“Dikala Sy Berduka..” Respond Ali Puteh Bila Tahu isteri disahkan hamil

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Menghadapi kehilangan dua insan terpenting dalam hidup dalam masa 3 bulan sahaja merupakan satu ujian yang berat kepada seseorang.

Lebih-lebih lagi pemergian insan terdekat yang juga merupakan ahli keluarga sendiri. Orang yang benar-benar tabah sahaja akan menerima dugaan maha hebat daripada Allah S.W.T ini.

Menerusi Astro Gempak, Ali Puteh telah mengkhabarkan berita gembira walaupun dia masih dalam keadaan berduka apabila kehilangan abang tersayang 3 hari lepas.

Isteri hamil 6 minggu
Isterinya, Melati Fitri telah hamil lagi selepas anak kedua mereka Sharifah Nur Ainul Mardhiah meninggal dunia kira-kira 3 bulan lalu.

“Syukur pada mu Ya Allah, sesungguhnya Dia-lah sebaik-baik perancang…Hanya itu yang mampu saya ungkapkan buat masa ini. Di kala saya sedang berduka, Dia berikan kegembiraan buat kami sekeluarga.”

Akan pergi ke klinik berhampiran untuk pengesahan

“InsyaAllah, kami akan pergi ke klinik dan jalani pemeriksaan macam ibu hamil lain.
“Cuma bezanya kali ini, mungkin isteri akan diberikan lebih perhatian kerana pernah ada ‘history’ (anak mengalami jantung berlubang).
“Apa pun terima kasih kepada anda semua yang telah banyak mendoakan kami sekeluarga, hanya Allah SWT yang dapat membalasnya.

Selain Ainul, hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Ali mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia tiga tahun, Sharifah Nur Aaira Qaireen.

Ali Puteh telah diuji dengan dua kehilangan apabila anak keduanya meninggal semasa saingan Maharajalawak Mega manakala abangnya Syed Umar Mokhtar atau Abam baru sahaja meninggal 3 hari yang sudah. Sumber : Astro Gempak

Artikel berkaitan: Ibu dukar tidur

SELEPAS empat hari pemergian pelawak Abam Bocey, adiknya Ali Puteh memberitahu ibu dan kakak iparnya Nor Hidayah masih terkesan dengan kehilangan itu.

Menurut Ali atau nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, ibunya Sabariah Arshad mengalami kesukaran untuk tidur kerana terkenangkan Allahyarham.

“Keadaan ibu sekarang macam biasa la, dia masih lagi terkenangkan arwah Abam. Waktu siang, dia boleh berborak-borak la juga.

“Tapi bila waktu malam saja, dia susah tidur dan akan berborak mengenai arwah sampai la pukul 3, 4 pagi baru boleh tidur.

“Buat masa sekarang ini, saya dan isteri serta anak-anak tinggal bersama ibu. Setiap malam kami akan teman ibu tidur.

“Walaupun saya sendiri pun masih lagi belum dapat terima hakikat itu tapi terpaksa juga kuat demi ibu,” kata Ali ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Tapi bila waktu malam saja, dia susah tidur dan akan berborak mengenai arwah sampai la pukul 3 hingga 4 pagi baru boleh tidur.ALI PUTEH, PELAWAK

Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, mennggal dunia selepas dua hari mengalami demam panas di kediamannya, Gombak, pada pagi Isnin.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki bernama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan.

Sementara itu, Ali memberitahu dia akan cuba sebaik mungkin menguruskan harta yang ditinggalkan Allahyarham.

“Memandangkan rumah ada banyak bilik, ibu bapa mentua arwah pun tinggal bersama kami buat masa kini.

“Hidayah memang banyak berdiam tapi saya nampak juga dia ada la berborak dengan tetamu.

“Insya-Allah saya akan cuba membantu isteri dan anak Abam. Saya akan cuba susun sebaik yang mungkin harta peninggalan arwah untuk anaknya Hamzah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ali berterima kasih kepada semua tetamu yang masih lagi berterusan menziarahi rumah dan kubur arwah sehingga kini.

“Alhamdulillah, sampai sekarang sudah empat hari arwah meninggal dunia tapi rumah sentiasa dipenuhi orang ziarah. Dari pagi sampai malam ada sahaja yang datang, kebanyakan mereka dari jauh.

“Mereka kawan-kawan dan kenalan arwah yang tak dapat datang pada hari pengebumian,” ujarnya.

Komen warganet

macam tu la keadaan orang yg baru kehilangan, especially isteri. Memang down, maybe after 1 month dh boleh skit2 nk terima kenyataan. Aq pun baru bulan beberapa kehilangan abg ipar, aq paham perasaan tu.

Bagusnye ibu mentua pun tggl skali…semoga terus istiqomah berbaik semua walaupun Arwa h dah takde…semoga semuanya dimurahkan rezeki…amin

Sampai migrain tau aku nangis 2 3 hari ni..hmm awat xtau sedih sgt bila tau abam dah xda..maybe sbb dia baik, Allah angkat darjat dia bila dia dah xda ni..tenang la kamu kat sana ye abam, rehatlah..

Allahu! Sejak arwah pergi…tk pernah ada satu pun perkara yg tk baik ttg abam melainkan semuanya yg baik2. Benarlah Allah akan ambik cepat org yg baik ini kerana sayangkannya…. kerana kerendahan hati kerana baiknya budi pekerti Allah kurniakan husnul khatimah kepada arwah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *