Bakal Berpisah, Hana Azraa Mengaku Jemu & Muak. Ini respond PU Abu jawab dakwaan Konflik rumahtangga

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Konflik rumahtangga Pencetus Ummah, Abu Sufyan sekali lagi menjadi bualan ramai selepas isteri, Hana Azraa memuatnaik gambar seorang gadis tidak bertudung di Instagram. Bayangan yang diberi seolah-olah mahu mendedahkan kecurangan yang dilakukan suami.

Walaubagaimanapun, PU Abu menafikan dakwaan dan itu adalah spekulasi semata-mata. Terbaru, Hana menerusi Harian Metro memaklumkan dia dan suami sudah sepakat untuk membawa haluan masing-masing setelah apa yang berlaku

Baru sahaja melahirkan anak lelaki pada 1 Februari lalu, Hana ketika ditanya netizen mengenai status perkahwinan mereka, Hana menjawab ringkas mereka sudah bawa haluan sendiri.

Berkaitan hubungan di hujung tanduk, apa yang boleh saya cakap ialah kami bagi kedua belah pihak sudah sepakat nak bawa haluan masing-masing. Dah tak boleh nak diteruskan lagi kot dan lebih baik bawa haluan sendiri. Jodoh kami tak lama, sebab dah tak ada persefahaman.

Kata Hana lagi, dia sudah lali dengan kemelut yang melanda dan sejujurnya perkara itu bukan baru bagi mereka.

Isu dihadapi kami ini, sejujurnya bukan baru lagi. Saya dah hadap lama hingga jadi jemu dan muak. Untuk saya terus bertahan lama-lama pun rasanya tak perlu lagi. Tak boleh menjana apa-apa pun untuk saya dan anak-anak. Lebih baik, kita bangun je la.

Menjawab kepada kecaman netizen di laman sosial semenjak mereka berkahwin, Hana menjawab dia sudah tidak peduli dengan apa yang diperkatakan orang malah tidak terkesan walaupun dalam proses berpantang.

Memang tak dinafikan, sebelum ini ramai orang cakap macam itu (kifarah sebagai balasan ambil hak orang lain). Tapi, biarlah sebab mereka tidak berada di tempat saya. Mereka (warganet) tak tau pun apa yang saya lalui dan hadap.

Saya rasa tak terganggu pun dengan kecaman dilemparkan sebab kebanyakan pengikut di Instagram (IG) saya sudah memahami situasi dihadapi. Mereka (pengikut) sangat baik dengan saya dan memberi sokongan. Ia membuatkan saya lebih bersemangat untuk mulakan hidup baru.

Kata pengusaha kosmetik ini lagi, mereka sedang menunggu tarikh ditetapkan untuk menguruskan proses penceraian di mahkamah. Buat masa ini, dia sedang berpantang di rumah keluarganya di Kedah.

Menjawab kepada dakwaan berlaku curang lagi, Abu memberitahu tiada perkara sebegitu.

Tidak berlaku apa-apa kecurangan. Doa yang baik-baik buat kami. Apapun, ini ujian Allah buat saya.

Saya kena kuat dan sabar. Mohon doa yang baik-baik buat kami. Dalam mana-mana rumah tangga pun akan ada macam-macam ujian. Saya tak terkecuali. Doakan segalanya baik-baik sahaja.

Malah, dia meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat rumahtangganya. Selain turut mengakui mereka berdua masih suami isteri yang sah. Sumber : Harian Metro, Abu Sufyan, ohbulan!

Komen warganet

Sudah tu PU Abu kita lelaki ada hak untuk kahwin lagi.. Abaikan aje perempuan macam tu.. Cari je yg lain.. Nak ikut telunjuk perempuan je sampai kiamat pun x habis..

Ya Allah semoga Abu ni x jadikan perempuan2 yg dia kahwini menjadi janda dgn mempunyai anak.. Kasihan pada perempuan yg dijandakan dia dgn keadaan hamil lg.. Walau pun terasa nak marah je kat hana azraa ni.. Dpt balik apa yg ex wife Abu rasa.

Maaf la nak habaq..sebabtu la kalau nak cari suami..cari yang bujang..bukan apa..macam mana lelaki tu buat kat bini,tak mustahil dia akan buat kat bini baru.. Tak semua la..segelintiaq ja.

Fikir kawin best best je ke? You will break many hearts kot kalau cerai. Jgn selfish la. Masa sebelum kawin haritu tak fikir ke kawin ni satu tanggungjawab and kalau boleh nak forever? Hati mak kau, hati parents abu, hati anak kau yg baru lahir tu, kau dah hancurkan hati ex wife dia dgn keluarga dia boleh plak senang2 muak dan bosan. Sampai bila2 tak bahagia. You’re not meant to marry yet lah aku rasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *