“Bila Saya Menang MLM 2019 malam itu, Abam Peluk Saya Lama-Lama, Dia Kata…” – Ali adik kandung Abam bocey

Pelawak Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, tidak dapat menahan sebak ketika mengimbas kembali kenangan bersama arwah abangnya, Abam.

Ali berkata, pemergian Abam atau Allahyarham Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, memberi kesan mendalam terhadap dirinya.

“Tahun 2010 keluarga kami masih makan nasi dengan garam. Kehidupan kami susah selepas bapa kami meninggal pada 2009.

“Saya ada cakap pada dia, nanti kita kerja cari rezeki untuk keluarga kita. Tapi Abam memang seorang yang hebat.

“Dialah yang ubah kehidupan kami sedikit demi sedikit dengan kejayaan dan pencapaian yang dia dapat.

“Dia ada pesan, kita jangan memilih dan berkira dengan kerja asalkan kita dapat bantu emak dan keluarga,” katanya.

Bagaimanapun kata Ali, kenangan pada malam final Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 yang lalu akan tersemat di hati buat selamanya.

“Selepas kumpulan Puteh diumumkan sebagai juara, Abam orang pertama yang datang dan peluk saya lama-lama, kuat-kuat

“Kau adik aku yang hebat…Kau handal sebab dapat kalahkan abang kau!

“Lepas tu saya cakap pada dia aku menang untuk kita bang, bukan untuk orang lain. Tapi saya tak sangka itulah kali terakhir saya dan dia di pentas bersama,” katanya sebak.

Allahyarham Abam meninggalkan seorang balu, Siti Nur Hidayah Mohd Ali, 28 dan anak lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 8 bulan.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pada pagi Isnin, sebelum jenazahnya dihantar ke Hospital Selayang bagi proses bedah siasat.

Jenzahnya kemudian dibawa ke Masjid Zakaria, Gombak kira-kira jam 5.30 petang dan disolatkan lebih 720 jemaah.

Sementara Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusi dibanjiri 2000 orang ketika jenzah dikebumikan kira-kira pukul 7.30 malam Isnin.

Artikel berkaitan : “Hari Ini Terbukti Penuh Dalam Masjid, Datang Nak Tengok Arwah,” – Ali Sifatkan Abang Anak Yang Baik, Abam Bocey Dimuliakan Di Akhir Hayatnya..

“Hari ini saya diuji, abang saya pula pergi mengadap Illahi.” Luahan reda bercampur emosi itu diluahkan Ali Puteh yang juga adik kepada pelawak terkenal, Abam Bocey atau nama sebenarnya, Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan, yang meninggal dunia awal pagi tadi.

Dipetik menerusi IG TV Awani, Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan bagaimanapun percaya dengan segala perancangan Yang Maha Esa dan perlu tenang berdepan dengan dugaan.

“Saya tak mampu sebenarnya untuk tahan benda ni sampai kadang-kadang saya termenung fikirkan nasib hidup. Tapi saya percaya dengan qada dan qadar, perancanganNya yang sangat hebat.

“Macam mana pun saya kena tenang, kena tahan, kena segala-galanya. Cuma selepas ini tiada lagi istilah abang dalam hidup saya.

“Saya dalam industri ini akan bertanya dengan dia, tetapi selepas ini tak ada abang saya dah dalam industri. Saya kena bergerak sendiri untuk terus berada dalam industri,” jelasnya.

Ditanya mengenai apakah hasrat yang ingin dilakukan bersama Abam, Ali menambah sepatutnya mereka bekerjasama di dalam sebuah program masakan dan merancang untuk mulakan penggambaran selepas Syawal.

“Sebenarnya saya ada perancangan menerusi sebuah program bersama arwah. Kita rancang selepas raya akan mulakan penggambaran, sebuah rancangan masakan. Tapi tidak kesampaian. Satu kerjasama dengannya balik, tapi benda itu tidak akan jadi.

“Kalau saya diberi peluang pun saya tak mahu buat sebabnya saya yang merancang bersamanya. Tiada yang boleh gantikan dia dalam hidup saya,” kata Ali yang turut akui pada fasa ini, dia sekeluarga perlu tenangkan ibu tercinta.

“Saya perlu tenteramkan mak kerana dalam keadaan sekarang dia pun masih sakit, masih tidak sihat. Saya tidak tahu apa yang akan jadi selepas ini, tetapi saya akan jaga mak saya macam mana dia jaga. Arwah anak yang baik.

“Kalau tengok hari ni ramai yang datang. Saya tahu ramai yang sayang dia. Macam yang dia pernah cakap pada saya, kalau kita baik Ali semua orang sayang kita. Tak pernah dia bergaduh dengan siapa-siapa, tak pernah susahkan orang.

“Hari ini terbukti penuh dalam masjid ni, datang nak tengok dia. Itu yang saya tahu dia sangat hebat dalam hidup saya,” tutur Ali dalam nada sebak.

Terdahulu, Allahyarham Abam meninggalkan seorang balu, Siti Nur Hidayah Mohd Ali, 28, dan anak lelaki mereka Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini mencecah usia 5 bulan.

Menurut Awani, arwah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pada pagi Isnin, sebelum jenazahnya dihantar ke Hospital Selayang bagi proses bedah siasat.

Jenazahnya kemudian dibawa ke Masjid Zakaria, Gombak kira-kira jam 5.30 petang dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu sekitar jam pukul 7.30 malam.

Foto/Sumber: Awani

Komen warganet

nnti anak dia dh besar dia msti bangga sbb bapak dia sgt disayangi rakyat Malaysia..dia bukak youtube tgok bapak dia bekerja keras untk sara nenek dia..bukak google search nama abam,kluar berita yg baik2 je.sbb x prnh lagi dgr berita x baik tntg abam..mng anugerah dia cipta “gemok is awesome” ,artikel dia srh isteri dia berenti keja spya dpt fokua besarkan anak,artikel abam syg mak dia sgt sgt, artikel abam tulang tnggung kluarga..dan bnyk lagi..

Ya Allah…. Adik beradik rupanya. Sedih sgt²..baru tahu. Semoga Ali dan keluarga tabah menghadapi ujian. Semoga arwah Abam tenang disana serta ditempatkan di sisi org² yg beriman. Ramai sangat syg kau abam.. Tiap kali tengok wall penuh dengan berita abam.. Mesti menangis. Abam… Semoga Abam tenang kat sana..terima kasih gembira kan kami.walaupun x pernah kenal dekat, tp bila kau x de.. Terasa mcm keluarga sendiri yang pergi. Sedih sangat bam Alfatihah untuk abam. Salam takziah buat keluarga

Hebatnya Syed Umar Mukthar dalam diam2.. Ali.. jg Kakak ipar n anak buah ye..anggaplah anak abam pengganti arwah anak Ali..syglah tatanglah sbgaimana abam syg Ali smpi nafas dia yg terakhir..hamzah kekuatan Ali skrg..Allah ambik Ainul sbb Hamzah dh JD tanggjwb Ali. Ada hikmah disebalik apa yg berlaku..kehilangan abam sgt2 dirasai semua org walaupun kami bkn siapa2 pd keluarga kalian berdua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *