Assalammualaikum. Sebenarnya saya contemplating nak tulis Part 2 atau tidak. Tapi beginilah, saya tulis bukan untuk buka Aib. Saya tulis untuk luahkan yang terbuku.
Even anak2 saya pun saya tak beritahu mengenai kisah ini. Biarlah mereka anggap ayah mereka baik.
Juga untuk pengetahuan, masa scandal A pertama. Saya simpan aib dia sehingga keluarga saya dan teman rapat pun tak tahu. Yang tahu cuma adik beradik arwah dan seorang Kawan saya.
Memang saya simpan sehinggalah kes dengan Z baru saya beritahu keluarga saya dan beberapa orang Kawan.
Saya rasa dah separuh gila. Saya tak boleh tidur dengan betul. Saya tak boleh makan. Berat saya turun 5 kg dalam masa sebulan. Saya rasa hati saya pecah dan hancur.
Jadi janganlah minta saya bersabar dan memaafkan sekira anda tidak berada dikasut saya. Apa yang saya ceritakan disini cumalah 30% dari cerita sebenar. Yang sebenarnya lebih teruk dari yang saya tulis.
Masalahnya, saya tidak buka aib A, tapi Z yang buka. Lepas arwh mennggal dia bermessage dengan Kawan A, beritahu dia Adalah girlfriend A. Cerita semua dekat Kawan arwah, H.
Beritahu yang A kata hubungan dia dgn saya adalah fake. Terpaksa demi anak2. Beritahu A kata dia tak Bahagia hidup dengan saya. Screenshot semua whatsapp2 A dengan dia.
Kemudian, hari2 selepas A meninggal Z upload status hari2 meratab hiba, sedih kononnya. Upload gambar berpelukan dengan A.
Bukankah itu membuka aib?
Saya cakap dengan Z, ‘Please respect A’s family. Kalau bukan saya, dia masih ada keluarga lain, ayah dan adik beradik’
Sebenarnya Z banyak kali minta A berkahwin dengan dia. Minta A buat pilihan antara dia atau saya. A kata dia pentingkan anak2.
Berani dia gunakan anak2 sebagai alasan?
Dan yang paling menghancurkan hati saya.
Sebenarnya dia balik jenguk anak2 hanya sebulan sekali kadang2 5 6 minggu sekali sedangkan dia balik rumah Z setiap minggu!
Dan setiap kali balik rumah saya pun dia akan balik rumah Z juga. Yang luluh hati saya, masa birthday anak-anak, saya hanya sambut dengan anak2. Padahal pada masa tu dia ada dirumah Z.
Dan rumah Z tu satu negeri yang sama cuma 1 jam perjalanan. Begitu juga masa anak sakit, dia ada Bersama Z langsung tak jenguk anak. Paling menyakitkan, kereta yang dia guna untuk ulang alik rumah Z tu kereta saya!
Bila saya bising pasal balik sebulan sekali dia kata, kerja banyak. Balik guna duit banyak. Padahal tiap2 minggu balik jumpa Z.
Kalau Z begitu penting kenapa gunakan anak2 sebagai alasan untuk tidak berkahwin?
Saya boleh bagi free je sebab sorry to say gaji saya 3 kali ganda gaji dia. Rumah nama saya, kereta dua2 nama saya. Saya tak kisah diceraikan.
Dan banyak kali juga saya minta dia ceraikan saya. Tapi dia tak nak konon sayang.
Tapi saya bersyukur. Allah itu maha adil. Sejauh mana dia menipu saya. Allah bukakan aib dia selepas dia meninggal.
Saya menyiasat bukan untuk korek aib. Saya menyiasat untuk dapatkan jawapan untuk saya dan anak2. Kalau Allah tak bukakan jalan saya tidak akan tahu sampai bila2.
Saya juga bersyukur, Allah hentikan penipuan dia keatas saya dan anak2. Allah juga hentikan kesengsaraan saya dari ditipu lebih banyak.
Kepada Z saya katakan, ye saya boleh maafkan. Tapi saya doakan Allah beri balasan setimpal.
Kepada A apa yang dia lakukan sungguh berat untuk saya maafkan buat masa sekarang. Apa yang saya ceritakan hanyalah on surface sahaja.
Mungkin satu masa nannti saya akan maafkan. Tapi bukan untuk dia, tapi untuk diri saya dan anak2.
Jangan risau, disebabkan saya insan teraniaya. Saya doa yang baik2 untuk diri saya dan anak2. Semoga kami bertemu bahagia satu hari nanti.
Untuk yang membaca, terima kasih telah sama2 sakit hati seperti saya. Jadi ambillah pedoman dari cerita saya ini. – Jini (Bukan nama sebenar)
Boleh baca Part 1 di bawah:
Hi, Saya Jini. Umur early 40s. Berkerja sebagai kakitangan Profesional. Telah berkahwin. Anak 3. Kami PJJ.
Ok itu sahaja pengenalan diri saya. Tulis lebih2 nanti orang kenal.
Saya berkahwin selama hampir 15 tahun. Sepanjang perkahwinan suami saya Namakan A, pernah kantoi tidur dengan isteri orang. Isteri orang tersebut pregnant tapi digugurkan bayi tersebut.
Saya minta cerai. Saya nekad nak pergi mahkamah minta Fasakh. Tapi satu ayat yang saya terpaksa terima dia semula. ‘Cuba tengok anak2 kita yang. Kesian diorang’
Oklah saya terima. Saya maafkan. Saya cakap ‘Takpe, I memang tak pernah check phone u, I tak check u kat mana, Tapi u kena ingat, Allah tu ada. Kalau Allah nak tunjuk dia akan tunjuk. Lagi sekali u buat, I doakan u mati accident”
Dipendekkan cerita A mati accident. Dan yang saya suspicious dia accident jalan balik ke tempat kerjanya dari Kawasan saya duduk sedangkan minggu tersebut dia tidak balik ke rumah pun.
Bertambah suspicious motor yang dinaiki adalah motor perempuan.
Disebabkan A baru sahaja mennggal saya senyapkan perkara itu. Setelah sebulan saya siasat. Saya beli phone baru masukkan simkad A.
Saya buka fb dia. Saya jumpa msg ber Abang Sayang dengan perempuan tersebut, saya Namakan Z.
Setelah menyiasat, sebenarnya A bermalam dirumah Z, satu negeri dengan saya. Mereka sudah lama menjalinkan hubungan seperti suami isteri. Sudah bertahun2. Jadi benarlah, A mati accident selepas bermaksiat.
Saya call Z. Dengan bangganya dia kata dia tahu A sudah berkahwin. Tetapi setiap kali dia putuskan A dating memujuk merayu2.
Kemudian Z forward kepada saya mesej2 A kepadanya. Z berumur 38 tahun masih Bujang. Z mengaku hubungan mereka sudah seperti suami isteri. A selalu balik bermalam dirumah Z.
Hati saya sangat luluh. Sedangkan saya duduk di satu negeri dengan Z. Saya jaga anak sorang2. Bersalin saya pantang sorang2. Tapi A berpoya2 dengan betina sundal.
Untuk pengetahuan A bukanlah scandal pertama Z. Dia pernah berscandal dengan suami orang lain juga sebelum ini. Juga gambar bog*l Z pernah tersebar. Adakah perempuan seperti ini yang A ċari?
Dari message2 yang Z forward ada satu message buat saya tak akan maafkan A sampai bila2.
Abang janji abang tak sentu bini abang.
Abang tak ma*n pun dengan bini abang.
Abang tak pegang tangan bini abang.
Abang cuma layan anak2.
Saya terus maki. Jantan sial! Saya rasa menyesal telah korbankan 15 tahun hidup dengan dia. Sanggup dia junjung scandal dia dan isteri sah jadi pemijak kaki.
Saya perasan. Dengan Z dia jadi macam orang bodoh. Cuma mengikut sahaja. Setiap kali Z merajuk A terus datang jumpa Z walaupun 4 jam perjalanan untuk memujuk. Kalau Z sakit terus datang jumpa. Eh, anak kau sakit takde pulak kau datang tengok???
Dan Z begitu bangga berkata yang A layan dia lebih dari isteri sendiri. A tak bahagia dengan isteri dia. Takde sekelumit pun rasa bersalah. Z juga taburkan A dengan harta benda.
Phone, kasut NMD adidas, duit dan etc. Kemudian claim dia banyak berkorban untuk A. Halooooooo standing ke dengan pengorbanan isteri bertarung nyawa melahirkan anak 3 orang?
Kemudian saya jumpa Z. Sumpah tak lawa!!! Mukanya sangat tua walaupun umur 38 tahun. Badannya juga sangat kurus.
Saya sangat pelik. Bagaimana A boleh tergila2 kan Z sampai sanggup buat macam2? Disebabkan A dah m4ti. Jadi perkara ni masih misteri.
Tapi saya takkan maafkan A sampai bila. Apa dia buat kat saya Adalah menyakitkan. Dia hina saya didepan scandal dia. Dia tipu saya bertahun2. Dia tak ingat pengorbanan saya. Biar dia ċari saya di akhirat kelak. Sambung part II kalau rajin…. – Jini (Bukan nama sebenar)