Isteri tenang cerita prbualan terakhir dngn Nassier Wahab

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

ISTERI kepada penyanyi Allahyarham Datuk Nassier Wahab iaitu Datin Fatimah Abd Rauf tidak menyangka permohonan maaf yang dibuat suaminya pada Selasa lalu merupakan petanda dia akan pergi buat selamanya.

Menurut Fatimah, 56, dia masih mengingati kata-kata yang diluahkan suaminya itu sebelum arwh menghembuskan nafas terakhir pada pagi Khamis.

“Malam Selasa dia ada cakap dengan saya minta maaf kalau ada buat salah apa-apa dan masa itu kita pun tak sangka dia nak pergi.

“Sebabnya sudah menjadi rutin biasa kami ulang-alik ke hospital untuk rawatan susulan dan tambah darah, tapi rupanya pagi Khamis merupakan hari terakhirnya.

“Kita reda dan terima ketentuan Allah… saya mewakili arwah memohon maaf kalau ada salah silap dan ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan Abang Nassier,” katanya

Jenazah Allahyarham Nassier selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Belah, Klang, Selangor kira-kira pukul 11.30 pagi Khamis.

Antara rakan artis yang turut hadir di majlis pengebumian tersebut ialah Datuk Seri Shah Rezza, Datuk M. Nasir, Datuk Nash, Ramlah Ram, Zaiton Sameon, Rohana Jalil dan ramai lagi.

Nassier atau nama sebenarnya Mohd Nasir Abd Wahab, 57, men1nggal dunia di Pusat Pakar Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya kira-kira pukul 12.45 pagi Khamis.

Pada 1 Jun lalu, Nassier, 57, menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri akibat k4nser gusi yang dihidapinya.

Akibat penyakit berkenaan, dia mendapatkan rawatan susulan dengan melakukan radioterapi dan kemoterapi di pusat perubatan yang sama.

Sementara itu, Fatimah memberitahu dia berada di sisi suaminya itu ketika saat-saat akhir sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Malam itu dia ditahan untuk tambah darah dan dalam pukul 11 malam semasa jururawat buat pemeriksaan mendapati dia suhu badannya sedikit tinggi.

“Lepas bagi ubat dia terus tidur… tapi selepas itu ada terbangun dan batuk-batuk sehingga nampak darah di bantal dan muntah teruk.

“Doktor beri bantuan kecemasan namun tiada sebarang tindak balas sehinggalah dia disahkan meninggal dunia,” ujarnya yang memaklumkan arwah sudah selesai menjalani rawatan kemoterapi kira-kira sebulan lalu.

Selain isteri, Nassier men1nggalkan seorang anak perempuan iaitu Intan Najihah yang kini berusia 22 tahun.

Jun lalu, Allahyarham dilapor pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kirinya, setelah mengalami kesakitan sejak lima tahun lalu di bahagian gusi.

Selepas pembedahan tersebut, penyanyi senior itu berehat buat satu tempoh sementara tahap kesihatannya kembali  pulih.

Terdahulu, pada April 2018, Nassier pernah dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang kelenjar dan ketumbuhan pada leher. Foto: Instagram Salwa Abd Rahmad.

Artikel : “Cuma Rindu Pada Kawan-Kawan,” – Warkah Arwah Nassier Wahab Buat Salwa Abd Rahman Jentik Hati, Ikatan Sahabat Selamanya

Penyanyi senior Salwa Abd Rahmad antaranya tidak ketinggalan men1nggalkan kenangan bersama arwh yang juga merupakan sahabat baik kepadanya.

Bintang itu berkongsi beberapa posting di Instagram yang nyata menyentuh perasaan awal hari ini.

Perkongsian sama turut dibuat penyanyi berkenaan menerusi Insta Stories.

Paling menjentik hati, warkah yang dipercayai dibingkiskan arwh yang membayangkan rasa rindu kepada rakan-rakan kepada Salwa.

Turut tertera, ucapan maaf dari arwh buatnya sepanjang perkenalan.

“Nassier mohon maaf zahir batin pada Salwa kalau ada terkasar bahasa dalam pergaulan. Nassier sayang Salwa.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *