Mlm tu ayah tarik aku masuk bilik, sejak itu aku xjadi kahwin dgn bakal suami.

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Nama aku Ain. Aku berasal dari Terengganu. Hari ni aku terdetik nak mengarang tentang apa yang aku alami baru-baru ni. Cuma aku nak bagitahu kat sini, tak semua pihak perempuan yang susahkan,

kadang ada jugak segelintir pihak lelaki yang merumitkan keadaan malah ada yang nak nikah tapi hakikatnya belum bersedia dari semua aspek.

Kepada Readers, maafkan aku seandainya kisah aku tak menarik sebab aku tak pandai sangat nak mengarang. Dan cerita aku agak panjang, harap korang bersabar ye.

Berbalik pada apa yg aku nak ceritakan. Umur aku sekarang dah nak masuk 27, lagi 3 tahun nak masuk angka 3. Bermulalah kisah aku mencari bakal suami.

Memandangkan aku ni anak ‘second last’ dalam family dan bongsu perempuan pulak tu,mestilah dalam usia aku sekarang mak ayah aku dah risau sebab calon pon takde lagi, nak bercakap pasal kahwin apatah lagi. Adik aku yang lelaki pon dah kahwin 2 tahun lepas.

Tinggallah aku sorang-sorang yang masih bujang. Kisah ni bermula hujung tahun lepas, tak silap aku bulan 10. Kawan aku dari Melaka namanya Hafiz, nak kenalkan aku dengan kawannya yang bernama Ahmad.

Aku ni jenis yang sangat jaga tentang ikhtilat. Memang aku tak berminat nak berhubung dengan mana-mana lelaki kecuali jika hanya ada urusan penting.

Aku cakap dekat di Hafiz, ‘kalau betol la si Ahmad tu nak kenal,datang la Terengganu.aku ni jenis tak minat nak bermesej-mesej kalau takde benda penting’. Memandangkan si Hafiz ni dia tahu sangat perangai aku ni jenis macam mana, so dia faham apa yang aku maksudkan.

Satu hari, si ahmad whatapps aku, dia cakap ibu dia suruh dia cari calon isteri sebab dengan umur sekarang dah kena pikir pasal kawen. Ahmad ni umur dia sebaya aku, dia anak sulong dari 4 beradik.

Lepas aku baca whtapps dia tu, aku reply “datang la terengganu jumpa mak ayah saya sekiranya ibu dan ayah awak tak kisah calon menantu dia orang terengganu yang jauh beratus2 kilometer.”

Ahmad dan family dia tak pernah datang terengganu dan takde sanak saudara dekat sini, aku tak tahu la dia datang ke tak,aku pon tak nak berharap sangat sebab aku pon tak berapa kenal dia.

Bagi aku simple je, kalau betul-betul dia serius dan betul-betul nak dekat someone tu, mesti dia akan usaha untuk dapatkan. Betul tak? Lepas tu, dia dah start cerita tentang aku dekat family dia.

Ibu dan ayah dia izinkan dia ke terengganu untuk jumpa aku dan kenal family aku. Sejak tu jugak, ibu dia kerap jugak whatapps aku tanya khabar dan sebagainya.

Pernah juga ibu dia call bagitahu si Ahmad nak datang Terengganu raya cina nanti kalau jadi. Aku just respon okey je la.Cuma aku bagitahu kalau nak datang kena bagitahu awal, senang aku nak booking homestay.

Sampai la sehari sebelum raya cina aku tunggu punya tunggu tapi langsung takde khabar berita dari pihak sana. Aku dengan Ahmad bukan selalu text macam pasngan2 kek4sih kt luar sana, kdang2 seminggu sekali tu pon benda2 penting je, aku memang tak berminat nak bermesej 24jam.

Sampai lah raya cina tu ibu dia call aku bagitahu si Ahmad ni nak datang tganu esok hari. Terkejut jugak aku bila tiba-tiba macam ni. Esokkannya, aku pergi cari homestay utk dia, ibu dia ckp dia dtg dengan adik perempuan dia dan diwakilkan oleh makngah dan pakngah dia. Ibu ayah dia tak dapat datang sebab ada urusan lain katanya.

Nak dijadikan story, datanglah mereka berempat ke rumah aku. Rumah aku ni hanya tinggal aku,mak dan ayah. Adik beradik aku yang lain semua dah kahwin dan tinggal di luar tganu.

Semasa mereka datang, hanya mak aku yang ada, ayah aku keluar entah kemana, so mereka tak sempat untuk berjumpa kedua orang tua aku.

Makngah dan pakngah dia hanya bersembang dengan aku dan mak. Sedang rancak bersembang, makngah nya beritahu bahawa ibu dan ayah si Ahmad ni nak masuk meminang lepas raya sekiranya tiada halangan.

Aku dan mak hanya mendengar dan tidak dapat berikan jawapan sebab perkara ni perlu berbincang dengan ayah serta adik beradikku yang lain.

Sejak dari hari tu, aku terus buat istikharah. Sejujurnya hati aku masih belum terbuka untuk terima mana-mana lelaki dalam hidup aku melainkan lelaki yang datang ni betul-betul ingin menghalalkan aku dengan cara yang betul dan berusaha bersungguh-sungguh.

Sejak dari dia datang ke rumah, mak aku kerap jugak tanya, macam mana? Okey ke? Nak terima ke? Aku masih lagi diam membisu tanpa jawapan.

Satu hari malam tu ayah tarik tangan aku masuk dalam bilik, maka pon ada sekali, lalu ayah aku bersuara, seandainya dia betol ingin bernikah ayah izinkan, tapi dengan syarat ayah taknak kamu kenal lama2,

taknak bertunang lama2, kalau boleh nikah tahun ni jugak, ayah nak buat majlis simple je, sebab ayah tak mampu nak buat majlis besar2, simpanan ayah dah habis.

Ayah aku juga melarang aku guna duit dari pihak lelaki untuk buat majlis, malah ayah aku melarang untuk letakkan hantaran yang tinggi walaupon aku satu-satunya anak harapan dalam family yang belajar ke peringkat degree tapi ayah aku tidak pernah terlintas di fikirannya untuk ‘menjual anak’.

Aku juga tak kisah sebenarnya tentang wang hantaran dari pihak lelaki, sebab aku tak pernah terfikir langsung nak bebankan bakal suami aku dengan hantaran beribu-ribu.

Jika tiada wang hantaran sekali pun aku tak kisah, yang penting berusahalah dulu untuk halalkan aku mengikut syariat islam.

Bagi aku buat yang wajib dan termampu sudah cukup. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat sebab Allah berikan aku mak dan ayah yang memahami, yang dahuluukan perintah agama dari adat.

Ayah juga cadangkan supaya aku mohon pernikahan perdana yang dianjurkan oleh kerajaan terengganu jika aku dan dia betul-betul ingin bernikah. Aku hanya bersetuju dengan cadangan ayah sebab bagi aku bagus jugak cadangan ayah untuk join nikah perdana tersebut.

Memandangkan gaji aku hanya cukup2 makan, aku rasa aku dah melepasi syarat yang diperluukan untuk mohon nikah perdana. Lalu aku terangkan pada si Ahmad tentang apa yang ayah aku cadangkan.

Tapi malangnya, keluarga Ahmad tidak setuju kerana Ahmad adalah anak sulong, keluarga mereka ingin buat majlis yang agak besar di sebelah sana dan perluukan tempoh dalam setahun untuk mengumpul duit.

Dan Ahmad juga bagitahu keluarganya masih belum dapat lepaskan dia dalam masa yang singkat sebab dia merupakan tongkat dalam keluarga dia, dia juga menyatakan naluri ibu dia masih berat untuk satukan aku dengan dia dalam keadaan tergesa-gesa, malah bukan itu saja, dengan keadaan ahmad yang masih belum kerja tetap juga menjadi salah satu alasan mereka.

Dan masalah hidup berjauhan selepas kahwin (PJJ) juga keluarga sebelah ahmad tidak dapat terima. Ibu dia juga ada cakap penikahan ni bukan sehari dua tapi untuk selama-lamanya, kalau boleh biar kenal dulu hati budi masing-masing.

Selepas dapat jawapan dari keluarga Ahmad, aku terpikir sejenak, salah ke keluarga aku permudahkan? Keluarga aku takde pon mintak hantaran ribu riban untuk majlis nikah, rasanya keluarga aku dah permudahkan dari semua aspek. Tapi zaman sekarang ada jugak pihak lelaki yang complicated kan keadaan.

I cannot brain actually with this situation. Hahaha. Dan tentang kenal hati budi tu, memang betol perkahwinan ni bukan main-main, takde orang nak kahwen hari ni, esok crai makcik oii.

Seeloknya kita serahkan apa yang akan berlaku esok hari pada Allah S.W.T. kerana dia maha tahu segalanya. Yang pada asalnya aku sangat-sangat respect pada Ahmad sekeluarga sebab sanggup datang jauh2 semata2 nak jumpa aku dan family aku.

From that day aku nampak effort dia sebab nampak bersungguh-sungguh dalam proses menghalalkan hubungan ini tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik.

Mungkin aku dah tiada jodoh dengan Ahmad, tidak mengapalah InshaAllah akan ada lelaki lain yang boleh menghalalkan hubungan. Alhamdulillah atas segala-segalanya.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Cik Nadia, Itu maksudnya parents dia tak berapa berkenan..dikiaskan dengan suruh berkenalan dahulu. Nampak awk plak yg terburu-buru nak kahwin. Padahal setahun tu sekejap je. Nak beli rumah pakai deposit kurang2 20k jugak.

Walaupun kahwin free je masih kena kumpul duit jugak utk hidup selepas kawen. Move on jelah sis try dengan org kampung je. Senang sikit nk balik raya.

Azrul Noni, Jangan nikah semata2 kerana rasa umur dah tua..memang betul kata bkl mak mertua xjd awk tu dik.nk kawin ni kena kenal hati budi betul2 kalu setahun tu pun xpe.ni jumpa skali trus nk kawin takut nnt menyesal dik.rupa bg sy no 2 tapi hati budi peel perangai tu yg utama..

Kalu xmatch dgn kita kelak merana badan..bkl suami nk hold setahun tu ada betulnya tuk proses kenal hati budi dan persediaan mntal d fizikal..nk sedia duit d kelengkapan lps nikah bkn senang dik kalu xde keje tetap.lps ni nak sara awk dan ank2 nya dgn apa..kena pkir panjang dik oi..

Mahirah Hamdan, first, awak xboleh laa nak bandingkan fmily awak dgn family ahmad. Awk ckp fmily awk nk memudahkan, tp fmily ahmad nk hold dlu setahun, sruh kenal hati budi, nk kumpul duit kenduri.

Kalau awk trus bandingkan mcm ni, jgnkan ahmad, fmily lelaki mna2 pon awk akan keep ckp bnde sama.. dan part ahmad xde keje tetap tu antara alasan nak hold, adalah sgt munasabah. Awk kena ingt, tggjawab lelaki ni besar.

Kalau die khwin, kena bg awk nafkah lagi, mak ayah dia, mak ayah awak lagi.. kalau keje pon xtetap, mcm mana dia nak tunaikan semua tggjwb dia tu? dan kalau betul awak nak khwin dgn ahmad, awk akn brsabar dn bertolak ansur dgn cadangan fmily dia. sebenarnya nmpk mcm awk xsedia pon lg nk khwin, kalau xsedia dik, jgn gatal2 nak khwin.. nnt menyesal tau, smpai ke tua..

Ulie Nie, Adik ni jenis menurut kata ayahnya. Tak nak kenal lama2 tu maksudnya berhubung lama2 mcm resam org dok cintun…tunang lama2 dll. Faham sgt kata2 ayahnya sbb sy pun dah ada anak perempuan walaupun sbnrnya sy dan suami pun dulu bertunang 2 tahun lamanya.

So dik…camni….buat dek je la ngan laki tu. Bagusnya ko pun bukan jenis suka berhubung ngan lelaki tmsuk Ahmad tu jgk kan? So jgn wujudkan sbrg ikatan…sbrg harapan. U are free, Dlm tempoh setahun ni. Jgn kusutkan keadaan dgn mintak percepat sbb remember..

U are free..tak perlu komitmen dlm perhubungan anda berdua. Maknya telefon just layan dgn rasa hormat je sbg org tua. Kalau maknya nak hantar cincin risik bagai just say no. Setahun tak lama…harap dlm tempoh tu ko dan Ahmad dah ada kerja tetap.

Ingat..ni zaman duit…semua perlu duit. Menabung la dulu utk diri sendiri dan masa depan. Ingat lagi sekali..jgn mintak cepat bagai. Just go wt the flow.

Hana Mawaddah, Mmg la family awk mudahkan, tp kena fikir jugak psl family org lain. Nanti dh kawen, lg byk nk kena jaga hati dua2 belah keluarga. Jgn terlalu anggap belah kte je yg betul tanpa fikir psl org lain.

Kalu jd belah laki, dyorg pun boleh sangka buruk pd family awk, dtg jauh2, ayah awk xde. Kalu sy, mesti terdetik, ayah awk xsuka ke?

Fara Zakaria, Sebenarnya bila dah mula ada kesvlitan dlm nak menghalalkan hubungan, it’s a hint from Allah yg org tersebut tidak sesuai utk kita. Bukan org yg tepat utk sepanjang hidup kita dgn dia. Siapa yg suka meminta tlg Allah dlm membuat pilihan hidup (istikharah), dia akan fhm dan nampak perkara2 mcm ni.

Cik Ain sila teruskan dgn istikharah tu sehingga benar2 yakin. Org yg beristikharah ni takkan rugi. Byk kelebihannya yg Cik Ain akan nampak selepas kahwin nanti.

Nurul Hidayah, amboi ckp ngn bakal mak mentua makcik oiii..belum kawen dh kasar bunyi nyaa maroh hahaha…kawen tu bkn tangkap muat umo nak 30 perlu kawen yer..

Bgs lelaki tu pikir jauh..dh la awk kata x de rasa cinta..x kenal lg bebetul..dh nnt x kan mak mentua nak support korg kot tau laa kawen tu best..tp bawok2 la bersabo hahaha.

Atah Atikah, Hmm mcm family my ex husb. Org melaka gak. Msa kami kawen dlu, sbb xnk ex husb tanggung byk2 blnja, aku ckp gabung je majlis. Tp ex mil aku xnk. Katanya sedara ramai nk dtglah mcm2 lah.

Pastu aku ckp blh mymbut mnntu nnt xpyhla buat pelamin pkai bju pgtin bagai. Recycle pkai bju nikah dh cukup. Ex mil bisg lg ckp mna boleh, Kna lah ada pelamin pkai baju pgtin bagai. Lantak ko lah. Yg nk kuar duit ank jantan ko..

Najihah Jaafar, gelojoh sngt ni..rileks laa slow2..awk sndiri cakap dia takde keje tetap lagi,anak sulung pulak tu..nanti lepas kahwin camne nak hidup berdua..bagi masa..baru lg kenal kan..ni namanye awk menyusahkan urusan jugak ni..

Setahun bukan lama pun sempat laa kenal kot laa kang pengih ddah haa m4ti kejung satgi..btw tak perlu laa mention niqabis bwh tu mcm menunjuk2 plak hm sorry kalau terasa.

Mira Mior, Dua-dua ada salahnya, dua-dua ada tak salahnya, Pihak perempuan, pernah ustaz cakap, kalau nak kahwin secara Islamiah pun, sesi kenal-mengenal tu pun kena ada juga, bukan sekali jumpa dah terus kahwin je dik, bukan main lnggar je kahwin tak kenal hati budi wpun nak bercinta lepas nikah, ko ingat ni drama pkul 7 ke,

Yang pihak lelaki pula, mungkin dia tak sangka yang pihak si ppuan ni nak cepat sangat, kalau saya mak si laki ni pun saya akan suruh benda yang sama, kahwin bukan untuk sehari dua dik, kena kenal betul-betul dulu

Ummu Maryam, Perkahwinan bukan tentang ‘mudah’ sahaja, tapi lebih besar dari tu. Inilah proses untuk melangkah ke alam yang lebih mencabar dan besar tanggungjawabnya. Bagaimana kita perlu belajar untuk saling memahami, saling bertoleransi, saling berkomunikasi.

Confesssor juga sepatutnya perlu cuba memahami situasi keluarga lelaki dan kurang manis awal2 lagi dah perli ” makcik oii”. Saya percaya keluarga dipihak lelaki teruja nak bermenantukan confessor sebab tu mereka nak buat majlis besar-besaran. Fikir yang baik2 insyaAllah akan datang yang baik2.

Eyra Aziera, Taknak kenal lama? Awal-awal dah silap. Kenal dulu latar belakang dia. Pilih pasngan hidup ni bukan untuk sehari dua. Even yang dah bercinta bertahun-tahun pun masih belum kenal pasngan dengan sepenuhnya, inikan pulak baru kenal beberapa bulan.

Kenal pasngan tu tak bermaksud bercinta. Cara mak Ahmad tu betul dah. Pastikan Ahmad tu stabil dulu, baru boleh berangan nak bela anak orang. Kalau nak buat besar-besaran belah laki pun apa masalahnya?

Dia prepare belah laki, yg awak prepare la belah perempuan. Dulu masa akak kawin, akak settle belah perempuan, bakal husband settle belah laki. Terpulang pada dia nak buat besar mana, pilihan parents dia la sebab majlis tu kat rumah dia.

Diorang prepare pun masa kita belum jadik menantu lagi. So tak payah sibuk campur tangan lebih-lebih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *