Pelik jam 2pagi ayah tiri kejt suh hafal sifir. Tp dia bwk adik ke blik air. Dgr suara sayup2 adik menangis, Aku mula curiga.

Foto sekadar hiasan :

Baca perlahan-lahan kisah di bawah.Sekiranya bermanfaat dan memberi pengajaran, boleh share kisah ini pada kenalan2 anda supaya sama2 kita ambil iktibar.

Nama aku NAA. Umur aku hampir 30 tahun.Aku tinggal di salah sebuah negeri di pantai timur. Bekerja dan mempunyai 2 orang anak. Ye, nama aku berbintikan Abdullah.

Dan aku berbangga dengan nama yang telah Allah tetapkan kepadaku ini.Walaupun aku tidak pernah kenal siapakah gerangan insan yang bernama Abdullah itu.

Tapi aku tetap bersyukur.Bukan rezeki aku untuk mengenali beliau.Dan aku tidak tahu samada beliau masih hidup mahupun sudah pergi menemui pencipta yang Maha Esa.

Tapi doa aku sentiasa bersamanya walau dimana beliau berada sekarang ini. Bercerita mengenai bagaimana detik pertama aku mengetahui akan status diriku ini,terasa lucu pula.

Ohhh, untuk pengetahuan semua aku mempunyai seorang adik lelaki yang muda setahun dariku. Adik lelaki seibu tapi berlainan bapa.

Bapa kandung adikku telah pergi menghadap Illahi ketika adikku masih didalam perut ibu. Manakala aku baru berusia 7 bulan ketika itu.

Ibu mengandung anak kedua dalam jarak masa yang sangat rapat. Beza setahun sahaja umur aku dan adikku. Kasihan ibuku diuji kehilangan suami dalam umur yang masih muda

Mempunyai 2 orang anak kecil yang perlu dijaga. Semasa kami kecil, kami tinggal bersama atuk dan nenek di kampung.

Semasa itu ibu bekerja siang malam untuk membesarkan kami. Sedari kecil lagi aku telah diuji. Ujian yang mematangkan aku. nRamai orang yang mengenali aku akan cakap aku matang dari usia sebenar.

Alhamdulillah. Tapi masa kecil, aku tahu aku bukanlah anak, cucu mahupun anak saudara yang disayangi.Aku bukanlah permata di dalam keluargaku. Aku redha.

Aku masih punya Allah yang sentiasa bersamaku setiap detik hidupku. Membesar bersama adik yang beza umur hanya setahun dariku membuatkan aku boleh mengerti kasih sayang yang berbeza beza di antara kami.

Setiap masa aku dipersalahkan dalam segala hal. Banyak kalau nak diceritakan disini.

Dan banyak yang aku telah buang jauh jauh kenangan pahit yang menyakitkan itu. Aku akan cerita moment moment yang masih melekat di fikiranku sahaja sehingga ke hari ini. Pada usia aku 9 tahun,

semasa cuti sekolah di bulan puasa, seperti biasa aku dan adik akan mendapat bantuan pakaian raya. Di petang itu, telefon berbunyi dan aku berlari ke ruang tamu untuk menjawab panggilan tersebut.

Rupanya panggilan tersebut datang dari guru sekolah kami. Beliau bertanyakan nama penuh kami. Dialognya begini,

“NAA, nama penuh awak NAA binti Abdullah kan?. Nama adik awak ABD bin Nordin kan? (bukan nama sebenar) Kenapa tak sama ye?”.Dengan penuh yakin aku menjawab,

“Oooo, salah tu cikgu. Nama saya NAA binti Nordin juga. Kami adik beradik”.Lucu sangat bila teringat saat ini. Naif sungguh aku ketika ini.

Bermula dari itu, cikgu sekolah mula keliru akan identiti kami adik beradik. Makanya, di sekolah kadang namaku berbinti Abdullah, kadang berbinti Nordin.

Ada lagi sijil sijil yang aku simpan sehingga ke hari ini. Berbeza beza nama bapaku di dalam sijil tersebut. Hihi Itu antara pengalaman lucu yang aku alami. Sehinggalah aku berusia 11 tahun.

Aku terlihat salinan surat beranakku. Di bahagian nama bapa tertera tulisan ‘tiada dapat diperolehi’. Aku berbisik di dalam hati, mungkin semasa itu aruwah ayah.

Tidak dapat hadir semasa hari mendaftar namaku di JPN. Lama aku menyimpan salinan surat beranakku. Kemana sahaja aku akan membawanya.

Nak dijadikan cerita. Pada ketika itu hobiku adalah membaca. Aku terbaca satu artikel berkaitan anak luar nikah.

Aku cuba relate artikel itu dengan kehidupan aku. Dan semasa tu aku sudah terdetik didalam hati bahawa aku adalah pemegang status anak luar nikah. Namun semasa tu aku masih tidak rasa apa apa.

Jadi aku tidak menanyakan kepada siapa siapa pun berkaitan perkara itu. Aku hanya simpan seorang diri sahaja. Hari ke hari.

Aku dapat melihat semakin ketara aku dipinggirkan didalam keluargaku sendiri. Hanya aruwah atuk yang melayanku dengan baik.

Tidak pernah mengetepikan aku. Sentiasa berpesan dan menasihati aku. Aku selalu depersalahkan dalam segala hal oleh semua orang di dalam rumah tersebut termasuklah ibuku sendiri.

Selalu aku terfikir apa salah aku. ematangan yang Allah kurniakan kepadaku semasa kecilku mebuatkan aku boleh menilai setiap perbuatan ahli keluargaku kepadaku ketika itu.

Ibu sentiasa melebihkan adikku. Jika mereka ada perancangan untuk keluar berjalan,pasti aku akan ditinggalkan dirumah untuk menjaga gerai jaja nenekku pada ketika itu.

Menangis meraung macam mana sekali pun, aku tetap ditinggalkan.Apa yang mebuatku lebih bersedih, sudahlah ditinggalkan.

Tidak pula mereka membawa pulang apa apa barangan atau makanan untukku.

Adikku yang dapat ikut pula dapat bermacam macam.

Pernah sekali adikku bawa pulang air vitagen ke rumah. Bila aku bertanya dimana aku punya kepada ibu, ibu boleh pula menjawab “buat apa beli dekat kau. Membazir aje.”

Sedih hati kanak kanakku mendengar jawapan ibu. Bermula dari saat itu, bermulah hidupku bersahabat baik dengan diari.Apa jua kesedihan akan aku luahkan didalam diariku.

Aku suka menulis puisi. Kalau ada sambutan untuk ceritaku ini, akan aku lampirkan puisi-puisi yang pernah aku karang suatu masa dahulu. Puisi yang boleh membuatkan rakan rakanku menangis.

Bila membacanya. Sehingga sekarang ada dalam simpananku. Pada usiaku 11 tahun, hidup kami berubah 100%. Setelah bertahun tahun membesarkan kami berseorangan.

Akhirnya ibu aku telah bertemu jodoh lain.Bukan main seronok lagi aku dan adikku nak dapat bapa baharu.Tapi masih aku ingat semasa itu, aruwah atuk dan nenek menentang hebat pilihan ibuku.

Manakan tidak, umur bapa tiriku itu beza hampir 30 tahun dengan ibu ku. Malah bapa tiriku itu berumur lebih tua dari aruwah atukku.

Bayangkan lah berapa jauh perbezaan umur mereka. Ada jugak aku dengar orang kata ibu aku diberi ubat guna guna oleh bapa tiriku itu sehingga ibu jatuh hati kepadanya.

Padahal pada ketika itu ada lelaki yang lebih lama rapat dengan ibu. Tapi mentah mentah ibu menolaknya.

Bapa tiriku telah pun mempunyai 5 orang anak hasil dari perkahwinan pertamanya. Bekas isterinya telah pun meninngggal dunia pada ketika itu.

Jadi aku mempunyai 3 orang abang tiri dan 2 orang kakak tiri. Mereka semua sangat baik dengan kami. Hasil perkahwinan ibu dengan bapa tiriku itu.

Aku dikurniakan lagi 3 orang adik tiri. Selang beberapa minggu perkahwinan ibu dan bapa tiriku, kami telah berpindah dari rumah atuk dan nenek.

Masih di daerah yang sama. Tidak jauh dari rumah lamaku. Disini bermulah ujian yang lebih hebat buat diriku. Pada suatu pagi yang dingin, aku dan adikku sedang tidur diruang tamu.

Tiba tiba aku terasa seperti ada tangan yang merayap rayap dicelah pehaku. Aku tersedar dan bertapa luluhnya hatiku apabila melihat bapa tiriku sedang berusaha membuat perkara tidak elok terhadapku.

Aku sangka dialah insan yang akan melindungi aku tapi tidak. Aku silap. Aku cuba melawan tapi apalah sangat kudratku semasa itu.

Dia telah meraaba raaba tempat yang tidak sepatutnya. Aku melawan sehingga aku berjaya melepaskan diri. Aku cerita perkara itu kepada ibuku tapi ibu tidak mempercayai aku.

Dan aku sudah agak perkara itu akan berlaku.Ibu tak akan percaya apa jua cakapku. Akhirnya aku telah ke bilik kaunseling dan mengadu kepada guru kaunseling aku tentang apa yang berlaku.

Ibuku telah dipanggil oleh pihak sekolah. Namun ibuku hanya berdiam seribu bahasa tanpa mempersoalkan akan kejadian itu lagi seolah olah tidak apa yang berlaku. Beberapa bulan selepas itu, bapa tiriku telah membawa kami berpindah ke rumah beliau di selatan tanah air.

Aku berasa lebih selamat kerana disana terdapat kakak tiriku yang tinggal bersama kami. Namun tekaan aku silap.

Rupanya disini bermulalah kehidupan ngeri aku dan adikku. Kami did3ra fizikal dan mental saban hari. Pantang ada salah, pasti tangannya akan naik ke badan. Ibuku?

Hanya mampu melihat dan mendiamkan diri. Tapi aku tahu ibuku sedih dan menangis melihat anak anaknya dilayan sebegitu.

Tapi ibu tak mampu melawan. Masa ni aku terfikir mungkin betullah ibu memang terkena buatan bapa tiriku.

Sebab mana mungkin seorang ibu hanya mampu mendiamkan diri tanpa mempertahankan anak anaknya. Kalau tidak mempertahankan aku, sekurang kurangnya mempertahankan adikku yang menjadi kesayangannya.

Kakak tiriku juga tidak berani untuk campur tangan. Sehinggalah kakak tiriku mengambil keputusan untuk berpindah dari rumah tersebut.

Perhubungan kami dengan keluarga di kampung sudah terputus. Kami dilarang dari menghubungi keluarga di kampung. Kalau bapa tiri dapat tahu kami menelefon mereka di kampung,pasti teruk kami dikerjakan.

Tapi semasa itu, dia bekerja shift sebagai guard di sebuah kilang yang berdekatan rumah. Bayangkan kalau dia bekerja waktu malam, pantang ada waktu rehat dia akan pulang ke rumah.

Kerap kali dia mengejut kami pada pukul 2-3 pagi hanya untuk bertanyakan hal pelajaran yang dia telah arahkan untuk kami menghafalnya. Ye dia bagus sebab ambil tahu hal pelajaran kami.

Tapi rasanya pagi pagi begitu bukanlah masa yang sesuai untuk kami yang bersekolah ini dileteri sampai berjam jam. Pernah adikku direndam.

Di dalam bilik air hanya kerana tidak menghafal sifir. Aku pernah diketuk dengan buku tebal sebab tak ingat apa yang dia suruh hafal.

Aku pernah kena tarik rambut bila adik aku tak ikut apa yang disuruh. Katanya aku sebagai kakak tidak pandai menjaga adik.

Perkara tersebut berlarutan saban ahri. Aku selalu akan memaksa adikku untuk buat apa yang bapa tiri kami suruh.

Adikku kadang kadang melawan dan tidak buat apa yang disuruh. Biasalah budak lelaki kan. Aku pasti akan memaksanya untuk buat juga.

Kerana aku tahu aku pasti kena marah jika dia tidak buat. Sampai pernah 1 hari, adik aku cucuk tangan aku dengan pensel yang tajam sebab marah aku memaksanya.

Aku tidak kisah, janji kami tidak dimarahi dan dimaki bapa tiri kemudiannya. Kerap kali kami mendapat gelaran lembu dan kerbau, malah banyak lagi perkataan perkataan yang tidak elok.

Dilemparkan kepada kami seperti celaaka, siial dan sebagainya. Perbelanjaan sekolah kami diabaikan.

Kami hanya dapat duit belanja dalam seringgit seorang sahaja. Ada sekali tu, kami dihalau dari menaiki bas sekolah kerana telah berbulan bulan yuran bas tidak dijelaskan.

Baliklah kami menaiki bas awam dengan sedikit duit belanja yang dibekalkan. Kad bank ibu dipegang oleh beliau. Segala perbelanjaan dikawal beliau.

Ibu pula hanya surirumah tangga pada ketika itu. Walaupun ibu aku nampak seperti tidak menyayangiku tapi aku tahu ibu sungguh terkesan dengan apa yang kami perlu tanggung pada ketika itu. Buktinya ibu kadang kadang sorok duit diam diam untuk beri kepada kami.

Pernah sekali, aku lupa berapa umurku ketika itu, aku pulang sekolah dengan berjalan kaki. Dengan keadaan cuaca yang panas terik.

Menyebabkan aku mengalami sakit kepala yang sangat kuat. Semasa itu ibu sedang berpantangkan adik tiriku.

Sudah menjadi rutin untuk aku menyiapkan makanan berpantang untuk ibu. Sampai sahaja di rumah, aku terus ke dapur memasak sayur air sawi dan.

Memanggang ikan kembung untuk ibuku. Setelah siap menjamu ibu makan, aku ke bilik untuk mandi, solat dan berehat sebentar.

Cma makanan bapa tiri dan adikku aku tidak sempat masak kerana kepala terasa sangat berdenyut denyut. Aku sudah menyuruh adik untuk makan dulu makanan.

Yang aku masakkan untuk ibu jika adik lapar. Memandangkan bapa tiriku pun tiada dirumah ketika itu.

Aku berani naik ke atas dahulu sebelum masak untuk mereka. Sedang aku berehat sebentar di atas, tidak semena mena bapa tiriku pulang.

Terus berdegup kencang hati ini memikirkan makan yang belum dimasak. Hilang sebentar sakit kepala yang berdenyut denyut tadi digantikan dengan perasaan yang teramat takut.

Seperti yang aku fikirkan, teruk beliau mengamuk petang itu.

Beliau memaki maki aku didapur sambil melemparkan periuk nasi serta tudung saji ke dinding. Hampir hampir terkena diriku.

Aku hanya mampu berdiri tegak tanpa berani menatap wajah bengisnya. Apa yang membuat aku bersyukur, walaupun kami adik beradik dilayan sebegitu.

Ibu kami dilayan seperti permaisuri oleh bapa tiri kami. Bapa tiri kami sentiasa berlembut dengan ibu. Tak pernah sekali beliau mengasari ibu.

Apa sahaja permintaan ibu akan ditunaikan. Aku bahagia melihat ibu bahagia walau aku tidak tahu apa sebenarnya di dalam hatinya.

Sebagai anak, aku akui aku tidak mampu membaca apa yang sebenarnya di dalam hati ibuku.

Berbalik kepada status aku sebagai anak yang berbintikan Abdullah. Pada usiaku 13 tahun, aku mengenali seorang guru yang aku rasa orang yang paling sesuai untuk aku bertanyakan mengenai statusku.

Walaupun aku sudah tahu jawapan yang bakal diberikan. Pada tika itu, aku bersekolah pada sesi petang. Setiap hari Isnin sekolah mengadakan perhimpunan mingguan.

Sebagai seorang pengawas, sepatutnya aku ditugaskan untuk menaikkan bendera pada hari itu. Setengah jam sebelum perhimpunan bermula.

Aku nekad untuk menanyakan hal tersebut kepada guruku itu. Hanya aku dan guru tersebut di dalam kelas pada ketika itu.

Aku telah menunjukkan salinan surat beranak yang sudah hampir 3 tahun dalam simpanan ku itu kepada beliau. Dan aku tanya kepadanya, apa maksud ‘tiada dapat diperolehi’ di bahagian maklumat bapa.

Masihku ingat jawapan cikgu ku “ NAA, cikgu harap kamu bersabar dengan ujian Allah ini.

Allah uji sebab kamu budak yang hebat. Kamu sebenarnya adalah anak luar nikah.” Panggg, terasa 1 tamparan yang paling hebat buat diri ini.

Ye aku sudah sedia maklum akan jawapan yang bakal diberikan oleh guruku itu. Namun buat pertama kali mendengar pengakuan tentang diriku itu dari mulut orang lain,

terasa lemah sangat diri ini. Airmata turun tanpa sengaja. Terduduk aku tiba tiba di atas kerusi, menahan sebak didada. Allah.

Terus cikguku datang memelukku memberi sedikit kekuatan kepada diri ini. Maka berdiri tegak aku di atas pentas dengan raut wajah yang sedih.

Sambil menaikkan bendera ketika lagu Negaraku dinyanyikan. Syukur aku tidak ditugaskan menjadi emcee pada hari itu.

Kalau tidak, tak tahulah macam mana cara untuk aku mengawal intonasi suaraku. Mahu baca skrip sambil menangis. Haha. Pada hujung minggu yang sama selepas aku menanyakan kepada guruku itu.

Aku ingat lagi selepas solat zuhur. Aku pergi dekat ibuku. Masihku ingat moment itu.

Aku beritahu ibu bahawa aku sudah tahu bahawa aku ini adalah anak luar nikah. Dan jawapan ibuku hanyalah, “habis tu kenapa”.

Itu sahaja jawapan dari mulutnya. Namun aku nampak ibu kelihatan terkejut dan kaget dengan soalanku itu. Kecewa aku dengan respon ibuku. Namun aku positifkan diri aku.

Mungkin ibu malu akan khilaf lamanya. Aku tidak salahkan ibuku. Aku berdoa hari hari agar Allah mengampunkan segala dosa ibuku.

Aku sayang ibuku. Walau apa pun berlaku dia tetap ibuku dunia akhirat. Andai aku dapat memeluknya pada ketika itu, aku pasti lakukannya.

Tapi mustahil untukku berbuat demikian. Sebab sedari kecil, hanya adikku yang akan dipeluk dan dicium sebelum ibu ke kerja.

Tapi masa tu aku rasa perkara itu adalah normal sahaja. Setelah itu barulah aku mengerti. Mungkin ibuku jiijik untuk memeluk dan menciumku. Hihi. Panjang lagi kalau nak diceritakan disini.

Jika ada sambutan aku akan buat sambungan ceritaku ini kemudian. Aku akan ceritakan macam mana akhirnya hubungan aku dengan ibu, bapa tiri, adik serta keluargaku.

Untuk yang senasib denganku, ingatlah pesanan ikhlas dariku, pasti ada pelangi indah selepas hujan yang berpanjangan. Kita insan terpilih. Allah pilih kita sebab Allah sayangkan kita.

Percayalah ada hikmah yang Allah dah tetapkan untuk kita. Aku cakap begini sebab aku pernah jumpa insan yang senasib denganku.

Yang turut diuji dengan ujian yang berat juga dan beliau telah berputus asa dengan hidupnya. Masa tu ada 1 post berkaitan anak luar nikah ni dan aku terlihat komennya yang seakan kecewa.

Terus aku DM beliau. Beri kata kata semangat. Kalau kau baca coretanku ini, aku harap kau kuat.

Aku harap Allah melindungi kau walau dimana kau berada sahabat. Walaupun kita tak pernah kenal.

Aku selalu mendoakan untuk kau. Kau beruntung sebab kau lelaki. Bertabahlah. Jangan pernah merajuk dengan percaturan Allah.

Sebab Allah tak akan menkhianati hambaNya. Redha, doa, tawakkal sepenuhnya kepada Allah. Semuanya datang dariNya dan kita sebagai hamba, kembalilah kepadaNya.

‘Pada tanggal 1 Mei 1993, lahirnya seorang bayi comel, tangisannya memecahkan hening. Dia melihat sekeliling, ada ramai lagi bayi lain, dilihat satu persatu wajah mereka, keluarga mereka senyum, mereka kelihatan bahagia.

Lalu bayi itu lantas menoleh ibunya. Mengapa raut wajah ibu bersedih. Kenapa ibuku tidak bahagia. Bayi itu menoleh ke sekeliling ibu.

Ada raut wajah yang turut bersedih. Muram, sunyi, sepi tanpa kata. Berbisik bayi itu dalam hati. Apakah salah kelahiranku ini? Ibu, janganlah kamu bersedih. Anakmu ini sudah lahir.

Sudah hilang sakitmu melahirkanku. Terima kasih ibu. Kini aku mengerti segalanya. Semoga ibu tabah menerimaku seperti aku menerimamu. Anakmu ini amat menyayangimu.

Anakmu ini dahagakan secebis kasih darimu. (Antara puisi yang pernah ku karang. Ketika ini umurku 12 tahun) . Sebelum teruskan baca ini ada lah sambungan dari Part 1 (Link dekat komen).

Alhamdulillah, semua yang baik datangnya dari Allah. Terlalu banyak andai aku mahu ceritakan 1 per 1 disini. Aku pasti kita semua diuji. Dunia ini adalah pentas ujian.

Yang membezakan kita adalah cara kita menghadapi ujian tersebut. Kisah ini adalah kisah hidupku. Dan aku tahu ada orang yang lebih hebat ujiannya berbandingku.

Aku akan cuba cerita sebaik mungkin disini. sudah ku karang semunya.Semoga ada manfaat buat sahabat semua. aku hanya manusia biasa.

Terima kasih kepada sahabat yang mendoakanku. Berbalik pada ceritaku, selepas aku mengetahui akan statusku itu. Hidupku diteruskan seperti biasa.

Aku seperti biasa mendampingi guru kaunseling sebagai teman rapatku. Hidupku berpindah randah. Kemana sahaja aku pergi, aku pasti akan mendapatkan khidmat nasihat guru kaunseling di sekolah.

Beliau lah tempat aku meluah, mengadu segala hal. Di sekolah, aku menjadi kesayangan ramai. Aku suka pergi sekolah. Walaupun aku perlu berjalan jauh ke sekolah. Bapa tiriku masih seperti biasa.

Baran, bengis dan suka cari salah aku adik beradik. Aku kasihan melihat adikku. Dan aku juga kasihan akan diriku sendiri.

Di rumah tersebut, aku masih menjadi mngsa penderaaan sksval oleh bapa tiriku. Pantang ada masa terluang, dia akan datang memeluk dan merabaaku.

Walaupun aku sedar perbuatan dia itu tidak sampai meragut kesucianku, tapi aku tidak selesa diperlakukan begitu. Aku marah, aku sedih. Pernah sekali tu, aku didapur sedang masak, dia datang memeeluk dan meraaabaku dari belakang.

Automatic aku akan mengeraskan diri dan melawan sedaya upaya. Kebetulan semasa aku berpusing ke belakang, ibuku tiba tiba datang ke dapur. Ibu melihat apa yang terjadi.

Tapi ibu hanya mendiamkan diri seperti tidak ada apa yang berlaku. Aku macam biasa akan jumpa guru kaunseling aku dan ceritakan kepada beliau apa yang berlaku. Kalau ikut nasihat guruku itu, beliau nak report polis.

Dan bapa tiriku pasti akan ditangkap dan dihukum pnjara. Tapi aku berat hati untuk mengikut nasihat beliau pada masa itu.

Aku memikirkan ibu dan adik adik tiriku yang masih kecil. Apakah persepsi orang terhadap keluarga kami. Bagaimana mungkin ibu nak pergi keluar bekerja dengan keadaan anak anak yang masih kecil.

Tidak, aku tidak boleh selfish. Guruku itu menghormati keputusanku. Beliau cuma kerap kali berpesan untuk aku mengunci pintu bilik dan cuba untuk tidak bersendirian dalam rumah.

Walaupun aku seperti ‘menyelamatkan’ bapa tiriku dari ditangkap polis, namun otak aku ligat memikirkan cara untuk kami mencari jalan keluar dari rumah tersebut. Jadi semasa umurku 13 tahun juga, aku telah merancang untuk membawa adikku keluar dari rumah tersebut.

Berhari hari aku berfikir. Aku rasa cuma 1 sahaja caranya. Aku perlu mendapatkan bantuan dari keluarga dikampung.

Semangatku berkobar kobar untuk membawa adikku keluar dari rumah tersebut. Berbekalkan duit belanja sekolah yang sedikit, aku telah mengumpul duit syiling setiap hari untuk menelefon keluargaku di kampung.

Aku tahu mereka tidak mempercayaiku.Tapi aku merayu kepada mereka. Kalau tidak fikirkan aku, tolong fikirkan adikku. Akhirnya mereka setuju untuk membantuku.

Cuma pada ketika itu aku tidak pasti perancangan mereka. Pernah sekali teruk aku kena marah sebab bapa tiriku ternampak aku di public phone. Aku diam tetapi dalam hati aku sudah berbunga bunga sebab keluargaku dikampung sudi membantuku.

Seminggu selepas itu, sedang aku disekolah. Aku terdengar pengumuman memanggil namaku untuk ke pejabat.Berdebar debar aku.

Rupa rupanya makcik aku yang tinggal di negeri yang berdekatan denganku telah hadir ke sekolah. Bertapa gembiranya aku. Aku sudah nampak jalan cerah untuk aku dan adik keluar dari rumah tersebut.

Guru kaunselingku telah berbincang dengan makcikku tentang apa yang telah berlaku. Makcikku cuma memberitahu aku bahawa keluarga di kampung dalam perjalanan ke sini. Aku dengan yakinnya telah masuk ke kelas dan memberitahu kepada semua rakan rakanku bahawa hari tersebut adalah hari terakhir aku di sekolah itu.

Ada antara rakanku yang menangis. Mereka pelik kenapa aku kelihatan sungguh gembira. Aku cuma katakan kepada mereka bahawa aku ingin pulang ke kampung. Mereka memahami. Makcik aku telah membawaku menaiki kereta untuk pulang ke rumah pada petang itu.

Tapi beliau hanya menurunkan aku di lorong bersebelah bagi mengelakkan dari diketahui oleh bapa tiriku. Sampai sahaja di rumah, aku dengan tersenyum memberitahu adikku, siapkan pakaian. Sekejap lagi kita akan keluar dari rumah ini.

Adikku tidak mempercayaiku.Malah beliau seperti mengejekku. Aku cuma katakan beliau, terpulang mahu percaya atau tidak tapi tunggu lah sekejap lagi.

Sempat aku berpesan kepadanya, jangan lupa bawa kad pengenalan dan kalau orang tanya apa apa, angguk je.

Barang lain tertinggal takpe. Hihi Seusai Maghrib, seperti biasa aku dan adikku akan dileteri dan dimarahi oleh bapa tiri kami. Berdiri tegak kami mendengar bebelan beliau.

Tapi tidak kuingat topik apa pula yang berlangsung pada waktu itu. Hihi. Cuma yang aku ingat adikku diarah untuk membuka pakaian pada ketika itu. Aku tidak ingat kenapa.

Suara bapa tiriku kuat. Bayangkan rakanku yang tinggal selang 3 buah rumah dari rumah kami pun boleh dengar suaranya kalau tengah marah.

Sampai mereka takut nak ke rumah kami. Sedang kami dimarah berjemaah, tiba tiba terdengar ada orang memberi salam di depan pintu rumah. Aku cukup kenal suara itu.

Itu suara aruwah atuk kami Ya Allah, rindu aku kepadanya. Bapa tiriku bangun lalu membuka pintu. Terkejut mereka melihat kehadiran keluargaku dari kampung.

Aku mejeling dan sempat berbisik kepada adikku dengan bangganya “kan aku dah cakap. Kau tak percaya.” hihi. Mereka pun masuk ke rumah. Aruwah atuk cuma memberitahu “kami datang nak ambil cucu kami”.

Lalu berlakulah 1 perbincangan yang sangat hangat dan tegang pada ketika itu. Aku dan adikku duduk di tepi tangga seperti pesalah yang tunggu untuk dihukum. Bapa tiriku tidak setuju mereka mengambil kami.

Beliau cukup marah ketika itu. Tidak sedar sebenarnya yang didepannya itu adalah bapa mertuanya. Tidak ada langsung rasa hormat. Kebetulan semasa kejadian, kakak tiriku datang.

Beliau terus menelefon abang tiriku yang sulung untuk meleraikan kekusutan. Abang dan kakak tiriku memang sedia maklum apa yang bapa mereka perlakukan kepada kami.

Mereka sudah menasihati bapa mereka tapi tidak berkesan. Abang sulung tiri kami pun sampai. Semasa itu bapa tiri sedang angkat dulung gelas kaca untuk membaling ke arah aruwah atuk, tapi abang sempat menghalangnya.

Bincang dan bincang, abang tiriku bersuara, “NAA dan ABD, naik atas kemas pakaian dan ikut atuk balik kampung.” Berdesup kami adik beradik bangun sebab gembira sangat sangat. Tiba tiba bapa tiri menjerit “nanti dulu, aku tak izinkan”.

Dan dia terus bangun seperti mahu menerpa kami adik beradik. Terus abang tiriku cepat cepat menahan bapanya. Terus ditarik bapanya keluar rumah. Seram sangat masa tu.

Cepat cepat kami masukkan pakaian dalam kereta. Abang tiriku telah membawa bapanya naik kereta. Perpisahan kami dengan ibu pada malam itu adalah perpisahan yang paling tidak seronok.

Ibu merelakan pemergian kami. Ibu melepaskan kami dengan hati yang rela. Hanya pada Allah aku berdoa agar Allah menjaga ibu disana. Dipendekkan cerita, semasa aku dan adik sudah di kampung.

Semestinya kepulangan adik lah yang sangat dinanti nanti oleh semua orang. Aku seperti biasa tidak dihiraukan. Namun aku bersyukur sekurang kurangnya aku sudah tidak perlu berdepan dengan bapa tiriku.

Aku menyibukkan diri di sekolah. Aku aktif bersukan. Aku aktif masuk macam macam pertandingan. Agar aku dapat mengubat luka dihatiku sendiri. Syukur pada Allah kerana aku dikelilingi orang yang baik baik disekolah.

Ketika di tingkatan 2, aku telah terpilih menjadi atlet menembak di peringkat negeri. Setiap petang aku akan jalani latihan menembak di lapang sasar yang jauh dari sekolah.

Ada van yang akan mengambil kami didepan sekolah. Kadang kadang aku sampai lewat di rumah. Nenek akan memarahiku.

Hanya aruwah atuk yang akan semangat tanya tentang latihanku. Kadang kadang nenek memerliku dan atuk, katanya kat atuk ‘layan sangatlah budak tu’.

Tapi aku dah cukup lali dengan semua itu. Mencari salah aku itu sudah menjadi rutin mereka. Sampai lah 1 masa aku mendapat tawaran untuk duduk di sekolah asrama yang kompleks sukan tawarkan. Supaya mudah aku menjalani latihan menembak.

Nenek menentang untuk aku menerima tawaran tersebut. Kadang aku pelik kenapa tak izinkan kalau tidak menyukai aku.

Patutnya gembira la aku sudah tiada dirumah tu. Tapi aku berkeras untuk pergi jugak. Dan aruwah atuk lah penyelamatku. Jadi aku pun uruskan pertukaran sekolah.

Berpindahlah aku kesekolah baru dan tinggal di asrama yang berdekatan dengan tempat aku menjalani latihan. Aku ingatkan aku boleh hidup tenang. Jauh dari orang yang tidak menyukaiku.

Rupanya aku silap lagi. Ada sahaja cerita tidak enak yang aku dengar tentang diriku. Semasa aku di tingkatan 4, nenek aku cakap ada orang report dekat beliau yang aku suka berfoya foya di bandar.

Ya Allah aku ni rutin hari hari sibuk dengan latihan sahaja. Aku terpaksa bekerja sambilan di cafe asrama untuk kelangsungan hidup. Alhamdulillah juga dapat biasiswa. Malam malam aku akan ke cafe untuk mengambil upah kupas bawang atau membasuh pinggan mangkuk.

Dapatlah 20-30 ringgit seminggu. Lepaslah untuk aku membeli barang sekolah. Keluarga takde sorang pun yang menghulur belanja.

Tapi berita tidak enak tu terlalu mengganggu fikiranku. Tak tenang aku nak menjalani latihan dan perlawanan. Lama aku berfikir apa patut aku buat.

Semasa tu aku dah nekad untuk aku berhenti menembak. Aku tidak suka orang mengata buruk tentangku. Walaupun aku tidak melakukannya. Tapi aku yakin nenek aku mempercayai berita itu.

Ada juga kadang terdetik, atau mungkin nenek yang saja mereka reka cerita. Tak senang aku nk berlatih masa tu. Jurulatih seperti berat melepaskan aku.

Beliau telah menghantar aku menjalini kem sukan untuk para pelapis Malaysia di ibu negara pada tahun sebelumnya. Beliau mengharapkan aku untuk pergi lebih jauh.

Semasa tu beliau bagi 2 kata putus, berhenti terus dan tidak boleh memasuki pertandingan terdekat atau tidak berhenti dan beliau akan masukkan namaku untuk ke pertandingan seterusnya.

Katanya ada pertandingan peringkat international di Jerman pada masa akan datang. Dan akhirnya aku memilih untuk berhenti dan melepaskan kerjayaku sebagai penembak.

Bagi aku keluarga adalah segalanya. Aku masih berusaha untuk mendapatkan kasih sayang dari mereka. Sudahlah ibu jauh.

Owhh terlupa, semasa aku buat keputusan untuk berhenti ni aruwah atuk aku telah kembali menemui penciptaNya. Jadi aku tahu aku balik ke rumah nenek tanpa ada lagi insan yang akan menyebelahiku.

Tapi aku selalu ingat pesan atuk, ‘biar orang buat kita, jangan kita buat orang’. Aku pulang ke rumah tetapi aku masih bersekolah di sekolah sukan tersebut.

Kebetulan guru kaunseling di sekolah tersebut tinggal berdekatan dengan rumah nenek. Beliau tahu kisah aku pada masa itu. Lalu beliau menawarkan aku untuk pergi dan balik sekolah bersamanya. Besar jasanya.

Terima kasih Cikgu Asliza. Sekarang ni beliau dah tinggal dekat dengan kediamanku. Berjiran akhirnya kami, hihi. Cikgu aku ni pada masa tu tengah bekerja sambil belajar.

Jadi kadang kadang beliau akan bawaku ikut belajar berkumpulan di rumah kawannya. Kadang kadang kami akan sampai lewat di rumah. Nenekku cukup marah jika aku pulang lewat.

Walaupun cikgu akan hantar aku sampai kedepan pintu rumah. Sampai 1 masa nenek pernah mengeluarkan kata kata hinaan terhadapku yang aku rasa itu adalah 1 tuduhan yang amat berat buatku.

“Mu ni balik lambat lambat, nanti sedar sedar perut kedepan bunting macam ibu mu.” Panggg, 1 lagi tamparan hebat buatku. Sungguh aku sedih.

Malam tu aku berdiam. Tiba tiba nenek bersuara lagi, “tak payah nak sedih sedih la. Aku tak percaya semua mu cakap. Entah entah cikgu mu pun menipu. Entah entah mu sepakat dengan cikgu mu pegi jumpa jantan dekat luar sana.”

Allah Allah. Masa tu aku tak tertahan lagi. Menggigil aku menjawab,

”Nenek, kalau nenek tak percaya takpela. Tapi nenek percayalah Allah nampak segala galanya. Allah tahu apa yang NAA buat dekat luar” (sambil tunjuk jari telunjuk ke atas).

Akuu ingatkan nenek akan terdiam dengan jawapanku. Rupanya tidak, nenek berkata lagi.

“Mu tak payah nak sebut sebut Allah sangatlah. Mu sedar tak mu tu jiijik. Tak layak sebut Allah.” Allah, mengalir airmata ni. Hari hari aku menghadap Allah, mengadu nasib dekat Allah.

Tatapi masih ada insan yang berani mempertikaikannya. Jijik aku dimata manusia, aku yakin aku tidak jijik dimata Allah selagi aku mentaati segala perintaNya.

Ampunkan nenekku ya Allah. Dia tak tahu. Ampunkan dia. Baiklah, terlalu panjang tulisanku ini. Maaf kerana tidak dapat diceritakan semuanya di dalam sambungan 2 ini.

Aku akan cuba sedaya upaya untuk menghabiskan coretanku ini di tulisanku yang seterusnya.

Aku akan terus menulis sehingga tamat kisahku ini. Khas buat mereka yang menanti. Terima kasih.

Antara komen netizen :

Azreen Kassim : Sedihkan bila kita ade ibu yg kita harapkan dia melindungi kita menyayangi kita,tapi dia pinggirkan kita,marah,caci,maki kita.seolah kita bukan anaknya.bersabarlah dgn dugaan yg diberi.

Semoga Allah gantikan kebahagiaan atas kehidupan awak dimasa akan dtg.dpt suami,anak2 dan family mertua yg baik.

Akak dpt rasakan ape perasaan awk dan penderitaan awk. kita lebih kurang senasib dik,tp cerita berbeza.

Cuma jgn la ikut jejak perangai ibu dan nenek awk tu ye.dkt dunia nie bolehlah bapa tiri awk tu terlepas,tapi kat akhirat nanti dia takkan terlepas.

Zulkarnain Zakaria : Semoga diberi kekuatan untuk menghadapi segala dugaan oleh Allah.Kepada masyarakat hentikan istilah tak boleh lawan orang tua.Kalau orang tua tu buat benda tak senonoh tetap kena lawan.

Mardiana Diana : Aku pernah punya bapa tiri yng baran tapi sykur aku bebs dri semua itu , kerana punya 4rwah nenek and atuk sayng dekt aku ,setelh mereka menginggal ,aku hidp sendirian sehingga berumah tangga

Senaman Ajoi : idak hairan macam muslimah landung ayang dia sokong semua jelnayah atas semua pompuan dan kanak2 luar sana, lagi teruk muslimah landung ayang berkata termasuk nenek tua, makcik gemuk, wanita, gadis bawah umur dan kanak,

Ameera Raisya : Maaf la if aku la mmg aku syukur sgt dpt klua n dpt duduk skolah sukan tu n truskn cita2 aku.

Syg bole Cari n akan Datang bila dorg nmpk hasil dr kejayaan Kita sndry.ko berjaya esok pegi sne sini nenek ko auto senyap mak ko mntk ko dtg balik.

Sbb manusia pd aku klu tk kejar duit dorg kejar pangkat darjat org da puji ko melambung esok2 bru dorg sedar dorg buat salah.

Peluang tu dpt pergi peringkat international. aku da rasa mcm mne sbb org aku terduduk sbb nk kejar Syg tu. Skrg aku nk kejar diri aku n Hati aku je.sbb tu aku tk kesah pasal jodoh ke ape ke.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *