Isteri Sarat Mengandung, Diianiaya Pelanggn, Rider Grab Luah Kecewa ‘Dibrhentiikn Kerja’ Tnpa Periksa

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Setiap pekerjaan di atas muka bumi, pasti mempunyai cabaran dan dugaan yang harus para pekerja tempuhi.

Seperti kisah lelaki yang dikenali sebagai Si Gaman ini, dia mendakwa difitnah oleh seorang individu sehingga mengakibatkan syarikat penghantaran makanan GrabFood terpaksa menyekat akaunnya sebagai pekerja. Sedihnya!

3 Disember punya cerita, dapat order Mcd Sri Petaling hantar ke jalan Wan Malini, customer Melayu. Lepas hantar order dekat rumah customer tu terus belah buat order lain.

Lepas setengah jam customer service call dan bagitahu customer buat report sebab saya ada minta duit order rm48, sedangkan tak minta langsung pun. Lepas tu sia-sia kena banned selamanya disebabkan kena f1tnah dengan customer.

Customer service hanya dengar sebelah pihak sahaja. Hati-hati ya guys sekrang ni banyak customer bijak yang nak makan free. Lepas kita dah hantar order dia akan buat report supaya dapat refund duit dia balik.

Menurut pemandu tersebut, dakwaan fitnah itu berpunca apabila seorang pelanggan Melayu telah membuat laporan di customer service syarikat penghantarannya.

Individu tersebut membuat laporan mengenai dirinya mengambil duit order sebanyak RM48 ketika menghantar pesanan yang dipesan. Ekoran daripada kejadian itu, akaun pemandu GrabFood itu disekat oleh syarikat berkenaan.

Menerusi video berdurasi 1:37 saat, pemandu makanan itu kembali semula ke rumah pelanggan yang membuat dakwaan f1tnah terhadap dirinya. Pemandu tersebut meminta bahan bukti sekiranya dia bersalah dan melakukan perbuatan tersebut.

Namun, individu yang digelar sebagai ‘pak cik’ itu meminta mereka segera beredar dari kawasan rumahnya. Tambah pemandu tersebut, isterinya sedang sarat mengandung dan bakal menimang cahaya mata pada Februari tahun hadapan dan memohon supaya ‘pak cik’ tersebut memikirkan mengenai hal berkenaan.

Rata-rata netizen meluahkan perasaan simpati terhadap pemandu makanan tersebut. Mereka turut berharap pihak GrabFood melakukan siasatan terhadap kes berkenaan.Sumber: Si Gaman

Komen netizen

“jgn cari pasai dgn kami..” eh, rumah besau, stakat rm48.00 pun berkira.. bukannye rm48,000.00… kata2 mcm gangster.. ugut org jgn cari pasai dgn kami.. puihhh.. melayu kaya pun nak tindas melayu yg bekerja smpi malam demi sesuap rezeki utk keluarga…

Bro, ko pun kene buat report polis, tunjukkan salinan bukti yg ko tak bersalah, kalo ade geng2 peguam yg hebat bantu la brother ni, ko pun kene pertahankan hak ko jugak bro, grab food ko saman, org tua tu pun ko saman, tgk sape yg gelabah..

confuse jgk ni. yg tempah dan bayar tu anak pompuan pakcik tu kan? yg ambik makanan tu pakcik tu kan? so kalau runner grab tu tak bersalah, ni antara 2 beranak tu la. hakak lg confuse bila tgk rmh besar. entah la. moga yg teraniya akan terbela dan diberi keadilan.

Apak dia laa…rm48 je kot kau boleh ckp nk bagi wet balik ea..binawe..msalah nye yg nk mkn free awat nya..dala owg hanta ..sptot nye brada grab 2 suap kan skli mknan 2 ckp pakej ..tingal telan je pisang 2..

Dgn nada berlagaknya..semoga dimurahkan rezeki ko bro..hrp manusia bongkak tu kn la kifarah dr allah s.w.t..kehilangan berganda krna f1tnah n tutup rezeki org

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *