Dlu kami mcm psgn badak kahwin. Bila suami dh kurus, dia sorok ssuatu. Setahun brlalu. Kejutan dia bg, tp aku juga bls dia dgn kejutan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama aku Atun. Berat kategori gemuk 102 kg, berketinggian 158 cm. Gemuk kan? Aku ni muke biase jelah, mungkin ade manis sikit dan reti jugak bergaya sikit. Nama suami aku, Ipin.

Ipin, suami aku ni, gemuk level aku jugak dulu. Sebab tu kitorang couple dan akhirnya kahwin. Hehehe. Aku pernah terdengar kawan Ipin cakap, kitorang ni macam pasangan badak berkahwin. Hihihi. Tapi aku tak kecik hatilah. Malas aku nak amik port.

Tapi dua tahun selepas kahwin, Ipin terkena penyakit yang berkaitan drah, sehingga menyebabkan berat badan dia turun mendadak. Kurus laki aku tu dalam masa 6 bulan.

Sedih aku tengok Ipin masa tu. Setelah menjalani rawatan, alhamdulillah Ipin sihat seperti sedia kala dan kekal kurus sejak tu. Segaklah lepas tu laki aku ni.

Aku masih gemuk. Aku tanya jugak, Ipin okey ke aku gemuk ni, sebab dia dah semakin kacak.

Ipin cakap, dia tak kisah yang penting aku sihat. Wah laki aku dah cakap camtu, memang lambertttt lagi lah aku nak diet bagi sama size dengan dia.

Senang hidup aku kan?

Tapi suatu hari tu, aku terjaga malam, Ipin takde dekat sebelah aku. Ipin ni biase tidur nyenyak tak reti bangun sampai subuh. So aku pelik sikit then aku bangunlah cari dia.

Rupenye dia dekat dapur, duduk di meja makan dan tengah baca sesuatu dekat laptop. Aku pun tegur Ipin, tapi sepantas kilat dia tutup laptop.

Sentap aku masa tu bercampur rasa sangsi.

Ape yang Ipin nak sorok dari aku?

Aku tanya Ipin, apa yang nak sorok sangat tu sampai terus tutup laptop. Ipin just cakap, takde pape dan ajak aku masuk tidur.

Aku perempuan, wahai suamiku Ipin. Aku takkan puas hati selagi aku tak tahu ape yg kau nak sorok sangat dari aku.

Aku pendam dalam hati, tapi aku berazam akan korek semua ni nanti.

Keesokan harinye, mase Ipin tengah mandi, aku cepat cepat jalankan tugas spy aku, dengan bukak laptop Ipin.

Aku rase nak maki je waktu tu sebab laptop Ipin tetibe ade password. Sebelum ni takde.

Aku buat macam takde ape, sejurus Ipin keluar dari bilik mandi. Tapi hati aku dah mula sangsi dan sakit dengan Ipin.

Ipin ni, sepanjang aku kenal dia dalam 10 tahun ni dari sejak sebelum kahwin sampai dah kahwin, dia sangat jujur, transparent, dan baik.

Suami aku sangat baik. Kami masih belum ada anak, and Ipin selalu positifkan aku. Bagi aku, kami memang sangat melengkapi.

Jujur awal aku kenal dia, aku terima dia sebab dia gemuk macam aku. Masa tu aku fikir, kalau aku tak terima si gemuk ni (padahal aku pon same gemuk), mesti aku end up tak kahwin sampai tua.

Tapi akhirnya, aku terpikat dengan kebaikan Ipin dan sifat penyayang dia.

Aku selalu fikir, kalaulah satu hari nanti aku kurus macam model, aku tetap pilih Ipin. Ipinlah pasangan dunia akhirat aku.

Tapi aku lupa untuk buat perkiraan, bagaimana pula kalau Ipin yang kurus dan aku masih gemuk? Adekah Ipin tetap setia dengan aku yang berlemak ni?

Sendu aku bila mengenangkan yang Ipin sorokkan something dari aku. Tapi aku cepat cepat positifkan diri supaya tak overthinking.

Ya Allah, janganlah suami aku curang. Itu je doa aku dalam hati. Aku tak bersedia nak hilang kepercayaan dengan Ipin.

Aku tak bersedia nak rasa betray dengan lelaki yang dah susah senang bersama aku selama ni.

Aku tahu kehidupan rumah tangga ade ujian, tapi aku tak tahu aku boleh hadap ujian berkaitan hati ni atau tak. Aku rasa aku tak boleh.

Ipin masih macam seperti sebelumnya. Sama. Penyayang, caring dengan aku, bertanggungjawab.

Tapi sebagai isteri, aku dapat rasa, ade sesuatu dalam fikiran Ipin.

Kadang kadang tengah tengok TV sama sama, aku nampak mata Ipin yang tengah pandang TV dengan pandangan mata kosong. Macam berangan pun ye jugak.

Aku tahu dia tengah berfikir sesuatu. Seseorang mungkin.

Dalam keadaan tangan Ipin membelai rambut aku, aku rasa hati Ipin tidak berada bersama aku.

Aku perlu berkomunikasi dengan Ipin. Aku kena luahkan jugak rasa terbuku dalam hati aku ni.

Esok malamnya, aku beritahu Ipin yang aku tahu dia sorokkan something dari aku. Aku nak tahu apa.

Aku redha kalau dia ade perempuan lain, kata aku pada Ipin. Aku tak redha pun sebenarnya, tapi aku nak korek cerita dari Ipin, so aku cakap aku redha.

Ipin senyum dan peluk aku. Ipin cakap, takde perempuan. Takde apa. Aku lah isteri dunia akhirat dia.

Die minta aku trust dia. Jangan terlampau curiga. Aku menangis dalam dakapan Ipin. Aku menangis bersungguh sungguh dan Ipin usap kepala aku.

Sedar sedar dah pagi. Aku pun tak sedar bila aku tertidur. Bila aku pusing, disisi aku, suamiku Ipin sedang nyenyak tidur.

Aku tatap wajahnya. Aku tak dapat bayangkan kalau aku kehilangan Ipin.

Mungkin, jika benar Ipin ada seseorang dalam hatinya, jika benar Ipin buat sesuatu di belakang aku, aku tak rasa kuat untuk tahu semua tu.

Aku sangat sayangkan Ipin, tapi aku sedar, hati manusia milik Allah. Aku tak mampu nak halang, nak ubah hati Ipin supaya kekal setia dengan aku.

Disaat aku tatap wajah Ipin tu, aku berazam dalam hati, aku akan kuruskan badan aku. Aku tak boleh ubah Ipin, aku tak boleh paksa Ipin untuk reveal apa yang terbuku dalam hati dia. Tapi aku boleh ubah diri aku.

Sekurang kurangnya, jika sampai masa Ipin pergi dari aku, aku dah lakukan yang terbaik.

Aku takkan tanya lagi tentang apa yang Ipin sorokkan. Aku tanak tahu apa apa sampailah Ipin reveal sendiri. Aku just nak ubah diri aku dan live life to the fullest dengan Ipin.

Sejak haritu, aku amalkan eat clean. Aku berjoging setiap petang lepas balik kerja. Ipin ni kontraktor, so dia agak busy. Tapi lately, busy dia tu dah lain macam.

Aku pendam. Aku tanak tahu. Aku just berikan layanan terbaik dekat Ipin, tunggu dia balik, masakkan makanan sedap sedap selalu.

Sebelum ni layanan aku baik je just aku tingkatkan lagi prestasi aku sebagai isteri.

Ipin perasan aku berdiet dan dia pesan dekat aku, jangan sampai sakit.

Aku cakap dekat Ipin, aku bukan crash diet, aku just eat clean and jaga kesihatan. Ipin usap pipi aku. Itu kegemaran Ipin, usap pipi aku bile dia suke apa yang aku cakap.

Sedar tak sedar, setahun berlalu, dari berat 102kg, aku berjaya turunkan sehingga ke 58kg. Ramai dah start minta aku tips kuruskan badan la apelah.

Aku nampak Ipin gembira dengan perubahan aku, tapi dia takdelah nampak exited sangat.

Ipin ni, dari aku gemuk sampai kurus, same je dia. Die macam takde feeling sangat. Happy aku kurus tapi takdelah happy sangat. Faham tak?

Aku sudah berusaha ketahap ini. Aku tetap rasa Ipin akan pergi dari aku. Sedihnya tuhan jelah yang tahu.

Banyak kelakuan Ipin yang pelik sepanjang setahun ni, just aku denial and buat tak nampak. Aku tak sanggup nak tahu apekah penyebabnya.

Disaat aku sedang memendam rasa dan kesedihan, tiba tiba, rezeki Allah menjelma dalam kehidupan kami. Aku disahkan mengandung.

Aku check senyap senyap di klinik. Menitik airmata aku bile doktor sahkan aku pregnant. Terlampau gembira dan terlampau sedih.

Aku nak inform Ipin, tapi aku macam tertahan nak cakap aku pregnant.

Kemuncaknya, di suatu pagi Sabtu, Ipin suruh aku bersiap. Dia nak bawak aku ke suatu tempat. Aku tanya banyak kali, nak pergi mana. Ipin just jawab, adelah. Cepatlah siap.

Sebagai isteri yang taat, aku bersiap tapi hati aku macam pedih. Korang pernah tak rasa nak menangis tapi korang tahan. Macam korang nak halang air mata dari keluar. Itulah aku diketika itu.

Aku rasa, mungkin Ipin nak reveal rahsia dia selama ini. Maybe dia nak bawak jumpe wanita tersebut. Die nak kenalkan aku dan minta kebenaran berkahwin.

Sakit dada aku tahan keperitan dalam hati, dengan aku yang belum bagitahu dia aku pregnant ni, dengan dia yang sibuk nak reveal rahsia dia. Berkecamuk fikiran aku.

Sepanjang perjalanan tu, fikiran aku melayang layang. Aku dah rangka dalam kepala, ape reaksi yang sepatutnya aku tunjukkan selepas ni.

Aku nak jadi cool. Aku akan terima semua ni dan takkan mengamuk.

Ipin berhentikan kereta dihadapan sebuah rumah. Rumah yang baru siap dibina. Masih ada saki baki barang binaan dekat sekeliling rumah tu.

Aku pandang Ipin. Kite nak jumpe siapa? Soalan aku silap. Sepatutnya aku tanya, kita buat apa dekat sini? Ipin kerutkan dahi sambil tersenyum.

Ipin cakap, dia takde kate pun nak bawak jumpe sesiapa. Die cakap nak bawak aku kesuatu tempat. Aku dah macam fed up time tu.

Yelah, nak buat apa dekat sini? Keras sikit suara aku. Hilang kejap sopan santun solehah aku dengan Ipin. Ipin suruh aku keluar dari kereta.

Kami berdiri di hadapan rumah baru tersebut.

“Saya hadiahkan rumah ni untuk isteri kesayangan saya. Saya bina untuk awak sempena perkenalan dan perkahwinan kite yang ke 10 tahun, saya harap awak suka.”

Aku terdiam beberapa ketika.

Aku pandang Ipin dengan mata berkaca dan cakap “No,” Sebak aku menahan segala perasaan.

Kalau dalam filem, waktu ni keluarlah flashback Ipin yang berperangai pelik, balik lambat, selalu busy, macam sorok sorok buat sesuatu, sedang berfikir sesuatu.

Terhambur air mata yang aku tahan selama ni. Aku menangis macam budak kecik. Aku tak peduli dah kalau ade orang lalu tengok buruknya aku melalak dekat situ.

“Saya kurus sebab saya takut awak lari. Awak dah kacak, mungkin awak malu saya gemuk. Tapi awak tetap pelik. Rupanya awak buat semua ni,” Mengongoi aku menangis dekat situ.

Ipin peluk aku. Dia cakap dia tahu aku curiga dengan dia selama ni. Tapi dia teringin sangat nak surprisekan aku untuk ulang tahun relationship kami.

Aku pun terlupa pasal ulang tahun ke apa ni sebab terlampau risaukan Ipin curang dengan aku.

Bersungguh aku kuruskan badan. Aku tak pernah kurus sepanjang hidup aku, now aku dah terkurus.

Kalau semua ni tak berlaku, mungkin aku masih lagi seketul badak.

“Kan saya dah cakap, saya tak kisah awak gemuk ke kurus, yang penting awak sihat. Awak cantik je dekat mata saya.”

Ipin terus ajak aku masuk tengok rumah tu tapi aku tahan Ipin. Aku cakap aku pun ade surprise untuk dia.

Ipin tergelak. Dia cakap surprise dia lagi best dari aku. Wah konfiden sangat suami aku.

“Saya mengandung,” Aku tersengih dan buat jari peace. Ipin terpempan.

“Serius?”

Aku angguk. Perlahan lahan Ipin tutup mata dia dengan tangan. Die menangis.

Kan aku dah cakap, surprise aku lebih besar? Surprise yang datang dari tuhan.

Kami berpelukan lepas tu. Terdengar suara adik ipar aku, yang rupe rupenye dok rakam episod syahdu kami berdua.

Semua sebab Ipin nak buat video kenangan acah acah nak surprisekan aku, last last dia yang terlebih surprise.

Sehingga sekarang, aku masih tonton video tu dengan penuh kesengihan.

P/s : Kisah ini kisah aku tapi bukan ditulis oleh aku. Kisah ini ditulis oleh adik ipar aku, mengikut penceritaan aku. Aku tak pandai menulis.

Tapi saja nak share moment ini. Now anak yang aku kandungkan tu pun dah berumur 5 tahun.

Reaksi Warganet

Hanis Roslan –
Alhamdulillah. Harap sis kekalkanlah berat badan ideal.

Asbab sis tekad kuruskan badan, akhirnya Allah kurniakan zuriat. Jangan jadi macam saya. Asik cakap nak kurus je. Tapi tak buat ape ape.

Kadang kadang end up sendiri cakap dengan diri sendiri badan macam badak la. Hmm.

Tak cukup dengan tu kadang kadang timbul perasaan insecure dan rasa hina sangat bila berdepan dengan orang lain. Nak nak yang kurus dan cantik.

Fiza Hapidzuin –
Tahniah Atun! Finally, this is something to cheer! Kira victory in silence, diam diam kau grind lemak kau.

Kau tak biarkan marah dan sangsi kau menguasai diri, kira kau memang power mengawal nfsu dan hati yang bergejolak for monthsss tapi dalam masa yang sama kau prepare segala kemungkinan. I loike sangat!

Apa pun tahniah for the happiness you had today! Suka lah tu dah dapat body goals hahaha

Shafika Ilha –
Alhamdulillah, seronok baca kisah hidup sis.

Teringat dekat makcik saya yang hampir 11 tahun kahwin takde anak. Bila dia kurus jaga makan, jaga kesihatan, tup tup ada rezeki baby. Lepas nih sis share tips diet sis, saya pun makin membulat lepas anak 3 nih. Hehe

Atikah Kamari –
Ya Allah, sekarang ni bukan gerimis da air mata. Tapi hujan ribut petir. hehee. Tapi, Alhamdulillah. Syukur. Terima kasih TT sebab sudi share kisah ni.

Ramai lagi perempuan dan lelaki yang baik, banyak lagi kisah kisah rumah tangga yang bahagia dan mendamaikan. Doakan saya TT boleh kurangkan lagi 20kg.. 20kg sudah terbuang

Fazidah Abdul Kadir –
Masyaallah, tahniah dapat suami yang baik, rumah, anak yang diidamkan, tak lupa adik ipar yang baik jugak. Thank you for the awesome confession. Semoga bahagia till jannah ya. Sumber – Atun (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *