Lps dibawang mertua, aku lari. Dlm group wasap fmly mertua, aku ‘sekolahkan’ mrk. Mak ayah aku dtg bersemuka. Padu ayah bg

Foto sekadar hiasan

Part 2: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mertua igt aku ikut suami p ngeteh. Tgh aku sidai bju, mertua dan ipar membawang. Aku dgr satu2. Bila aku masuk, terkjut mrk bukan kepalang

Aku dah isi borang tuntutan nafkah isteri dan anak. Aku nak buat tuntutan. Tinggal nak submit jer.

Bagi korang yang tak tahu dan teragak agak hak masing masing. Meh sini aku nak share.

Semasa dalam perkahwinan kita sebagai isteri boleh menuntut nafkah diri, nafkah anak kalau suami culas tak bagi nafkah. Sebab itu adalah tanggungjawab suami.

Selama ni aku bertolak ansur tapi kejian yang aku dapat.

Maka aku buat keputusan nak tuntut hak aku dengan cara yang betul sebab aku dah minta secara lisan dan damai tapi permintaan aku tidak dilayan.

Ditolak atas alasan aku bekerja dan ada pendapatan sendiri dan kenapa nak ungkit ungkit??

Biar mahkamah syariah yang putuskan layak ke tak layak aku terima nafkah diri. Jangan kata aku nak aibkan suami ke apa.

Aku pun tak kejam, minggu ni aku dah bawa mak ayah aku ngadap keluarga mentua.

Jap lagi aku citer, what happen. Kalau mereka tak comply permintaan aku, biar tuan hakim yang bijaksana je sekolahkan mereka.

Aku akan buat pemfailan tuntutan secara rasmi. That’s part of the deal!

Aku pun tak kejam sangat. Melalui ayah aku, aku tuntut suami bayar segala tunggakan dan belanja yang aku keluarkan untuk anak sekali.

Kalau dia tak mampu nak bayar lump sum bayar ansuran bulanan tanpa gagal, potong gaji je la.

Kalau dia sengkek maka tanggungjawab bersama bapak dan adik beradik lelaki dia untuk lunaskan.

Aku bagi tempoh masa. Aku ni dah terbiasa rekod dalam diari yang gomen bagi tiap tahun perbelanjaan diri aku.

Berapa aku belanja untuk keperluan rumah tangga, berapa aku bagi suami hutang. Berapa belanja diri aku.

Sebab mak ayah aku dah ajar rekod every single thing belanja aku. Nampak macam simple, tapi kesannya besar.

Jangan ingat lepas cerrai jer boleh tuntut nafkah anak ye. Ala yang aku tuntut ni kira pejam mata jer tau, aku tuntut RM10 sehari korang darabkan dengan tempoh 13 tahun. Ini untuk tunggakan nafkah aku.

Anak punya aku kira belanja keperluan anak sejak lahir, pampers, susu, pakaian, belanja taska, tadika, belanja sekolah, yuran PIBG semua aku listkan.

Kalau suami ada toleransi, behave aku boleh consider untuk bahagi dua. Kalau memasing poyo aku up sehari nafkah aku jadi rm30.

Niat aku dapat duit ni nanti nak bawa suami pi umrah. Aku belanja dia.

Kalau dah dapat perintah mahkamah sok, dia tak comply aku sanggup failkan permohonan komital. Aku sanggup tanggung kos belanja dia ke penjara.

Tapi boleh jer minta perintah mahkamah cara pembayaran potong gaji, lagi senang. Aku malas dah nak baik baik dah. Aku buat baik pun dibalas tuba.

So baik jadi baik tapi berpada pada. Aku cakap terang terang selama ni pun orang main mainkan aku. Ni aku cakap guna spotlight terus.

Malas dah nak fikir apa orang nak kata. Sebab selama ni mereka dok harass aku, aku sabar jer dah makan tahun. Sabar, sabar, sabar last sekali dipijak pijak maruah kita.

Buat masa ni sabar dah takde dalam kamus hidup aku. Aku nak secure diri aku dan anak daripada manusia yang toksik.

Katalah aku isteri derhaka ke apa, malulah sikit siapa yang derhaka dekat sini???

Korang gi check dekat mahkamah syariah tempat korang macam mana nak buat tuntutan.

Pihak berkuasa negeri mewujudkan Enakmen Pentadbiran Islam Negeri, so takkan sama dengan negeri lain. Adalah slightly different.

Boleh juga dapatkan khidmat nasihat melalui Jabatan Bantuan Guaman dekat kawasan korang, silalah google.

Ada bayaran untuk khidmat nasihat, tak silap RM10. Kalau layak boleh dapatkan khidmat JBG untuk wakilkan diri kita.

Tanyalah pegawai berkenaan untuk keterangan lanjut. Kalau berat mulut masalah tak settle.

Yang aku tahu, kalau pihak kita dah ada JBG wakilkan, pihak satu lagi tak leh guna khidmat JBG.

Dalam kes aku, aku pi dapatkan khidmat nasihat sahaja. Yang lain aku urus sendiri. Sebab gaji aku tak layak.

Aku jenis tak bertangguh, kali ni aku nekad. Apa nak jadi, jadilah. Kalau suami dah tak nak dekat aku sebab rasa aku melawan dia ke apa, silalah buat permohonan ke mahkamah.

Senang aku nak tuntut harta sepencarian pulak lepas ni. Aku dah sampai level hati kering dah ni.

Sedar tak sedar sebenarnya dalam masyarakat kita ramai isteri yang dianiaya suami sendiri. Ya, dengan kerasnya aku keluarkan statement ini.

Seorang isteri ada hak untuk menuntut nafkah dalam tempoh perkahwinan. Ko kuat tak kuat ajelaa nak hadap. Sebab nak tengok muka dia hari hari.

Suami lawan la macam mana pun, perintah Allah ialah suami bagi nafkah kepada isteri ikut kemampuan diri dia.

Selama aku nikah ni, kalau nak balik kampung mak ayah aku, kena amek cuti. Takpun mak ayah aku datang ziarah aku anak beranak.

Sebab mak ayah aku simple jer. Anak cucu tak dapat balik kampung takpe, biar mak ayah datang. Benda jangan dibuat susah.

Dan mak ayah aku yang rajin suruh aku bersabar sebelum ni. Siap pesan kalau balik kampung sana jangan menjawab, diam jer apa orang kata. Sebab tu aku kuat.

Kena perli dengan mak bapak sedara pun aku senyum jer. Puas lah zikir dalam hati. Tapi bila dengar benda tu keluar daripada mulut mentua, tu yang perkataan sabar terus lenyap dalam kamus hidup aku.

Mak ayah yang ajar aku, beli barang keperluan bila balik rumah mentua. Bawa buah tangan. Jangan ingat kita duduk hotel bila balik ramai ramai tu.

Iyalaa kesian mentua ni kerja kampung jer. Ziarah rumah adik beradik pun sama, jangan lenggang kangkung sangat.

Tetamu tak tetamu, takkan datang makan pas tu blah!!! Memang mak ayah dah pesan dekat anak anak.

Bukan nak kata aku baik tapi sejak bujang pun memang dah perangai macam tu, mak ayah dah ajar ada common sense.

Kalau aku tak dapat balik rumah mak ayah aku puncanya aku balik rumah mentua, aku order jer barang keperluan online hantar terus ke rumah. Mak ayah aku sakit, aku order grabcar anta ke hospital ke klinik.

Itu dah kira aku berkorban demi nak puaskan hati mentua, pun dikatanya aku memacam. Aku bukan kayu nak diam jer. Banyak benda aku korban.

Aku blah balik kampung mak ayah aku lepas kejadian tu tengah hari sabtu. Petang sabtu tu mak teh laki aku whatsapp cakap aku ni menantu kurang ajar, menantu tak tahu malu.

Maknanya apa??? Mereka dan keluarga mereka dah membawang aku. So aku memang koyak! Korang tau aku buat apa????

Aku share dekat whatsapp family laki aku, aku share dekat whatsapp mak teh yang conversation dia anak beranak mengumpat aku siang tadi.

Siap ada bunyi ayam berkokok lagi.

Aku share juga pay slip, bank statement yang remark ‘suami pinjam nanti bayar’, ‘duit repair kereta nanti bayar’, duit tukar tayar nanti bayar’, duit renew road rax nanti bayar’, ‘duit sumbangan mak abang’ .

Conversation whatsapp suami minta pinjam duit, conversation aku dah transfer duit sayor mak mentua dekat laki aku. Semua aku share.

Dan aku sertakan juga ayat “sumbangan menantu hantu”. Semua krik krik dalam group whatsapp tu. Semua stone!!!

Then sabtu lepas aku bawa mak ayah aku ngadap keluarga mentua sekali laki aku.

Aku kalau boleh malas nak babitkan mak ayah ni, tapi ni peluang untuk aku clear the air. Biar ayah aku settlekan sebab ayahanda aku pun dah nipis sabar dia. Pandailah apa ayah aku nak cakap.

Yang menyampah tu, mentua paksa aku salam biras (bini abangnya tu).

Aku tak nak, siap cubit lengan aku tak nak salam dengan menantu kesayangan dia tu.

Aku jerit cakap jangan paksa aku boleh tak??? Tak yah nak berlakon baik memasing. Sama jer semua ni!!

Mak aku sengih sengih panggil aku, “kakak tanak salam dah meh sini duduk dengan mak.”

Mak aku tak bagi aku layan sangat, duduk jer tak yah nak pi dapur ke apa. Kita ada mineral bawa sendiri untuk minum.

Biras aku tu pon sama jer. Suka scam aku, suka pekenakan aku. Time raya dia sakan beraya, tinggal aku kontang kanting kat rumah melayan tetamu tak putus kunjung tiba. Basuh pinggan mangkuk, memasak dari pagi sampai ke malam.

Balik kampung keje merayap anak anak dia yang berdedai tu ditinggalkan dekat rumah suruh aku ngasuh!! Dia bley gi sana sini me time laki bini.

Mak aku pesan lepas ni balik kampung tak yah beli apa apa. Petik je pisang dekat belakang rumah tu masak gulai campur ikan masin jer.

Kekkekekekekke!! Sempat mak melawak. Mak aku ni dia suka buat lawak jer benda benda yang serius gini. Dia tak nak aku stress.

Ayah aku cakap dekat mentua ni, dia ni selama ni dok perati jer tak nak masuk campur selagi anak menantu boleh handle masalah sendiri.

Tapi kemuncaknya dia tak boleh nak tolak ansur dah. Ayah aku meluahkan juga rasa terkilan dan tidak puas hati.

Ayah aku pun tuntut hak dia. Hak dia bersama anak cucu, menantu.

Tak pernah ayah masuk campur urusan anak menantu kecuali sekadar bagi nasihat dan keputusan biar anak yang decide.

Mak mentua aku melawan, dia menangkan diri dia dengan anak laki dia.

Biasalah tu anak datang rumah mak ayah bawa buah tangan, macam mentua aku lah datang rumah aku bawa pisang. Tu kata dialah.

Mak mentua bahaskan yang ayah aku lain ada duit pencen, ada pendapatan. Amboih, sedapnya!!

Abis tu ayah aku cakap, “kalau macam tu apa keperluan kerja susahkan anak menantu sampai bercatu makan semua semata nak penuhkan keperluan lifestyle kita??? Cukuplaa seadanya, perlu ke bercuti setiap tahun kalau dah takdak income???

Perlu ke tukar langsir beribu ringgit beli dekat Nilai 3 tiap tahun bila tiba raya??? Orang ada pencen pun tak tukar langsir tiap tahun!! Takdak bercuti sana sini tiap tahun.

Ni takdak duit sikit sikit kenduri. Takdak duit minta dekat anak anak. Lain cita kalau anak anak tu berduit. Nak bersedekah banyak lagi cara kita nk menyumbang bukan wang ringgit jer semata!”

Konsep mudah ayah aku kata, kalau kita takda buat cara takde. Masalah datang bila kita takde tapi buat cara semua kena ada. Bengkok, ayah aku cakap!

Jangan kata busut, bukit pun boleh botak kalau macam tu. Tengok apa jadi kalau bukit tu botak??? Tak land slide, banjir lumpur.

Siapa yang susah???? Bukan kita sorang jer yang susah, orang keliling pun terpalit sama.

Mak mentua jawab gak, dia tak nak kalah. Dia kata abis apa guna anak anak kalau tak boleh bantu mak ayah yang besarkan dia dari kecik????

Ayah aku cakap, “ni bukan bantu dah ni dah memeras anak anak, terpalit dekat menantu.

Bukan tanggungjawab menantu pun. Kira ihsan dia selama ni, beri la balasan baik. Selalu kata menantu ni macam anak sendiri???

Apa yang kita cakap tu kena seiring dengan perbuatan kita. Yang cakap menantu kedekut kenapa???

Abis selama ni menantu ni buat macam macam, bagi macam macam kena kecam juga. Apa suka tengok anak tu gaduh laki bini??? Nak anak menantu bercerai ke?” ayah aku tanya.

Mak mentua jawab, “iyalah kita ni orang miskin orang tak pandang!”. Itulah modal dia!

Ayah aku malas nak bertekak dah ayah aku cakap, “kalau dah miskin buat cara miskin!! Jangan kancil berangan nak jadi gajah!!! Buasir kang!!!”

Terus ayah aku cakap dekat suami aku, “kalau rasa tak boleh jaga anak ayah, pulangkan dengan cara yang baik macam mana kau datang dulu.

Ayah dah hilang sabar. Kau lelaki, suami patut bertegas. Sayang mak tu, sayanglah tapi tanggungjawab pada anak bini jangan lepaskan.”

Ayah aku sedih, dia cakap “cuba benda ni jadi kat anak perempuan mentua, jadi dekat adik perempuan suami.

Apa perasaan anda semua anak yang kita besarkan dari kecik, kena macam ni???? Kalau tak boleh nak jaga anak ayah, biar ayah jaga selagi hayat dikandung badan.

Ayah memang dah berusia tapi ayah mampu jaga anak ayah. Ini anak ayah yang kamu semua sakitkan. Drah daging ayah!

(Menangis aku masa ni) Ayah pun pernah jadi anak, jadi menantu. Sumbangan ni bukan wang ringgit jer, banyak benda yang kita boleh sumbangkan kepada mak ayah, bukan wang ringgit semata.

Kalau wang ringgitlah yang jadi ukuran sampai bila-bila pun takkan puas!!!”

Bapak mentua aku diam jer. Dia memang macam tu.

Mak mentua aku nangis, dia kata kalau anak lelaki tu tak nak pedulikan dia lagi takpe. Takkan dia nak paksa? Orang dah tak suka.

Mulalah drama play viictim dia. Ayah aku reply, “kita ni dah tua. Akhir zaman ni orang muda pun dijemput Ilahi dulu. Inikan dah tua tua macam ni.

Kalau nak bahagia jangan ikutkan sangat kaki drama tu. Kita bukan suruh anak lelaki tu benci mak sendiri, kita minta dia lebih bertanggungjawab dekat keluarga sendiri.

Patut makin tua, makin bijak buat keputusan bukan buat keputusan 2 min tak fikir panjang.”

Ayah aku tuntut permohonan maaf bukan secara lisan sahaja.

“Bagi siapa yang dah update dekat whatsapp status, status fb semua sila buat permohonan maaf secara bertulis dah burukkan nama anak ayah dalam masa 7 hari.

Kalau gagal akan ada tindakan susulan. Miskin tak miskin. Biar miskin harta jangan miskin adab!! Patut yang tua tua ni nasihat anak anak bukan jadi batu api lagi.”

Then ayah aku minta diri bawa aku balik. Ayah aku cakap,

“buat masa ni asinglah dulu tempat tinggal. Dah tenang nanti, bincang balik datang jumpa ayah. Kalau masih ada lagi perasaan sayang, teruskan hubungan ni.

Kalau dah rasa terbeban dengan semua benda, buatlah keputusan yang wajar. Mereka berhak memilih sendiri keputusan, sebab ni kehidupan mereka.

Lepaskan anak anak ni, mereka bukan budak kecik. Dah ada keluarga masing masing.”

Kita tengoklah jauh mana wayang depa. Penat Timah nak layan. Bila teringat layanan depa selama ni hati ni sayu jer. Tak nafikan Timah pun tak perfect, tapi aku usaha nak jadi anak menantu yang baik.

Korang yang kena buli tak kira la suami ke isteri, do something.

Kalau spouse kita ignorance kita kena cari solution next level selagi tak memudaratkan.

Sebab ego, bila partner cakap takmo listen. Pandang benda tu simple. Apa ke benda, benda simple ko tak leh nak settle!

Reaksi Warganet

Is Marissa –
Pehhh puas hati baca. Baru tau buku bertemu ruas.

Selama ni diayam ayam kan kau timah. Mentang mentang stokin kau pink, dia ingat kau lemah.

Mak ayah kau pun the best. Ni kalau buat drama ni, kalahhh drama Rindu Kasih..

Alya Alayaa –
Kadang kadang tu perasan tak, jenis mak mertua yang perangai macamni datang dari golongan susah, yang kurang pelajaran, kurang ilmu, tak berkerjaya.

Saya tak kata semua, tapi bole tengok di sekeliling. Yang baik tu memang baik la sebab beriman, berilmu walaupun miskin.

Lain pulak dengan mak mertua yang berpelajaran, berkerjaya, diorang lebih tenang, supporting dan memahami anak menantu, malah tolong anak menantu.

Apa pun terbaik ayah awak.. Berani bersemuka

Kamalia Kamal –
Alhamdulillah. As expected, family confessor lebih waras dan baik.

Boleh jumpa cakap elok elok lagi. Tak melenting dengar alasan tak reasonable penuh emosi keluarga mentua.

Pihak teraniaya boleh cakap elok elok, yang satu lagi melenting lenting. Tak tahu lah nak gelak ke sedih. Sampai kesudah takde penyelesaian.

Semoga urusan confessor dipermudahkan.

Dee Ya –
Awak hebat. Mak ayah awak pun hebat.

Sememangnya kita perlu bertindak. Jangan biar diri dianiaya pasangan dan mertua serta ipar duai.

Ingat. Walau nanti suami masih nak berbaik dengan awak. Jangan sesekali pergi umah mertua lepas ni. Biar suami balik sorang.

Bukan apa, takut nanti ada yang guna guna awak je suruh tunduk. Bahaya.

Lepasni tak payah lagi pergi umah mertua ok. Jangan ambil makann minum yang mereka bagi. Hati hati

Cik Puan –
Pernah jugak komen bagi pendapat. Kalau ada masalah rumah tangga dan dah tak tahu nak mengadu dekat siapa selain pergi kaunseling/report dekat pejabat agama, better inform dekat mak ayah sendiri.

At least mak ayah kita boleh jadi wakil atau orang tengah pergi jumpa dengan besan/mentua kita tu.

Bincang apa apa yang patut untuk bantu anak menantu. Selagi rumah tangga boleh dipertahankan, tak perlu lah berpisah.

Benda boleh bincang. Tapi kalau dapat menantu hantu dan besan hauk, kau ingat mak bapak kita nak sebelah kan dia orang ke?

Ofcoz lah mak bapak kita akan sokong kita, anak kandung dia org.

Kalau bercerrai tu boleh buat kita bahagia, percaya lah mak bapak kita tak kan halang kita berpisah dengan menantu hantu tu..

Tapi ada jugak yang meroyan dekat komen sata tu konon katanya jangan bagitau dekat mak ayah kita, jangan bagi mak ayah kita susah hati dengan masalah rumah tangga kita bla bla. Macam macam lagi lah alasan.

Tak, masa kau nak kahwin dengan laki kau dulu elok je kau bagitau dekat mak bapak kau.

Bila ada masalah rumah tangga yang kau sendiri pun tak mampu nak settle, mak bapak kau yang lahir kan dan jaga kau sampai kau layak jadi bini/mak/menantu orang.. tetiba kau anggap ‘orang luar’ pulak ye?

Kalau kau tahu betapa mak bapak kita pun sayang kan kita lebih daripada laki/mentua sayang kan kita. Kau tak kan bagi alasan macam tu.

Mak bapak berhak tahu. At least takde lah bila tetiba kau jadi ‘janda’ baru kau nak balik rumah mak bapak sendiri dan bagitau dah bercerrai dengan laki.

Part 1:

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sedihlah. Nak meluah rasa. Aku tengah broken. Last week balik kampung suami. Macam biasa aku sedar diri yang aku ni menantu.

Aku balik selalu bawa barang dapur. Minyak masak, beras, bawang etc, beli lauk basah nak masak makan sesama.

Memang gitu cara aku balik umah mentua. Kalau nak balik rumah mesti aku salam keruk kasi mak ayah mentua duit. Tu duit sumbangan aku. Takde guna duit laki aku pon.

Nak dijadikan cerita laki aku keluar ngeteh, MIL ingat aku ikut sama.

Sebenarnya aku dok dekat belakang sidai kain baju semua orang.

Sebab aku jenis tak kisah. Bukan nak ungkit ye, tapi nak cerita. Mil dok dekat dapur dengan anak sulung dia.

So butir diaorang borak tu aku dengar sebut nama aku. Kata aku kedekut, taik hidung masin. Masa raya tak bagi duit rayalah. Kedekut tak belanja dia hand bag lah.

Lepas tu abang ipar aku kata, “takkan la raya pun tak bagi duit mak??? Apa teruk sangat????”

Masa ni remuk hati aku. Sebab aku dah rasa aku tak berkira pun dengan diaorang.

Silap jugak aku bagi duit raya RM300 melalui laki aku. So dia ingat tu sumbangan anak dia, bukan daripada aku.

Kalau beli apa apa aku pass je dekat laki aku. Sebab aku tak sangka pulak diaorang boleh ungkit macam tu.

Nak balik raya aku siap beli daging lembu 5kg, tulang 5kg, ayam 10 ekor. Tu pon dia ngata aku kedekut. Bagi lagi duit belanja. Memanglah takde bagi duit raya. Dah tu sumbangan semua tu.

Kalau balik kampung mesti aku bayarkan bil api air, bil wifi via jom pay.

Sebab bila balik ramai ramai berkumpul tu takkan mak ayah kena tanggung semua kan?? Kira aku jenis fikir jugak kebajikan mak ayah mentua ni.

Sebabkan aku dah banyak menyumbang dengan cara tu, aku kasi duit salam keruk sebelum balik rumah apa yang ada cash in hand contoh RM30, max RM50.

Dia kata nak buat taik gigi pun tak boleh. Terasa jugak tapi diamkan aje. Orang tua kan???

Tapi masa aku dengar sendiri daripada mulut depa ni aku sedih sangat. Aku rasa, hina sangat aku di mata mereka.

Abang ipar cakap, “ai dah kawen dah tak boleh bagi mak duit ke???”

Masalah yang bercakap tu memang dia bagi maknya duit lepas tu minta balik. Kadang pinjam dekat laki aku.

Bila dah pinjam dekat laki aku maka duit belanja aku kena potong. Dah aku pulak kena tanggung belanja laki aku. Adatlah kan hidup berumah tangga.

So janganlah ingat isteri ni kerja abiskan duit suami tu. Lainlaa kalau laki aku tu kaya banyak duit nak kata aku kikis duit suami.

Sebab aku ni ada pendapatan, maka aku belilah apa yang aku suka. Almost semua barang rumah aku beli, pun ngata aku kikis duit laki aku.

Laki aku tu dapat gaji menung dekat depan rumah. Dek nak puaskan hati mak dia, kejap nak sofa, kejap nak peti ais, kejap nak itu ini. Anak anak jadi mangsa. Lepas tu lepaskan dekat menantu.

Aku sedih. Aku masuk dalam letak bakul dan dua beranak tu terperanjat. “Cakap eh ada kau???”

Aku jawab, “ha ah ada dari tadi saya dengar bukan main sedap mak membawang dengan abang pasal saya menantu kedekut mak kata.

Mak, kalau mak nak tau duit belanja raya tiap tiap tahun tu saya yang bagi bukan suami saya sebab dia takde bajet nak bagi mak belanja makan sebab dah bagi belanja baju raya mak anak beranak.

Saya sendiri tiap kali raya baju beli sendiri, saya tak merungut. Duit pendaftaran tadika anak tiap tahun RM1100 pun saya yang bayar. Belum kira bayar bulan bulan lagi. Celah mana saya kerja kikis duit anak mak??

Anak mak yang kerja dia kikis duit saya duit tol minyak nak balik kampung mak pun minta dekat saya. Sekarang saya ungkit, sebab saya kecewa mak dengan abang mengata macam macam.

Anak anak mak sendiri kalau balik rumah mak lenggang kangkung takpe, tak berdosa. Yang berdosa saya ni sebab jadi menantu yang tak sempurna di mata mak. Mak tak suka saya dari dulu lagi.

Sebabkan mak tak suka saya, saya kedekut saya nak balik rumah mak ayah saya sendiri yang lama saya tak jenguk sebab selama ni saya taat kepada suami saya.

Polisi mak, anak anak semua kena berkumpul rumah mak tiap minggu sampai saya abaikan keluarga saya sendiri.”

Aku call laki aku bagitau aku minta izin nak balik rumah mak ayah aku sendiri tak jauh mana dari rumah MIL, 45 min jer.

Hati aku sakit. Aku kemas baju terus blah balik rumah mak aku.

Buat masa ni aku tak nak balik rumah mak mentua aku yang materialistik. Yang suka kikis duit tu dia.

Laki aku sampai je rumah, mentua aku drama nangis nangis kata aku kurang ajar dengan dia.

Aku masa tu memang tengah marah sangat, lama dah aku sabar. Aku minta maaf dekat laki aku, aku faham apa apa pun itu mak dia.

Dia pun tersepit. Sambil tu aku forward perbualan aku dengan MIL yang aku sempat rekod tadi.

Apa yang MIL cakap pasal aku, ada yang sempat aku rekod. Dia ngata aku tak sedar diri mandul sebab anak aku sorang jer dah kawen lama.

Tu buat aku tambah sedih. Jemur kain pun bawa hp senang nak buat tik tok kalau orang membawang kita. So laki aku tak cakap apa, dia pun speechless.

Maka aku kemas barang dan balik kampung mak aku untuk tenangkan diri. Ni aku tak bercakap sangat dengan laki aku dan aku tak nak amek tahu pun pasal orang yang sakitkan hati aku.

Pada aku buat masa ni aku akan jarakkan hubungan dengan orang yang t0ksik.

Aku tak jawab call mentua sebab aku tau dia call hanya nak sekolahkan aku. Faham sangat dah mesti nak cakap aku ni isteri kena taat dekat suami. Malas nak layan.

So kepada mak mentua di luar sana jangan cakap dekat mulut jer yang menantu ni macam anak sendiri.

Tak payah lah fake sangat cakap macam tu sebab layanan dekat menantu tu memang bias sangat.

Kalau menantu suka bagi duit, bagi barang emas, bagi handbag mahal mahal memang cakap sayang. Pilih kasih berpisah tiada.

Yang jadi menantu ni kalau nak bagi duit dekat mentua bagi direct tak yah suruh laki yang passkan.

Kasi dia tau, mak ni duit saya bagi kat mak ye. Duit titik peluh saya. Yang dia nampak senang kita jer, susah kita dia tak nak amek tahu.

Ipar ipar ni tak payah bajet sangat nak jadi batu api. Jaga rumah tangga sendiri, takkan laa tak tau kehidupan berumah tangga macam mana.

Lepas tu jangan kerja pinjam duit adik adik lepas tu tak bayar. Play viictim pulak. Menyampah!!! Dah pinjam bayarnya tak!

Kete rosak pinjam, takde duit nak belanja pinjam. Lepas tu pergi bercuti boleh pulak. Makan tempat tempat hipster boleh pulak. Beli hp baru. Hutang tak nak bayar!

Aku yang terkesan, laki potong belanja rumah. Orang meminjam makan mewah yang bagi pinjam pulak makan bercatu.

Aku nak meluah jer. Aku reti solat 5 waktu, aku reti zikir bangun malam solat sunat. Aku tau benda ni semua.

Tapi hati aku luka, aku perlu meluahkan.

Yang meluat, tambah sakit hati. Timah

Reaksi Warganet

Nsyen NS –
Baik macam mana pun menantu, pastinya yang salah adalah menantu sebab menantu ni orang luar.

Berkorbanlah banyak macam mana pun.. tak akan pernah cukup. Maka jagalah hati sendiri.

Kalau perlu keluar dari hubungan/keluarga toksik, keluarlah segera. Mohonlah petunjuk dan perlindungan dari Allah.

Norafida Baharun –
Elok cerrai je. Kalau sayang biar laki tu yang bertegas bukan lembik turutkan sangat apa mak dengan adik beradik tu nak dan kata.

Dah isteri tu dibawang kan nya kalau tak backup isteri memang serupa laki tak de telor.

Keluar je lah dari keluarga toksik macam tu. Dah dikata macam macam apa semua, tak yah stay kekonon isteri terpaling setia dialam semesta sanggup berkorban apa.

Nur Maya –
Elok elok duit sendiri kenapa nak jadi baik hati sangat bagi melalui laki. Memang la mak dia ingat itu duit anak dia yang punya.

Lainlah kalau laki TT cakap, Makkkkk bini saya bagi duit dekat mak ni….

Tak payah nak jadi baik hati sangat la dengan mentua or ipar duai. Nak belanja apa apa kena bagitau Makkkkk ini saya yang beli dengan duit gaji saya sendiri bukan beli dengan duit anak mak.

Tak boleh nak bajet bagus. Tangan kanan hulur, tangan kiri tak tahu. Biar dua dua tangan tahu.

Mohd Safuan –
Mak mertua sis ni toksik. Orang toksik macam ni elok la dijauhi.

Daripada sis bagi duit dekat mertua ni baik sis berbakti kepada family sendiri. Kadang kadang kita kena keras hati untuk jaga hati sendiri. Kalau saya tempat sis even saya ni lelaki tindakan stop bagi duit kepada mak mertua even 1 sen pun.

Stop balik rumah mertua dan stop angkat phone apatah lagi nak telefon mak mertua. Dia nk cakap apa pun, cakap la bukannya kita dengar pun. Haha. Hati tak sakit, hidup pun tenang sebab dah kurang orang toksik yang perlu kita jaga hati, bagi duit etc.

Sumber – Timah Stokin Pink (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *