu semua permainan syaitan, dah kahwin pun dihasutnya suruh cerrai berai..

Macam ni, even kau marah suami kau rasa macam nak cekik dia hidup2 kau buat derk je, esok2 dah reda kau pillow talk dgn dia.. Tahu titik kelemahan suami, masa ni lah kau luah isi hati.

Indah Kamal, Baru kahwin memang biasa laguni, masatu masing2 baru nak sesuaikan diri bersama, belajar komunikasi & control ego masing2…aku dulu pon laguni jugak…banyak benda tak puashati, cari pasal…bila suami ko ajak berbincang tu kiranya dia ok dah tu, tapi ko pulak takleh bawak bincang.

Ko kena ubah diri & reaksi ko tu. usaha dulu ubah perangai tak matang ko tu. baru 2 bulan kahwin dah sedih tak pregnant? ketika ko sendiri pon tak reti nak berkomunikasi dalam perkahwinan, jangan tambah masalah dulu la.

Bgi hubungan stabil dulu la. Org kita ni jenis nak beranak je takde rancang2 kan walopon dok berperang bagai, takde common sense ke.

Azan Hamzah, Benda normal akan semua org hadap awal perkahwinan. Yg buat awk stress mybe sbb masa. Suami bnyk kerja sbb nk cri nafkah. Nk bg awk ckup. Kalau rasa awk nk masa, stopkan lah dia buat 2 kerja, tp jgn complain dia kekurangan duit.

Baru 2bulan dh pkir nk anak. Bg la kukuh dlu. Bg la kenal dlu perilaku masing2. Kawin nk seronok kan. Kte yg kena buat seronok tu.

Naura Alisya, Saya rasa awak banyak drama ni… Nak org layan awak macm puteri raja..namun awak layan dia hanya kerana kesian.. Dia jarang sentuh? Yela, bukak pintu bilik tgk muka awak tarik muncung tahap blh ikat..

Elok org tu bernafsu pun p4tah semangat. Talking about anak? Dia pun ragu nak menanam benih kalau ladang nya sendiri pun belum matang..

Suka mengungkit..significant pada permulaan kepada membezakan kasta antara awak dan dia.. Awak maybe tak sedar..tp awal awal luahan awak dah mengungkit macam2..tak mustahil la kalau awak mengungkit kalau tgh gduh.

Sri Patma, Jadikan perkahwinan tu asbab awak & suami ke syurga, bukan kahwin sebab nak bahagia semata. Ajak suami tu imamkan awak, solat sama2..lepas solat buatlah sesi luahan perasaan. Solat jemaah hari2. InshaAllah hati tu tenang.

Suami pass tak bab solat? Ke itu pun awak redho dgn kekurangan dia dlm bab agama, macam mana awak ‘redho’ dgn semua kekurangan dia sebelum berkahwin? Tapi semua org pun ada kekurangan, tapi kena jaga solat. Pasti nanti Allah jaga kita. InshaAllah. Sama2 berubah demi keluarga yg sakinah mawaddah wa rahmah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *