Foto sekadar hiasan, part 1
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terasa nak berborak santai hari ini dan terlintas di kepala nak berkongsi pengalaman saya menjadi majikan kepada beberapa pembantu rumah dari negara seberang.
Kalau cerita pasal pembantu rumah (PR) ni, saya yakin ramai yang melalui bermacam macam pengalaman dengan PR kan? Ada yang baik dan bertahan berbelas tahun. Ada pula yang tak sempat beberapa bulan dah ‘kabur’ (lari). Nasib majikan lah…
Ok, Hai semua. Nama saya Che Eton. Fulltime housewife sejak tahun kedua perkahwinan. Sudah lebih 20 tahun saya berumahtangga. Izinkan saya bercerita dan berceloteh perihal pengalaman saya dengan PR PR yang bermacam ragam.
Sekadar bercerita santai santai saja. Mana tahu kalau ada sedikit iktibar yang boleh diceduk buat pedoman.
Alhamdulillah, ketika usia perkahwinan menganjak 5 tahun, suami sarankan kami mengambil seorang PR bagi membantu saya dengan kerja kerja rumah walaupun ketika itu kami masih belum ada anak.
Sejak dari itu, saya sentiasa ada PR silih berganti sehingga kini. Kalau tak ada pun cuma sekadar sebulan dua sementara menanti PR yang baru.
Pernah juga tak ada PR selama berbulan bulan akibat kesukaran mendapat PR ketika musim c0vid dan PKP, tapi cuma sekali itu saja.
Ada beberapa sebab kenapa suami saya mahu mengambil PR.
Pertama, ketika itu kami baru sahaja berpindah ke rumah baru yang lebih besar. Tak lah sebesar mana, cukup untuk kami berdua dan future children.
Suami kata dia tak mampu nak bantu saya dengan kerja kerja rumah (kerana kerjanya di pejabat agak demanding) jadi biarlah dia sediakan pembantu kerana itu yang dia mampu.
Kedua, saya didiagn0s dengan kemurungan (d3pression) dan panic and anxiety dis0rder. Ketika ini saya masih lagi dalam rawatan, masih lagi struggle untuk pulih.
Ada hari saya ok, tapi kebanyakan hari saya tak ok. Saya berperang dengan intrusive and su1cidal thoughts setiap hari.
Oleh itu, suami merasakan perlu ada seseorang menemani saya di rumah.
Alhamdulillah memandangkan saya ada penyakit yang disokong surat doktor pakar, permohonan kami untuk mendapatkan PR diluluskan.
Memandangkan ini kali pertama saya bakal menjadi majikan, saya minta nasihat dari kawan yang berpengalaman dengan PR.
Antara pesanan kawan tersebut yang saya ingat, jangan ambil orang Jawa Barat. Cari yang belah belah Jawa Timur.
Saya dah lupa kenapa, dan antara barat dan timur tu pun mana satu yes, mana satu no. Saya dah terkeliru which is which. Dah lama tapi lebih kurang begitulah pesannya.
Kedua pesannya, jangan bagi muka dengan PR. Jangan makan semeja. Jangan itu, jangan ini, lengkap dengan horror stories dia dengan pembantunya sekali yang menakutkan saya.
Pendek kata, you be the boss!
Saya ni agak lurus bendul, maka di sinilah kesilapan saya, patuh sangat nasihat sahabat.
Lama kelamaan saya perasan yang sahabat yang satu ni selalu bagi saya nasihat yang saya sendiri found out tak boleh pakai sangat pun.
Always dishing out wrong advice dan bila dah banyak kali terkena, saya mula sangsi akan keikhlasan dia.
Mana tidaknya, dia nasihat saya lain tapi dia sendiri buat lain.
Apa apa pun, this is not the point. Pokok pangkalnya, saya lebih banyak belajar dari pengalaman sendiri bila saya sedar nasihat sahabat saya tu tak berapa sesuai dengan saya.
PR pertama saya bernama Gemma, berasal dari Karawang. Fizikalnya tangkas dan tegap, suara kuat tetapi agak penakut.
Perbezaan lenggok bahasa menyukarkan komunikasi antara kami. Agak sukar diajar tetapi tidaklah masalah besar bagi saya kerana saya belum ada anak ketika itu maka tidak ada keperluan saya memantaunya sentiasa.
Gemma ni baik orangnya, nampak keikhlasannya bekerja untuk menyara keluarga di kampung.
Tapi saya yang dah termakan nasihat sahabat tadi tu, terlupa nak sesuaikan dengan keadaan dan naluri saya sendiri.
Sering juga saya memarahi dan meninggi suara dengan Gemma. Dan Gemma akan diam menikus bila dimarahi.
Sebenarnya, sebagai seorang penghidap anxiety dis0rder, salah satu perangai kami ialah cepat melenting.
Pesakit macam saya ni otak tak pernah diam dari overthinking, dan masalah mental kami ni menzahirkan simptom simptom fizikal yang benar benar kami rasa.
Simptom yang menakutkan yang membuatkan kami fikir mti sahaja. Sebab itulah kami ni selalu kelihatan irritable dan moody.
Hakikatnya kami sedang berperang dengan perasaan sendiri dan we tend to lash out at the people around us out of frustration.
Saya hidup dalam dua dunia yang berasingan. Dunia dalam otak, dan dunia realiti.
90% of the time saya berada dalam dunia otak yang sentiasa busy, bising, tak berhenti dengan intrusive thoughts, self-loathing thoughts dan ketakutan yang saya sendiri tak dapat pastikan puncanya.
Apa apa tindakan saya di dunia nyata yang 10% itu banyak dipengaruhi oleh dunia otak.
Walaupun jasad saya sedang berada di tengah tengah pasaraya yang sibuk sekalipun, percayalah, chances are. Saya sedang sibuk di dalam dunia otak, dan jasad saya yang berjalan tu seolah olah on auto-pilot.
Saya bagi contoh di pasaraya tetapi hakikatnya, semasa kemuncak penyakit ini, saya banyak memerap di rumah saja.
Asal keluar, kena anxiety attack, kena panic attack.
Penat tau! Home was my sanctuary. My safe place. Di rumah pun otak serabut, apatah lagi di luar. Terlalu serabut dan dibelenggu risau. Sukar saya nak terangkan.
Keserabutan itulah yang selalunya terzahir dalam bentuk panas baran yang kadang kadang tak terkawal yang saya lepaskan kepada Gemma.
Mujurlah amarah saya cuma setakat di mulut sahaja.
Tidak pernah sekali pun saya sentuh Gemma atau berkasar secara fizikal dengannya. Paling paling pun saya ugut potong gaji, tapi tak pernah pun saya potong sebenarnya. Gertak saja.
Gemma pun manusia biasa. Ada saja perangainya yang menaikkan baran saya.
Contohnya, disebabkan saya tak ada anak lagi masa tu, Gemma banyak masa lapang dan masa lapang itu digunakan dengan bermesyuarat pagar dengan PR jiran sebelah.
PR jiran sebelah tu majikannya dua dua bekerja jadi dia pun boleh saja melepak sesuka hati.
Sampai duduk bersilalah diorang membawang, cuma dipisahkan dengan pagar dawai saja!
Tentu saya pun pernah dijadikan topik membawang heh!
Itu jiran sebelah. Jiran di belakang rumah pun kebetulan PR-nya sekampung dengan Gemma.
Yang ni pulak disebabkan dapur bertemu dapur (cuma ada lorong kecil di belakang), maka berborak lah mereka dari dapur masing masing, main laung laung je.
Boleh bayangkan tak? Lol.
Jadi bayangkanlah apabila saya nak memanggil Gemma nak minta buat sesuatu selalunya memang dia tak dengar.
Habis… berborak pun suara masing masing macam guruh, mana nak dengar saya yang memanggil dari tingkat atas?
Bila akhirnya saya terpaksa turun cari dia dan nampak pula dia sedang bersila membawang di tepi pagar, tentulah my blood go upstairs.
Gemma ni ada satu pe’el. Dia takutkan orang India. Katanya di tempat dia tak ada orang India.
Pernah sekali saya tengok dia merangkak rangkak dalam rumah. Ah sudah… ritual khurafat apa pulak minah ni buat?
Bila ditanya, rupanya ada seorang pekerja perbandaran berbangsa India sedang menyapu di tepi jalan. Tepuk dahi saya dibuatnya. Kena ceramah lah dia dengan saya.
Kulit suami engkau sama je dengan kulit orang tu (saya pernah tengok gambar suaminya), kau tak takut pulak? Dia tersengih saja. Hmm…
Sebut pasal gambar, Gemma pernah tunjukkan saya gambar keluarganya di kampung yang dikirim suaminya melalui pos.
Zaman tu masih belum ada teknologi macam sekarang. Cuma ada servis SMS sahaja, zaman kegemilangan Nokia.
Sambil menangis, dia kenalkan ini suami, ini anak sulong dan anak kedua. Sungguh saya terdiam… sangat dhaif rumah Gemma di kampung.
Cuma berdinding mengkuang dan berlantaikan tanah sahaja. Ada satu pangkin dan unggun api tempat memasak. Allahu… insaf saya dibuatnya.
Lama kelamaan saya mula berlembut, belajar kawal emosi dan bersabar dengan Gemma. Saya lupakan nasihat sahabat agar sentiasa bertegas, jangan berlembut dengan PR.
Dia tak mendatangkan masalah pun pada saya cuma kekurangan akalnya saja yang kadang kadang menguji kesabaran.
Pernah saya bawa dia balik ke kampung saya dan satu hari Gemma tiba tiba lesap bersama anak sulong saya yang baru 7-8 bulan usianya.
Untuk pengetahuan pembaca, saya ambil anak angkat beberapa bulan selepas Gemma datang.
Itu kali pertama Gemma balik kampung saya, masakan dia tau selok belok kampung?
Setelah dipanggil panggil tiada jawapan. Agak agak kalau anda sebagai mak, anda panik tak?
Itulah yang berlaku. Tengahari rembang, PR dan anak hilang. Ke mana dibawanya anak saya panas panas buta ni??
Mulalah kepala saya fikir yang buruk buruk saja. Nak taknak terpaksa juga lah saya pekik sekuat hati panggil Gemma keliling kampung.
“Kampung” di sini saya maksudkan kawasan sekitar perkarangan rumah ibu bapa saya yang luas dah rumah rumah disekitarnya saja.
Bukanlah saya keliling seluruh kampung ye, sebab hakikatnya kampung saya tu sebenarnya dah jadi bandar.
Masa ni sejujurnya saya hampir panic attack. Rupanya…. Gemma bawa anak saya bertandang rumah jiran yang baru bersalin. Jiran yang saya sendiri belum kenal, dia baru duduk menyewa di situ.
Astaghfirullahal’adziiim. Bertandang rumah orang waktu tengahari rembang entah orang nak berehat, apa lagi orang dalam pantang.
Agak agak korang, Gemma kena apa lepas tu? Kena marah, kena bebel kaw kaw lah ceritanya.
Bukan saya saja yang marah. Suami dan ayah saya pun marah juga. Sekurang kurangnya mintalah kebenaran kalau nak kemana mana, bukan main langgar saja.
Ada satu kejadian, ketika ini Gemma masih baru. Masih belum faham do’s and don’ts sebagai PR.
Satu malam, sedang saya dan suami santai santai menonton tv, ada tetamu datang ziarah.
Seperti lazimnya kita, bila ada tetamu terjah tanpa maklumkan kita dulu, kita akan bingkas kemas kemas rumah sedikit sebelum tetamu sampai depan pintu, betul tak?
Macam lipas kudung saya susun susun kusyen dan hantar ke belakang pinggan dan cawan kosong yang kami pakai. Lepas tu bergegas pakai tudung.
Bila saya menoleh nak ke pintu, tau tak apa yang saya nampak?
Si Gemma berdiri sebelah suami saya sambil salam salam menyambut tetamu. Ehh? Aku tuan rumah ke kau tuan rumah? Itu suami aku ke suami kau?? Jem kepala otak saya.
Saya terkejar kejar mengemas macam lipas kudung, dia pulak macam mem besar mengalu alukan tetamu macam ini rumah dia. Wahh… menyirap drah saya.
Pelan pelan saya arahkan dia pergi dari situ, biar saya yang sambut tetamu. Tak mau lah saya marah dia depan tetamu kerana saya faham setiap orang ada airmuka.
Sebaik tetamu duduk, sedang kami saling bertanya khabar elok saja si Gemma datang duduk bersimpuh atas lantai bersebelahan tetamu saya. Tanpa rasa bersalah dia join kami.
Ya Allah… memanglah dia ni tak faham protokol hahaha!
Gemma bekerja dengan saya cuma 20 bulan, walaupun kontrak sepatutnya 2 tahun. Bukan saya pecat dia tapi dia yang mohon ditamatkan kontrak awal kerana suaminya sakit.
Saya curiga tapi tiada bukti, cuma boleh bersangka baik saja.
Apatah lagi dia menangis merayu sampai peluk peluk kaki saya macam drama pukul 7. Saya siap bercakap dengan pakciknya dalam telefon.
Katanya, kondisi suaminya “antara hidup dan mti”.
Kerana saya pun ada hati dan perasaan, tak sanggup saya nak paksa Gemma bertahan sehingga habis kontrak. Saya benarkan saja dia pulang.
Saya beri kesemua gajinya yang saya tukarkan siap siap ke INR dan saya hadiahkan dia sebentuk cincin emas buat kenangan.
Itu tanda penghargaan saya atas kesabarannya bekerja dengan saya yang serba kekurangan dan kadang kadang gagal mengawal emosi.
Fast forward setahun kemudian, saya tergerak hati nak bertanya khabar Gemma di kampung. Saya ada menyimpan nombor telefon saudaranya.
Di kampung kampung, sebelum berleluasanya handphone, biasanya kalau sesiapa ada telefon (landline), di situlah jadi focal point untuk semua penduduk kampung menumpang menelefon dan menerima panggilan dari keluarga yang bekerja di jauh di bandar atau luar negara.
Saya menelefon nombor berkenaan dan bertanyakan hal Gemma. Menurut embak yang menjawab telefon tersebut (yang kebetulan ada pertalian dengan Gemma),
“Gemma sihat sihat saja. Baru aja 2 bulan melahirkan anak ke-3.”
“Suami baru ke?”
“Enggaakk, suaminya yang itu aja.”
“Ooohhh suami yang katanya sakit ‘antara hidup dan mti’ tu ye?”
“Masakan sakit sakit? Gak pernah. Kok sihat sihat saja.”
Dalam hati saya, entah entah yang bercakap telefon dengan saya yang konon pakciknya tu adalah suami si Gemma sendiri. Hmmm…. Saya dah kena game. Tamat part 1.
Sambungan cerita di atas ‘part 2’:
Assalammualikum dan salam sejahtera. Hai semua. Che Eton and Gemma are back. Memandangkan masih banyak cerita yang boleh saya kongsikan pasal Gemma, maka penulisan kali ini masih berkisar tentang Gemma.
Sebelum itu, terima kasih saya ucapkan pada semua yang meninggalkan komen. Dan terima kasih tak terhingga kepada mereka yang menitipkan doa buat saya.
Semoga Allah kembalikan doa yang sama juga kepada kalian. Sebagaimana kalian terhibur membaca kisah Gemma, saya juga terhibur membaca komen komen kalian.
Menjawab beberapa soalan, ya, ini adalah kali pertama Gemma bekerja di luar negara sebagai PR (pembantu rumah).
Betul, dia juga merupakan salah seorang PR favorite saya kerana sikapnya yang jujur dan lurus bendul itu kadang kadang menghiburkan.
Contohnya, ketika salah seorang kawan saya datang berkunjung. Gemma cepat saja buatkan air teh sebagai jamuan.
Tetapi yang kelakar, dia membawa air 2 cawan tu dalam talam ayan atau talam kenduri yang besar bagak tu.
Alahh… talam kenduri made in China tu, yang ada gambar bunga ataupun ikan, kadang kadang gambar naga. Talam yang nenek nenek kita guna untuk buat roti canai.
Kalau diikutkan, talam tersebut tak sesuai untuk dilihat tetamu sebab dah buruk (memang saya simpan di luar pun), tapi itulah yang dia pakai.
Sebesar besar talam untuk 2 butir cawan haha.
Lepas Gemma masuk semula ke dapur, saya dan kawan ketawa terkekek kekek.
Macam lah tak ada talam yang lawa kat rumah saya haha. Drop my water face betul lah si Gemma ni lol!
Walaupun begitu, saya biasanya berpura pura serius depan Gemma sebab Gemma ni kalau dilayan bergelak ketawa dia mudah lupa diri. Mau bergema satu rumah suara dia seorang saja!
Contohnya bila balik kampung, saya kurang menegur tingkah lakunya demi menjaga airmuka.
Forget about tegur cara berkias, memang dia takkan faham.
Wahh! Macam kampung dia lagaknya. Saudara mara saya macam saudara mara dia, siap peluk peluk.
Tambah pulak bila raya dapat bertemu dengan PR-PR saudara mara saya, membawang lah mereka di dapur sampai lupa jaga makan minum anak-anak (roll eyes).
Ok, sambung lagi cerita pasal Gemma.
Waktu Gemma mula mula bekerja di rumah saya, saya bawa Gemma pergi membeli belah barang keperluan asas seperti tuala, kain baju, pakaian dalam, dan lain lain keperluan peribadi.
Ini SOP saya setiap kali dapat PR baru kerana kebiasaannya mereka ini datang dengan pakaian yang sangat sedikit dan lusuh.
Saya bawa shopping di hypermarket kerana semua barang boleh didapati di satu tempat saja.
Seperti kalian semua tahu, susun atur hypermarket kebiasaannya sangat terbuka.
Pakaian dalam pun kebiasaannya memang terlonggok terpampang di laluan orang ramai sahaja, betul tak?
Saya bertanyakan saiz baju dalam Gemma. Dia tak tahu kerana katanya, kebiasaannya dia cuba dulu dan baru pilih saiz yang sesuai.
Saya setuju dan bilang padanya, “kalau begitu, cubalah dulu” dan terus mengalihkan perhatian saya melihat lihat barang berhampiran.
Bila saya angkat semula kepala, nak pitam saya bila melihat Gemma dengan selambanya mencuba baju dalam di khalayak ramai.
Bukanlah dia menanggalkan bajunya, tetapi dia mencuba di atas baju T-shirt yang dipakainya.
Maka berdirilah di situ seorang wanita dewasa dalam keadaan coli (purple ya!) di luar, macam Superman, tapi perempuan. Ya Allah!
Terkedu saya tak terkata apa. Saya perasan promoter hypermarket tersebut tersentak dan memerhatikan saja Gemma dan saya, silih berganti.
Saya malu tapi saya tebalkan muka. Salah saya juga tak ajar Gemma pakai fitting room yang cuma beberapa langkah saja di tepi kami.
Saya terlupa yang Gemma ni berasal dari pedalaman dan tidak terdedah langsung dengan cara hidup di bandar dan sayalah yang perlu memantau setiap tindak tanduknya.
Tamat kisah shopping, bab makan pula.
Gemma ni suka sangat makan sambal belacan. Kali pertama dia makan sambal belacan yang saya buat, dia cakap sedap dan kerap kali meminta saya buat lagi.
Saya pun layankan saja, apa salahnya kan?
Dah memang sambal tu makanan kebiasaan kami di rumah juga, dan setiap kali menumbuk sambal, saya memang suka buat banyak.
Lebihnya nanti saya simpan peti sejuk dan saya keluarkan untuk waktu makan seterusnya. Tengahari bawa ke malam, malam ke besoknya dan seterusnya sampai habis.
Satu hari saya mula perasan yang sambal yang saya buat tidak lagi terhidang untuk next meal.
Saya sendiri sering terlupa sebab saya took for granted yang Gemma akan hidangkan bersama lauk pauk simpanan yang lain.
Pada mulanya saya andaikan saja sambal tu dah habis dibedal Gemma, tak apalah. Malas bising, small matter.
Saya mula buat lebih lagi supaya cukup untuk next meal. Eh… masih tak dihidang keesokannya walaupun saya perasan semalam masih banyak lagi.
Saya mula hairan dan check peti sejuk. Ada saja sambal tu dalam peti.
Saya bercadang untuk diam dan perhatikan saja dulu.
Rupa rupanya, saya pasti kalian pun boleh agak… sengaja Gemma tak hidangkan sebab dia lah yang asyik mengulang sambal tu breakfast, lunch and dinner lol.
Bila ditanya kenapa tak hidang, lupa katanya. “Lupa” ialah salah satu default answer kebanyakan PR ye, tuan tuan dan puan puan.
Buat dulu. Kalau kantoi, cakap saja terlupa. Saya dah masak dengan alasan ni haha.
Sejak itu, saya pesan Gemma, bukan saya halang dia makan tetapi utamakan majikan.
Saya tak bezakan makanan dia dengan kami seperti sesetengah majikan. Apa kami makan, itulah yang dia makan.
Maka saya berharap dia berlaku adillah dengan kami. In other words, jangan lawan tauke haha!
Jangan terkejut ye tuan tuan dan puan puan, ada majikan yang asingkan makan minum PR sehinggakan pinggan dan cawan pun berasingan. Absurd, if you ask me.
Setiap bulan mereka akan sediakan makan minum PR sekian banyak, seperti beras (kualiti tak sama dengan majikan), telur 1 papan, mi segera dll.
Dan tidak akan ditambah sehingga bulan depan. Kalau PR minta lebih, boleh, tapi tolak gaji.
Ini realiti yang berlaku, dan sungguh, saya kasihankan PR yang dapat majikan begini.
Siapa saja yang boleh tahan makan nasi dan telur sahaja setiap hari? Dah tu sepapan (30 butir) untuk sebulan, bermakna sehari? You do the math.
Kakak ipar saya pernah berjiran dengan majikan begini. PR nya hanya diberikan sepapan telur dan sekampit beras untuk sebulan. Mana lah mencukupi.
Akhirnya, kakak ipar saya lah yang sering hulurkan makanan ketika jirannya tiada di rumah kerana PR nya terpaksa meminta.
Majikan rumah besar, gaji besar, tapi PR nya mengemis. Begitulah segelintir manusia yang kononnya have-have. Berdoalah semoga kita dan keturunan kita tidak begini.
Di rumah kami, alhamdulillah, Gemma cukup makan. Pernah sekali dia mengadu sering sakit kepala.
Ada sepupu saya yang menegur, katanya muka Gemma nampak sepanjang masa macam merah padam. Mungkin tekanan drah tinggi.
Lekas lekas saya bawa Gemma ke klinik. Memang pun tekanan drahnya naik. Bila ditimbang, berat badannya 65kg.
Ketika itu, belum pun 2 bulan Gemma bekerja dengan saya. Sewaktu datang beratnya 58kg.
Terkejut doktor tu kerana dalam masa tak sampai 2 bulan berat Gemma naik 7kg! Sempat juga dia menyindir saya kononnya saya menjamu makanan yang sedap sedap saja pada Gemma.
Must have been the sambal belacan, jawab saya hahaha!
Saya akhiri cerita Gemma dengan satu perbualan kami yang sangat melucukan yang saya tak boleh lupakan sehingga kini.
Jika ada orang yang saya kenali yang pernah tahu cerita ini, tentu dia akan tahu identiti saya.
Saya harap kalian simpan saja lah rahsia siapa saya ye? Shhhh!
Perbualan berkisar urusan pengiriman wang Gemma ke kampung.
Gemma : Buk, saya pengen kirim uang ke suami. I’m sorry.
Eton : Baiklah. Suami kau tahu ke macamana nak ambil wangnya nanti?
Gemma : Iya… kirim saja ke dia. I’m sorry.
Eton : (dalam hati, “buang tebiat ke dia ni cakap omputih”) Ye la, aku kirim, tak payah minta maaf. Duit engkau kan…
Gemma : Iya, buk.
Eton : Kasi ibu nama suami, nombor KTP dan alamat.
Gemma : I’m sorry!
Eton : Kau ni dah kenapa I’m sorry, I’m sorry??! (mula nak marah)
Gemma : Loh, Buk! Kok namanya suami saya Amsori!
Eton : (Tak jadi marah, tutup muka dengan kusyen, gelak sampai keluar airmata. Baru je terkagum dengar PR speak London, salah faham rupanya haha)
Next story, insha Allah saya akan kongsikan pula kisah PR dari Kemboja.
Bai!
Reaksi Warganet
Nureza Mirzara –
Teringat my ex-PR. Pergi minum bawa dia, kitorang order air biasa biase je. Teh o ais, ice lemon tea.
Dia order oreo milkshake, tak nak kalah. Terkejut kitorang (dlm hati “amboi bukan main ko eh”). Emm takpelah minum je lah. Minuman bibik lagi mahal daripada minuman majikan, haha.
Heni Kasmawati –
Walaupun Gemma gayanya begitu, tapi social skill dia terbaik.
Boleh pulak dia yang sambut tetamu, siap salam tetamu lagi. Selamba je betandang dekat rumah orang baru kenal. Padahal bukan dekat negara dia. bahasa pon beza…
Mimie Arshad –
Baca confession ni teringat sangat dengan Bayanah. Sangat tiptop dan baik sangat dengan family kitaorg.
Actually dia PR kakak ipar tapi kitaorg upah dia jagakan anak. Tak pernah berkira buat kerja, sangat beradap. Now dah balik kampung dia. Alahaii cepat lah masuk semula Bayanah oii. Kita nak bersalin ni 2nd baby ni, hehe.
Is Marissa –
Aku kan penat baru balik keje.. keje 12 jam harini tambah pulak ada buat kerja dekat luar.
Malam malam gini nak rehat baca cerita kak eton ni hilang penat hilang stress hahahah. Kak.. buat lah satu buku untuk cerita pasal PR2 akak tu hahah, saya sedia membeli
Indra Putra –
Part 3 please. Dimulakan dengan resepi sambal belacan. Huhuhu.. Bertuah dapat majikan yang berhati perut macam che eton.
Walaupun tetap jaga batasan, tapi layanan sesama manusia begitu tinggi nilainya. Ya lah. Kan digajikan. So wajiblah ada skop tugasan yang kene selesaikan.
Sumber – Che Eton (Bukan nama sebenar) via IIUMC