Semalam isu melibatkan keluarga arwah Abam kembali jadi perbualan ramai. Hal ini melibatkan balu Abam iaitu Hidayah dan juga adik Abam iaitu Ali pelawak dari kumpulan Puteh.
Semuanya bermula apabila Hidayah bersama keluarga dan peguamnya datang ke rumah arwah Abam untuk melihat keadaan rumah tersebut pada hari Jumaat pagi. Hidayah ada merekod video berkenaan.
Dari video itu, Hidayah telah hadir untuk menjengok keadaan rumah namun ianya tak berjawab. Kata Hidayah, walaupun ada beberapa motor dan kereta di kawasan rumah, namun ianya berkunci dan panggilan kepada penghuni rumah tak ada jawapan.
Hidayah hanya mampu melihat keadaan di luar rumah saja dan berkata ianya dalam keadaan yang tak terurus.
Jelas balu Abam ini, Ali Puteh pun masih belum melangsaikan bayaran mahkamah selain kunci rumah pun tidak diserahkan kepadanya.
Setelah kehilangan Allahyarhamah ibunya, Sabariah Arshad, pelawak berkenaan akui dia sudah tidak tinggal di sana.
Selain itu, Ali sempat menunjukkan penemuan benda pelik seperti cicak kering, garam kasar, daun hijau kering beserta kulit limau. Dakwanya, taburan itu dijumpai selepas Dayah dan peguamnya pulang dari situ.
Lepas 1 jam Dayah upload video keadaan rumah Abam, Ali muat naik video lain. Akan tetapi, tiba-tiba saja Ali memadamkan hantaran itu dari Instagramnya. Nasi sudah menjadi bubur, bagaimanapun ia sempat dirakam oleh pihak
lain sebelum ditularkan ke serata media sosial. Hidayah tidak mengeluarkan apa-apa penafian lanjut, justeru netizen turut tertanya mengapa Ali delete video.
Namun begitu, dapat dilihat netizen lebih memihak kepada Hidayah dalam hal ini.
Ada menulis komen mengatakan garam bukannya sebagai penyihir tetapi lebih kepada pematah untuk sihir itu, pendek kata macam pagar kepada rumah itu.
Sebahagian dilihat menyindir Ali Puteh kerana isu garam ini dan tak kurang juga memintanya cepat membayar saman serta mengemas kawasan rumah arwah Abam itu.
Tak kurang juga ada yang mengejek Ali Puteh dan menjadikannya bahan jenaka dek kerana isu garam berkenaan.
Melihat hal ini, Ali Puteh telah memberi respon balas.
Kata Ali Puteh lagi, hanya dia dan family yang terkena dan dah lalui hal ini.
Malah Ali juga berkata dia dah pulang kan semula barang berkenaan iaitu garam serta keluit dan daun yang mencurigakan itu.
“Gelak tawalah kepada mereka yang sindir saya tentang barang garam limau dan juga bangkai haiwan itu.”
“Sampai ada yang mengejek jadi bahan jenaka, ada yang komen ini hanya rekaan saya.”
“Ada yang tulis, ayat macam ni, jangan lupa tambah garam dalam makanan dan masakan.”
“Tak kena pada yang komen tu, kalau kena, barulah tahu apa yang kami sekeluarga rasa.”
“Ini barang jangan dibuat main-main.”
“Kepada yang tabur garam ni, kami dah pun pulangkannya, kami tak minat dengan benda macam ni.”
“Semoga diampunkan Illahi dengan apa yang kamu buat.”
Ini tulisan terbaru dari Ali Puteh tentang hal tabur garam dan kulit limau.
Tidak menuduh sesiapa, namun Ali berkata ‘barang’ khurafat yang dihantar semalam sudah dikembalikan semula kepada si pelaku. Bahkan nukilan terakhir disisipkan dengan harapan semoga Allah memberi keampunan atas perbuatan keji tersebut.