“Ia adalah lakonan semata-mata” Lelaki tekup kek minta maaf dedah siapa wanita itu.

Konten prank boleh dikatakan sudah menjadi kebiasaan buat para influencer media sosial melakukannya sebagai hiburan dalam platform mereka, sama ada di YouTube atau TikTok hingga menjadi ikutan.

Akan tetapi, sering kali kita dapat lihat banyak konten prank kepada orang awam yang dilakukan berlebihan serta melampau hingga mengundang rasa marah ramai pihak.

Barangkali sedar diri menerima kritikan hebat daripada para netizen, tuan badan mengambil keputusan untuk memadam video berkenaan di platformnya, namun sempat di muat naik semula oleh seorang pengguna Facebook.

Tampil dedah cerita sebenar

TikToker, Daing Iskandar Mohd Tahir memohon maaf atas keterlanjurannya memuat naik video prank baru-baru ini hingga menimbulkan kemarahan ramai.

Daing Iskandar membuat permohonan maaf itu menerusi video dimuat naik di akaun TikTok, hari ini.

“Assalamualaikum, saya Daing Iskandar Mohd Tahir ingin membuat permohonan maaf secara terbuka dan tanpa bersyarat kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya pihak terkesan dengan video itu sama ada secara langsung atau tidak.

“Saya mengambil tanggungjawab penuh di atas baik dan buruk terhasil daripada hantaran video itu.

“Saya ambil iktibar atas kekhilafan ini dan memohon kepada semua pihak agar tidak meniru aksi prank seperti itu.

“Saya juga belajar meneladani adab, budaya, norma ketimuran yang sesuai untuk pengamalan secara harmoni di Malaysia. Saya harap tiada lagi yang share (kongsi) serta tutup video itu,” katanya.

Menerusi video berdurasi tiga minit itu, Daing Iskandar turut menjelaskan wanita yang menjadi ‘mangsa’ dalam video berkenaan adalah ibu angkatnya.

“Ia adalah lakonan semata-mata dan sebenarnya bukan nak prank emak, tetapi orang sekeliling, namun tiada langsung (orang) yang peduli,” katanya.

Sementara itu, ibu angkat Daing Iskandar yang tidak mendedahkan namanya mengaku ditawarkan menjadi pelakon bagi menjayakan projek video berkenaan.

Katanya, video itu dihasilkan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tanpa ada niat untuk menyinggung sesiapa.

“Saya diberi tugas melakonkan watak sebagai ibu membawa anak Orang Kurang Upaya (OKU) yang mana saya di prank menggunakan kek.

“Saya bersetuju melakonkan watak itu untuk membantunya sebagai anak muda berjaya di TikTok. Saya minta maaf sekiranya lakonan atau prank itu mengguris hati rakyat Malaysia dan berharap anda maafkan kami. Insya Allah kami tak akan lakukan lagi,” katanya.

Dalam pada itu, wanita terbabit berkata, dia kasihan kepada Daing Iskandar yang menerima kecaman selepas tularnya video berkenaan, malah mendakwa turut menerima ugutan.

“Saya sayang dia, saya harap kita semua jangan terlalu mengikut emosi kerana lakonan ini hanya bertujuan untuk kesedaran kepada semua,” katanya yang mengakui takut dengan penangan tular.

Komen warganet

Siti: Walaupun lakonan semata2 tetapi ia content yg tk patut diadakan kerana boleh membawa nilai buruk dalam masyarakat. Tk menghormati org tua. Walaupun lakonan tetapi jika ada org buat laporan polis akan tetap siasat dan boleh dikenakan tindakan. Ia sgt tk patut sbb dibuat dihadapan kanak2 yg pasti akan meniru perbuatan tersebut. Aznil pun bertanggungjawab sbb budak tu adalah mentornya.

Eyna: Gigih eh mkcik melalak dpn org ramai cmtu mase kene tekup kek demi sebuah konten ank angkat x cerdik tu, x semua org mampu beli kek tu wlupun murah ada yg x pnh merasa utk mkn. Apatah g serkup ke muka mkcik. Ank yatim byk mkcik kat mesia ni yg patot kita bg mkn kat pusat2 jagaan.

Muhammad : Org skrng kebanyakkya ada byk perkara yg sdg serabut dlm fikiran. Adik kena ingat ada org yg tergamak beri hukuman berat walaupun untuk kesalahan yg kecil. Jadi, adik jgn cari pasal yaaaa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *