Suami umor dh 50, angau nk nikah lg. Mlm pertama bersama madu boleh plk suami buat VC tunjuk aksi manja dngn bini baru.

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam dari Mama J untuk anak anak sekalian. Mama ada terbaca mengenai confession “suamiku meroyan selepas p0ligami”. Bagi mama cerita TT ni cukup menarik. Lambang wanita kuat dan berdikari.

Ya. Memang wujud sejenis lelaki macam ni. Tapi depa akan start meroyan bila nampak bini pertama tak kisah hal depa. Meh mama nak cerita sikit mengenai pengalaman mama.

Mama ni dah berumur lewat 50an. Mama bekas pensyarah di salah satu universiti termuka ni Brunei. Mama orang kuala kangsar. Anak 2 orang anak, 5 cucu.

Waktu mama umo 19 tahun, mama kena paksa kawin dengan lelaki dari family warak. So geng lebai lebai lah.

Bukan nak kutuk geng geng ni. Tapi memang dah banyak contoh depan mata, termasuk pengalaman sendiri nak mengadap geng geng ni.

Tapi hikmah setiap ujian tu pasti ada. Asbab jugaklah mama kawin dengan pak lebai ni mama dapat ikut dia belajar ke USA.

Pendekkan cerita. Setelah 10 tahun berada disana, mama berjaya genggam master. Tapi pak lebai tak pass sebab sibuk dengan aktiviti dakwah dekat sana.

So anak anak sekalian fahamlah macamana jerih perih mama nak abiskan pengajian. Suami sendiri pun asyik berhenti kerja disebabkan keluar berjihad kononnya.

Sampai anak bini dekat rumah tak makan. Bila kita komplen, dia boleh cakap.. Allah ada.. Allah bagi kita makan, bukannya manusia. Perghh menyirap mama bila dengar macamtu.

Tu tak kira lagi mama sampai takboleh mekap langsung. Pakai bedak pun dia tak bagi. Kononnya cantik hanya untuk suami.

Tapi bila kita keluar, meleret mata pak lebai tu tengok pempuan lain.

Bini sendiri nak berhias dia tak bagi. Lepas tu komplen muka mama kusamlah, busuk lah.

Yelah, mama nak pakai minyak wangi sikit pun dia tak bagi. Tapi akhlak tu tak melambang ciri ciri lelaki soleh.

Lepas kami balik Malaysia. Pak lebai dapat kerja sebagai pembantu pegawai dekat pejabat daerah.

Mama waktu tu dapat scholarship dekat UM sambung PhD. So kami PJJ. Anak letak dekat mama suruh mama jaga.

So pak lebai ni jadi bujang trang tang tang lah. Mulalah mata tu liar cari calon bini kedua.

Bila mama dapat tahu, dia salahkan mama. Kononnya mama ni belajar tinggi tinggi sebab nak lawan dia.

Sedangkan mama dapat tawaran tu pun sebab di offer gaji sebagai pembantu penyelidik. Ibarat kerja jugaklah.

Dia cakap pempuan tak boleh pandai pandai. Kena jadi isteri solehah. So mama waktu tu dari hati pedih tiba tiba jadi kebal.

Tanya anak sulung, anak cakap biarkan je. Tapi buat MOU.

Nasib baik anak mama sorang ni memang budak law. So dia yang karangkan penjanjian, siap depan pesuruhjaya sumpah.. kami sign surat penjanjian.

Dalam agreement, mama letak syarat. Mama boleh pergi kemana saja asalkan bekerja dan bawa anak anak holiday. Pak lebai tengah angau, dia sign je la surat tu.

Para pembaca mesti tertanya tanya kenapa mama tak mintak cerrai.

Satu, sebab mama tak rasa beban pun kalau dimadukan.

Dua, pak lebai tak mau cerraikan. Malas turun naik mahkamah.

Tiga, sokongan anak anak padu. Kami lebih suka makan popcorn sambil lihat drama seterusnya hehe.

So kahwin la pak lebai dengan bini manjah. Uih muda trang tang tang.. sama umo dengan anak sulung.

First night pak lebai kawin tu, boleh pulak dia buat video call dengan mama. Tunjuk aksi manja bini manjah nii. Mama siap ketawa dan cakap mama dapat offer pergi Brunei.

So dia dah ada orang jaga, mama nak bawak anak anak berhijrah ke Brunei. Tekejutlah pak lebai tu.

Tapi dah dalam penjanjian kan.. dia lepaskan jelah kami pegi. Siap suruh sponsor tiket dia dengan bini manjahnya honeymoon di Brunei.

Mama pun saja je tempah tiket untuk pasangan sejoli ni. Memang depa datang sungguh, haha. Siap tumpang umah mama ni nak berhoneymoon haha.

Mama tengok dah macam orang tua miang keladi. Pahamkan bila dah tua tiba tiba jiwa muda. Macamtulah perangai dia. Abis ja honeymoon depa balik KL.

Lama jugak kami tak berhubung, adalah 6 bulan. Lepas tu pak lebai call mengadu bini manjah dia ngandung, so i ucap congratulation lah..

Tapi suara dia macam tak happy langsung. Rupanya dia dah tak nak anak.

Yelah, umo waktu tu nak menghampiri 50 tahun. Tapi takkan la dia taktau, bini manjah dia tu manusia, bukannya patung.

So pandai pandai la nak salin pampers anak malam malam.

Mama siap hantar cara nak salin pampers dan buat susu anak sebab dia dulu mana pernah peduli nak jaga anak.

Dipendekkan cerita, dah 11 tahun mama dimadukan. Mama pun dah balik Kuala Kangsar duduk dekat kampung. Anak anak semua dah berjaya.

Mama hanya sibuk bercucuk tanam, ke usrah, pergi umrah setiap tahun dan holiday dengan anak anak.

Pak lebai?? Ni tengah tunggu anak ketiga dengan bini manjah nak lahir. Pak lebai pun dah masuk 60 tahun.

Tapi tulah terpaksa bekerja jadi drebar taxi sebab pencen tak cukup.

Bila dia tengok kami holiday, mulalah meroyan cakap biarkan dia sorang sorang cari rezeki.

Kami anak beranak gelak je tengok mesej mesej meroyan dia.

Tapi setiap malam mama mesti mesej dia mohon ampun. Yelah, dia tetap suami kan.

Mama selalu tanya, kalau dah rasa terbeban dengan mama, mama boleh je dilepaskan. At least dia tak berdosa dengan mama sebab tak adil.

Mama pun halalkan je yang mana tak cukup tu sebab Allah bagi rezeki dekat mama lebih banyak dan alhamdulillah bahagia dengan anak dan cucu cucu.

Mama share ni sebab mama nak warning dekat golongan suami suami diluar sana. Orang perempuan ni memang nampak jiwa dia lembut.. Menangis bila dicurangi.

Tapi bila dia bangkit sekali, dia takkan jatuh bawah dah.

Hati dia akan keras sekerasnya sampai kau buat apa sekalipun dekat dia, dia dah tak kisah.

Cerita mama ni ambillah sebagai pedoman. Mama pun dah tua. Mama maafkan segala silap pak lebai dan bini manjahnya.

Mama tak mau cerita apa yang depa buat dekat mama. Tapi anak anak diluar sana pasti faham bukan mudah nak hadap madu yang dengki.. sakit hati tengok kita happy.

Walaupun dia dah dapat suami 24 jam depan mata dia.

Mama nasihatkan isteri isteri diluar sana. Belajarlah berdikari.

Kalau suami tak curang sekalipun, mungkin Allah akan ambil dia dari kita.

So isteri isteri perlu ada back up plan dari mula. Tengah tengah suami sayang tu, pujuk dia ambil hibah.

Kalau jadi apa apa dekat dia, at least kamu dan anak anak akan terbela nasib.

Mama sekarang hidup aman damai. Allah bagi kedamaian hati ini sebagai hadiah dari pengorbanan mama jerih perih, air mata dari usia muda hingga sekarang.

Apa yang mama share ni hanya 5% sahaja dari kisah hidup mama.

Belum masuk lagi ipar duai dan mentua. Tapi biarlah kisah itu hanya mama sahaja simpan dalam hati.

Kalau ada yang tanya macamana nak kecapi hati damai macam ni, percayalah bukan mudah untuk pupuk hati sampai jadi kental macam ni.

Ia lalui banyak process sehinggalah mama kumpul serpihan serpihan hati berkecai ni gam balik dan sebab itulah jadi semakin kuat.

Gam dengan gam gajah lagi bertambah kuat hehe.

Mama doakan semoga anak anak diluar sana diberi kebahagiaan dan kekal hingga ke syurga.

Bagi suami suami, belajarlah bertanggungjawab kepada isteri dan anak. Jangan fikir isteri sanggup kompromi share nafkah tu buatkan kamu rasa mampu nak kawin lain.

Try suruh dia stop bayar tengok, mampu tak kamu survive sampai hujung bulan?

Fikir fikirkanlah ye..

Salam sayang, Mama J

Reaksi Warganet

Khaulah Al Azwar –
Terbaik Mama J! Tersenyum senyum saya baca.

Memang betul apa Mama J kata, perempuan kalau dah keras hati, dia tak peduli dah apa kau buat.

Buatlah ikut sesuka hati kamu. Dia tak ambil peduli lagi. Get your life back!

Aslina Majid –
Betul la tu, kalau lelaki umo dah nak masuk 50-an tiba tiba kawen dengan pompuan muda, nak expect apa kan.

Manjah memang manjah… Tang subur tu jangan lupa… Takkan hat muda takmau anak kan… Hehehe…

Mampu cakap padan muka ja la. Tua tua orang lain layan cucu, tak larat boleh bagi balik dekat anak… Dia kena layan anak.

Tak larat pun, kena layan jugak. Takkan nak biar bini manjah handle sorang sorang kan

Hnk Anna –
Cerita macamni tak terpakai untuk suami kaya raya.

Kalau suami kaya raya, bini kedua lebih bahagia dari bini pertama sebab anak kecik, rumah maid jaga.

Dorang selalu bercuti honeymoon. Tak hairan dengan bini pertama.

Iqbal Hamdi –
Jenis lelaki macam pak lebai ni memang bersepah. Kawin bukannya kerana ibadah.

Tetapi lebih pada nfsu yang sedap tu yang sementara. Tapi nak menanggung tu akan selama lamanya.

Tak boleh nak brain lelaki yang gamak buat anak bini macamni. Sanggup tanggung beban dari bahagia dengan family.

Saya dah 5 tahun kehilangan isteri, sampai sekarang masih hidup dengan momennya. Tengok anak anak akan nampak wajah aruwah.

Tak tergamak lagi nk replace aruwah dengan orang lain.

Bonda Aiman –
Tahniah perempuan kerana selalu bijak. Alhamdulillah. Kerana kudrat menanggung sakit bersalin membuatkan jiwa seorang perempuan sentiasa kental.

Apabila dia dijatuhkan, dia bangkit semula lebih gagah kerana apa pun kesakitan yang ditanggung…

Tiada sakit yang lebih sakit daripada sakit melahirkan anak.

Andainya lelaki tahu hasil dari menepis godaan dari bakal madu seorang isteri itu 1 nikmat yang tiada tandingan, semestinya seawal langkah pertama perempuan itu memulakan strateginya, seorang suami sedaya upaya berusaha untuk berkata TIDAK.

SEPATUTNYA seorang lelaki yang dah berkeluarga berusaha membangun keluarga sedia ada.

Sibukkan diri dengan membina jati diri. Sentiasa cari ilmu dunia akhirat supaya akal mampu uruskan nfsu.

Fokus membina keluarga yang sentiasa inginkan kehidupan yang lebih baik
In sha Allah andai ada badai melanda.. masing masing bersedia untuk sama sama selesaikan… Bukan escape.

Kesalan itu datang ketika seseorang itu tiada lagi kudrat. Keseronokan itu pudar apabila diri dah tak larat. Rugi dunia rugi akhirat‼️ Sumber – Mama J (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *